Friday, May 31, 2013

"WHAT MATTERS MOST.."


“Qassim….”

“Saya cikgu ”

“Yeusoff..”


“Syahid cikgu!”
           
            
“Abdullah..”

“Dibom cikgu!”

“Umar..”

“Syahid juga cikgu”

“Salman.”

“Ditawan cikgu”


Uwais memerhati ke hadapan kelas. Makin hari makin berkurang. Satu persatu anak didiknya syahid. Syahid di jalan paling mulia.
Anak-anak Gaza.


------------


“Danial..”

“Tak hadir cikgu, mabuk”

“Lutfi..”

“On the way cikgu”

“Fais..”

“Katanya kucing meninggal cikgu..”

“Sarah..”

“Baju lupa nak basuh cikgu..”


Berahim menarik nafas resah. Apa nak jadi dengan budak budak ini. Getus hatinya. Makin hari makin menjadi. Penat. Setelah penat berdiri, dia duduk sejenak. Dia memerhati satu persatu saki baki yang tinggal. Lemah.

Anak-anak bangsaku


---------------------

Selingan.


----------------------

“Im, is it possible kita boleh tinggalkan semua jahiliyyah kita tu?”

“Depends..” Im teguk air putih tu dua kali. Sekali lagi. “By the way, ni soalan ke cadangan?” Melawak.

“Kau rasa?”

“Well..”

“Soalan. Possible tak?”

“Kau rasa?”

“Entah.. Aku tanya kau, kau pula tanya aku”

“Kan aku dah cakap. It depends..”

“Depends on?”

Senyap.


Aman scroll lagi laman mukabuku. Down. Again and again. Tiada notis keluar pun. Tapi dia scroll lagi. Rasa kekosongan. Rasa something wrong. Ada something that haunts his mind. Not a good feeling. Not a good one. And he is seeking for the answer. To the unknown feeling.

“By the way, why so sudden?”

“Aku terfikir. Tiba-tiba”

“I have the same thought bro” Im pandang Aman. Aman pandnag Im balik. Dua-dua mata bertentang. Bertukar perasaan.

Aman tutup laptop. Tarik nafas. Tunduk.
Capai msuhaf.

“Lepas fikir-fikir, tak possible kan?”

“Hujah kau?”

“Yela. Dah settle satu, yang lain pulak datang. Jahiliyah ni berubah-ruba bentuk. Yang dulu pun tak settle settle, ada pula yang lain”

“Agree..”

“Satu hal. Aku dah cuba tinggalkan benda-benda ni, aku dah cuba, tapi tak boleh la Im. What do you think?” Aman mengeluh.

“Bak sini Quran tu”


Im buka zip. Diselak Quran tu.

“Kau nak cakap ini semua ujian kan? Cliche”

“Hmm. kau pun tahu kan. By the way sape yang cliché sekarang? Quran ?”


“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang dusta”


“Man, aku nak tanya kau, selama ni kita duk tadabur pasal ujian, kau rasa kenapa Allah uji hambaNya?”

“Kau ni nak uji aku ke ape?”

“Just answer me..”

“Macam ayat tu cakap la, untuk tahu siapa yang beriman, siapa yang tidak.”

“Tu jawapan kau? Final?”

“Salah ke”


Im tutup mushaf. Tadi dia berhenti di surah al ankabut. Surah yang sarat mesej pasal ujian. Im remain silent. Aman too. Waiting for each other to start first.


“Kalau kita fikir balik kan, buat apa Allah nak uji? Bukankah Allah tu Maha Mengetahui? Tak kan lepas dah uji baru Allah tahu kita ni benar ke tidak?”

Im lontarkan pandangan.
Bernas.

“Habis tu? Salah la statement Quran ni?”

“Tak la, kita yang mungkin salah tafsir”

“So, what’s you interpretation”

“Hmm.. kau rasa?”

“Alih-alih aku je yang kena rasa, tak best la”

“Ok. Sebenarnya Allah memang dah tahu kita ni, hamba-hamba Dia yang mana betul betul beriman dan yang mana tidak. Ujian ni, Allah nak bagi hint kat kita, supaya kita sendiri yang muhasabah. Allah nak suruh kita gred kan kita ni, hamba Gred A plus ke, A minus ke, B plus ke atau  Fail ke. Macam tu”

“Hmm”

“So do you get me?”

“Get what?”

“Jahiliyah tu, Allah turunkan supaya kita bley gred kan diri kita”

“So, kau nak cakap it’s not possible la seseorang itu boleh zero jahiliyah?”

“Entah..”

“Eish kau..”

“By the way, soalan kau tu, that does not even matter pun kan”

“Which means..?”

“What matters most, kita ni Gred brape?”

MUSHKILAH



“Adi..”

“Ape..?”

“Buku chemistry…pinjam”

“Kau nak buat ape doh”

“Agak-agaknya orang buat apa dengan buku eh?”

“Kasar kau. Kau biar betok doh..”

“Asal plak?”

