Monday, December 24, 2012

HAIRAN SUNGGUH


Nak tulis ke tak. Nak tulis ke tak. Tulis jela. Saya pun tak pasti adakah saya menulis benar-benar kerana ikhlas atau suka-suka ingin bermesra dengan kata atau sekadar bercengkerama dengan nama. Namun saya cuba. Dan saya tak pasti apa factor yang menyebabkan saya masih di sini. Keinginan tu datang dan pergi, tapi masih static di sini. Hairan sungguh.

Lama tak curhat. Eheh.

Time-time cuti ini banyak berimginasi. Planning. Lepas ni nak buat itu dan ini. Benarlah orang kata, semua orang boleh berimaginasi. Cuma, medan lisan itu lebih kecil daripada medan imaginasi, medan amal itu lebih kecil daripada medan lisan, medan amal yang muntij lebih kecil daripada medan amal dan amal yang berterusan dan yang ikhlas, lagilah kecilnya.

Sekali sakala scrutinize diri sendiri. Hairan sungguh.

Ajaib. Siapa saya hari ini, tak pernah langsung terbayang pada tahun-tahun yang lampau. Cantik dan indah kerja Tuhan ini. Tak tahu lah ini dikatakan hijrah atau tidak tapi saya merasainya. Perbezaan. Ketara atau tidak bukan itu isu. Tapi berbeza, cukup sekadar di situ.

 
Hairan sungguh. Entah bagaimana boleh sangkut. Budak usrah. Sangkut dengan program tarbiyah, dikelilingi ikhwah. Baca buku tarbawi. Macam tak kena. Hairan sungguh.

Kalau dulu di mukabuku, status status saya banyaknya berunsur hiburan semata. Menulis sekadar menarik perhatian, agar boleh jadikan port bual bicara, kedai kopi alam maya. Tapi kini jauh sekali berbeza. Boleh pula tulis potongan ayat Quran, status jihad. Ah. Tak percaya. Notis notis muka buku dulu banyaknya merepek merata. Habis gambar gambar menjadi mangsa. Tinggal jejak di sini sana. Tapi kini notis dnt. Masha Allah. Info progress tarbiyah adik-adik.

Bukan nak show off ok.

Saya ni boleh dikatakan juga jarang berengang dengan phone. Tak ade peminat pun, tapi saya layan semua. Eh sounds so wrong. Bila ada message masuk saya cuba balas. Tahu bagaimana perasaan sms tidak dibalas. Tapi memang payah sekali nak sms dulu. Biasanya bukan saya yang mulakan. Cuma nak cerita inbox dulu dan kini pun jauh berbeza. Topic sentence ayat ayat sms juga berbeza.

Mungkin dulu sms perihal tak penting. Cerita remaja. Tapi kini isu iman menjadi isi dan huraian. Pesanan-pesanan, hadis-hadis. Ah. Betulkah phone aku ni? Hairan sungguh. Call log pun sama. Berbaris keluar masuk nombor nombor ikhwah, urusan dnt sini sana. Sebenarnya biasa-biasa sahaja, tak adelah gempak tapi berbeza. Anda faham perkataan berbeza kan?

Kedit habis pun atas urusan dnt. Tak berkira kira. Dulu kemain lagi sayang kredit. Nak call orang paling liat. Sayangnya kredit. Ah betolkan ini aku. Apa dah jadi? Hairan sungguh.

Banyak lagi kalau nak cerita.

Bila balik rumah, saya dahulu maharaja di depan tv. Remote di tangan sentiasa. Sebenarnya saya ada seorang adik sahaja, so tak perlulah nak fight untuk milik kuasa, haha. Tapi kini. Entah ke mana pergi itu semua. Nafsu tv seakan hilang. Ok tengok la jugak sikit sikit. Tapi channel berbeza. Hairan sungguh.

Baca Quran, tak semena-mena. Cuti pun boleh baca Quran ? Kat rumah pula tu. Hairan. Siap taddabur pula tu. Kat rumah ada banyak kitab tafsir. Sudah lama ada, tapi baru perasaan kewujudan mereka. Bersinar-sinar mata melihat. Beriya-riya nak baca. Aku baca kitab tafsir yang tebal tu? 
 Hairan sungguh. Menjerit dalam-dalam. Senyum sorang-sorang. Apa dah jadi?

Terlebih hairan saya baca buku yang tebal-tebal, buku buku fikrah. Apa kena? Usha blog islamik. Apa dah jadi? Dan menulis di sini? Ah. Hairan sungguh.

Tak tahu la apakah ini semua. Macam mana nak disimpulkan. Hairan sungguh. Itulah mungkin frasa terbaik. Kerja Tuhan. Siapa sangka. Biarlah hairan asal berterusan begini wahai Tuhan.
Moga terus mendapat keberkatan, berterusan sehingga Khusnul Khatimah.

Ini cerita saya, hairan sungguh

Anda bagaimana?

Allah pelindung orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan dan kepada cahaya…
[2:257]

14 comments:

akhiKL said...

akhi, ana baru lagi join usrah. smgt memang ada. tapi cam, bila kita takde geng kat tempat baru, pulak tempat baru tu usrah tak berapa nak jalan sangat. apa pendapat akhi? macamana nak kekal istiqamah walaupun takde biah tu sangat? jzkk.

hamizah samsudin said...

Indah nukilan kerana hati keep it up :)

Inche gabbana said...

Tarik naaafaasssss.... Hembusssss.

Pandang ke langit. Nanges.

marie alecia said...

tsk..

docHana said...

Alhamdulillah,, itulah perubahan krn Allah =)

hambaMu said...

Allah itu perancang terbaik ..

Ana juga tersenyum membaca entry-entry lama ana ..

Moga bertambah keimanan dan istiqomah T.T

Najaatul said...

*mata rasa panas*

Ya Muqallib al-Qulub, tsabbit qulubana 'ala deenik.

Anonymous said...

Erm.tapi takut2 org yg bace post ni rasa hairan dengan diri sendiri yang buat kebaikan,which is equal to ujub..

Anonymous said...

Tapi iA sedar je dgn tujuan penulis,cuma mhu pembaca tidak terbuai2 :)

Anonymous said...

Saya ini pelajar universiti. Bila cuti sem. Duduk rumah buat aktiviti sama setiap hari.

Heish. Geleng kepala.Tak produktif langsung.

Hari-hari ulang benda sama. Membuatku rasa kosong,kosong.

Sampailah satu hari. Aku dapat mesej daripada tersayang.

" Ikut, mak dengan ayah pergi umrah ok ? "

Eerk. Tersentak dari lamunan.

Bling.Bling.

Tetiba ada atas kapal terbang menuju ke Jeddah.Pergi ke sana dengan berat hati. Takut.

Selama 14 hari di tanah suci. Bila dah pulang, aku rasa rindu. Sayu.

Kehidupan berubah beberapa darjah lepas itu. Nak kata berubah banyak taklah jugak.Tapi adalah berubah sikit-sikit.

Ada jugak member tanya " Dah insaf ke ? "

Ehmm.Aaaeerrr.Speechless.

Aku ingat bila dah balik dari Umrah ni Iman sentiasa meningkat dan terus meningkat. Tapi aku silap.

Iman dalam hati ini akan turun naik berdasarkan perlakuan di dalam kehidupan seharian.

Seorang pakcik ada pesanan " Handset Iphone 4s,Samsung, Ipod,Apple,Nokia 3310 semua kena charge bateri. Sama juga macam iman dalam hati.Hari-hari kena buat amal ibadat dan ingat Ilahi, baru insyallah iman terpelihara dalam hati". Lebih kurang macam inilah ayat metafora pakcik itu.

Bak kata Pierre Andre "kalimah 'Lailahaillallah'jaga ia dalam hati kita kita semua jadi muslim bertaqwa.Love Allah.Love Rasul".

Semoga iman dalam hati kita ini terpelihara dan meningkat.Amin.

Hari-hari kena topup iman. Biar banyak-banyak baru rasa seronok hidup.

Nak tulis panjang lagi sebenarnya. Tapi seganlah.

Inspector Saahab said...

last enonimos :

Masha Allah :)
JZKK keran berkongsi. boleh buat satu post :)

iman tu turun dan naik. turun dengan kemaksiatan, naik dengan ketaatan :)

Inspector Saahab said...

JAZAKUMULLAHUKHEIRAN KATHEERA :)

IRDHANA YA ALLAH :)

Anonymous said...

Assalamualaikum,,,
Saya ni dulu time skola mnengah memang malas nak solat tahap cipan. Kat skola (asrama) kemain lagi solat siap jemaah.

balik umah trus jadi jahiliyah.

sian kat mak sye dok nasihat tp sy buat x taw je.

tapi alhamdulillah Allah bagi hidayah. walaupun dosa menggunung, Allah still terima saye, still pilih sy utk jadi org yg bertaubat.

Start ada rasa nak bertaubat ni datang bila dapat 1 bilik dgn org yang xsolat. Saya tengok dia mcm saya tgk diri sdiri.

Baru saya dpt tgk secara life, betapa kosongnya idup org yg xsolat.

Alhamdulillah. Hidayah Allah dtg dlm macam2 cara. Dia x bagi saya 1 roomate dgn org beriman,tapi rupanya ada cara lain untuk Dia bg hidayah kat saya.

And this entry really make me feel something..tqvm

:)LR

anamuzakkar =.= said...

wah
tacing bhai

T.T