Saturday, December 29, 2012

ORKID DAN EPAL [2]



“Millah apa khabar Mak Cik?”

“Sihat je. Dia pregnant sekarang. Dah lapan bulan. Anak dah dua, nak masuk tiga” semangat Mak Temah bercerita, bersinar anak matanya.

Terbeliak juga biji mata Jebat. Cepat benar.
Tak sangka. Millah dulu janji sehidup semati dengannya. Sanggup tunggu dia, tamat belajar, bina kerjaya, impikan fantasi keluarga bahagia segala bagai. Manusia. Semuanya kata dan dusta.

Jebat hanyut sekejap.

“Alhamdulillah, murah rezeki anak makcik”

“Alhamdulillah. Nasib baik dia kahwin dengan si Salleh tu, kerja bagus, belajar pun bagus. Kalau bertemu jodoh dengan budak kampung ni, tak ke mana la Millah tu” Mak Temah pandang Jebat semacam.

Jebat faham sangat.
Dia pernah sangkut dengan Millah. Dulu. Ah cerita monyet monyet.
Jebat dah tak kisah.

“Kau ni Jebat, bila nak kahwin?”

“Entahlah. Tengoklah Mak Cik, kalau saya rajin saya kahwin la” Jebat berseloroh. Tak nak dipanjangkan cerita.

Mak Temah dulu tak suka sangat kat dia. Ada sahaja. Ada sahaja benda nanti jadi isu. Jebat anak yatim, keluarga susah, belajar tak pandai, rupa pun biasa-biasa. Ah nama pun Jebat. Orang kampung tak pandang sangat. Reality.


“Aih orang Manchester, mengidam Nasi Kerabu ke?”

Tetiba sahaja Udin sapa Jebat dari belakang. Terkejut juga Jebat. Mak Temah la paling terkejut. Manchester?

Terkesima Mak Temah tak percaya.


----------------------------


“Kau Millah, mari sini!”

Salam tak bagi, apa apa pun tak, tiba-tiba Pak Samad masuk rumah marah-marah. Dijerkah anak gadisnya Millah.

“Apa Ayah ni? Marah-marah orang”

“Aku malu Millah. Tu, orang-orang kampung duk bising, kau dengan anak Saputeh tu. Kau jangan Millah”

“Ha, betul tu bang, Mak pun ada dengar, sapa nama budak tu ? Jebat? Kau tak payah nak menggatal Millah” Mak Temah menambah.

“Mana ada pape la Ayah, Mak” Millah pertahan diri. Hilang kata.

“Budak tu dah la miskin, bapak pun dah tak ada, Mak tak suka kau rapat dengan dia. Entah-entah dia ada niat tak baik dekat kau?”

“Ish Mak ni, tak baik tahu”

“Mak cakap Mak tak suka, Mak tak suka la”


Millah cerita kat Jebat. Habis bunga bunga cinta. Berkcecai.
Jebat sedar. Dia tak kisah. Mujur juga tak jadi. Waktu tu dia tak tahu apa-apa.
Waktu tu la juga Millah tabur janji, sulam kasih. Ayat ayat drama. Sanggup tunggu walau seribu tahun lamanya. Jebat dah ahli sangat taktik cinta budak.


----------


Dua bungkus nasi kerabu masuk dalam plastic. Jebat tengok tengok kuih. Lompat tingkam. Badak berendam. Pun best. Dah lama tak merasa kuih kuih kampung. Satu-satu dimasukkan dalam plastic. Buat sarapan.


“Kau belajat kat Manchester Jebat?” Mak Temah kembali bersuara.

“Yela Mak Temah, dia belajar doktor kot. Tak lama lagi ada Tuan Doktor la kat kampung kita ni” Udin mencelah.

Jebat diam sahaja.

Tergamam Mak Temah. Budak ni bukanlah pandai sangat time sekolah dulu.  Belajar pun ala kadar. Mak Temah berdialog sendiri, masih tak percaya.

“Ni semua je kot, berapa ya Mak Cik?”

