Friday, March 14, 2014

DOWN THE MEMORY LANE (I)



Azan Zohor baru berkumandang.

Sayup sayup kedengaran dari luar tingkap bangunan Yayasan Selangor. Jam baru pukul satu lebih lebih. Dekat luar hujan renyai-renyai. Sekejap lebat, sekejap tak berapa nak lebat. Sekali sekala air hujan menghempap cermin bangunan, dibawa angin. Berkecai butir butir jernih. Membentuk corak abstrak dekat cermin.

Rata-rata menggigil kesejukan. Penyaman udara yang tidak pernah berhenti dari awal jam Sembilan pagi dan akan terus berasap sampai jam sembilan malam menyebabkan suhu dalam bilik kuliah itu hampir mencecah takat beku. Okey exaggerated. Tapi sejuk. Sampai sendi sendi mengecut dan menghimpit sesama yang lain.

Sejuk yang teramat sampai rata rata muka pucat lesi. Pembuluh pembuluh darah mengecut. Otak memberi arahan menyebabkan berlaku vasoconstriction. Tak nak bagi darah mengalir sekitar kulit lalu meyebabkan lebih banyak haba dari badan teradiasi keluar. Nanti lagi sejuk internal environment.  Terminalogi-terminalogi ini mungkin agak gempak, tapi buat kanak-kanak abad ke dua puluh satu ini, ini bahasa dalam rumah. Canggih.

Syukur.
Alhamdulillah.


“Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan”


Li  terus memerhati pattern butir butir jernih pada cermin disebelah kirinya.

Sambil memeluk erat tubuhnya. Beberapa tika dalam seminit Li menggosok gosok bahunya sendiri. Nak hasilkan haba. Lawan tetap lawan. Apa orang kata, what doesn’t kill you, make you stronger. Make sense.


“Do you still remember what is Marekting Mix?”  Suara Miss Lein menyentak Li dari lamunan yang jauh meneroka ke luar tingkap. Mungkin sudah sampai ke timur tengah. Atau sudah menjengah bumi Sonata. Yelah sejuk sejuk ni besar kemungkinan dah terbayang berlari lari atas salji. Terbayang tangan mengepal putihan salju dan baling kepada yang lain.

Tiada suara yang membalas soalan Miss Lein. Sama ada semua orang sedang mengelamun atau semua tidak mahu bersuara. Nanti lebih banyak haba keluar dari mulut. Lagi sejuk !


“Yes !”

“Yes Rafli, do you have any idea?”

“The Four P’s Miss”

“Very good. So can you explain to the class?”

“Cannot Miss"

Huh

Li juga yang menyahut. Bukan nak sangat. Tapi nak support Miss Lein. Banyak haba terkeluar. Yang lain masih kelu. Barangkali semua sudah berdoa harap harap Miss Lein habiskan kelas lebih awal hari ini. Seperti hari hari di minggu yang lepas.
Datang kelas untuk balik awal. Nice.

Atau mungkin semua sedang menunggu Miss Lein cakap, “Ok we’ll take a break” sebab semua dah tak sabar nak menunaikan solat Zohor. Alhamdulillah.



Li, wiken ni ada apa-apa plan tak?

Assalamu’alaikum. Takde. Kenapa?

Wasalam alaik. Jom la kita gi Seromban. Ziarah Asri.
 
Dah lama senyap budak tu

Oh. Ok jugak. Dua orang je?

Nanti aku ajak Adlin sekali. Ok nanti aku konfemkan balik

Ok. In sha Allah.



“What are you doing Rafli?”

“Err.. Nothing Miss” Tersentak Li. Baru nak scroll wassep baru masuk. Tak semena-mena Miss Lein sebut nama dia. Yela. Setakat ni macam nama dia je yang Miss Lein ingat.
Tak best.

“So don’t forget to read up again when you are at home. I rimas la you all. Bila tanya semua diam. Muka macam confident je. But I know. I was a student juga. If you don’t understand you tanya I tahu”


Tanda tanda kecil kelas nak tamat sudah makin tampak, makin jelas. Ayat template dari Miss Lein. Tapi memang betul pun. Sebenarnya ramai yang blur. Bukan sahaja tak faham. Tapi tak tahu apa pun, nak tanya pun tak tahu. 
Parah.


“Ok Miss” Balas dua tiga budak lelaki kat belakang.

Yang lain tengah sibuk susun buku yang dibuka tadi, entah baca ke tak. Masuk balik dalam beg. Tak sabar nak balik. Yela. Makin lama makin mengganas pendingin hawa tu. Tak berperikemanusiaan. Huh.


***


“So Asri, kau nak buat kitorang pogi mana ni?”

“Eh kau tak payah nak guna ‘pogi’ sangat. Apa ke teruk sangat bunyinya tu. Haa, entah, korang nak pergi mana?”

“Laa, kau kan host, ni tempat kau. Kitorang on je. Kau driver kan hari ini. By the way, dah kerja dua bulan tu tak terasa nak belanja kawan makan? Kata ikhwah? Ops”

“Ikhwah tak tunggu dah kerja baru nak belanja”

“Okey serius serius. Kau bawak jela kitorang pergi mana-mana pun. Kitorang ikut je, okey?”

