Friday, February 24, 2012

REFLEKSI

Sang mentari memancarkan sinaran super saia nya bagai nak rak, radiasi menembusi ruang atmosfera yang hampa cas dan gas. Tsunami mengganas. Ini bukan ikhlan ombak rindu. angin kotaraya metropolitan Shah Alam bertiup kenchang dan ganas, sekuat hati dan perasaan bagai meluahkan segala kekecewaan yang terpendam. Manusia berpusu pusu, bahu bertemu bahu, berlaga laga. sumenya, menuju ke masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di tengah tengah kota Shah Alam.

Alhamdulilllah


Stau panorama yang menenangkan. Bahang mentari tidak terasa dek keasyikan melihat kesungguhan dan kejituan ummah berlumba lumba memenuhi segenap ruang kosong di masjid biru tersebut, menyahut seruan menunaikan solat Jumaat berjemaah. Anak anak muda mula membuat perancangan bersama rakan dan taulan mencari port port yang terbaik. Saf saf bawah kipas menjadi pilihan. Seperti dijangka.

Hati tersentap tatkala melihat sekujur tubuh tua yang bersusah payah kelihatanya untuk menyempurnakan rukun rukun pergerakan tika mana beliau menunaikan solat sunat. Kaghum. Jiwa muda ni tercabar. Dan agak terkesan. Ego diri mula menunduk, malu pilu merah padam.

Alangkah bahagianya hidup jika khusyuk beribadah itu bukan dalam kalangan yang berumur sahaja, tetapi anak anak muda.

Fikir fikir kan :)

Tadi ana bersolat di skesyen 17, bukan di masjid berkenaan. Tapi situasinya hampir sama. Tertarik dengan penyampaian khutbah daripada khatib yang agak menarik tadi, tajuk nya agak meluas. Entah ada tajuk ke tak. Tapi kelantangannya cukup merobak sanubari.

Soalan, sejauh mana ciri ciri Islam itu ada pada kita?



Marcapada menyaksikan generasi Y dan X di segenak ruang Bumi dan isinya mulai terikut ikut dengan budaya kuning hijau dan biru yakni budaya hedonism yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Benar, emang benar Islam tidak melarang kita berhibur. Namu ada caranya, cara yang diredhai Allah S.W.T

Bagi melihat sejauh mana kejituan kita dengan agama, ayuh kita hisab dan selidik cara hidup kita. Rata rata dalam kalangan kita sangat gemar akan muzik. Bahkan menyifatkan music is my life. Waduh waduh. Ramai yang merafak sembah setia akan muzik ini. Ana tidak ingin mempertikaikan nya. Klu ada yang tidak mendengar muzik maka itu yang patut dipertikaikan.

Soalnya, dalam kita mengisi ruang ruang kosong di MP3 kita atau di gajet gajet elektornik yang lain, banyak manakah alunan ayat ayat suci al-Quran dimasukan berbanding dnegan muzik muzik yang mengasyikkan dan mengghaiahkan itu? Dan jika dimasukkan pun, how often kita mendengar nya pula?

Bagi remaja remaja ulat buku yang hidup nya buku, makannya buku, tidurnya buku, mandinya buku, heh, banyak mana buku buku Islamik dimiliki berbanding novel novel jiwang keparat?

Memang failed la kan. Ana sendiri malu. Malu bukan sahaja tidak memiliki buku Islamik dengan proportion yang banyak, tapi malu juga kerna diri ini agak alergik dengan membaca.

Baik, bagaimana dengan fesyen pula? Rasanya tidak perlu untuk ana hurai lebih panjang dan memanjang. Kalian semua golongan intelektual intelektual yang bakal mendokong aspirasi Negara, menjayakan misi dan matlamat wawasan 2020 ke arah Negara maju yang optimum, selayaknya kalian faham akan situasi ini.

Bukankah pemuda harapan bangsa pemudi tiang Negara? Eheh

Ayuh, ayuh kita semai cirri Islamik dlaam diri kita. Ianya bermula dengan sekecil kecil hal hinggalah sebesar besar nya. Tidak mudah dan tidak pernah payah. Kawan kawan, sahabat sahabat;

Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Sekali kali tidak. Sungguh manusia itu benar benar melampaui batas !

(Al-Alaq :4-6)

- Jangalah kita jadi kurang ajar dan melampaui batas T___T

No comments: