Tuesday, November 13, 2012

MENOLAK AL HAWA

Loceng berdering. Bingit. Jai memerhati sahaja. Sambil mengisi karbon ke dalam pensel mekanikal Pilot Shaker 5.0 Teman sekelasnya beransur-ansur meninggalkan kelas, ke kafe.
Yang tinggal hanya Kemisah. Dia tu memang selalu tak makan kudapan. Buang masa katanya. Pelik.

Buku latihan Matematik Tambahan dikeluarkan daripada beg. Beg Haitop. Hadiah hari lahir dari Pak Teh. Jai mencuba. Isi waktu kosong.

Payah. Integration dan differentiation. Nombor-nombor memenuhi helaian bukunya. Serabut. Sejenak dua jenak memandang ke luar tingkap. Macam-macam gelagat. Jai kembali focus.


“Jai, kau buat apa tu” Kemisah menyapa dari belakang.

Jai tergamam sejenak. Hilang tumpuan. “Add Maths” Ringkas.

“Kau tak makan ke?” Kemisah memanjangkan perbualan. Bosan agaknya. Meja Kemisah di bahagian belakang kelas, sebelah kiri. Rakan semejanya Timah, pun ke kafe tadi.

“Aku tak lapar la...macam nak puasa je hari ni, kau?”

“Aku jaga kelas, hehe”

“Mulia nya kau” ini sangat sarkastik.

“Aku memang mulia, kau ni tak cukup ta’aruf ni” Kemisah tenang.

Jai mencebih mukanya. Kemisah gelak-gelak. Dua tiga minit. Awkward moment. Kemisah mencari kata dalam benak.

“Eh kau free malam ni? Jom”

“Agakla, ke mana?”

“Dewan Beringin, ada konsert. kau tak tahu? Biar betik!?”

“Tahu. Konsert Belia. Ramli Sarip dan Ramlah Ram”

“Haa, jom la !”

“Tak de selera la aku..”

“Ala jom la, aku belanja kau dinner, amacam?

“Yang ni kena pertimbang” Jai tetibe tukar fikiran. Terpengaruh.

“Lepas Isha’ aku fetch kau, dealed ?

“Pape jela”


 
----------------------------


Jai merebahkan tubuhnya atas katil. Bosan. Busuk. Belum mandi. Segan. Teringat pula dengan pengalaman berbulatan. Dengan teman-teman sebulatan. Indah. Teringat abang naqib yang dirindui. Pernah sekali bincang dan bedah buku Muntalaq bersama. Jai sentap habes.


“Jauhkanlah dirimu dari sebarang hawa yang bukan bernama Islam.”

Itulah teriakan amaran yang dilaungkan oleh Maimun bin Mahran rahimahullah ketika dia merasa takut kita semua akan diperdaya oleh kilauan pelbagai nama-nama. Gema teriakan ini
masih terdengar melangkaui generasi demi generasi.

Beliau mengingatkan kita bahawa setiap perkara yang bukan Islam adalah sememangnya nafsu semata-mata, biar apa jua bentuknya dan di zaman mana jua ia lahir.

Itulah yang diwarisi dari para pemimpin Islam sejak dahulu. Bagi mereka, hanya ada satu sahaja kebenaran iaitu wahyu. Selain dari wahyu adalah nafsu yang tercela. Tiada satu pun nafsu yang terpuji dan nafsu tiada kaitan langsung dengan al-haq.

Seseorang muslim tidak dibolehkan langsung berhukum kepada
nafsu atau merasa senang hati dengan nafsu.

Antara keratan yang masih menusuk.

“Jai kan?” Terkesima Jai.

“Ahha, mana abang tahu? Abang ni siapa?”

“Abang Ain. Jai pun kelas sains eh? Lagi bertambah kesima Jai. Lelaki yang muncul tadi 
macam malaikat. Serba tahu tentangnya.

“Yup, abang pun?” Abang Ain sekadar senyum, mengiyakan.

“Dah solat?”

“Belum”

“JOM”

Bibit-bibit perkenalan. Rindu. Resah.

“Kemisah, sorry aku tak dapat join malam ni. Ada kerja. Kecemasan. Have fun. Mungkin lain kali. Sorry sesangat”

Jai text Kemisah. Sent. Lega habis.

Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar."
(Al Fussilat :34-35)



“Malam ni free?”

“Boleh tahan la free, kenapa bang?"

“Ikut abang, JOM”

“Ke mana?”

“Ke Taman Syurga”

“Insha Allah”

Jai lagi bingung. Takut-takut abang ni sesat. Ke Taman Syurga? Biar betok. Tapi di situlah bermula. Banyak kenangan dengan ahli Taman Syurga. Di situ dia kenal al hawa, belajar untuk mempertahan prinsip.


“Jauhkanlah dirimu dari sebarang hawa yang bukan bernama Islam.”


PS: Sedang membedah kembali al Muntalaq. inshaAllah akan dikongsi. biidznillah. Saya pernah posted yang ni, entah gi mana hilang, atau saya accidentally deleted it. Aseef jiddan 'ala kulli hal.

Wednesday, November 7, 2012

MEMANG BERBALOI!


Buat dakwah. Ganas bunyinya, kelakar pun ada. Hek eleh, buat dakwah. Poyo pun ada. Pada mata orang biasa-biasa la, eh, biasa macam mana tu? Entah. Anda pun tahu kan.

