Thursday, February 27, 2014

USRAH MAINTENANCE




“Aku ponteng Usrah. Haha. Jahat Giler”

“Malam ni? Kenapa??”

“Yes. Aku dah malas”

“ (emoticon muka down), (Nama akh tu), Even Usrah dah tak best, dah tak feel, tarbiyah dzatiyyah diri tetap kena ada tau”



Satu screenshots yang baru diterima daripada seorang Akh yang namanya bermula dengan huruf A, maka mari kita namakan beliau akh A, bukan Avanza, menceritakan perbualan beliau dengan seorang akh yang nama dirahsiakan. Maka mari kita namakan beliau Akh C. Penulis ialah Akh B. (Tu pun jika layak digelar al akh)

Terkezut bak hang.


Kemudian Akh A terus menyelongkar masalah Akh C. Yang detail tidak diketahui oleh Akh B. Tapi sekeping lagi screenshot, membuatkan Akh B berfikir dan terdorong untuk mengarap sedikit di sini.


“…..seminar pengurusan cinta Hilal Asyraf dekat UIA. So next liqa setiap orang kena ambil part untuk present apa yang dia dapat”

“Owh, Hmm”

(Akh A pun terkedu)

“Lepas ni, aku nak ponteng je. Sebab aku rasa liqa yang aku join sekarang ini tidak membuahkan amal. Kan Abang (tettt) pernah cakap hari tu kan, apa gunanya usrah kalau tak membuahkan amal”

“So apa alternative buat masa sekarang?”



-----



Saya bukan menulis di sini dan mengambil satu contoh yang mungkin rare ini untuk dinisbahkan kepada institusi usrah secara keseluruhannya. Namun hakikatnya, ada berita kurang enak dari rakan-rakan yang sudah lama berkecimpung dalam hal hal ini. Nampaknya usrah sudah benar benar mendung?


Saya secara peribadi meletakkan usrah sebagai suatu yang penting dalam kehidupan seorang dai, yang haraki. Mungkin kerana ‘dibesarkan’ dalam sentuhan tarbiyah yang mana kami dididik dengan satu fahaman bahawa dalam mengajak orang kepada Allah, kerja utama adalah mentarbiyah secara berfokus dan wasilah yang tetap dan paling muntij adalah usrah.


Namun belum sempat tumbuh tinggi dan membesar, belum sempat memaknai usrah secara syumul dan fikrie, nampaknya alam ini sedikit demi sedikit membuatkan saya mempersoalkan, bagaimana usrah yang sepatutnya?


Kata seorang akh,

“Usrah adalah kilang untuk menghasilkan daie yang berjuang di jalan Allah”


Saya mebenarkan kata-katanya setelah melihat banyak hasil yang dilahirkan sebelum ini. Semoga kilang ini terus beroperasi dan hidup subur. Dan methodology kilang ini tidak lain tidak bukan dengan tarbiyah, perlahan dan bertahap.


Pun begitu, bukan semua yang bersama usrah ingin melaksanakan tujuan usrah, yakni akhirnya untuk menjadi produk tersebut. Bukan semua yang mengendalikan usrah juga bergerak ke arah itu, yakni menghasilkan mujahid di jalan Allah, yang akan sentiasa meletakkan tarbiyah sebagai core business.

Paling menarik, bukan semua setuju dengan system usrah. Meskipun mereka dan orang yang memperjuangkan usrah dan tarbiyah datang dari rahim usrah yang sama. Kan dah pening.

Dan yang lebih menarik, usrah telah divariasikan sifatnya, meyebabkan usrah yang hilang keasliannya kembali dipromosi menggunapakai nama usrah, menyebabkan salah faham terhadap usrah kembali berleluasa.


Akhirnya, ramai yang ikut usrah. Tapi bukan usrah “kilang”.


Ada orang bersama usrah kerana mahu jadi baik baik sahaja. Dengan usrah dia berada dalam bi’ah (environment) solehah. Dapat menjaga iman dia. Dan dia mengimpikan riwayat hidupnya berakhir menjadi orang yang baik baik, sopan dan santun. Usrah yang diikutinya dinamakan usrah maintenance.


Ada orang bersama usrah untuk mencari kenalan. Orang macam ini jenis tak reti bersosial sangat, hidup terpencil dan selalu alone. Dalam usrah dia dapat kenalan baru. Tidak lebih daripada itu harapan dia. Apabila ada aktiviti sampingan lain yang dianjurkan oleh naqib naqibah, mereka seronok untuk menambah kenalan. Usrah ini usrah social.


Ada orang bersama usrah sebab nak dapat gelaran ahli usrah. Sebab usrah sudah jadi trending. Bahkan, botol air, jenama pencuci baju, nama restoran dan macam macam lagi entity yang dekat dengan kehidupan masyarakat dinamakan usrah. Dan yang lebih menarik, menjadi ahli usrah yang biasanya dibawah organisasi tertentu memberi mereka ticket untuk digelar ahli organisasi tertentu. Usrah ini kita namakan,err Usrah Labeling ?


Kontroversi bukan?


 Ada banyak kes dan keadaan lagi.


Ada yang mengendalikan usrah semata-mata untuk KPI (key performance indicator) tahunan organisasi mereka. Dalam pada itu, usrah dijadikan tempat untuk doktrinasi ideology yang diperjuangkan. Tempat mengumpul penyokong yang akhirnya akan meluaskan pengaruh sokongan di media media social, lalu sejumalah ‘like’ dapat dicapai dalam tempoh tertentu. Usrah ini belum ada nama.


Ada yang bersama usrah kerana bestnya dapat menyertai banyak aktiviti yang dapat menghindarkan diri daripada waktu lapang yang banyak. Mereka dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala social. Dapat bersukan bersama-sama, mengayuh basikal bersama-sama, berseminar bersama-sama, ke konsert amal bersama-sama, dan bermacam lagi. Pendek kata mereka suka kepada aktivisme.


Kreatif rupanya penggerak usrah.

Ada lagi nama nama glamor usrah yang lain seperti


Usrah F.M
Usrah Bulanan
Usrah National
Urah Umum
Usrah Jemputan

Dan bermacam lagi.

*tetibe rasa futur nak sambung*



Kesemua situasi di atas adalah bagus dan baik.
Jadi, anda yang mana?

Maka saya akhiri artikel kali ini dengan keratan ucapan Imam Hassan Al Banna,


“Dalam banyak kesempatan, anda mungkin pernah berbicara kepada orang banyak tentang berbagai masalah. Anda yakin bahawa semua cara yang mungkin digunakan untuk menjelaskan apa yang anda inginkan, telah anda lakukan.

Anda pun merasa bahawa semua telah menjadi jelas, sejelas fajar subuh atau bahkan sejelas matahari di siang hari. Tapi seketika itu pula anda mungkin terhenyak. Kerana ternyata pendengar tidak memahami penjelasan anda.

Saya telah menyaksikan dan merasakan hal tersebut di banyak kesempatan. Saya percaya bahawa rahsia yang ada di balik itu adalah salah satu dari dua hal yang berikut;

Pertama, mungkin kerana tolak ukur yang digunakan oleh masing masing kita dalam mempersepsi apa yang ia dengar dan apa yang ia katakana saling berbeda sehinggalah terjadilah pembedaan pemahaman itu, atau;

Kedua, mungkin juga kerana ucapan itu samar dan tidak jelas, meskipun sang pembicara sendiri yakin bahawa ia telah menyampaikannya dengan sangat jelas”



Ya, post yang sukar untuk difahami,
mungkin kerana dua perkara di atas 

Friday, February 21, 2014

AD DHUHA



“Tenang dalam diamnya, tetapi lebih jelas daripada orang yang berbicara.
Bila diamnya terlalu lama, tergugahlah ia oleh keharusannya untuk bergerak”
Ar Raqaiq





Nyaman pagi itu. Tiupan anginya lembut. Menyapa kulit kita, penuh sopan dan santun. Sang matahari yang baru sahaja kurang lebih sejengkal mahupun sehasta dari kaki langit, belum mengganas sinaranya. Sunyi. Udara yang masih bersih, tidak dinodai molekul molekul asing. Meski warga kota sudah keporakan, bertebaran di sini sana, kita rasai hadirnya kemesraan pagi itu. Bermain main dengan perasaan. Seperti ada khabar dari jauh, yang datang membisik ke telinga.


