Wednesday, July 4, 2012

DA'IE YANG TERTINGGAL

Pagi yang samar. Mentari masih diselimuti segerombolan awan yang mula mengatur strategi untuk bergerak. Sedikit demi sedikit cahaya mentari mula kelihatan. Segan dan tersipu-sipu malu untuk keluar mendedahkan siapa dia. Kilat sabung menyabung seolah-olah ada seusatu yang berlaku di atas sana. Boleh jadi sang mentari sedang bertengkar dengan sang awan. Bunyi jerkahan kilat menyentak hati, jiwa dan segala raga yang ada. Lalu terjaga dari tidur yang sementara. Darul miah dituju tanpa lengah.

Sejuk. Menggigil sehingga ke tulang rusuk kiri.

Bersendirian, keseorangan. Mata memandang ke luar tingkap mencari suatu kepastian. Perjalanan yang jauh sehingga diri terbuai dalam sebuah lamunan yang tidak jelas. Tanpa diduga, dengan penuh tragisnya kotak kecil, bersegi empat tepat, berskrin plastic campuran dan berbutang-butang pada permukaanya berdering lalu menyentak diri dari lamunan yang entah ke mana. Notis pesanan ringkas kelihatan terpapar pada kaca skrin kotak kecil berkenaan. Jari jemari bergegas menekan-nekan bebutang yang terdampar di situ.


Entah bagaimana, pesanan akhirnya boleh dibaca.

‘Salam Ikhwah sekalian, USKAB hari ini di Masjid *rahsia* pukul 9.0 pagi. Selepas itu kita chill chill. Semoga sudi berkorban masa, tenaga menongkah arus perdana dan ayuh betulkan niat. Jumpa di sana’

Tepat pada waktunya.

Sekuntum senyuman ikhlas terukir.

Pesanannya begitulah selepas diedit dan ditambah perisa :)

Jangan tertanya-tanya jika hari ini kita bersama rakan-rakan kita hadir ke majlis yang sama, mendapat sentuhan tarbiyyah dari murabbi yang sama, makan berdulangan yang sama, bersolat jemaah di surau yang sama, tidur bertilamkan tilam yang hampir sama, bergerak seiring sejalan berpegang tangan tapi di sana kita di sisihkan.

Usah terkejut, termengah.

Orang-orang munafik memanggil orang-orang mukmin, “Bukankah kami dahulu bersama-sama kamu?” Mereka menjawab, “Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri, dan kamu hanya menunggu, meragukan janji Allah dan ditipu oleh angan-angan kosong sampai datang ketetapan Allah dan penipu setan datang memperdaya kamu tentang Allah”

(Al Hadid :14)

Tidak mustahil, kita pula yang bertanya pada rakan-rakan

“Bukankah aku dahulu bersama-sama kalian dalam bulatan gembira yang sama?”

“Bukankah aku dahulu bersama-sama kalian menghadiri daurah yang sama?”

“Bukankah aku dahulu solat subuh bersama kalian di masjid yang sama?”

“Bukankah aku dahulu bermain, bertempuk tampar dengan kalian di taman permainan yang sama?”

Bukankah aku dahulu makan bersama kalian, tidur bersama kalian, belajar bersama kalian, mendaki bukit, menyusuri sungai, memanjat gunung, bersama kalian? Bukan dahulu kita sentiasa bersama?

Maka mengapa hari ini aku ditinggalkan?

Mengapa?


Tanya diri kita balik wahai sahabat dan sahabiah sekalian. Adakah kita sekadar menjadi pak turut. Mengikut dan terus mengikut. Bagai pahat dan penukul. Menunggu arahan dengan penuh ragu-ragu. Kita bercakap soal Islam akan menang, al Haq pasti menang, yang batil akan tenggelam, kita bercakap itu dan ini, tapi di mana kita buktikan cakap-cakap itu?

Kita memasang angan-angan kosong. Hari ini aku ditarbiyyah. Esok lusa aku pula akan mencari sasaran dakwah. Aku ingin berkorban untuk agama ini. Aku ingin thabit. Aku yakin Islam akan menang. Janji Allah bukan janji Melayu. Err. Inilah jalan juangku, yang akan menjadi hujah buatku kelak. Yang bakal membantu ayah dan ibu kelak

Dan angan-angan itu terus tersenarai

Kita terus menunggu.

Pada hari orang munafik lelaki dan perempuan berkata kepada orang beriman lelaki dan perempuan,“Tunggulah kami! Kami ingin mengambil cahayamu” Kepada mereka dikatakan, “Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya untukmu” Lalu di antara mereka dipasang dinding pemisah yang berpintu. Di sebelah ada rahmat dan di luarnya hanya ada azab

(Al Hadid :13)

Sidang pembaca sekalian, sampai bila akan kita terus duduk dan menunggu untuk disuap. Bila pula kita akan bertindak? Apakah kita akan terus duduk di hadapan skrin laptop dan menelaah bahan bacaan untuk penambahan ilmu dan berterusan melakukannya? Tanpa menghiraukan ramai lagi rakan-rakan yang tercicir. Sampai bila?

Beza antara orang yang mendapat cahaya di akhirat kelak dengan orang yang tergapai-gapai dalam kegelapan adalah mereka tidak sekadar menunggu, tidak sekadar bercakap dan memasang angan-angan kosong, tetapi mereka bergerak dan bertindak.

Wallahualam.

Monday, July 2, 2012

SIAPA SEORANG MUJADID

Alhamdulillah

Baru sahaja pulang dari kepulauan Papua New Guinea setelah mendapat panggilan kecemasan daripada rakan-rakan seperjuangan daripada angkatan WonderMan se-Nusantera perihal anak tikus belanda dalam kesusahan. Peluh, penat. Ok kerepek. Kalau percaya memang anda lurus macam garfu. Garfu pun tak selurus anda. Gurau-gurau manis.

