Friday, February 10, 2012

THE CYCLE

Teringat waktu kecil dahulu, apabila ditanya nanti besar nak jadi apa, ana punya pendirian berubah ubah, bermusim giteew. Tengok cikgu cikgi rasa nak jadi muallim, tengok rancangan Gerak Gerak Khas rasa nak jadi Polis, tengok orang buat demonstration padam api rasa nak jadi Bomba, penuh bergaya, tengok Doctors datang checked gigi tiba tiba rasa nak jadi dentist plak. Gelak sejenak.

Menarik.

Agak agak, apakah signifikannya manusia ni diciptakan? Agak agaknya adakah Allah sesuka hati mewujudkan manusia sehingga memakan masa 40 hari untuk menciptakan manusia pertama yakni Adam? Apakah value kita sebenarnya? Bahkan manusia tu adalah sebaik baik kejadian. Selayaknya sebaik baik kejadian ni diciptakan kerana tujuan tujuan yang sebaik sebaik la kan? Make sense kah?


Pernah kah antum tanya diri sendiri, apakah tujuan hidup kita? Kalau tak pernah, cuba tanya sekarang, dan lihatlah jawapan nya. Agak agak nya apakah yang datang dulu?

Anak yang soleh?

Menjadi mukmin yang cemerlang?

Belajar bersungguh?

Mencari redha Allah?

Fuh, sangat hebak jawapan jawapan tersbut. Mengalahkan jawapan skema buku SASBADI SPM edisi 2020. Mantab. Eheh.

Suka ana di sini untuk bercerita tentang kisah manusia yang hidup tidak bertujuan, tujuan yang betol ye, tujuan yang telah ditetapkan Allah S.W.T. Pada asasnya, hari hari yang kita lalui diisi dengan rutin yang sama bukan? Setuju kah antum? Sila angkat tangan. Agak ramai. Ok jatuhkan tangan.

Jum imbas kembali sirah kehidupan kita sejak kecil.

Kita dilahirkan - bersekolah rendah - belajar, cemerlang UPSR (kalau cemerlang) - ke sekolah menengah - belajar lagi, gila gila - masyuk Universiti sampai sekarang ( mengambil ibrah kehidupan ana) - what’s next?

Agak menarik di situ, melihat saban tahun kita membesar dan berkembang yang agak signifikan. Satu persatu matlamat kita capai dan gapai. Alhamdulillah

Namun kehidupan kita bukan sekadar di situ. Kitaran yang bakal kita tempoh usai selesai belajar yang ingin ana tekankan. Jum kita bayangkan

BEKERJA- untuk apakah? Mencari hasil pencarian, duit untuk terus hidup

BEKELUARGA- mengembangkan zuriat Islam, InsyaAllah :)

TERUS BEKERJA- mencari nafkah, menannggung makan minum keluarga (terutama lelaki)

BERKERJA DAN TERUS BEKERJA kerana cycle itu tidak akan ke mana, berputar pada paksi yang sama.



Basically,

Kerja > dapat duit > makan > untuk terus hidup > hidup utuk terus bekerja > dapat duità makanà terus hidup > kerja lagi dan seterusnya.

BODOH kan kitaran tersebut. Namun rata rata manusia yang pabila tiba waktunya mereka masuk ke dalam kitaran ini tanpa kesedaran tujuna hidup yang sebenar, sukarl sekali untuk berbalik ke jalan yang benar.

Maka, inikah tujuan penciptaan manusia? Supaya mereka bekerja mencari rezeki? Supaya terus makan dan terus hidup dan terus bekerja?

“….dan orang orang kafir menikmati kesenangan dunia dan mereka makan seperti haiwan makan; dan kelak nerakalh tempat bagi mereka”

( Surah Muhammad :12)

Ikhwah seklian, jika makan menjadi tujuan hidup kita, maka apa bezanya kita dengan penghuni neraka? Jika kita hanya mahu sekadar bersenang lenang di dunia, maka apa bezanya kita dengan orang orang kafir?

Tepuk dada, ketuk hati tanya diri sendiri

Di manakah kita? Apakah tujuan sebenar wujudnya kita ini? Dan adakah kita sedang berusaha melaksanakan tujuan yang benar itu?

Renungakn renungkan. Tujuan penciptaan manusia bakal dibicara dengan lebih mendalam di entry yg berikutnya :)

And by the way, I have been requested by lots of my readers and friends whom don’t understand Malay to continue this preaching in English because they somehow interested in studying this magnificent religion deeper. I will try my best :)

Biidznillah ..

4 comments:

zinnirah_humaira' said...

assalamualaikum, teruskan menulis junior.:)


"sesungguhnya syurga itu tidak begitu mengalu-ngalukan penonnton yang budiman"

p/s :kte mmg kne buat keje lebih sket. (^_^)

Inspector Saahab said...

waalaikumusalam :)

intec ?
discover macam mana?
terima kasih atas sokongan dan dorongan
jazakillahukhairan katheera :)

zinnirah_humaira' said...

waiyyaka.
i just came across your blog when i was searching some english reading materials.. your english is very excellent, i really wish that i could have such ability.

i am not sure who you are, but for sure, you are my junior, since i notice your post about your classmates in your other blog.i am also from alm.

thanx you also for dropping by my blog. :)

Inspector Saahab said...

OOOO. I SEE
nice nice.
keep reading then. don't forget to follow my other blog too :P