Friday, February 24, 2012

SEJARAH

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

Tarik nafas, hembus perlahan lahan. Wanginya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan mencari redha-Nya di permukaan bumi yang berdebu ini. Maka perjalanan sebagai musafir yg hina lagi dina berterusan, bertebaran di segenap pelosok dunia. Shahdu seketika mengenangkan ayah bonda dan saudara terchenta di kampung halaman.

*AIR MATA BERDERAI*


Drama sudah tamat.Kali ini ana tampil dengan gaya penulisan yang agak bebas, tidak tertakluk kepada terma dan syarat kerana ana yakin kalian lebih mneggemari penulisan yang santai. Tak perlulah nak berkuak kupu kupu atau kuak lentang di sini. Yang penting rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Eh yang lebih dahulu dan uttama, intisari ini dapat dihadam dan disemai dalam jiwa kita :)

Sejarah. Apa kaitannya? Ana yakin dan pasti tahap platypus rata rata di kalangan kita baik baik sahaja membaca perkataan sejarah,separuh rohnya sudah melayang ke alam lain. Membosankan, itulah perkataan yang terbaik untuk mendiskeraibkannya. Mengapa? Kerana system pendidikan kita yang telah membentuk mentality kita bahwa sejarah itu definisi nya bosan. Sedih dan menyedihkan.

Namun pada hari ini, saat dan detik yang penuh bersejarah ini, akan kita kupas sejarah yang tidak membosankan. Bahkan sejarah ini akan membangkitkan roh roh yang malap itu dan membakar jiwa jiwa yang hampir padam lalu menggoncang hati nurani yang semakin layu. Wah, terbaik gittew. Ada rasakah kata kata tadi menggoncang nafsu anda? Ada rasa ingin kembali ke zaman sekolan mencari buku buku teks sejarah yang kalian tidak pernah khatam dahulu? Jika ada tahniah. Anda osem.

Erk, tapi kali ini bukan sejarah itu yang ingin kita diskusikan di sini. Tapi sejarah Islam. Ye sejarah Islam yang bermula daripada kedatangan Islam yang disampaikan risalahnya oleh Rasulullah S.A.W sehingga la ke hari ni. Isu ini pasti hangat dan membangkitkan jiwa rohani jasmani hakiki. Eheh. Dan rujukan kita bukan teks. Buku teks sangat koman ok. Kita rujuk al-Quran dan as-sunnah. Subhanallah.

Segmen kali ini diberi gelaran, Ini Sejarah Kita Dengan ini, ana dengan lafaz mulia Bismillahirahmanirahim merasmikan pelancaran segemen ISK versi Inspector Saahab

*TEPUKAN GEMURUH*

Ana yakin dan pasti debaran kian terasa. Peluh peluh kecil mula menitik sehingga ke dagu. Degup degup jantung mula kedengaran, bergema di sjeenak ruang di mana anda berada. Urat urat saraf mula menggeletar menunjukkan ketidaksabaran untuk membongkar sejarah yang terhijab setelah sekian lamanya. Sudah pasti pada saat ini anda tidak lagi bernafas dengan selesa. Setiap hembusan keluar dengan segumpal harapan. Harapan untuk mendalami sejarah kita. Benar bukan? Sila kekalkan momentum tersebut.

Sebelum memulakan isu pertama, jum minum dulu.
Pesanan penaja, sila focus :)
selamat beramal :)

No comments: