Sunday, January 25, 2015

SENTUHAN AL AKH #33



Kami ingin memulakan perkongsian yang tidak seberapa kali ini dengan satu kata-kata yang cukup bermakna. Kami tidak tahu asal-usulnya melainkan Allah swt lah yang memberi ilham kepada hamba-hambaNya. Lalu segala pujian kita kembalikan kepadaNya.


“When you find yourself in position to help someone, know that Allah is answering his prayer through you”

Maka janganlah kita berkira untuk melakukan kebaikan!




Suatu hari seorang akh mendapatkan akh yang lain untuk membantu dia membereskan satu urusan yang diamanahkan kepadanya. Tetapi kerana kekangan itu dan ini dan banyak keterbatasan yang lain, dia lantas terpaksa dengan berat hatinya memanjangkan amanah itu kepada akh yang diminta bantuan.

Alhamdulillah. Urusan pun selesai.
Dapatlah kita katakan,

“Al Akh in need, al akh indeed”

Atau sebagaimana kata-kata yang sering disiulkan ikhwah, “ikhwah itu memang untuk disusahkan”. Benarlah kalian! Tetapi selain daripada itu, barangkali lebih daripada itu, ada hal lain yang akh tadi ajarkan kepada akh yang dimudahkan urusannya itu. Ia mengajarkan juga kepada kami, perihal ketundukan dalam melakukan kebaikan, apa pun kebaikan itu.


Masih segar lagi kisah akh kita ini.
Marilah, sudikan diri, kita renung sejenak.


“Jazakallahu kheir, huhu”

“Ni la yang termampu aku tolong. Aku bukan ada pape sangat pun”

“Uish. Ni pertolongan maha dahsyat kot”

“Apa lah yang mada dahsyat nya. Harap kebaikan-kebaikan yang kita buat dapat padam keburukan-keburukan yang lampau”


Subhanallah!
Sungguh mahal pengajaranmu kali ini ya akhi!


Harap kebaikan-kebaikan yang kita buat dapat padam
keburukan-keburukan yang lampau


Seakan terasa linangan butiran jernih di kelopak mata kami. Mengenangkan betapa rendahnya budi pekerti seorang al akh, yang bergelut meninggalkan waktu silam untuk menghadapi reality hidup apatah lagi untuk masa depan yang lebih bersih. Kerana seperti mana kalian, kami juga ada waktu silam sendiri, yang kerap juga datang menyapa.

Alhamdulillah, Allah swt telah memilih untuk memuliakan kita. Pertamanya dengan mengurniakan kepada kita Islam, agama ini, cara hidup ini. Kita bangga menjadi muslim. Walaupun kita masih mencuba memaknai erti kebanggaan ini persis Amirul Mukminin ‘umar al Khattab r.a tatkala beliau menyeru lantang suatu ketika dahulu;


“Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam, sesiapa yang mencari kemuliaan selain Islam, maka akan dihinakan Allah”


Lantang. Tegas. Telus dan jelas kemuliaannya.
Kami ingin jadi seperti itu.


Lebih daripada itu, Allah swt dengan sifat rahmahNya yang membanjiri seluruh isi alam buana ini telah pula menamakan kami dan kita semua insya Allah sebagai hamba-hambaNya yang disucikan dengan sentuhan tarbiyah, mengikut jalan Rasulullah saw. Betapa mahalnya anugerah ini!.


Bersama angkatan dakwah dan tarbiyah bermakna membenarkan kebenaran yang dibawakan oleh Rasulullah saw. Allah telah memuliakan kita dengan itu! Inilah yang kami dapatkan daripada akh tadi, setelah kami renungkan kebaikan kebaikan yang membawa dia menunduk bagai resmi padi.


Teringat pula kami kepada kisah As syahid Sayyid Quttb yang menulis kitab Fi Zhilalil Quran, bagaimana beliau menyifati pengalaman hidup di bawah naungan al Quran sebagai satu nikmat yang meluhur, membersih dan memberkati usia sesorang. Satu kenikmatan yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang mengecapinya.

Kita akan lebih menghargai kalam beliau jika ditelusuri pengalaman hidupnya yang hampir 40 tahun yang awal, bersahabat karib  dengan jahiliyah sehingga kenal benar sisi-sisinya. 40 tahun yang berlalu seakan-akan tidak pernah tersia-sia setelah tarbiyah datang menjemput beliau, sehingga beliau mengungkapkan kata-kata yang mahal itu. Usianya dibersihkan!

Barangkali akh itu juga telah pun mengecapinya di jalan tarbiyah ini.
Kami seakan dapat rasakan sentuhamu itu ya akhi.


Firman Allah swt;

“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta beriman kepada Muhammad, dan itulah kebenaran dari Tuhan mereka, Allah menghapus kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka”
(Muhammad :2)


Benarlah janji Allah swt. Benarlah!

Benar benar hidup ayat ini dalam kehidupan kita. Terasa dekatnya, lazatnya. Seakan-akan dapat dihidu baunya yang segar itu, dengan deria kita yang terbatas ini. Segar membugar! Allah swt telah memilih kita untuk bersama angkatan ini, dan telah pula membaiki keadaan kita.

Kita merasai bagaimana perubahan perubahan itu berlaku. Sedikit demi sedikit. Melihatkan bagaimana kita berinteraksi dengan kitab-Nya, cuba menerokai kembali perjalanan hidup Rasul-Nya, mendekati-Nya dalam ibadah fardhu dan sunat dan dalam banyak hal yang lain.

Mudah-mudahan Allah swt juga telah menghapuskan kesalahan-kesalahan kita yang lampau. Mudah-mudahan kata-katamu yang mahal itu benar.

Untuk itu, mari kita terus menerus melakukan kebaikan dan kebajikan, sebagaimana Allah swt telahpun berlaku baik dengan kita!


Jazakallahu kheir.
Semoga Allah merahmatimu!

Dan ketahuilah, sebarang kebajikan yang dikau lakukan, tidak lain ia untuk dirimu!

Saturday, January 24, 2015

LAGENDA




Anda benar. Penulis sedang bercuti di rumah, menghabiskan saki baki cuti semester selama kurang lebih dua minggu. Maka tidak hairanlah sehari dua ini penulis kelihatan galak menulis di sini. Namun dia hampir sahaja mahu mengundurkan diri daripada menulis. Tidak mengapalah. Kita abaikan sahaja.


Firman Allah swt;

“Dan hendaklah takut orang-orang yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka khawatir terhadapnnya. Oleh itu, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar”
(An Nisa’ :9)


Jika kita telusuri perkataan keturunan dalam ayat yang dipetik di atas, perkataan yang dibawakan al Quran adalah zuriyat. Maka anda sekali lagi benar, penulis belum memiliki sebarang zuriyat biologos bahkan belum mendirikan rumah mahupun tangga. Belum. Namun begitu, marilah kita sama-sama hayati sepotong ayat ini dengan kaca mata dakwah dan tarbiyah.


Ah, dakwah sudah mudah. Ramai sudah yang mampu menulis kata kata enak, video video menarik, seminar dan dialog ilmiah. Ramai. Namun masih ramaikah yang mampu bekerja tanpa dikenali, membina manusia demi manusia, mengubah no body menjadi somebody? Menjadi seorang murabbi.
Semua akh biasa berdakwah, menyebar islam dengan cara sendiri. Tapi hanya akh yang benar, mampu menjadi seorang murabbi. Kita naik, dengan mengangkat insan insan lain.


Saudaraku,

Betapa dakwah ini sejak dari dahulu lagi berhajatkan pewaris dan pelapis. Kita yang bersama angkatan dakwah yang haraki ini sifatnya justeru tahu dan faham benar akan urgensinya untuk setiap al akh yang benar amalnya untuk melahirkan lebih ramai rijal untuk umah ini dengan sentuhan usahanya, dengan izin Allah swt.

Mengingat akan urgensi ini, al akh yang benar tidak lena tidurnya memikirkan zuriat dakwah yang dibinanya. Bagaimana perkembangan tarbiyah zuriatnya itu. Bagaimana proses takwin, pembentukan mereka. Itulah yang sering merisaukan al akh yang soddiq itu. Sesungguhnya umat hari ini sangat berhajatkan kepada rijal yang perkasa amalnya, yang mampu membawa mereka kembali mengenal Tuhan, kembali ke jalan yang benar.

Dan ayat al Quran di atas menampar para murabbi dengan tamparan yang membekas bukan sahaja pada kedua belah pipinya, bahkan pada hati dan perasaannya, pada akal dan jiwanya. Allahu akbar! Penulis sendiri memikirkan hal ini. Tertanya-tanya, siapakah di belakangku?

Berapa ramaikah manusia yang telah aku ajak untuk bersama angkatan ini? Bagaimana pula kondisi mereka? Sudah mampu menjadi murabbi ummah kah? Atau masih lemah ? Masih bermalasan? Masih memberi alasan alasan mencurigakan itu?

Menginsafkan sungguh ayat Allah swt yang satu ini. Kerana selebihnya, setelah kita meneliti satu persatu siapakah rijal dibelakang kita itu, setelah kita tahu betapa masih banyak lagi kekurangan yang perlu diisi, masih ada lompang di sana dan di sini, para murabbi diseru untuk bertakwa kepada Allah.


Mungkin yang kurang sebenarnya ketakwaan kita!
Satu muhasabah besar!


Dan kemudiannya, mereka diseru untuk berbicara dengan kata-kata yang benar. Qaulan sadidaa. Perkataan sadidaa bukan sahaja bermaksud benar, tetapi sentiasa benar, always the truth, bahkan bukan sahaja kebenaran, tetapi kebenaran yang ada referensi, apropos. Begitulah kita disuruh untuk terus menerus berkata dengan kebenaran, dengan jelas dan terang. Terus menerus membina rijal untuk umat ini.


Mungkin dari situlah, penulis pun memilih untuk berkongsi lagi dengan pembaca. Kerana pada amatannya, kata-kata itu tidak sekadar yang terucap di mulut, bahkan boleh diterjemah melalui tulisan tulisan juga. Meskipun tulisannya picisan. Tidak menyelerakan akal apatah lagi menghiburkan.

Tidak mengapa. Ia tidak pernah bermaksud untuk meneyelerakan dan menghiburkan. Penulis insya Allah akan menulis, memandangkan penulis seorang yang kurang bercakap, pendiam, mungkin ada emas dalam mulutnya. Nikmati sahajalah ilham Ilahi ini.


Sudah lama tidak menulis muqaddimahnya sepanjang ini.


Baru baru ini penulis merenung beberapa perkara, betapa hari ini kita kian kehilangan tulisan yang membara-bara semangat harakinya. Kita makin kekurangan tulisan yang mengalir ruh dakwah dan tarbiyah dalam ayat-ayatnya, dalam perenggan perenggannya, makin kurang. Meskipun laman alam maya beraneka bentuk dan platform tumbuh. Sentuhan penulisan seperti kader kader yang lebih dahulu terluka atas jalan ini masih tidak tertanding, tetapi malangnya banyak dari mereka sudah tidak aktif di papan kekunci.

Bahkan penulis sendiri merasa betapa semakin tidak jujur dan telus dalam penulisannya. Kadang-kadang sisi-sisi teknikal seperti keteraturan, gaya bahasa, perbendaharaan kata serta tatabahasanya dilebih-lebihkan penelitiannya. Lantas, mesejnya kadang-kadang kehilangan ruh, kering, terlalu teknikal. Mungkin kerana terbawa-bawa untuk meniru gaya tulisan watak-watak yang sudah berdekad lamanya berkarya.

