Tuesday, February 21, 2012

GHURABBA'

Cuaca tenang, damai dan menyegarkan. Burung burung berkicauan, beterbangan bersama pasangan mencari harta sepencarian. Kucing kucing jalanan gigih menyara hidup anak bini dengan picisan ikan ikan buangan, serpihan ayam buangan di kedai kedai berjenama Muhd Dolah atau macdonald dan Kacip Fatimah Club atau nama manja nye KFC.

Merepek T___T
Bismillahirahmanirahim,

Mesti para pembaca sekalian tertanya-tanya apa yang diertikan dengan istillah "Ghuraba". Kepada golongan yang tidak lagi tahu, istillah ini mungkin tidak memberikan gelombang aura yang hebat untuk menjadi seorang mu'min yang cemerlang dan istillah ini mungkin hanyalah sekadar istillah arab yang tidak diketahui maknanya. Namun, pada hakikatnya, subhanAllah, istillah ini begitu hebat gelombangnya kepada mereka yang menghayati maknanya. Secara kasarnya Ghuraba' bererti ganjil ataupun asing.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Islam itu bermula daripada sesuatu yang dipandang ganjil, dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula, maka beruntunglah mereka yang dipandang ganjil (kerana Islam mereka)"

(Hadis Riwayat Muslim)


Sewaktu kali pertamanya Islam cuba disampaikan oleh Rasulullah S.A.W kepada golongan kafir Quraisy, pada saat itulah Rasulullah S.A.W mula menjadi seorang yang asing dan dipandang ganjil oleh golongan kafir. Namun setelah dakwah Islam tersebar luas, agama Islam bukanlah sesuatu perkara yang ganjil dan asing lagi kepada seluruh masyarakat dunia. Mengapa tidaknya, umat Islam memayungi 2/3 dunia, kehebatan umat Islam digeruni bukan kerana kezaliman, namun kerana keadilan serta kesempurnaan yang dimiliki oleh agama Islam yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.


Namun, amatlah benar sabda Rasulullah S.A.W yang bahawanya Islam akan kembali dipandang ganjil. Lihatlah dunia pada hari ini, begitu kuat pengaruh liberal yang cuba merosakkan akidah dan pemikiran umat Islam, dari setiap penjuru dunia, masing-masing bergabung cuba memusuhi Islam. Islam pada hari ini kembali dipandang ganjil apabila dunia bergerak bersama arus kemodenan yang cuba menghanyutkan penghayatan individu muslim terhadap agamanya sendiri.


Namun dalam kalangan umat Islam pada hari ini, bukanlah semuanya tergolong dalam golongan Ghubara'.Siapakah yang dipandang Ghuraba' ? Ghuraba' adalah mereka yang patuh, menghayati, mencintai, mendengari dan berkorban segala-galanya demi agama-Nya dan menghayati ajaran Rasulullah S.A.W. Adakah kita tergolong dalam golongan ini ?

Situasi contoh:

Seorang wanita, Si Fulan yang bertudung, tetapi tidak bertudung dengan sempurna,tidak menutup bahagian depannya, bahagian belakangnya, memakai pakaian ketat, menampakkan bentuk tubuh badannya, menikmati hidup dunia dengan lalai. Namun, pada suatu hari dia sedar akan kesalahannya dan berusaha berubah dengan memakai pakaian bertepatan dengan syariat, bertudung dengan menutupi aurat dengan sempurna, kembali kepada jalan Islam.

Dan saya begitu yakin pada hari itu, semestinya kaum kerabatnya serta sahabat dan kenalannya akan mula memandangnya ganjil. Dan janganlah bimbang kerana Rasulullah bersabda "maka beruntunglah mereka yang dipandang ganjil (kerana Islam mereka)."

Persoalannya, adakah kita tergolong dalam golongan ini ? Golongan Ghuraba' ? Adakah kita rela ? Sudahkah kita bersedia ? Seandainya belum, bila ? Yakinkah kita akan durasi umur kita ?


3 comments:

the other side of me said...

I'm trying to be a good Muslim but at times i just slip away..I pray and cover myself but at times I felt that it wasnt enough and I have a long way to really be a 'ghuraba' person...

After all,we all are learning right?

Thanks for introducing the word ghuraba..

good post :) and yeah the first paragraph was kinda like merepek but I love the way you said..Kucing kucing jalanan gigih menyara hidup anak bini dengan picisan ikan ikan buangan, :P

Take care boy

Inspector Saahab said...

TOSM : thanks so very much for your response. you put me on top of joy for giving such feedback.

we are not perfect after all. this process, changes, should be step by step and we need to be preservative upon what we are working on. after all, we need to go back to the fitrah of human being, we need to hold to our belief. we can't afford living without a firm stand.

i am pleased to introduce this new trm to you and others :)

the merepek part is necessary i thought so that this entry wont sound way too formal and geek. eheh

be sure to keep updated :)

you too, take care :)
Assalam alaik :)

sakina said...

teringat dulu pernah tengok video 'ghuraba nasheed khalid yaseen'...