“Haa, aku pun tak tahu. Aku bawak jela ek”

Hmm.

Cuaca mendung. Dari belah timur sudah makin ketara tanda-tanda hujan bakal turun dengan lebatnya. Awan yang memutih, sarat berisi air dah tak sabar nak tunggu isyarat dari Yang Maha Kuasa untuk turunkan isi rahmatNya, rahmat buat sekelian alam. Hujan yang ditunggu tunggu para petani untuk mengairi sawah ladang masing-masing. Yang ditunggu oleh sekelian hamba di bumi yang gersang. Hujan yang terlebih sering membawa khabar gembira. Ditunggu si hamba walau hakikatnya terlebih sering yang di bawah ini menderhaka. Tapi manusia sering tertipu dengan sifat Pemurah yang di Atas sana.

“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam”

Sekelian alam.

Macam biasa, hujung minggu, manusia berduyung duyung membanjiri pekan Seremban. Jalan raya yang sesetengahnya masih dalam pembinaan membuatkan trafik kurang lancar. Asri memandu dengan berhemah. Sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau, Asri tatap wajah Li, Adlin dengan Ayap.


“Korang ada apa sebenarnya datang sini?”

Senyum segaris, terukir ceria.

Dah lama.

“Eh kita pergi lunch dulu Jom” Balas Adlin. Soalan tidak dijawab.

Kereta banyak hari itu. Pedal minyak ditekan perlahan. Kereta Alza putih itu bergerak sedikit demi sedikit kedepan. Mengikut rapat dekat belakang kereta sewa, Proton Wira merah. Rapat, mencucuk-cucuk dekat belakang. Rimas.

Butang power ditekan. Butang volume dipusing sedikit ke kanan. Tertera pada papan digital volume tujuh. Just nice. Suara penyampai radio IKIM kedengaran. Yang tak best, time tu tengah iklan entah ubat apa. Baik untuk kesihatan. Untuk pelajaran anak-anak. Untuk ibu mengandung.  Dan untuk macam macam lagi. Memang orang tengah drive, tengah heavy traffic nak dengar pun iklan iklan radio ini. Huh. Emosi jadinya.

Lemah.

Lama kesemuanya sepi. Bisu tanpa kata. Semuanya melihat jauh ke luar. Melihat masa depan atau masa lampau. Yang pasti, semua itu kenangan. Ye. Mengenang nikmat nikmat yang mereka sama sama rasai di awal perkenalan dahulu. Cuma ternyata, tiada benda yang kekal. Sama ada nikmat itu sudah hilang ditelan masa atau mereka tidak menghargai setiap detik berharga itu.  

Hari ini, keempat empat sahabat itu cuba mencari kembali, nikmat yang mereka rasa sudah hilang dari tangan mereka.

Asri, Adlin, Ayap dan Li. Cuma kurang seorang je.
Amin. Kini jauh di bumi Uncle Sam.


“Korang ada contact Amin tak ?” Li memecah keheningan dan kebuntuan dalam kereta Alza putih tu.

“Haah, dah lama tak dengar dari dia. Dia apa khabar ek” Belum ada lagi jawapan, terus Asri menambah. Rindu.

“Ayap?” Semua mata tertumpu pada Ayap.

“Kenapa aku? ” Escapism.

“Yela, kau kan yang paling rapat dengan dia, berkepit je dahulu” Pecah ketawa.

“In sha Allah dia ok je”

“Maksud kau?”

“Rahmat Allah tu luas kan”

“Eish kau ni, ada perkembangan terbaru tak dari dia?”

“Laa, kalau korang tak tanya macam mana nak tahu, kan?”

Sentap.
Perbualan mati di situ.







Mata Li jauh menerjah ke luar tingkap. Melihat bumi Seremban. Bukan pertama kali. Tapi pertama kali bersama sahabat sahabat tercinta. Kenangan dulu-dulu bersama mereka berlima tiba-tiba datang dan pergi. Waktu sama-sama mendaki gunung mentaddabur alam. Waktu sama-sama berbuka puasa di kedai Kak Peah. Hampir setiap gelagat setiap seorang daripada mereka menerjah masuk ke kamar ingatannya.


“Air kelapa tiga, Acik, kurang ais ek”
“Kalau kurang ais tak best dik”
“Tapi takpe, kalau kurang ais pakcik la untung”
“Eh pasal apa pula?”
“Ais kan dah naik harga, minyak naik”


Pecah ketawa mereka berlima.
Suatu hari di bazaar Ramadhan.

Sehingga aksi aksi nakal sedemikian pun tiba-tiba datang. 
 Sekali lagi, kenangan.


***


“Sejak kita dah tamat belajar kat kolej ni kan, kau tak rasa lain ke?” Suatu hari Li ajukan soalan yang keluar masuk dalam kepala dia  dekat Ayap.

“Lain in term of ? Belajar?” Mata terus memandang buku soalan calculus yang entah berapa kilo beratnya.