Waktu awal-awal dahulu, memang tulisan tulisan di alam maya dicari penulis atas banyak sebab. Antaranya untuk mencari semangat yang tidak tentu arah halanya. Mencari kefahaman yang tidak datang melayang dari udara. Kadang-kadang mencari bahan pengisian, sama ada untuk jiwa sendiri yang kontang atau untuk disebarkan bahagia. Tidaklah terlalu lama meninggalkan reality, tetapi waktu itu kita ada banyak pilihan.

Tulisan ikhwah dan akhawat yang bergelora ruh harakinya. Ia tidak tertumpu pada bunga-bunga ayat atau gaya bahasa. Kebanyakannya perkongsian yang datang dari hati. Perkongsian amal yang benar. Perkongsian bagaimana mujahadah tatkala dakwah itu dipraktikkan, bukan berlegar sekitar teori semata-mata. Cukup menghidupkan.

Marilah penulis kongsikan taiko, atau mereka yang boleh dikatakan orang lama di medan ini, berbanding dengan generasi penulis. Antaranya;









Memang ada yang masih tegar. Cuma mungkin ada yang sudah tidak sama lagi penyampaiannya. Kadang-kadang mesej yang dibawa jauh dengan reality dakwah ikhwah dan akhawat, mungkin kerana target audience yang berubah, atau prinsip yang berubah. Kadang-kadang ada juga hasil karya yang direka, bukan datang dari amal yang sebenar, pada amatan penulis la. Kadang-kadang artikel ditulis sekadar meningkatkan hits. Atau mungkin sudah tidak aktif kerana posisi dakwah yang sudah berubah. Begitulah analisa kita yang tidak tepat ini.


Mereka yang baru mengenal jalan ini, pasti tercari-cari bekal bekal baharu. Mereka memerlukan kelangsungan usaha ini. Meskipun ia bukanlah medan utama. Penulis juga tertanya, di mana pergi suara baharu, arus baharu. Sebenarnya penulisan orang baharu kadang-kadang lebih segar. Mereka lebih jujur dan telus. Tulisan masih panas, diangkut dari jemuran amal di medan jihad. Tetapi entalah.


Jika diikutkan, sewaktu angkatan kami mula bersama dakwah dan tarbiyah, bukan tidak ramai yang menulis, dengan tulisan yang basah dan menghidupkan. Terlalu banyak bahkan. Cuma, halatuju kini berbeza. Ada yang mungkin lebih selasa dengan cara sekarang.

Renungan ini adalah satu muhasabah untuk diri sendiri, untuk kembali meniupkan ruh fikrah kita ini dalam tulisan tulisan mendatang. Mudah-mudahan. Mudah mudahan juga kalian yang membaca hingga ke patah perkataan ini mengerti bahwa ia bukan sahaja satu bebelan lewat malam di waktu cuti yang lapang, tetapi juga satu hasrat untuk melihat, makin ramai yang berkarya. Untuk Islam insya Allah.


Benarlah, dakwah berhajatkan pewaris dan pelapis.
Dari satu sudut, jelas terbukti kedhaifan kita di situ.

Dari meja penulis, kita akhiri dengan coretan ini;

“Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok, tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.
Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penulisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.”

-Hilal Asyraf


Jangan salah faham. Penulis bukan Hilal Asyraf.
Wallahu’alam.

Friday, January 23, 2015

MENGURUSKAN LOGAM





 Penulis Lapar


Menyelusuri Surah Yusuf buat sekelian kalinya tidak pernah gagal membuatkan kita stumble upon this unfathomable chapter of the Holy Quran. Lihatlah, betapa keterpakuan itu hanya terungkap dalam bahasa asing. Ish. Layaklah Allah swt mengiktiraf kisah Nabi Yusuf as yang terpahat abadi dalam surah ini sebagai kisah terbaik, ahsanal qasas.