Jebat hulur plastik tadi. Minta dikira semuanya. Mak Temah tiba tiba ceria.
Ditekan-tekan kalkulator.

“Lapan setengah. Takpelah, Mak Cik kira lapan jela”

“Eh jangan macam tu Mak Cik.”

Aih.
Jebat pula tergamam.

“Ala bukan selalu kan. Ni Mak Cik masukkan karipap sedap ni dua biji, kesukaan Mak Jebat. Nanti kirim Salam dekat dia ye?”

“Ahha, in sha Allah, terima kasih Mak Cik”

Jebat hulur duit sepuluh ringgit sekeping. Mak Temah balas baki dua ringgit.
Jebat susun duit, masuk dalam wallet.

“Kau dah nak balik Jebat?”

“Ah yelah Mak Cik, ada apa lagi ye?”

Jebat pelik. 
Eh.

“Adik si Millah tu, Aishah, kau kenal kan,  kosong lagi. Kalau kau nak cari calon boleh Mak Cik tolong”

Adeh.
 
Jebat senyum sahaja.

Pelik? Tak pelik pun.
Reality.

Tapi..

[Part 2]

31 comments:

nawal said...

okay.esok sila sambung yg 3
:D

anamuzakkar =.= said...

ish
kenapa bersambung2 ni

bukan ke name kuih tu
lompat tikam ?
bukan tingkam kan ?
[soklan tak penting]

Inspector Saahab said...

nawal : not that soon

ana muzakkar : bersambung la baru ada modal nk update. haha. nk pikir plot. nak selit hadis sikit.


tak tahu la aku. meticulous habes kau

aku-bukan-robot. said...

haha. yupz kuih lompat tikam. bukan tingkam.

aish. ok. mmg suka buat yang sambung2.

jebat, oh jebat,

Anonymous said...

Please smbung.. Haha.. Tbe2 rse nk makan kueh bdak berendam 2

BintangHati said...

alahai.. baik pulak mak milah tu hehe. tnggu smbngan pulak :D

Anonymous said...

stress tgah best2 tetiba bersmbung.
heh. nway nice :D

Feilong said...

fuyoo!!

kekasih pujangga tcer belajar kat Manchester! kelas gittew (gedik bunyinya...haha)

tak suka la Makcik Temah tu. hipokrit! blue hippo! (tetiba emo...hehe)

Habiburrahim said...

bersambung? hadoi~
cepat2 inspektor!

Mak Temah tu hipokrit, stuju ngan tcer! (sy bkn Kopu)

mujahid said...

Adush! suspen betul cite.
Cepat2..dah lapar nasi lemak ni.. haha

Anonymous said...

Waa akhi,sedap betul nasi lemak ni.Terasa santannya.

Mr.N

Feilong said...

habiburrahim: kan? kan? kan? tak suke la org hipokrit ni...huhu. (nice to meet you...haha)

Pengembara Jalanan said...

hehew.
kuih badak tu ada isi badak ke?

Jebat belajar kat ireland. ucd ke rcsi?

Tuan Besar said...

aaaaa tak nak jebat kahwin dengan anak mak temah :( bila dah bekerjaya baru nak suka :/ manusia manusia~

Macy Humaira said...

aih menyampah pulak den kat mak milah ni..

jebat, macyc pun kosong lagi. kikh3

kiddin

Novelgurl said...

Haha.Ada udang di sebalik mee.Cehh! menyampah tol mak milah tu.Memandng pangkat semata2.Heiheii~

ImTheMoi said...

Terus promo aisyah..LOL betol la mak temah ni..haha

anonimus said...

Rasa nak tergelak kejap. Dah lma tak lawat, tetiba nama glemer ada dsitu. Heh.

Yang benar,
Watak.

diariperjalanan said...

Haha.
Terasa abes.
Terasa sempoi dakwah dan tarbiyyah ni.:)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Aw, this was an exceptionally nice post. Spending some time and actual effort to produce a good articleÖ but what can
I sayÖ I hesitate a lot and don't manage to get nearly anything done.

Also visit my web blog latest entertainment news