Hidup Nabi S.A.W. dan para sahabat dikorbankan atas jalan dakwah. Maka tidak boleh disangkal jika dikatakan sunnah terbesar adalah dakwah. Hari ini ada orang mempertahankan sunnah Rasulullah, gaduh sana-sini demi menghidupkan sunnah-sunnah ini. Tapi entah kenapa, dakwah diketepikan. Mutasi mungkin.

Dengar je perkataan dakwah, tiba-tiba peluh keluar, mencurah. Di kolej saya, dalam organisasi perwakilan pelajar,ada satu biro namanya biro dakwah, cuak seyh. Dahulu bila sebut biro kerohanian, biasa-biasa, bila panggil biro dakwah semua angkat kaki angkat tangan tak nak terlibat. Barangkali perkataan dakwah ini ajaib, kena tiup kot. Tapi memang ajaib.

Sedar tak sedar, kita semua ni sebenarnya pendakwah. Kita dah buat dakwah sejak dahulu lagi, sebelum kita kenal apa itu dakwah. Ajaib bukan? Memang ajaib.


Yela. Dakwah ini secara bahasanya bermaksud mengajak, memanggil dan menyeru kepada sesuatu. Bila terjemah macam ni bunyinya biasa, tak ganas. Kita dari dulu lagi dah buat aktiviti mengajak dan menyeru ni. Dah keluar album buat lagi buat lagi, Ku seru gitu.

Setiap perbuatan yang kita lakukan, ada elemen mengajak, baik kita sedar ataupun tidak. Pendek kata bila kita buat sesuatu  secara langsung atau tidak langsung menarik orang lain, disitu adanya unsur dakwah.

Contohnya, bila kita suruh orang buang sampah, ataupun kita sendiri buang sampah ke dalam tong sampah, kemudian ada la dua tiga kanak-kanak ribenna tengok dan termotivasi untuk buang sampah ke dalam tong sampah. Maka di situ ada dakwah. Bila kita belajar sampai asyik hekzem je kita no satu, member kita pun terpanggil untuk belajar rajin rajin, nak skor macam kita. Di situ pun dakwah.

Contoh lagi ekstrem, bila kita pergi tengok movie, kemudian adik nak ikut sekali, itu pun dakwah. Kita main game, kawan-kawan lain pun terpengaruh, itu jugak dakwah. Kita buat pesta muda-mudi, girls’ night la, boys’ day, pape jela, orang datang huha huha lompat kiri kanan, tu pun dakwah. Artis yang masuk rancangan reality tv yang merangsang anak-anak muda untuk turut serta mencuba nasib sebenarnya dah lama buat dakwah.

Huh, artis pun buat dakwah tahu?

Nampak tak permainan di situ?

Sebab dakwah itu mengajak dan meyeru. Istilah semata-mata.

Cuma, yang membezakan dakwah-dakwah yang dicontohkan di atas dengan dakwah arRasul ialah kemana ajakan tersebut dihalakan, dan apakah sifat dakwah yang dilakukan. Secara umum, dakwah yang kita duk buat hari hari tu boleh jadi dua sahaja, tiada yang ketiga yakni baik dakwah fi Islam ataupun dakwah fi jahiliyah.

Dakwah yang paling mulia, kata-kata yang disebut sebut menjulang dan mendaki ke langit kerana darjat kemuliannya ialah dakwah yang bersifat Rabbaniyah, dakwah yang mengajak manusia kepada Tuhan alam buana ini, yakni dakwah ilaLlah.



"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata:"Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan.

Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar."

(QS Fushshilat : 33-35)

Dakwah dakwah lain, tidak kisah la buat parti ke, buat pesta ke, masuk tv show ke, ajak tengok movie ke, running man ke, pergi stadium tengok bola ke, asal bertentangan dengan syariat Islam dan tidak langsung membawa orang yang diajak dekat kepada Sang Pencipta maka tak usah untuk ragu-ragu melabel dakwah sedemikian sebagai dakwah fil jahiliyyah.

Menyedari akan hakikat ini, kita sepatutnya tidak loya mahupun segan silu bila dengar perkatan dakwah. Sepatutnya buat dakwah itu dijadikan aktiviti rutin harian. Dan memang kita hari-hari buat dakwah.

Persoalannya, dakwah yang jenis mana kita sedang usahakan sekarang?

Bila kita berpasang-pasangan dengan yang lain jantina, dakwah apakah itu?

Bila kita berjaga malam semata-mata untuk menonton bola ke movie ke, dakwah apakah itu?

Bila kita asik solat sendiri-sendiri dalam bilik,sorang-sorang, nak dapat khusyuk katanya, dakwah apakah itu?

Bila kita bersengkang mata membaca novel novel picisan yang melayukan jiwa, dakwah apakah itu?

Bila kita tanpa segan silu membukan aurat dan tayang situ sini di tepi jalan, dakwah apakah itu?

Bila kita lancang berbicara tentang hal ornag lain baik bersama rakan setugas mahupun rakan serumah, dakwah apakah itu?

Dan bila, bila bila. The list goes on….

Orang kata, alang-alang menyeluk perkasan biar sampai ke pangkal lengan…alang alang dah buat dakwah tu, biar buat dakwah yang sampai ke syurga.

Dakwah, memang berbaloi !