Alhamdulillah,
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekian lama kerana setelah sekian lamanya kita masih lagi diberi peluang hidup,bernafas merasai oksigen dan particle particle lain yang yang terkumpul dalam komposisi udara dan masih lagi dikurniakan nikmat yang terbesar dalam sejarah hidup manusia yakni nikmat Islam dan Iman, Suhanallah.
Terasakah anda hypocrisy di situ? Tahukah antum hipokrit itu munafik? dan tempat yang selayaknya bagi kaum kaum yang munafik adalah neraka jahannam, bahkan lebih teruk dari kaum kaum yang kufur. Nauzubillah
Ye kita hipokrit, Alhamdulillah, dibaca dalam solat, dalam surah al-Fatihah, dibaca dalam doa bangun tidur, dibaca dalam doa doa, ye kita baca. Kita memuji muji Allah S.W.T namun sejauh manakah kita menzahirkan kesyukuran itu ? sekadar meniti dibibir? Tidahkah kamu sedar bawa ianya juga adalah satu proses pentarbiyahan?
Dan jika proses tarbiyah melalui kalimah agung ini berkesan, mengapa masih ada jahiliah dalam diri kita? Mengapa masih ada yang lalai dalam solat? Mengapa masih ada yang patuh mebuka aurat? Mengapa dan mengapa?
Kurang ajar! Manusia kurang ajar. Hati sayu dan suara kecil ini menangis kerana berlaku kurang ajar kepada Maha Pencipta,tanpa disadari. Allah.
Ana bukan nak berdrama
Ana bukan nak bercengkarama
Ana bukan nak bermadah
Ana bukan nak bertikam lidah
Heh?
Namun,
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang makruf dan mencegah mungkar, dan mereka adalah orang orang yang beruntung ”
(ali Imran :104)
Terpanggil dek membaca ayat Allah ini, semangat itu hadir membara-bara. Antum sekalian, dalam ayat ini Allah janji, mereka yang dimaksudkan terdiri dalam kalangan orang orang yang untung, untung disisi Allah, tiada kata yang dapat mengungkapkanya, bahasa lidah tidak mampu menguntumya. Subhanallah.
Ayuh bangkit, berpesan pesan ke arah kebenaran, kepada diri sendiri dan orang orang disekiling kita. InsyaAllah :)
Ps/ sudahkah antum perolehi tujuan hidup sebenar? Tujuan hidup yang hakiki?
2 comments:
saya tahu mengapa ost ini tiada komen...
saya juga tidak tahu nak komen apa.
tq anyway
=.=
tapi terharu kerana sudi komen walau tiada apa yg nk dikomen :)
:')
Post a Comment