                                                           Demi waktu dhuha.



Pun begitu. Kadang kadang riwayat pagi yang indah itu tidak lama. Lebih lebih lagi bagi para duat yang harus bergegas ke desa desa dan kota-kota. Dan entah mengapa, kekadang pagi yang dimulai sebegitu indah, tiba-tiba bertukar, langsung menyimpang jauh. Tidak lagi kita rasai kenyamanan dan kedamaiannya. Angin yang bertiup lembut seolah tidak lagi sudi bertanya khabar. Sang matahari yang mengganas, seolah-olah menaruh dendam.


Serba serbi tidak menjadi di sepanjang hari. Ada sahaja isunya. Begitu la hidup seorang daie. Ada hari hari dia berasa terpinggir. Kerja kerja di pejabat yang menghimpit. Susunan waktu belajar yang menggila. Kuliah kuliah ilmu keduniaan yang tidak berkesudahan. Ditambah tugas tugas tambahan.


Manusia manusia sekitar pula seakan-akan tidak merasa kehadiran kita. Tidak mahu bertegur sapa. Tidak mahu berjabat tangan. Boleh jadi kerana penampilan kita. Kerana mesej yang kita bahawa. Lalu kita disisih. Di tengah kota yang paksinya keduniaan. Kita berjalan tanpa hala tuju, memikirkan hari yang sangat panjang itu. Dosa apa yang aku lakukan?


Lalu Dia hadhirkan di hari itu, satu lagi fasa seperti mana pagi tadi. Malam yang tenang dan diam. Sunyi dan gelap. Saat yang lain hanyut di balik selimut. Dihulurkan peluang untuk berkaca di mihrab, mengadu dan merintih.



Dan demi malam apabila ia telah sunyi


Parahnya, tempoh terasa disish dan dipinggir itu berlalu lama. Tanpa ada tangan yang menghulur mahu mebawa kita keluar dari dimensi kesunyian. Tanpa ada suara-suara nasihat yang menggugah dan menghidupkan hati kita yang makin melencong prasangkanya. Di manakah kalian? Saat aku keseorangan di sini. Peti peti suara tidak lagi berbunyi.

Benar benar kita terasa tersisih. Dari manusia sekeliannya. Di saat cuti yang panjang, kita tercampak jauh di kampung halaman, di kawasan pedalaman. Langsung kita tidak dihiraukan. Keakraban itu makin hilang. Tiada telinga yang sudi mendengar, drama dan sketsa yang sedang mengambil tempat dalam jiwa dan dada kita yang berombak. Makin rancak turun dan naiknya.


Pertarungan bisikan syaitan dan iman yang makin sengit. Sehingga prasangka kita makin menjadi jadi. Mulalah kita berasa, cita cita yang kita impikan itu hanya bualan kedai kedai kopi. Inilah kehidupan sebenar. Berjalan bersama atas jalan ini, janji ke syurga, hanya doktrinasi semata-mata. Tidak ada nilainya.


Engkau telah ditinggalkan. Bisik syaitan ke dada kita. Sesaat demi sesaat. Makin mengganas dan mesra bisikannya. Lihatlah sekarang, tiada siapa bersamamu. Engkau bersendirian. Engkau telah ditipu. Marilah bersamaku.

Marilah.