Nabi saw pernah bersabda dalam satu hadis yang panjang, yang potonganya adalah;


“Manusia itu seperti logam. Terpilihnya mereka semasa jahiliyah, terpilih mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”


Mari kita renungkan hadis ini dengan suluhan Surah Yusuf, insya Allah.

Secara zhohirnya dan yang mampu kita renungkan dengan kemampuan akal yang terbatas ini, Nabi Yusuf as sebagaimana yang diceritakan dalam surah ini mempunyai dua jenis kelogaman, keistimewaan yang ketara iaitu wajah yang tampan dan kebolehan mentakwil mimpi. Kedua-dua kurniaan Allah swt ke atas nabiNya itu boleh dimanfaatkan untuk membantu memperjuangkan Islam.

Hatta di zaman bila pun, rupa paras yang menawan dan kemampuan mentakwil mimpi ini boleh jadi satu asset yang berguna untuk angkatan dakwah dan Islam secara amnya. Pun begitu, dalam surah ini Allah swt mengajari kita bahawa keistimewaan dan kelebihan kita itu ada potensi untuk dimanfaatkan, tetapi belum tentu ia benar-benar bermanfaat.

Sebab itu, dari satu sudut jika hendak didiskusikan,

Ketampanan Nabi Yusuf meskipun pada asalnya kita lihat sebagai satu asset penting tetapi dalam kisahnya ini seakan ketampanan itu suatu beban bahkan yang akhirnya menghantarkan baginda ke penjara.  Seolahnya, Nabi Yusuf tidak mampu menguruskan kelebihannya itu, sehingga ia mengundang fitnah yang di luar kawalan baginda lalu baginda berdoa;


“Telah berkata (Yusuf), ‘Wahai Tuhanku! Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka. Jika aku tidak Engkau hindarkan daripada tipudaya mereka, necaya aku akan cenderung dan tentu aku akan termasuk orang yang bodoh”

(Yusuf:33)


Sudah pasti jika dilihat dari sudut yang lain, ada signifikannya tersendiri kenapa Allah swt mentakdirkan baginda memiliki wajah yang tampan sedemikian yang mana sisi-sisi lain itu bukanlah menjadi perhatian kita kali ini.

On the other hand, kelebihan atau kebolehan baginda mentakwil mimpi pula telah menjadi asset yang sangat bermanfaat dalam perjalanan hidup baginda yang penuh liku itu. Daripada mulanya baginda mentakwil dengan tepat mimpi rakan-rakan sepenjaranya sehingga baginda mentakwil mimpi diraja Mesir yang natijah akhirnya kebolehan itu mengangkat baginda ke pangkat yang tinggi di Kota Mesir ketika itu.

Hanya dengan satu kebolehan, ia mengubah perjalanan hidup seorang Nabi dengan begitu ketara, sudah pasti dengan izin Allah swt. Terselit dalam kisah ini elemen-elemen akidah jika kita sama-sama dapat renungkan dua ayat ini;


“Dia (Yusuf) berkata, ‘Jadikanlah aku bendaharawan negeri, kerana sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga dan berpengetahuan”
 (Yusuf:55)


Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri ini…”
(Yusuf:56)

Lihatlah betapa indahnya mesej ketahuidan ini disampaikan. Nabi Yusuf meminta daripada si pembesar Mesir kedudukan sebagai ‘menteri kewangan’ tetapi perkataan ‘Kami’ pada permulaan ayat berikutnya mengajar kita bahawa Allah swt lah yang mengangkat atau menjatuhkan kedudukan kita. Subhanallah!


Saudaraku,

Begitulah di jalan dakwah, kadang-kadang kita merenung dan mencongak diri sendiri lalu bertanya, “Kenapa aku tidak dikurniakan kelebihan sebagaimana orang lain?”

Kenapa kita tiada kemampuan petah berbicara, pandai mengurus program tarbiyah, mempunyai wajah yang menawan, pemidato yang hebat, penulis yang profilik dan pelbagai jenis kelebihan yang menjadi nilai tambah bagi seorang duat.

