Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Aku hendak menjadikan khalifah di bumi’.
Mereka berkata, ‘Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahakan darah di sana sedangkan kami bertsabih memuji-Mu dan menyucikan nama nama Mu?”
Dia berfirman, ‘ Sungguh Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui’
(al-Baqarah : 30)
Ayat di atas jelas menerangkan bahawa salah satu tujuan penciptaan manusia adalah untuk dijadikan kahlifah, di muka bumi ini. Dan manusia yang dimaksudkan bukan sahaja Adam a.s bukan tetpai Adam dan seluruh keturunannya. Bukankah kita keturunan tersebut? Atau anda fikir kita ini berasal dari mawas seperti teori bodoh Charles Darwin? Sekeji itukah manusia zaman dahulu?
Yakinlah sahabat sahabat sekalian, seruan menjadi khalifah ini ditujukan kepada seluruh umat manusia. Namun sekerat manakah yang sedar? Sekerat manakah yang melaksanakan perintah ini? Dan jika antum turut lepas tangan maka siapakah yang perlu menggalas cabaran ini? Siapakah?
Dan bukankah seruan ini satu perintah Allah Taala ?
Beranikah antum melawan kehendak-Nya?
Siapakah kita?
Ana yakin dan percaya, ayat di atas bukanlah sesuatu yang asing bagi kebanyakan kita. Mungkin agak cliché, dan mungkin selama ini kita sering mendengar diungkap ki majlis majlis ilmu namun sejauh mana kita merasainya? Sejauh mana kita memahami nya? Dan apakah tindakan susulan kita? Goyang kaki? Mengapa kita masih mampu tidur dengan lena?
Dan jika dilihat bahagian kedua ayat di atas, para malaikat mempersoalkan firman Allah Taala, dan bukankah benar hujah hujan mereka itu? Manusia kini yang membuat kerosakan dan menumpahakn darah?
Lihatlah di sekeliling kita
Pembunuhan yang sudah menjadi rutin harian, peperangan yang sudah menjadi aktiviti rukun ummah manusia. Kerosakan di bumi di sana sini, bukankah benar hujah hujah para malaikat itu?
Dan jika benar adakah Allah S.W.T telah membuat keputusan yang silap?
Allah tidak pernah silap. Allah tidak ppernah silap.
Kita yang silap.
Sesunggunya Dia Maha Mengetahui. Maka yakinlah bahawa kita pilihan yang tepat untuk memimpin dunia ini. Kitalah orangnya yang harus menjadi tonggak kebangkitan Islam. Sedarkah antum?
Namu sehingga hari ini, Negara manakah yang benar benar memimpin berlandaskan Islam secara total? Negara manakah?
Sedih bukan. Kita gagal menyahut seruan Allah. Dan tidak malukah kita untuk berhadapan dengan Allah dengan kegagalan ini?
Wahai teman, jalan ini masih panjang. Ini baru sahaja permulaan. Sesungguhnya ini adalah perkara yang benar, dan antum telah menyaksikan kebenarannya.
Maka wajiblah bagi setiap kita untuk mnyebarkan dan menegakkan kebenaran ini.
…Kamukah yang lebih tahu atau Allah, dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya? Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan
Al-Baqarah :140
Atau antum ingin menjadi yang paling zalim?
Dan jika tidak disampaikan kebenaran ini
Apa erti kita memeluk Islam
No comments:
Post a Comment