“Sejak bila kau mula berkecimpung baca buku ni? Tak lama dah weh nak kiamat ni”

“Kau plak tadi turun solat jemaah kan? Aku nampak kot. Sejak bila weh?”



---------------


Alhamdulillah, Allah masih beri kita peluang hidup. Masih bagi oksigen percuma. Nervous system yang masih berfungsi. Untuk kita rebut syurgaNya.

Salam Jumaat

Tuesday, May 28, 2013

TABUNG MESJID



Sudah lama saya tak merepek kat sini. Dalam liqa terbaru bersama abang Naqib, ada beberapa point penting yang dipesan. Katanya kita ni, kat mana-mana pun kita berada, kena la sentiasa bergerak. Ada output. Arus baharu ke arus lama ke, kalau tak bergerak arus tu, busuk kat situ. Macam air yang bertakung, lama-lama dah tak mengalir, bahan bahan organic dalam air itu akan muncul, dan air itu akan jadi berminyak, melekit dan menggelikan.

Ok tak payah bayangkan la. Cukup sekadar buat muka geli.

Tambah beliau, cewah, beliau kot, cukup seseorang itu dikatakan futur jika dia tidak ada output. Walaupun dia komited datang usrah. Walaupun dia cemerlang kehadiran ke daurah.. Dia hadir semua program tarbiyah akan tapi tidak ada hasil, tidak ada manifetsasi amal. Itu pun futur. Tapi mungkin futur dalam kategori yang berjaga-jaga. Bukan paras bahaya.

Hasil dan amal daripada input tarbiyah tadi, tidak semestinya kita ni kena ketuk pintu rumah orang tiap-tiap hari, Islamkan orang tiap-tiap hari, tapi sudah memadai, bagi yang ada blog, ada hasil pada blognya, yang suka berfesbuk, ada hasil dakwah di facebooknya, yang suka bersyair, syair nya mengajak manusia kepada Allah, yang suka main bowling, dia main bowling sambil mentajmik. 

Macam tu ha. Ayat kat atas juga saya quote daripada beliau.

Masa dengar pesananan tu, saya tak ada terasa sangat Tapi sekarang rasa macam, eh dia ni memang nak tuju kat aku ni. Haha. Semenjak dua menjak ni rasa seperti sayalah arus yang tidak bergerak itu.

Blog ini, boleh jadi indicator la. Kalau saya ada input baru, biasanya saya tulis kat sini. Walaupun tak seberapa. Biasanya saya tulis apa yang saya dengar, baca dan terpikir, setelah ditapis dan dikaji dengan teliti. Cewah. Tapi lama sudah tidak menulis. Tak ada output.

Subhanallah.

Sebenarnya ada bebepara sebab kenapa saya kurang update yang betul betul update. Sebab utamanya ialah malas. Sebab-sebab lain itu adalah variasi kepada jawapan malas Cuma dalam versi yang lebih sopan dan mengelirukan. Sudah pasti la terutamanya sebab Allah tidak memberi keizinan. Mungkin diberi satu tempoh waktu untuk saya muhasabah diri.

Subhanallah.
Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lampau dan dosa-dosa yang akan datang.

So tajuk hari ini ialah, curahan hati. Heh.

Tabung mesjid.

Nak cerita sikit. Pada suatu Jumaat yang hening, saya ke masjid untuk solat Jumaat berjemaah. Macam biasa la kan. Dah sampai masjid, ambil port bawah kipas, lipat kaki seluar yang seleret tu, kemaskan belt, kemudian solat tahyattul masjid dua rakaat.

Dah selesai bagi salam semua, tengok tengok orang sebelah, kalau tak tidur nak salam, kalau tidur takpela. Duduk dua tiga minit, sekali lalu la troli mini yang tempat letak derma Jumaat tu. Boleh dikatakan hari Jumaat ni hari menderma la untuk kita semua. Alhamdulillah. So sesampai je troli kat depan saya, saya pun ambil la dompet kat dalam poket. Time tu pakai jeans. Punya la susah nak keluarkan dompet. So lama la troli tu tunggu saya.

Selepas bertungkus lumus, dapat lah dompet. Bila tengok kiri kanan dah clear, baru aje nak buka dompet nak bagi duit derma, sekali tengok, semua duit saiz lima puluh ringgit je. Sebenarnya ada sekeping je, lima puluh ringgit. Sekali terus kansel nak buat amal. Kalau boleh ambil baki, memang saya dah derma hari tu.

Sekali lagi, tengok kiri kanan, bila dah clear, so tolak troli ke kanan, buat muka suci dan beriman. Padahal malu weh.

Hmm. Keikhlasan ku teruji.

Pernah berlaku kat handa jugak ?
Ah, kita memang se-geng.


So moral of the story, jangan malas. Alasan alasan tu tak akan bawak kita ke mana. Sebagai da’ie kita hendaklah sentiasa begerak which means ada output. Hari-hari sampaikan ilmu, sampaikan sesuatu kepada orang di sekeliling kita. Supaya kita tidak berada dalam kondisi futur dan selesa dengan keadaan tersebut.