Sebenarnya surah ini mengajar kita, cukuplah dengan apa yang kita ada.

Bahkan mungkin kelebihan yang tidak tersisa pada kita itu Allah swt ‘sengaja’ tidak kurniakan kepada kita kerana mungkin kita tidak mampu pun untuk menguruskannya dan memanfaatkannya. Sebagaimana ketampanan Yusuf yang pada masa kasar kita sepatutnya menjadi added value tetapi sebaliknya yang berlaku.


Jika satu kebolehan mentakwil mimpi itu sudah memadai buat Nabi Yusuf as, maka sebenarnya kebolehan kebolehan yang tersedia ada pada kita itu sudah cukup. Tetapi sudah tentu ada elemen lain yang hadir, yakni jika kita sabar dan thiqah dengan ketentuan Allah swt. Kesabaran Nabi Yusuf dan kepercayannya kepada perancangan Allah swt sebenarnya lebih mahal berbanding kebolehan yang eksternal itu.


Usahlah merungut dengan kekurangan asset dan prasarana dakwah kita, tetapi belajarlah untuk menguruskannya dengan baik, dengan sabar dan thiqah pada Allah swt.

Kita berkata alangkah baiknya jika ada gadjet, kan lebih mudah urusan dakwah dapat dilaksanakan. Tetapi bila dapat gadjet, kita lalai pula! Kita berkata lagi, alangkah baiknya jika ada lebih kuat sokongan kewangan yang memang tidak dinafikan kewangan merupakan asset luaran penting untuk perjuangan ini, tetapi bila kita ada lebihan duit, kita boros pula berbelanja. Lihatlah menu makan kita tatkala kita senang. Misalannya.


Benarlah sabda Nabi saw di akhir kalam tadi, ‘sekiranya mereka faham’. Faham dalam meletakkan alat di mana, matlamat di mana.


Lebih manis dalam Surah Yusuf juga, di sela sela penceritaan itu, kedua-dua nabi yakni Nabi Yusuf as dan ayahanda baginda Nabi Ya’kub as mengajarkan kita satu frasa yang cukup indah dan melegakan pada ayat 64 dan 92.

Wahua arhamur rahimin

Dan Dialah yang Maha Penyayang di antara para penyayang.


Membaca lenggok bahasa Arabnya sahaja sudah cukup mendamaikan, apatah lagi apabila kita membaca terjemahannya. Dan jika kita telusuri frasa ini melalui sisi linguistic studinya pasti akan lebih memesonakan akal dan hati, insya Allah.

Usahlah risau dengan kekurangan yang ada, rintangan, halangan, kekhilafan kita, kerana bukankah Allah itu Maha Penyayang di antara para penyayang ?


Wallahu’alam


Moga Allah kurniakan penulis kesempatan untuk berkongsi lebih banyak sisi sisi yang begitu penting untuk kita sama-sama fikirkan dengan akal yang sejahtera daripada kisah yang terbaik daripada al Quran ini.

Wednesday, January 21, 2015

WHO IS MUHAMMAD SAW #2






Salam tak bagi, apa tak bagi terus masuk bilik, tutup pintu kuat-kuat, badan direbahkan ke atas katil single kolej dan berkurung dalam bilik sorang-sorang. Entah kena rasuk dengan jin mana. Tak pasal-pasal, jin pun masuk entry.

Ni mesti masalah dengan lecturer Ekonomi dia. Kalau tak Ekonomi, mesti lecturer Business Law, tak pun International Trade. Tak pun Finance. Pendek kata, dengan semua lecturer pun masalah la.

Pintu bilik tiba-tiba dikuak, perlahan-lahan. “Kau ok ke?” Dah macam kura-kura dah Im. Kepala je masuk ke dalam. Kaki, badan, disebalik pintu. Tengok tengok dahulu, kot salah timing. Tengah-tengah volcano meluap luap ni, tak pasal pasal perang saudara entah ke berapa pula kang.


