Tuesday, April 7, 2015

SHAKESPEARE, SUDIRMAN & AL AKH





“So long as men can breathe, or eyes can see,

So long lives this, and this gives life to thee.”

-Shakespeare, Sonnet 18


Begitulah Shakespeare menamatkan karya monumentalnya. Selagi mana manusia masih hidup dan membaca karya karya beliau, selagi itulah puisi mahupun sonnet yang kononnya memuja kecantikan subjek yang dibicarakan dalam sonnet ini akan hidup. Dan benarlah dia, kerana sehingga kini kita masih membaca sonnet beliau, ia terus hidup meskipun sudah ratusan tahun usianya dan sudah melangkaui beberapa generasi manusia.

Begitu juga perkara perkara lain yang bersifat abstrak dan independent, tetapi terus hidup selagi ada manusia yang menghidupkannya.

Tidak hairanlah juga lagu lagu nyanyian artis tempatan kita yang sudah mencecah usia lebih separuh abad tetapi terus utuh terpelihara dan terngiang-ngiang di telinga kita. Masih segar dan menjadi siulan dalam kalangan masyarakat hari ini. Umpamanya lagu lagu Allayarham Sudirman seperti Balik Kampung, Basikal Tua dan sebagainya.

Bukankah lagu itu sendiri hanyalah barisan kata-kata yang mati dan tidak boleh berdiri sendiri? Lalu mengapa ia masih terus ‘bernafas’ ? Kerana adanya manusia yang kembali memainkannya di siaran siaran radio dan mengabadikannya dalam senarai lagu mp3 mereka. Manusialah yang memberi nafas itu.


Theory Shakespeare telah dibuktikan juga oleh lagu lagu klasik ini.

Agaknya Shakespeare lebih memahami sesetengah perkara daripada kita. Umpamanya dalam hal ini. Terima kasih kepada beliau kerana memberikan kita pandangan baharu dalam memahami al Quran dan janji janji Allah swt.

Mengujakan bukan?


Saudaraku,

Allah swt berfirman dalam beberapa tempat bahawa kata-kataNya ataupun agamaNya akan terus terpelihara meskipun orang-orang kafir membencinya. Mari kita telusuri ayat berikut;


“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, tetapi Allah -menyempurnakan cahaya-Nya walau orang-orang kafir membencinya”
(As Saff :8)


Meski orang kafir berusaha dengan gigih memikirkan cara untuk memadamkan agama Allah dengan mulut-mulut mereka sama ada melalui media massa, media hiburan, portal berita, dan melalui sarana sarana yang lain, Allah tetap akan menyempurnakan nur-Nya, agamanya, meski mereka membenci. Agama ini akan terus hidup dan subur.


“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Quran sebagai peringatan dan sesungguhnya Kami benar benar memeliharanya”
(Al Hijr :9)


Begitu juga dalam ayat yang di atas. Secara gistnya dapat kita rumuskan bahawa Allah swt akan memelihara al Quran yang antara lain fungsinya sebagai peringatan ini. Al Quran yang menjadi sumber utama Islam. Allah akan terus memelihara, peringatan, Quran, Islam dan dakwah.

Yang menariknya,

Kesemua janji untuk memelihara ini sentiasa logic kerana jika Allah swt berkehendakkan sesuatu, dengan hanya berkata “Jadi, maka jadilah..”


Tetapi saudaraku, kejadian kejadian alam ini sentiasa tidak bercanggah dengan logic akal. Agama ini bukan agama ajaib. Meskipun ada kuasa Rabbani yang memeliharanya, pemelihraan ini sebenarnya telah diamanahkena kepada manusia.

Dakwah, peringatan, Islam, hukum hakam, ideology dan seumpamnya adalah benda yang tidak mampu berdiri dengan sendirinya. Ia bersifat abstrak, theoretical dan man-dependant. Ia mesti disandarkan kepada manusia.

Contohnya, buku buku akta undang-undang sama ada ada undang-undang mahupun perlembagaan hanyalah tulisan tulisan kosong. Akhirnya keadilan itu terletak di tangan para hakim yang menjalankan proses kehakiman. Meskipun undang-undang itu cukup adil, namun ia tidak dapat bersuara dan berkata, “Ikutlah aku, aku ini adil!”

Tetapi ia terletak pada kuasa yang diamanahakn kepada si hakim.