Hari ni ada benda yang saya nak bagitahu. Boleh janji? Hal ini antara kita-kita sahaja tau. Tolong rahsiakan. Walaupun Kapten Bersara Jalil Tanya. Ye, sekalipun ditanya oleh Inspektor Mazlan, anda harus bahkan wajib rahsiakan rahsia kerajaan ni. Biasala, ada benda kita boleh kongsi, ada benda kita tidak boleh publikkan. Tak gittew. Boleh kan?

Supraissss

-,-



Setiap zaman itu ada masalahnya tersendiri, setiap zaman itu ada keutamaan perjuangannya yang tersendiri. Dengan sebab itulah Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadithnya yang berbunyi

“Sesungguhnya, Allah akan membangkitkan pada permulaan setiap abad (100 tahun) seorang mujaddid yang akan memperbaharui urusan agama ini”


Mengapakah agama ini diperbaharui? Adakah ianya bermaksud mujaddid-mujaddid tersebut akan membawa bid’ah dalam agama atau merekacipta agama baharu seperti turunya Rasul Melayu dan Insan Istimewa Ayah Pin ? Erk. Tentu sekali tidak, memperbaharui disini bermaksud mencantikkan dan membuang segala kekotoran yang terpahat pada al-Islam akibat serangan musuh yakni serangan Cik J yang makin hari makin berkualiti mutu serangannya.

Berkata seorang ilmuan Islam, Shah Waliullah, “A Mujadid appears at the end of every century: The Mujadid of the first century was Imam of Ahlul Sunnah, Umar bin Abdul Aziz. The Mujadid of the second century was Imam of Ahlul Sunnah Muhammad Idrees Shaafi. The Mujadid of the third century was Imam of Ahlul Sunnah Abu al-Hasan al-Ash’ari. The Mujadid of the fourth century was Abu Abdullah Hakim Nishapuri.”.

Mengapakah Syeikh Hadith ini menyenaraikan individu-individu ini sebagai mujaddid? Jawapannya mungkin memerlukan kita untuk menoleh kebelakang sejenak akan sejarah umat yang pernah gemilang ini. Mengambil contoh;


Abad pertama menyaksikan Institusi khalifah yang pada asalnya di amanahkan untuk bertindak sebagai refleks kepada pentadbiran Rasulullah s.a.w mula hilang kepercayaan dari umat Islam sendiri. Akhirnya, Umar Abdul aziz lahir tepat pada abad pertama hijrah membersihkan kembali institusi kepimpinan umat Islam ini dari segala kemaksiatan dan mengembalikan peranannya dalam melestarikan umat sehinggakan beliau digelar “Khalifah al-Rasyidin ke-5”.

Begitulah peranan seorang mujaddid

Persoalannya apa ke benda tujuan saya berkongsi segala bagai ni? Ceritanya macam ni. Setelah tahu akan fakta ini, saya mula lahirkan cita-cita untuk menjadi seorang mujadid dalam diam. Har har. Sila gelakkan. Memang mustahil la kan. Saya yakin rakan-rakan yang lain turut menaruh impian yang sama. Dan mana mungkin dalam satu abad ada ramai mujadid. So tidak perlu la saya berebut tittle mujaddid bersama rakan-rakan

Namun,

TAK SALLAH RASANYA

Tak sallah rasanya jika setiap daripada kita memupuk mentality seorang mujadid. Menaruh angan-angan menjadi seorang mujaddid. Bahkan para mujaddid yang telah lahir dahulu kala, tiada dalam sijil lahir mereka bahawa mereka itu mujaddid. Tetapi mereka berfikir ke hadapan, untuk melestarikan agama, melestarikan ummat Islam dan memainkan peranan sebagaimana seorang mujaddid.


Agak berat untuk kita mengikut jejak langkah mereka. Mengubah ummat, memipin Negara dan membawa Islam ke persada antarabangsa. Cewah, dah macam esei peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Walaupun begitu, jika kita tidak mampu untuk memainkan peranan sebesar gua Niah itu, maka kita mainkan peranan yang lebih kecil. Kita jadi mujaddid dalam kalangan rakan-rakan dan ahli kerabat.

Kita mulakan revolusi dalam suasana kehidupan seharian kita. Saya kira, itu juga mujaddid, tetapi dalam konteks yang lebih kecil. Jika kawan-kawan kita berada dalam larutan jahiliyyah yang likat atau saturated, maka ayuh kita jadi perintis kepada perubahan yang lebih baik. Nasihat dan kongsi ilmu bersama mereka. Zahirkan perubahan yang telah kita alami. Pimpin tangan sahabat, berjalan berlari menuju syurga abadi.

Dalam keluarga pula, kita mainkan peranan seorang pembaharu dari segi tingkah laku dan amal ibadah kita. Mulakan dengan sekecil-kceli hal sehinggalah sebesarnya menurut kemampuan kita. In sha Allah dengan usaha tersebut, suasana yang ingin kita ubah akan terlaksana.

Kesimpulannya, karangan PMR wajib ada kesimpulan, ayuh kita tanam cita-cita untuk menjadi seorang mujaddid. Laksanakan pembaharuan dalam kalangan orang-orang disekeliling kita. Prihatin terhadap sekeliling kita, pupuk rasa ingin mengorak langkah dan membawa perubahan demi kemaslahatan ummat sejagat.

Akhir kata, Inspector Saahab

Ambil berat :D

PS: Intro tadi seolah-olah menggugat kredibiliti anda sebagai pembaca yang sudah matang. HAHAHA

Sedikit buah tangan di sini; NOTA SEORANG DAI'E