“Aku nak rehat jap” Perbualan tamat di situ. Soalan pun tak dijawab. Dibiar tergantung.

“Hmm ok. By the way, dah Zohor?”

“Nanti dah nak Asar kau kejut la aku” Rimas. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan badannya, bertukar kiblat.

“Dah nak Asar ni As” Soleh je Im ni. Tak sampai lima minit bagi kawan tu berehat

“Kau nak melawak pun agak-agak la, baru pukul tiga kot”

“Habis tu, dah dekat dengan asar la tu. Dah aku fikir macam tu kau nak buat macam mana?” Dah nampak tanda-tanda kecil dua dua tak nak mengalah. “Nanti solat ek”

Ditutup pintu perlahan-lahan. Kerusi di meja belajar di tarik perlahan-lahan. Tangan kiri dan kanan sibuk mengemas nota-nota dan assignments statistic yang berlambak-lambak atas meja tu. Lepas tu termenung panjang juga Im. Tak tahu nak buat macam mana. As asyik marah-marah. Tak best. Selalunya masalah kat kelas dibawa balik sampai ke kolej penginapan. Im la kena redakan.


“Aku pinjam sejadah kau sat” Im mengangguk.

Matanya fokus mengadap helaian novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wvick. Novel karya HAMKA. Bukan senang nak cari ulamak macam tu tulis novel, at the same time ada tafsir Quran sendiri. Tapi sebenarnya tak fokus pun. Fikiran bercelaru. Ke laut. Bukan tengah bayangkan kapal yang karam yang fikiran pergi ke laut tu, pun bukan sebab teringat ayah kat kampung yang kerja sebagai nelayan. Tapi, tengah fikir pasal As.

Cubaan kedua. “As…sat lagi nak azan Asar dah” Sambil mata-mata buat-buat tengok pada jam yang dah separuh retak, tangan kanan pegang tombol pintu, “Kita turun solat kat bawah jom?”

“Kau turun dulu, pastu aku turun” Berdalih.

“Oh. Takpe, aku tunggu?”

“Ni mesti kes tak thiqah dengan aku” mata pandang Im semacam. Tajam je, Boleh tahan As. Main ayat.

“Eh takdelah. Takpe, turun sama-sama. Kalau kau miss jemaah nanti, aku boleh teman kau” Ayat cover line. Baik punya. Nak tergeliat lidah.


Suhu pada petang itu suam-suam. Angin bertiup sepoi-sepoi. Bak kata orang, sepoi sepoi bahasa. Tak faham, entah apa kaitan angin dengan bahasa. Mungkin pada kelembutan. Atau pada ketinggian kesusasteraannya. Kipas tiga bilah warna putih yang sarat dengan habuk berputar ligat. Kadang-kadang mengeluarkan bunyi yang mencurigakan. Tanda dah nak hampir tamat khidmat. Entah bila kali terakhir diselenggara.

“Kau baca surah apa tu?”

“Al Ahzab. Kenapa?”

“Takdelah. Saje” Sambil badannya bersandar mesra pada belakang pada As. Im dengar. Khusyuk. Dengan tajwid yang almost perfect. Sebutan dah macam Pak Arab.

“Kau takde keje ke?” Bacaan terhenti. Kepala ditoleh empat puluh lima darjah. Pandangan serong dituju kepada Im. “Tetibe je..”

“La, dengar bacaan Quran pun salah? Cuba tengok 7:204. Hehe”


-Dan apabila dibacakan al Quran, maka dengarkanlah
dan diamlah, agar kamu  mendapat rahmat-


“By the way kau baca sedap. Berbunga bunga aku dengar” Usik Im. Saje nak mulakan perbualan. “And…bukan senang aku nk puji orang ni..”

“Ok. Tak tanya pun..rosak hati tahu?”Helaian seterusnya diselak. Bacaan disambung pada petang tu. Selalu lepas baca mathurat, As habiskan mutabaah amal Qurannya. So that malam boleh fokus buat assignments. Kalau Im pula, prefer baca Quran malam-malam. Tak kisah la.