Undang-undang yang adil pun boleh jadi tidak adil, menzalimi dan memudaratkan orang yang dituduh jika system penghakiman itu dijalankan oleh tangan tangan yang cintakan kefasadan.
Jadi bagaimana agama, peringatan, dakwah dan ideology ini boleh hidup dalam bentuknya yang asal, terus berlegar dalam kalangan masyarakat, menjadi perbualan harian dan berada di carta teratas di corong corong radio?

Maka,

Allah swt akan memastikan sentiasa ada hamba-hambaNya yang terus menerus menjadi pejuang, pendokong agama-Nya.

Jika kita tidak mahu, kita akan digantikan dengan kaum yang lain, yang barangkali kualiti iman dan mujahadah mereka jauh lebih hebat daripada kita ini. Haish.

Dakwah ini sentiasa berhajatkan da’ie untuk menghidupkannya. Meskipun hasil, natijah, kejayaan dan sustainability dakwah bukan dalam bidang kuasa manusia, tetapi tangan-tangan manusia bahkan seluruh roh dan jasad manusia diperlukan untuk meletakkan asbab-asbab nya pada tempat yang betul, sesuai dengan peraturan peraturan alam al wujud yang telah Allah swt tetapkan.

Jika para dai’e diam membisukan diri, mana mungkin peringatan daripada al Quran akan kekal ada dan terpelihara.

Tetapi janji Allah itu pasti.

“Kami akan memelihara...”


Sudah pasti tidak akan putuslah kelahiran baharu manusia yang sanggup menggalas tanggungjawab ini. Begitulah keyakinan yang diluahkan oleh Shakespeare juga suatu ketika dahulu, bahawa selagi mana ada manusia yang membaca puisinya, selagi itu puisi itu hidup.

Sungguh beliau memahami perkara ini daripada kita.

Lalu apakah kesimpulan yang kita dapat ?


Orang yang istiqomah memilih untuk meneruskan tugas kenabian ini bukan calang-calang orang. Mereka menjadi asbab untuk membenarkan kata-kata Allah dalam al Quran. Insya Allah nama-nama mereka ini akan tercatat abadi sebagai hamba-hamba yang terpilih.

Memilih untuk menghidupkan al Quran, peringatan, dakwah, khilafah, syariat Allah dan seumpamanya bererti juga memilih untuk berada dalam pemeliharaan Allah swt. Selagi kita bersama dakwah, selagi itu kita bersama keselamatan, dalam jaminan Allah swt.

Berbanggalah kalian yang sudah meletakkan diri kalian dalam senarai hamba hamba yang terpilih ini. Teruskan, teguh dan tegar dengan pilihan ini. Janganlah jadikan perselisihan yang kecil antara kita menyebabkan kita kecewa dan meninggalkan terus kerja kerja membina manusia. Manusia, man power adalah sumber resources terpenting untuk dakwah ini.

Janganlah kita mengundurkan diri. Hadirnya kita meskipun lambat dan bertatih, tetapi sekurang-kurangnya cukup menambah kekuatan angkatan Islam dan menggerunkan pihak musuh.

Setiap kali ada individu baharu yang memilih untuk bersama kita, maka terputuslah satu rantai jahiliyah, hal ini sangat merunsingkan musuh Islam, menjadi topic perbualan mereka. Jangan pula mereka ketawa berdekah dekah melihat kita undur dan merosakkan bangunan yang sedang dibina dan bakal tersergam indah ini.


Akhi, marilah kembali.

Kami menantimu!

Sunday, March 29, 2015

SENTUHAN AL AKH #37




Aku rindu saat kita saling jujur menegur. Kemudian berlapang dada menerima teguran akh kita yang lain. Kerana kita tahu teguran itu atas dasar ukhuwah dan cinta, tidak dibusuki al hawa. Bukan teguran untuk mengaibkan apatah lagi untuk menjatuhkan al akh yang duduk bersila di sisi kita sewaktu kita duduk beriman sejenak dalam halaqah mingguan itu.

Itulah budaya tanasuh, saling menasihati yang kita semua rindui. Bukan senang nak dapatkan sekeping nasihat mahupun teguran, lebih lebih lagi sekitar persoalan iman dan amal jika tidak bersama ikhwah. Benarlah kata Amirul mukminin Umar al Khattab yang kita rindui sosoknya itu;


Selepas hidayah islam, nikmat yang paling berharga buat seseorang itu ialah sahabat yang baik.

Kurang lebih. Begitulah yang sampai ke telinga kami.