Tuhanmu tidak meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu


Di saat itu juga. Di saat diam itu makin lama. Di saat keyakinan itu teruji. Di saat kita hampir melepaskan diri darinya. Iman yang sekelumit itu membisikkan suatu kata-kata yang indah dan mesra. Kata-kata yang tiada tolok bandingnya. Kata-kata yang menjunam dan mendasar ke dalam hati, di bahagian yang paling dalam

Kata-kata yang mengetuk mengetuk minda separa sedar kita. Kata-kata yang membuatkan kita lemah, langsung kita rebah menyembah bumi, bersujud di saat malam itu belum berakhir dan kita lantunkan doa-doa dan rintih rintih taubat dengan suara yang mendatar. Kata kata mukjizat yang semeang membuatkan kita tidak berdaya, yang menewaskan bisikan bisikan syaitan yang direjam itu.

Tuhanmu tidak meninggalkanmu.


Ya benar. Berulang ulang ayat itu, dimainkan dalam benak kita. Di suasana malam yang nyaman. Ia hadir tepat pada waktunya. Penuh emosi dan perasaan. Menenangkan kita yang makin longlai.

Dan tiada pula Ia benci kepadamu.


Dan sesunguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada sekarang (permulaan)


Bahkan bisikan keimanan yang menggugah itu, bukan sahaja menghadirkan secebis semangat dan harapan, bahkan satu janji yang membuatkan jiwa kita kembali besar, motivasi kita makin tinggi dan keyakinan kita justeru makin dalam, mendasar.

Suatu janji yang haq, yang benar tanpa seleweng. Yang bersetuju dan mengiyakan hari hari kita yang panjang dan memenatkan itu, yang mengakui bahawa kita memang berada di fasa kepayahan dan kesukaran, namun kataNya, di kemudian nanti, ia jauh lebih baik dari harimu ini.


Ia membuatkan kita kembali tegar, bernafas dengan aman, dan bangkit dari kesenyapan tadi. Ia menggugah keharusan untuk bergerak. Lantas membuatkan kita tidak endah pada bisikan syaitan itu, kerana kita tidak lagi mampu menahan sabar, menantikan penyudahan yang lebih baik itu. Kita menunggu nunggu untuk disempurnakan janji itu, yang kita yakini dengan keimanan yang sangat kukuh bahwa ia bukan satu janji manis semata.



Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu, lalu kamu menjadi puas



Janji manis yang benar dan tidak terseleweng itu, yang datang dari keimanan, suara yang jauh dan luhur itu tidak terhenti di situ. Ia benar benar memaku tepat ke dalam hati kita, dengan suatu kepastian. Kepuasan.

Khabarnya, Tuhan kita akan mengurniakan kepada kita, sehingga kita berasa puas. Seola-olah mustahil untuk memuaskan kehendak kita ini, yang entah di mana titik noktahnya. Di dunia ini sahaja, jika diberi satu lembah emas, kita mahu dua. Kita mahu lagi dan lagi. Kepuasan itu tidak pernah berhenti dan jemu untuk berjalan.


Dan belum ada lagi satu detik kita benar-benar berasa puas. Lebih lebih lagi saat kita meniti di jalan ini, jauh sekali dari berasa puas, bahkan banyak benda yang harus kita letak ketepi terlebih dahulu. Ribuan keinginan harus kita lupakan dan korbankan. Yang kadang-kadang membuatkan kita berasa sukar untuk terus meniti.

Tetapi kali ini, janji diberi kepuasan. Ia satu janji yang Maha Hebat. Yang tidak mampu ditunaikan oleh manusia keseluruhannya, meski kita menghimpunkan manusia pertama hinggalah kesudahnnya, belum tentu dapat menghadirkan rasa puas. Lalu kita berasa teruja dengan janji ini. Kosa katanya yang mebuatkan daya mahu kita melonjak ke tingkatan yang lebih tinggi.


Tapi entah mengapa, pertarungan al haq dan al bathil itu tidak berakhir di situ. Di saat lama kita berjalan dan makin jauh kedepan, masih lagi ada suara suara halus yang menyentak kita kembali. Entah. Mengapa belum sampai lagi kepada tahap kepuasan yang dijanjikan dahulu? Atau sememangya ia janji semata, tidak lebih daripada itu?

Ada masa-masa keyakinan kita kembali menurun, bahkan menjunam.


Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim lalu Dia melindungimu?


Mesejnya kali ini, tidak ada yang mustahil bagi Tuhan. Sebaik sahaja Dia berkata, “Jadi”, maka jadilah. Lalu kali ini dia menuntun tangan kita mengimbau sejarah semalam. Bukanlah dulu kita yatim, terabai, tidak dilindungi, tidak ada antibodi dan boleh diserang dan dirosakkan oleh sekitar kita dengan sebegitu mudah?

Tapi Dia telah memilih untuk melindungi kita daripada semua itu. Dalam banyak banyak hambaNya yang lain, kita antara yang dipilih untuk dilindungi. Tidak mustahil bukan? Bahkan Dia mampun untuk memberikan lebih dari yang itu?


Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk


Dan kali ini Dia mengungkitkan lagi. Bermain permainan psikologi, bermain dengan perasaan dan emosi. Yang membuat kita sedar dan insaf. Bukankah dulu kita dalam kebingungan ? Bahkan mungkin sesat, kerana tiada bimbingan. Kita dahulu pernah hanyut dalam pekatnya hitam dan gelap jahiliyyah.


Kita dahulu bersahabat baik dengan perkara dosa. Kita kata kita kenal Pencipta dan pesuruhNya, rupanya semua itu di bibir sahaja. Kita hidup seolah tidak ada yang memerhati gerak geri kita. Kita bahkan tidak tahu hala tuju hidup ini. Kita bergerak tanpa arah. Tidak tahu matlamat yang harus digapai. Bukan kita sahaja, bahkan ribuan teman teman yang lain.


Tetapi di tengah kehidupan itu, Dia menurunkan huda, petunjuk kepada kita. Dari arah yang tidak kita sangka-sangka. Melalui perantaraan yang pelbagai. Yang menjemput kita ke pangkal jalan. Menghadirkan kepada kita dengan pelbagai sosok tubuh, untuk memipin tangan kita kembali ke syurga, menatap wajahNya yang tiada kata dapat mengambarkan keadaan itu.

Ia. Dia telah memilih kita daripada sekelian banyaknya manusia.


Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan


Nampanknya perjalan menyelusuri hari hari semalam tidak berakhir di situ. Permainan emosi ini masih berterusan, mengajak kita merenung jauh ke masa lampau. Yang mengingatkan siapa kita yang dahulu. Yang mengingatkan bagaimana kita yang dahulu. Serba kekurangan. Naïf. Lemah. Jauh dari al Quran. Tiada motivasi diri.

Ia membawa kita ke suatu pengembaraan yang kita pernah suatu ketika dahulu lalui. Cuma mungkin kita telah terlupa, lalu kita tidak menghargai nikmat itu. Padahal waktu dahulu, itulah kisah yang sering kita canang dalam pertemuan sesama kita di setiap hujung minggu itu. Itulah kisah yang benar benar membekas dalam sanubari kita.

Ia tidak memberi yang banyak kepada kita. Tetapi kecukupan!
 
Ya. Kita sudah cukup sebenarnya. Meskipun yang dijanjikan adalah kepuasan, namun siapa kita hari ini sudah cukup, untuk menutup mulut kita daripada merungut sambil berjalan atas jalan ini. Kecukupan itu sudah memadai untuk menghambat bayangan dan imaginasi negative yang bertandan dalam minda kita itu.

Yang kurang kepada kita adalah kesyukuran. Yang kurang adalah waktu waktu kita memuhasabah diri. Sehingga ada saat kita terbawa bawa dengan kehendak diri.



Sebab itu terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang


Maka dia menyuruh kita memerhati ke sekeliling dengan menghadirkan perasaan. Memerhati dan membandingkan keadaan kita. Lihatlah ke sekeliling sejenak. Dan letakkan diri kita dalam setiap situasi yang naïf itu.

Di situ kita akan dapati rasa syukur. Kita akan dapati bahawa kita harus mara kedepan. Berkongsi kenikmatan ini. Bukan berasa lebih jauh sekali daripada merasa baik daripada mereka mereka di sekeliling kita.


Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah kamu mengherdiknya


Di saat kita berhadapan dengan mad’u kita yang meminta, janganlah kita menherdik dan mencemuh mereka, meskipun dalam kesenyapan. Bahkan janganlah kita bermasam muka. Bukan kita dahulu juga begitu. Inilah peluangnya untuk kita menggandakan amal. Untuk melahirkan rasa syukur dan memanifestasikannya.

Berjalanlah dengan penuh rasa tanggunjawab dan serius. Meskipun hari hari yang kita lalui sangat berat dan panjang. Meskipun kita harus memberi lebih daripada apa yang kita ada. Meski pun di saat itu kita disisih, dibiar dan dipinggirkan.

Kerana Tuhanmu tidak pernah meninggalkan kamu.


Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu siarkan


Dan teruskan menyampaikan risalahNya. Kongsikanlah rasa yang telah kita nikmati itu. Ucapkanlah ia. Duduklah bersama mereka. Peluklah mereka. Hadirkan perasaan. Layanlah mereka sebagaimana kita telah dilayan dan disantuni, bahkan lakukanlah yang jauh lebih baik daripada itu.


Kerana ia adalah satu suruhan dan seruan yang pasti meluhur, membersih dan memberkati usia kita dan membawa kita ke darjat yang lebih tinggi di sisiNya.

Tuesday, February 18, 2014

LEAD BY EXAMPLE



Baru sahaja tersentap membaca karya al akh yang disayangi kerana Allah, di sini,
lantas saya pun terdetik untuk berkongsi sedikit, seputar isu yang sama. Tiba-tiba je kan.


Kisah 1

Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang, permainan ditamatkan. Si X lantas pulang ke rumah. Usai tiba di rumah, sekadar berbalutkan tuala, dan badan yang masih berpeluh peluh, dia mengupdate di status mukabukunya;


“Ayuh kita bersegera ke masjid, Azan Maghrib sudah berkumandang, pemuda yang cinta akan masjid akan mendapat naungan daripada Allah kelak”


Kisah 2


“Ya ayyuhal ikhwah, tajuk khutbah pada hari ini ialah, merokok membahayakan kesihatan. Kementerian kesihatan telah mengeluarkan statistic terbaru bahawa rokok mengakibatkan 3 orang diserang sakit jantung setiap hari.

Maka mimbar ingin menasihatkan sidang Jumaat, marilah kita sama-sama tinggalkan budaya merokok demi kemaslahatan umat sejagat”


Usai solat Jumaat tamat, khatib meluangkan masa bersama jemaah, (bukan jemaah in that sense ok) sambil pekena kopi Tongkat Ali di kedai berhampiran masjid. Selang dua tiga minit, sebatang Kent hinggap di mulut. Dengan rakus asap disedut dan dihembus.




Ironi bukan ?

Siapa cakap untuk tunjuk qudwah (teladan) dalam berdakwah itu senang?


Sebab itulah, dalam karyanya yang bertajuk Fiqhul Dakwah, Sheikh Jum’ah Amin meletakkan Fiqh yang pertama adalah,

“Qudwah qobla dakwah”


Ye. Ada yang beragumentasi. Dengan qudwah sahaja tidak mungkin juga dakwah itu berhasil. Memang banyak bukti dia. Rasulullah s.a.w merupakan insan yang paling luhur pekertinya di zaman beliau, pun masih dakwah baginda ditolak.

Namun, dakwah dengan qudwah yang teruk pasti tidak berhasil.

Daripada banyak pengajian sirah, dapat kita belajar perjalanan dakwah Rasulullah dan para sahabat yang meletakkan qudwah sebagai elemen penting dalam usaha menarik orang memeluk Islam. Cuma hari ini, saya ingin mengajak diri saya sendiri dan kalian semua belajar qudwah daripada Allah s.w.t dalam ‘seruan dakwah’ Nya dalam ayat Quran.


