Saturday, February 18, 2012

CORE BUSINESS

Tatkala sang mentari berlegar-legar di singgah sananya, cuba tidak menampakkan dirinya, bersembunyi di sebalik awan nano yang memutih, hujan mulia turun, sungguh rapi membasuh atmosfera yang kekotoran dek tercemar oleh kepulan asap kenderaan berjenama antrabangsa dan tempatan yang meluncur ganas di kota raya, juga dek kerakusan kilang kilang yang meliar memuntahkan gas yang bermacam, rintik rintik air lalu menyirami bumi dengan rahmat dari Nya.

Alhamdulillah..


Bukan mahu bersastera, sekadar mahu berbicara kerana lidah ini tiada terdaya mengungkapkan sebarang kata, diri ini tidak mampu mengangkat senjata, sekadar di alam maya kita bersua memberi peringatan buat semua.

Ok.

Bismillahirahmanirahim..

Tempoh hari sudah kita bincangkan tentang tujuan hidup penciptaan manusia yang pertama. Bagaimanakah perasaan antum sekarang? Teruja? Atau sudah kandas di persimpangan jalan? Ayuh, bangkit dan belok ke kanan kerana tiada jalan di tengah divider, antara Islam dan jahiliah, pilihan di tangan kita, usah biar minda menduga, ikut hati pasti sejahtera. They rhyme :)

Fahamkah kita tentang tugas kita sebagai khalifah? Sejauh manakah kefahaman itu ? atau kita sekadar mengambilnya sebagai ilmu baharu untuk ditulis di atas kertas, untuk dibincang di meja bulat atau sekadar hiasan di kaca skrin laptop ini? Jika benar, itu bukan kefahaman.

Menambung topic kita yang kian hangat ini, suka ana di sini untuk memperjelas tujuan hidup kedua penciptaan manusia.

'Aku tidak menciptakan jin dan manusia melaikan untuk beribadah kepada-Ku'

(az.Zariyyat :56)


Apakah yang antum faham akan ayat di atas? Atau ianya sekadar ayat semata mata, tertulis di Quran untuk dibaca dan dilagukan? Sekadar itu sahaja nilainya?

Bukalah minda, kenali diri.


Beribadah kepadanya, itulah core business kita di dunia ini. Bagamana? Sekadar menunaikan solat fardhu lima hari semalaman? Berpuasa di bulan ramdhan? Cukupkah sekdar melaksanakan rukun Islam yang lima itu? Ayuh tnya diri masing masing. Renung renungkan wahai teman dan tulan.

Truth be told, yang lima itu saya khawatir rata rata di kalangan kita masih gagal menyempurnakannya. Kalian ingin membantah? Baik, mengambil contoh ibadah solah, bukankah solat yang sempurna itu mencegah kita daripada melakukan perkara ynag mungkar? Dan mengapakah masih ada umat manusia, yang Islam. Menunaikan solat tetapi masih gagal menutup aurat? Masih ada yang melakukan perkara yang sia sia. Mengapa dan mengapa?

Tahukah anda apa iotu perkara perkara mungkar? Perkara perkara maksiat?

Jujur ana katakana, di saat ana bertinta di sini, ana menyoal diri sendiri, mampukah aku memberi peringatan kepada yang lain sedangkan aku masih meyimpan tompok tompok jahiliah dalam diriku? Ye ana lemah, dan perlukan bimbingan.

Dan ana yakin kita semua perlukan bimbingan. Maka ibadah kepada Allah S.W.T lah jawabnya. Menyingkap kembali sejrah hidup kita, adakah sudah cukup dan memadai ibadah ibadah yang kita lakukan sebelum ini? Memadai kah? Mampukah ibadah itu mengetuk pintu syurga? Sedangkan pada waktu yang sama kita masih bergelut dengan kejahilan yang tersisa dalam diri kita, yang kita rasa berat untuk melepaskannya. Maka di manakah nilai ibadah kita? bukankah sekali lagi kita gagal?

Seperkara yang pasti,

Syurga atau neraka, bukan amalan kita yang menentukanya, tapi redha Ilahi

Wallahualam

9 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Inspector Saahab said...

saudara Adi

ini sgt tiba2.

apa yg adi nk tahu pasal solat. sy ada jugak buku tu kat rumah, ok. tp bukan keperluan kot.

bole tahu anda ni umur brape ye? belajar mana? dan kenapa scara tiba2 je? kenal pun tidak. if u really need it, it isnt a problem to help.

cuma ta'aruf sikit :)

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Inspector Saahab said...

ohh. for security reason i cant expose my email here. if ada rezeki abg fulfill ur request. pray and stdy hard :)

just write down ur address here :)

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Alhamdulillah abang, buku tu dah sampai.Terima kasih banyak-banyak abang.Keluarga ana sangat gembira.InsyaAllah abng akan dapat ganjaran daripada Allah SWT.Buku itu memang sangat bermanfaat kerana terlalu banyak ilmu yang boleh saya garap darinya.

Inspector Saahab said...

gunakan sebaik mngkin. dan share ! :)