Sebelum aku ceritakan bagaimana al akh itu telah menyentuh qalb akhnya yang lain dalam bentuk dan suasana tanasuh yang penuh hikmah, mari kukongsikan bagaimana para pendahulu agama kita menghidupkan budaya yang sama;

Satu pelajaran yang indah dapat kita ambil dari cerita Harun Bin Abdillah rahimahullah ketika ia berkata,

“Pada suatu saat, Imam Ahmad bin Hanbal mengunjungiku di tengah malam, kudengar pintu diketuk maka aku bertanya, “Siapa di luar?” Ia menjawab, “Aku Ahmad.” Segera  kubuka pintu dan menyambutnya, aku mengucapkan selamat malam dan ia pun melakukan hal yang sama.

Lalu aku bertanya, “Keperluan apakah yang membawamu kemari?”

Ahmad menjawab, “Siang tadi sikapmu mengusik hatiku” Aku bertanya, “Masalah apakah yang membuatmu terusik wahai Abu Abdillah” Ahmad menjawab, “Siang tadi aku lewat di samping halaqah-mu, kulihat engkau sedang mengajar murid muridmu, engkau duduk di bawah bayang-bayang pohon sedang murid-muridmu secara langsung terkena terik matahari dengan tangan memegang pena dan catatan. Jangan kau ulangi perbuatan itu di kemudian hari. Jika engkau mengajar, maka duduklah dalam kondisi yang sama dengan murid-muridmu”


Masha Allah. Sungguh telus dan ikhals teguran itu. Ia tidak berlapik lapik. Ia disampaikan dengan kata-kata yang paling baik. Ia adalah teguran yang dipandu oleh taqwa kerana Allah dan cinta akan saudaranya!


Cerita lejen itu berakhir di situ.
 
Cukup untuk membuat aku hilang kata-kata.


Maka versi al akh kita pula;

Suatu hari yang indah, usai sendi sendi tubuh menunaikan hak solat subuh berjemaah buat Tuhannya, tatkala mentari masih bekira kira untuk memanas terik, dua orang ikhwah sudah bergegas membelah udara pagi menuju ke destinasi masing masing, ke medan ilmu.

Lalu terjadilah suasana tanasuh yang kita bicarakan tadi, dalam bentuk yang paling halus tetapi membekas.


Tidak mengapalah...
 
To be continued..

Friday, March 27, 2015

SENTUHAN AL AKH #36



Siapakah al Akh itu?

Petikan dari Buku Sentuhan Al Akh

--



Akh A pernah berkongsi dalam satu karya fiqh dakwahnya, yang mana bahagian lain dalam karyanya ini telah aku petik di helaianyang lepas. Tulisnya,

“Kerja da’i ialah dia mesti mengintai manusia terbaik yang ada di dalam masyarakat, kemudian bergaul dan berkenalan, menziarahi dan mengajar mereka jalan amal jama’i dan kerja tansiq”

Begitulah aku terkesan dengan tulisan itu dan sewajarnya kalian juga teladani. Ia membuatkan aku dan sepatutnya kalian terus teruja dalam misi mencari al akh yang bertebaran di muka bumi ini.
Akh A menyambung tulisannya,

“Tindakan begini sebenarnya mengulangi balik apa yang dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, da’i yang dihormati”

Lalu Akh A memetik kisah Imam Ahmad.


Diceritakan: “Apabila sampai berita kepada Imam Ahmad ada seseorang lelaki yang soleh atau zuhud yang menegakkan kebenaran dan mengikuti perintah Allah, beliau akan terus bertanya tentang orang tersebut. Beliau amat gembira jika dapat berkenalan dan juga mengetahui hal ehwalnya”

Akh A ialah Abu Ammar.


Begitulah kegembiraan al akh, ingin mengenali lebih ramai sosok pemuda yang soleh, yang menegakkan kebenaran dan menurut perintah Allah s.w.t persis kegembiraan yang telah ditunjukkan oleh Imam Ahmad. Begitulah seorang akh ini di sini, mengharapkan di masa hadapan ditakdirkan Allah s.w.t untuk menemui lebih banyak akh untuk aku belajar dan mendapatkan sentuhan daripadanya.


Jika akh itu belum lagi bersama dengan gerabak yang asing ini, maka besarlah hajat akh yang ternanti-nanti ini untuk mengajak ia bersama berkelana atas gerabak yang sama sehingga mereka berdua sampai ke destinasi yang dicita-citakan itu. Dan sekiranya al akh yang bakal ditemui nanti adalah al akh sodiq yang telah mendahuluinya, maka dia berhajat untuk mendapat lebih sentuhan al akh daripadanya.