“As..”

“Eh, bukan ayat kau quote tadi suruh diam ke?” Padu.

“Ok. Tapi aku nak share something. Alang-alang kau dah baca surah al Ahzab tu” kali ini Im bergerak ke sisi. Mata memandang As. Duduk sebelah sebelah. Macam ada mesej penting yang nak disampaikan. “Cuba tengok ayat 21”

“Ayat pasal Rasulullah as suri teladan”

“Peh. Kau pun dah tahu” bicara dilanjutkan, “Agak agak kenapa Allah mentioned benda ni dalam surah ni?’

Lama fikir. Takde jawapan.

“Haa kenapa?”

“Haa, tak tahu kan. So this is the best part. Boleh show off skit dengan kau. Hehe” Bahu As disiku mesra. Lembut. Penuh ukhuwah. Sikuanya dibalas. Sedikit ganas.

“So nak bagitahu ke tak?”

“Kau tahu kan surah Ahzab pasal apa?”

“Perang Ahzab?” Pantas terpacul. Soalan-soalan basic macam ni memang diorang dua boleh jawab sambil hirup sup mee segera.

“Perang Ahzab ke Khandak?”

“Salah orang la weh nk test aku dengan soalan macam tu haha”

“Wow. Ok” Kening sebelah kiri terangkat. Kagum, atau sarcasm. “Tapi point aku tak sampai lagi”

“So apa point kau yang tak sampai sampai tu?’

“Hmm. Macam ni. Ni yang aku pernah dengar la. Perang Ahzab atau Khandak tu kan antara perang yang paling getir yang Rasulullah saw dengan para sahabat lalui. Kau bayangkan la, satu tanah Arab tu bergabung nak serang Madinah, of course la situation sangat terdesak, stressful, demotivate, moral pun down kan dan bla bla..”

“Ok. Lagi? Macam tak sampai lagi point”

“Sabar la.” Posisi dibetulkan. “Tapi dalam keadaan paling gawat dan penuh tekanan tu juga la Allah mentioned Rasulullah as suri teladan yang paling baik untuk kita, which means..”

“Which means..” Belum sempat Im habiskan ayat dia. As eksaited.

“Which means, akhlak Rasulullah saw, dalam the worst situation pun is the best. Time perang tu pun still kita boleh jadikan baginda sebagai suri teladan. Actually time keadaan kita paling serabut, dunia haru biru, action kita time tu la sebenarnya show who we really are..”

“Wow..itu menarik”

“Dan Allah has put this verse, in the best and right position in the Quran, which is dalam Surah yang menceritakan tentang situasi perang..” Sedikit demi sedikit point sebenar Im disampaikan. Nak mentarbiyah sahabatnya itu… “Kalau nak compare dengan kita ni…jauh sangat la kan?” Satu senyuman terukir.

“Deep…kau..”

“Untuk aku juga, aku maksudkan..”

Mushaf warna biru gelap itu ditutup. Makan dalam. Satu persatu As digest kata-kata Im. Makin lama makin jauh pula dia fikir. “Tetibe rasa down weh…”

“Laa, apesal plak…” Posisi kembali seperti tadi. besandar pada belakang As. Mesra. Hangat.

“Down sebab selalu cakap nak ikut Rasulullah saw, dalam halaqah kemain lagi petik hadis, cakap berdentam berdentum, nak buat itu buat ni, tapi aku ni macam jauh sangat lagi…and..”

“Takpela. Kita sama-sama baiki..huhu.. and what?”

“Rindu baginda…rindu nak jumpa” Kepala tertoleh ke Im. Mushaf dipeluk erat. Nafas ditarik. Sedalam dalamnya. Kemudian dihembus. Kedengaran hela nafas yang dihembuskan.

“Insya Allah one day, As. One day”


Allahumma solli’ala saiyyidina Muhammad :’)