Mari kita perhatikan ayat berikut;


“Jangan kamu jadikan panggilan Rasul diantara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain)….”
(An Nuur: 63)    


Dalam ayat ini, Allah melarang sahabat, (pada waktu itu) memanggil Nabi Muhammad dengan panggilan sebagaimana mereka memanggil sesama mereka. Dalam erti kata lain, Allah menyuruh para sahabat memanggil Nabi Muhammad dengan gelaran Rasul, atau Ya Rasulallah, instead of Muhammad atau Wahai Muhammad.

Nah,di mana Qudwah qobla Dakwah Nya?


Kalau anda perasan la dalam ayat ayat Quran, istimewanya pengiktirafan Allah terhadap Rasulullah, Allah tidak pernah memanggil Rasulullah dalam dialog dialog Quran dengan panggilan Muhammad atau Ya Muhammad, atau Wahai Muhammad.


Tidak seperti panggilan ke atas nabi-nabi lain. Bagi nabi nabi lain, Allah s.w.t. meng‘address’ mereka dengan nama mereka, seperti,


“Ya Musa”
“Ya Adam”

Dan sebagainya.

Tapi ke atas nabi Muhammad, Allah menggunakan gelaran nabi atau rasul;


Hai Nabi, bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti orang-orang kafir dan munafik…”
(Al Ahzab:1)

Hai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera kekafirannya….”
(Al Maidah:41)


Maka valid lah arahan Allah ini.
Didahului dengan satu teladan yang baik.


Bagi mereka yang peka dan mantap tarbiyah kendirinya, mereka akan memerhati perkara perkara sebegini untuk diamalkan dalam kehidupan. Kita juga tidak sepatutnya meletakkan nama Muhammad sewaktu menterjemah ayat Quran yang suruhannya keatas Nabi Muhammad, sebaliknya meletakkan nama Rasulullah.


Apa-apa pun, lihatlah, Allah sendiri ‘menunjukkan’ qudwah Nya. Padahal, seandainya Allah menyuruh kita untuk tidak memanggil Rasulullah dengan namanya sebagaimana cara kita panggil kawan kawan kita yakni menggunakan nama mereka, tanpa Allah tunjukkan qudwah, itu tidak menjadi masalah.


Allah kot, sekalipun tidak ada qudwah, arahanNya tetap menjadi syariat.
Ini kita, hamba yang ingin mengajak orang lain mematuhi syariat Allah, tapi kita sendiri tunggang langgang.


Satu lagi contoh qudwah yang diajarkan kepada kita oleh al Quran;
Firman Allah;


“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”
(Al Ahzab:56)


Lihatlah bagaimana cantiknya susunan ayat suruhan di atas, Allah terlebih dahulu menyebut bahawa Dia dan para malaikat pun berselawat, maka berselawatlah wahai orang orang yang beriman. Sekali lagi, qudwah mendahului dakwah.


Tidak mudah untuk menunjukkan qudwah dalam menyampaikan dakwah. Pun begitu, ia tidak mustahil. Sebenarnya, banyak seruan dakwah yang ditolak hari ini adalah akibat kegagalan duat menunjukkan qudwah kepada dakwah mereka. Kata-kata yang terpacul dari mulut mereka dan terhasil dari jemari mereka tidak diterjemahkan dalam kehidupan mereka.

Sebenarnya, apabila kita terlebih dahulu melakukan apa-apa yang kita serukan, seruan itu akan lebih sampai dan menyentuh hati mad’u (objek dakwah) kita, meskipun kita tidak melakukan hal yang demikian di hadapan mereka.

Dan sepatutnya bagi para du’at, menunjukkan qudwah bukan hanya di hadapan mad’u, kerana bukankah dakwah itu kehidupan?

Bukankah slogan ini yang sering kita war war
dan canang dalam usrah dan daurah?


Menunjukkan qudwah dalam dakwah tidak bermakna kita harus sempuran dalam setiap sudut dan juzuk kehidupan, kerana sampai kiamat pun ia mustahil berlaku. But, you know what I mean kan ?

Maka saudara,

Qudwah qobla dakwah !


*saya pun fail T_T*