Maka, siapakah akh itu?


Siapa pun dia, sama ada dari kalangan kalian, sama ada yang aku kenali mahupun aku bakal kenali ataupun sosok yang hanya bakal aku temui di hari pengakhiran sana, ada mesej yang ingin sekali aku sampaikan. Buat al akh yang bakal meneruskan siri sentuhan ini. Ketahuilah akhi, meskipun tangan belum berjabat mesra lalu memelukmu dengan hangat, meskipun lidah belum berbicara dan melafazkan ayat taaruf , roh kita sudah pun menyatu dan aku sudah merindui sosokmu. Aku dedikasikan sepotong hadis buat kalian.

Dari Abu Musa al-Asy’ari r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda,

“Seseorang itu beserta orang yang dicintainya”
(Muttafaqun ‘alaih)


Dalam satu riwayat lain disebut, Abu Musa r.a berkata,

“Nabi s.a.w ditanya, Ada seseorang yang mencintai sesuatu kaum tetapi tidak pernah menemui mereka itu, bagaimanakah?”

Beliau s.a.w bersabda,

“Seseorang itu bersama orang yang dicintainya”


Mencintai dirimu yang shalih merupakan jalan keselamatan menuju syurga. Maka marilah perbaiki diri bagi membawa mereka yang mencintai kita bersama menuju redhaNya. Dan bersiaplah untuk menyentuh lebih banyak hati di luar sana, kerana mana tahu akulah yang bakal kalian sentuh selepas ini dan dirimu lah al akh itu !

Dan kepada yang telah dan akan terus menyentuh diriku ini, terima kasih akhi untuk sentuhanmu itu.

Terima kasih untuk ukhuwah ini !

Saturday, March 21, 2015

KJ : KEK CHOCOLATE




24 TAHUN


“Abang,” lengan Imran didakapnya dengan kedua belah tangan.

“Kenapa ni, tetiba je nak bermanja ni?” pipi Haura’ dicubit geram.
Haura' Maqsurah menggosok pipi yang kemerahan. “Ala, nak bermanja dengan suami pun tak boleh ke?” Haura’ menarik muncung.

“Ish, muncung tu, abang tarik panjang-panjang karang baru tahu.” Siaran Buletin Utama di kaca tv langsung tidak masuk ke dalam kepala.

“Hehe. Abang, nak tahu tak bang?”

“Tahu apa?”

“Haura’ kan,.. Haura’ kan,..”

“Haura’ apa..?” Imran mendepangkan tangan memeluk belakang Haura’.

Malu la.

“Haha. Malu apa nya, bukan ada orang pun. Meh, bisik kat abang.”

Haura’ mendekatkan mulutnya kepada telinga Imran, membisikkan sesuatu.

“Ha?? Betul ke Haura’? SubhanAllah. Alhamdulillah.”

“Hmm.. 7 minggu. Tadi petang Haura’ pergi klinik depan sana. Kan sebelum ni, Haura’ pening-pening, mual-mual. Haura’ ingat demam biasa je.”

“Ya Allah! Maafkan abang Haura’, abang tak jaga Haura’ selama ni…”

“You’re taking care of me just by staying by my side, abang.” Terus kata-kata Imran dipotong.
Imran sekadar menggeleng.” Isteri abang ni sorang. Ni yang geram ni!” Sekali lagi pipi Haura’ dicubit.

Haura’ mengusap pipi. Muncung ditarik.

“Ahaha. Tok..tok..tok..assalamualaikum. Baby apa khabar?”

“Ish abang ni. Baby baru umur 7 minggu. Kesian dia kena ketuk.”



16 TAHUN. Tingkatan 4.
Tok..tok..tok..

“Assalamualaikum. cikgu, izinkan saya..”

“Pardon me, English please..”

Tak tahu pulak aku cikgu ni cikgu English. “Assalamualaikum teacher. Excuse me, may I have Haura’ Maqsurah to come with me to the principal’s office?”

“What for?”

“Oh, I was informed that both of us were asked by the principal to go to his office, now.”

“Haura’ Maqsurah, your husband’s calling. “

Seluruh kelas galak dengan hilai ketawa. Pipi Haura’ dah merona merah. Imran cuba beriak selamba, senyum meraikan. Mereka bergerak ke pejabat Pengetua.


“Tahu kenapa kita kena panggil ni?”