“Kau tahu maksud aku kan?” sekilas Li memandang Acap.

“This is life bro. Ni la kehidupan sebenar?”

“Tak. Maksud aku, kau tak rasa kita dah lose some senses?”

“Kau boleh cakap lebih direct tak?” Kening sebelah kiri terangkat. Kali ni Acap melepaskan pensel HB dia, dibiar bergolek atas kertas yang penuh dengar garis tu. Beminat.

“Kita, ukhuwah dah tak macam dulu. Asri kat Seremban sana, tah apa jadi kat dia. Amin?. Macam something wrong. Something wrong somewhere”

“Alhamdulillah. Kau baru perasan?” Tajam. Tepat menusuk jantung. Macam pensel HB yang bergolek tadi terbang dan mencucuk dada Li. Kemudian darah merah terpancut keluar. Macam.

“Kau dah rasa pun buat tak tahu je” Lawan tetap lawan. Tapi sampai bila pun tak selesai masalah kalau dua dua malas mengalah. Sampai bunyi bersatu pun tak habis.

“Kita memang take things for granted” Perbualan tamat disitu.

Pensel HB yang bergolek tadi disambar kembali. Mesin kira-kira ditekan, mencari jawapan kepada persoalan calculus yang boleh buat orang yang menjawab tu botak kepala. Tapi jawapan kepada permasalahn mereka jauh lebih susah. Sampai mesin kira kira pun buntu. Undefined!

Once upon a time..


***


“Asri, kau ok ke?” Adlin bersuara dari belakang. Sambil tangannya buat buat sibuk menekan punat pada papan kekunci telefon pintar dia. “Dah lama kan tak jumpa”. Adlin menambah

Soalan itu dibiar tanpa jawapan sebentar.

“Baik baik aje. Korang apa cerita?” Asri berselindung.

Tiba-tiba suasana sebak. Entah salah siapa. Salahkan takdir ? Tiba-tiba mata Li menuju tepat kepada Ayap. Teringat perbualan mereka tempoh hari. Kita memang take things for granted. Kata-kata Ayap yang mematikan perbualan mereka itu datang dan pergi dalam benaknya. Masih segar.

Seolah-olah itu kali pertama dia mendengar frasa itu.

Deep.

Suasana makin hangat. Sama ada hangatnya pertemuan empat sahabat itu atau memang cuaca semasa yang hangat. Dua dua boleh jadi.

Sah salah kalau bukan takdir.

Butang power radio ditekan. Terus lesap suara penyampai radio IKIM. Asri tekan butang Bluetooth pada dashboard. Dikeluarkan telefon Samsungnya. Bluetooth on. Kedua dua devices connected. Lagu lagu nasyid dalam folder ke udara.

Ajaibnya,
Terus terus lagu lejen;


Sesegar….
Hijau daunan, begitulah.. Kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita…
Antara kita semua…


Setiap perkataan dalam bait bait lirik nasyid itu seakan-akan masuk kedalam kepala mereka kemudian turun ke hati. Lalu kata-kata tadi mengusik-ngusik bahagian yang paling lembut di lautan yang paling dalam hati mereka. Seakan-akan demikian.

***

“Agaknya-agaknya kenapa ek Allah nak ulang dua kali sifat Rahman dan Rahim Dia dalam surah al Fatihah tu?” Li sekali lagi menghidupkan suasana. Mata-mata saling pandang memandang.

“Haa, kenapa?” Balas  Asri.

“Sebab Allah nak stress kan sifat Dia yang Rahman dan Rahim tu?” Acap mencuba.

“Mungkin. Lagi?”

“Tak payah nak teka-teka. Kau nak cakap apa sebenarnya?” Adlin kembali bersuara. Menunggu-nuggu Li sampaikan maksud di kepalanya.

“Pendapat aku la, ni yang aku taddabur, mungkin sebab kita mudah lupa. Pada permulaan Allah dah cakap siap-siap yang Dia ni memang bersifat dengan Rahman dan Rahim. Tapi from time to time, kita akan lupa benda ni…sebab..” Sambil sambil tu  Li memandang satu-persatu wajah teman dia. “Sebab kita take things for granted”

Terkedu.

Acap mengalihkan pandanganya. Tempoh hari dia yang cakap benda yang sama. Hari ini kata-kata yang serupa sampai ke telinganya. Pedas. Wajahnya berubah. Masing-masing terkesima. Muhasabah. Memang tepat dan kena dengan mereka semua.


“Kau nak fire aku ke apa ni?” Asri terasa.

“Tak. Kita semua” Li membetulkan posisinya. Suara dia tersekat-sekat. Sukar untuk dia habiskan ayat ayat itu. “Nikmat iman, tarbiyah dan ukhuwah ini tanggunjawab bersama, kita kena sama-sama jaga”

Pedas dan makan dalam.


-----------

Another attempt. To be continued in sha Allah
 

2 comments:

Ammar Hanapiah said...

MashaAllah. tertanya2 knp x terbitkan novel lagi eh?

Tuan Besar said...

Tengah sedap membaca, tiba-tiba to be continued T^T