Dan moral terbaik, sebelum nak derma itu, pastikan ada duit yang bersaiz sesuai. Ekceli, nak derma banyak mana pun boleh, terpulang la kan.

Sebelum berpisah, menariknya bila menulis menggunakan app Microsoft word, sekali tulis futur, terus jadi “future”. Adakah ini bermakna ?

Na’uzubillah. Sama-sama kita doakan untuk sekelian pejuang Islam thabat atas jalan juang ini. In sha Allah.

Friday, May 24, 2013

OH MY UMMAH !



“Eh kamu dua orang mari sini jap”

“Ye. Ada apa pakcik.?”

“Kamu ni datang nak solat ke nak ambik gambar?”

“Err”

“Pakai jeans la. Baju singkat la. Ni Kopiah mana ? Kain pelikat mana? Haa lain kali hormat sikit rumah Allah ni”

“Tapi kami tutup aurat Pakcik”

“Aih menjawab. Rumah kamu kat depan sana tu kan ? pergi balik tukar sekarang”



---------------



“Ni masjid An Nur (bukan nama sebenar) yang jemput saya kan?”

“Ermm, encik ni Ustaz Hanip ke?”

“Haah, saya la tu. Maaf la lambat sikit. Tadi jalan sesak”

“Eh encik ni ustaz, betul ke?”

“Yela. Kenapa pula ?”

“Bukan apa Ustaz. Jubah mana? Ni nak bagi kuliah agama kat sini kalau tak pakai jubah tak boleh Ustaz. Salah ni”

“Err”



--------------------


“Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian, penuhkan saf di hadapan, rapat-rapat kan saf. Sesungguhnya merapatkan saf tu sebahagian daripada kesempurnaan solat”

“Ah kamu, meh duk sebelah aku ni”

“Tak nak. Saya nak duk belakang”

“Aih berdalih plak kau ni, anak sapa ha?”

“Aih Pak Budin, kenapa tak nak duk rapat dengan Wak Seman tu?”

“Mana boleh Pak Imam, dia orang Biru, saya orang Pink, tak masuk”

“Err”



------------------------


“Pak cik Mak cik, saya gerenti, kalau bagi anak-anak minum air azimat ni, boleh jadi pandai, belajar bagus”

“Oh mak dia, bagus ni. Kena beli, kasi kat anak kita si Leha”

“Hmm Pak Ustaz, berapa satu botol ni?”

“Tak murah Pakcik. Tapi untuk masa depan anak-anak kan. Hari ini saya kasi 70 ringgit je sebotol. Biasa saya jual 100.”

“Bagus ni. Baik betul Pak Ustaz ni”

“Jangan dipuji saya pakcik, pujian tu hanya untuk Allah”

“Bapak ni betol betol nak beli ke? Mahal la, lagipun entah-entah si ustaz ni menipu agaknya”

“Ish Leha ni. Mana ada ustaz tu tipu. Pakai jubah putih, serban. Muka pun bersih. Belajar pun kat Madinah. Meyakinkan !”

“Mak nye, awak setuju ke saya nak beli ni?”

“Saya setuju bang”

“Err”



-----------------


“Salam Mak Temah”

“Wa’alaikum salam, eh Radin, kamu bila sampai?”

“Pagi semalam. Ni haa Mak ada kirim lauk sikit”

“Terima kasih la. Hamboih kamu, baru setahun duk Negara orang rambut dah panjang, dah tak ingat Tuhan ke?”

“Err, takpela Mak Temah, rambut panjang ikut sunnah ni. Lagipun kat sana sejuk”

“Yela engkau, entah-entah terpengaruh dengan budak tu, sape nama, Adam? Adam Adli ha? Kau jangan duk ikut budaya kuning macam ni?”

“Yela Mak Temah. Nanti saya potong la. By the way, tu anak perempuan Mak Temah kan, duk sidai kain depan rumah, rambut bergerbangan, Mak Temah tak ajar tutup aurat ke”

“Eh kau niii”

“Err… saya balik dulu ye”



-------------



“Siti, cuba kau tengok anak si Kimah tu”

“Kenapa kak?

“Tah la, sejak dia belaja kat luar negeri ni, aku tengok dah lain macam, asyik pakai jubah. Jubah hitam pulak tu”

“Yela kak. Entah-entah ikut syiah. Ish.”

“Boleh jadi. Bahaya budak ni. Bawak quran plak tu memanjang. Ni mesti ikut pergerakan tak sihat ni”

“Eh bahaya sangat ni Kak. Kita kena bagitahu kat Kimah tu, suruh dia nasihat sikit anak dia ni”

“Eh jum jum kita pergi jumpa dia. Tak pasal-pasal nanti anak dia bawak dakyah kat kampung ni”

“Errr”


--------------------


Banyak lagi dialog tipikal perihal ketidakfahaman masyarakat tentang Islam kalau nak ditulis. Anda pun mengalami perkara ini?
Oh my ummah !