“Entah,“ Imran angkat bahu.

“Assalamualaikum cikgu. “

“Waalaikumussalam. Oh, Imran Yaakob, Haura’ Maqsurah. Silakan masuk. Duduk, duduk.”

Imran dan Haura’ melabuhkan pungging di kerusi di hadapan Cikgu Humaidy.

“Ok, let’s just go straight to the main point. Saya nak kamu berdua handle projek mega ni berdua, projek sempena hari guru.”

Kali ni, giliran Haura’ beriak biasa. Imran dah melopong. Berdua? Sekali lagi??

“Oh, jangan bimbang. Of course la rakan-rakan MPP lain akan tolong kamu,” Cikgu Humaidy menarik senyum.



24 TAHUN

“Haha, ala baby tak jawab la Haura’. Cop! Kalau baby lelaki abang nak bagi nama.”

“Ala, mana aci! Tak apa, kalau perempuan, Haura’ nak bagi nama.”

Tiba-tiba, wartawan Buletin Utama yang sedang rancak menyampaikan laporan kepada Seri Pentas menghentikan bicara. Tv tertutup. Lampu dan kipas terpadam. Gelap. Blackout!

“Abang..”lengan Imran di sebelah kuat didakap.” Haura’ takut.”

Hujan takde, ribut takde, tetiba je blackout. “Tak apa, abang ada. Haura’ tunggu sini dulu ya. Abang nak gi ambik lilin.”

“Haura’..takut.” sedikit getaran terdengar dari balik suara Haura’.

“Tak apa, sekejap je. Abang nak gi ambik lilin je. Nanti abang datang balik. “

“Abang..”

“Ala, takde pape. Nanti abang datang balik. Abang janji!”

Dakapan di tangan dah terasa longgar sedikit. Imran cuba menafsir riak wajah Haura’ di tengah gelap.

“Haura’, Allah kan ada,“ Imran cuba menenangkan.

Perlahan-lahan Haura’ melepaskan dakapan. Walaupun takut, dia cuba memberanikan diri. Imran bergerak teraba-raba ke arah dapur.



17 TAHUN. Tingkatan 5


Hari ni, seluruh warga SMKPS bergelap. Blackout sejak petang. Malam tu, Aspura dan Aspuri terpaksa berpanas bergelap. Tapi dorm Imran riuh. Semua tak lena tidur. Apa lagi, bersembang la jawabnya. Tak kurang yang merungut, mengeluh. Imran tumpang sekaki. Alang-alang esok cuti.


“Ha’ah, dulu kan aku satu sekolah dengan Hadi. “ Alan rancak bercerita.

“La, Hadi pun satu sekolah dengan korang jugak. Baru aku tahu.” Alif mencelah.

“Ha’ah. Tiga je yang datang sini, aku, Hadi, Haura’. “

Haura’?” nama itu melanggar saraf otak Imran. Haura’ Maqsurah.

“Ha’ah, Haura’ pun sekali. Dia tu, baik kan?”

And the rest is history.



24 TAHUN


Dalam kegelapan malam itu, Haura’  perasan satu cahaya lilin yang baru dinyalakan dari arah meja makan. Cepat dia berpaling.


"Surprise!" Imran mendepangkan tangan, menunjuk kepada meja makan.
Cahaya merah lilin itu menyimbah di seluruh meja makan yang terhias cantik dengan renda dan reben. Menyimbah pada dua pinggan nasi di atas meja. Menyimbah pada ayam masak merah, sayur kailam, salad, daging masak kicap dan sirap bandung kesukaan Haura’. Menyimbah pada kek coklat topping chocolate chip, sultana dan kacang. Dan yang paling penting, tersimbah pada muka manis Imran, wajah penyejuk jiwa. Wajah yang tidak pernah lekang dengan senyuman tatkala bersamanya. Candle light dinner.


"Tada!" Ala, Haura’ tak buat reaksi pun. Imran membuka penutup ELCB dan menekan suis. Lampu dan kipas berfungsi seperti biasa. Blackout dah berakhir. Buletin Utama pun dah bertukar ke slot Cerekarama.

Haura’ terkedu. Dia hanya mampu melihat Imran yang menghampirinya, melihat pula ke arah meja makan penuh kejutan itu.

“Shall we?” Imran menghulurkan tangan.

Tangan bersambut. Imran memimpin Haura’ ke meja makan. Haura’ speechless. Imran mendudukkan Haura’.

“Happy anniversary sayang!” Imran ambil tempat di kerusi hadapan Haura’.

“Ha? Bukan ke hari ni 8hb ek? Besok la abang!”

“Yup! Besok. But, waiting is suffering right? Lagipun, macamana nak surprise kalau Haura’ dah alert esok anniversary.”

“So, this is a planned blackout?”

“Ala, sorry la. Abang tak tahu Haura’ takut sampai macam tu sekali.”



23 TAHUN. Tamat belajar.

Orang kata, penantian suatu penyeksaan. Ya! Orang kata, waiting is suffering. Indeed!


Imran sambung belajar di US. Haura’? Entah. Yang dia pasti, selepas sahaja SPM, dia tidak lagi berhubung dengan Haura’. Segala perasaan, emosi yang bermadah di jiwa, cuba dia kawal. Minta disisihkan. Dia meletakkan sepenuh prioriti kepada pelajaran terlebih dahulu. Hari ini, dia bergelar seorang graduan Actuarial Science, seorang pekerja di Bank Islam dan seorang anak kepada pasangan suami isteri yang soleh solehah.

“Mama, Papa” mata tajam merenung nasi di dalam pinggan. Cuba melawan dari bertembung  dengan Mama.

“Ya? Kenapa?” Mama senyum kepada Imran. Papa beriak biasa, menyuap nasi ke mulut.

“Imran rasa, Imran dah bersedia untuk kahwin.”

“Alhamdulillah. Siapa calonnya? Mana jumpa? Macamana orangnya? Bila nak bawa jumpa Mama?” bertalu-talu soalan diajukan.

“Ahaha. Sabar la mama. Okey, dia okey. Classmate masa form 4. Then fly US, dah tak dengar berita lagi.”

“Oh. Eloklah tu. Papa rasa, kena la risik dulu. Then, kalau dia on, Papa masuk meminang.”

“Betul ke Papa? ”Alhamdulillah. Ya Allah, kau permudahkan urusanku ya Allah.

Penantian itu suatu seksaan, tetapi tak semestinya kita tidak perlu menanti, kan?



24 TAHUN


Mata Haura’ dah menakung air mata. “Abang, terima kasih.” Terharu.

“Ala, nothing la. Dah dah, tak baik menangis depan rezeki ni.”

“Tapi Haura’ tak belikan abang hadiah.”

“Tu kat dalam tu.” Imran menjuihkan bibir ke perut Haura’.

“Abang ni. Dia main-main pulak.” Haura’ tersenyum. Manis. Sedih terubat.

“Okey, baby dah lapar tu. Dah, jom makan. ”

“Abang masak sendiri ke ni?”

“Ha’ah, tu yang sikit lauk tu. ”

“Simple but rather delicious “          

“One more question.”

“Apa?”

“Dulu, macamana abang boleh suka kat Haura’ ? Tak pernah2 approach ke, bagi signal ke. Tup-tup, parents datang rumah.”

“Hmm, malas la nak cerita. Let that to remain as a secret,” Imran menarik senyum.


16 TAHUN. Tingkatan 4, awal tahun.


Okey kelas. Kenalkan, ini pelajar baru. Haura’ Maqsurah. Dia baru pindah dari MRSM Kuantan.
Semua mata memandang pelajar perempuan bertudung litup itu. Tidak terkecuali juga, Imran.

'Haura Maqsurah. Bidadari yang terpelihara.' detik hati Imran.

And the rest…?hmmm..let it remains as a secret I guess.



Ibrah

-When Allah forbids something, He replaces it with something more beautiful.
He forbids zina, but he replaces it with marriage, which is something much, much, much beautiful!


-Waiting is suffering. 
Ramai yang tidak sabar menunggu, so end up dengan kapel. hmm.. padahal, nikmat menunggu itu lebih cantik! Cth : puasa. Ramai yang tidak sabar, last2 bukak puasa. Tapi, at the end, nikmat bbuka puasa tu lagi best. Cth lain : syurga. Ramai yang terkejar-kejar duniawi, kerana lebih sukakan cash daripada kredit. So, nikmat syurga tercicir.
---


Karya Faris Nafiah

Faris Nafiah merupakan seorang penulis muda yang sedang mendapat tempat dalam industri penulisan bertema bebas. Buku terbaru beliau, himpunan puisi boleh lihat di sini, Memoar Rasa. Nantikan penampilan luar biasa Faris Nafiah, Inspector Saahab dan penulis lain dalam satu karya, untuk anda.

Sebarkan berita bahagia ini!