Wednesday, May 23, 2012

KAU, NEXT SEM SEBILIK NAK ?

Oit! Aku Muse, sempena nama band yang aku minat. Nama sebenar, Rayyan Muslih bin Ilyas. Tapi aku tak suka nama tu. Soleh sangat bunyinya.



Aku jahat. Orang kata. Selalu orang kata orang baik tak mengaku dia baik, jadi aku kata aku ni jahat. Perokok. Tapi tak tegar. Dan aku tak banyak bunyi. Silencer. Recluse, or loner. Tak suka berkawan. Aku dunia aku, diorang dengan dunia diorang.

Kegemaran? Gig, jamming, drum and guitar, ponteng kelas.

Perkara yang dibenci? Orang yang baik. Maksud aku, orang yang bajet baik. Aku tak tahu kenapa, tapi aku benci orang baik. Ada ke orang tua-tua kata, pijak semut pun tak mati. Urgghh, tak faham aku! Lagi? Aku tak suka berkawan. Aku suka sorang-sorang.

Oh, lupa. Umur 39, kerja underground jammer…

Muahaha! Kena tipu!. Kan aku dah kata aku jahat. Umur rahsia, kerja penganggur separuh masa. Pagi-pagi aku kena attend lecture.

Oh, dan roommate aku orang baik. Eh, maksud aku bajet baik. Dia ambil jurusan Usuluddin. Aku tak tahu apa yang dia belajar, tapi bunyi ala-ala nashid jugak la. Semester depan harapnya aku dapat bilik single. Berharap sangat-sangat. Aku nak lari dari hidup dalam kepura-puraan diorang ni.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

App Perfect Tuner pada iPhone dibuka. Tangan kanan memetik tali gitar, tangan kiri sibuk membetulkan tuner. Telinga khusyuk mendengar bunyi tune, sementara mata memerharti signal yang terpampang pada skrin iPhone, mulut menggigit batang rokok Semporna. Dipetiknya berkali-kali tali gitar.

Pintu bilik terbuka.

“Assalamualaikum!”

“Hmmm,” jawab Muslih hambar.

Puntung rokok ditenyeh pada bekas abu rokok. Kotak Semporna dikeluarkan dari poket jeans. Sebatang lagi hinggap di mulut.Muslih menawarkan kotak Semporna pada Mahfuz ditepi. Heh, siapa kata aku jahat? Rokok pun aku kongsi. Mahfuz menolak.

“Muslih, esok anta pergi lecture?” Mahfuz memecah sunyi.

“Main kasar nampak kawan.” Dia ni, tak pernah reti ke nak panggil aku Muse?

“Haha. Ana main-main jela. Eh, nak join rehlah hujung minggu ni? Mandi-mandi, then kita buat usrah sikit. Ana masukkan nama, nak?”

“Oh. Boleh kot,” err,apa kena dengan aku ni?

“Okey, ana masukkan nama. InsyaAllah, pukul 8 pagi, Sabtu kita gerak.”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Orang kata, iman tu turun naik. Aku kira, masa tu, iman aku naik kot. Sebab tu aku boleh sangkut dengan benda alah ni. Rehlah. Dengan budak-budak usrah si Mahfuz pulak tu. Kalau nak diikutkan, dah banyak kali Mahfuz ni ajak aku join usrah tu. Tapi, sorry la. Kebetulan kau ajak time aku sakit perut. Tup tup ajak lagi, demam. Pening. Banyak lagi.

Sepanjang perjalanan, yang paling aku tak boleh blah, radio ke, lagu ke, langsung tak pasang. Bajet baik la tu. Jadi, mp3 la jawabnya. Kalau nak diikutkan hati, nak je aku aku ambil gitar dalam bumper belakang main lagu untuk diorang.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sesampainya di sungai, Muslih ambil tempat di bawah pokok besar. Tali beg gitar yang tersangkut pada bahu dilurutkan. Semua yang lain menyalin pakaian dan turun ke dalam sungai.

"Jom lah turun Muse!” ajak Muzaffar.

Muslih menggeleng menolak. Tangan mula memetik gitar. Semporna digigit. Gaya biasanya. Buat seketika, dia hanyut dalam dunia New Born-Muse.

“Ana join anta boleh?”

“Eh, tak mandi?” Nak duduk pun minta izin ke? Oh, okey, budak baik la kata kan.

“Ana nak dengar anta main lagu lah. New born, Muse kan?”

“Eh, kau pun minat Muse?”

“Pernah.” Mahfuz menarik senyum.

Muslih kembali memetik gitar. Susunan kod gitar ditukar. Mahfuz di tepi hanya tersenyum, meraikan. Sekali-sekala, nostalgia sebelum dia ikut jalan dakwah dan tarbiah menjengah. Kenangan lama. Kedua-dua mereka hanyut dalam dunia Hysteria.

“Eh, ana nak pusing-pusing kejap. Nak ikut?” Mahfuz mengembalikan Muslih dari dunia khayalannya.

“Hmm..” Muslih mengangguk. Dah berapa round aku strum, naik boring pun ada.


****

Sepanjang perjalanan, terkumat-kamit mulut Mahfuz bertasbih, bertahmid dan bertakbir. Menghayati keindahan ciptaan al-Khaliq. Mentadabbur ciptaan al-Musawwir.

Budak baik, heh?

“Eh, ana solat sekejap ya.”

“Kau nak solat apa pagi-pagi ni? Zohor belum masuk la.”

“Oh, solat sunat dhuha.”

Budak ‘baik’. Hmmmphh!

****

“Nah, ana belanja.” Mahfuz menghulurkan bungkusan marshmallow kepada Muslih.

“Oh, thanks!” Okey, kali ni dia memang betul-betul baik. Aku ni cepat cair dengan marshmallow ni. Terukir senyum pada bibir Muslih.


****

“Astaghfirullahal’azim!” Mahfuz cepat-cepat mengangkat kaki. Matanya melihat-lihat tanah yang dipijak

“Hah? Kenapa?” Muslih turut sama melihat-lihat kaki Mahfuz.

“Lailaha illallah. Ana dah terpijak dua, tiga ekor semut.” Mahfuz membuka langkahan panjang, cepat-cepat beredar dari sarang semut tersebut. Muslih terkedu. Dia hanya mampu melihat tindak tanduk teman sebiliknya itu.

Dua tiga ekor pun..urgghh! Dia ni, biar betik! Tu pun nak kena rasa bersalah ke? Mahfuz, kau…kau…kau baik. Mega baik! Hati keras itu lembut jua akhirnya.

Muslih mendaratkan tangan pada bahu Mahfuz.

“Kau.. sem depan kau daftar awal ek?”teragak-agak

“Kenapa? Exam pun belum dah fikir next sem ni,” Mahfuz ketawa kecil.

“Kau cop bilik untuk aku sekali. Kita satu bilik, nak?” Mahfuz, kau baik.

Mahfuz menarik senyum.“InsyaAllah.”

Siapa kata da’wah bil hal tak boleh pakai. Tahmid terlafaz dalam hati Mahfuz.

****

Karya Habiburrahim

Mudahnya dakwah :)

Anda bila lagi?

17 comments:

Pemimpi Tegar said...

Rajin hapdet. XD

Inspector Saahab said...

Pemimpin Tegar : tengah cuti bro. haha. biasa la ~

M Fizan said...

haha. aku baru nak tabik kesensasian cerita ni. tetiba karya oleh. thanks for sharing. very motivational indeed :)

Inspector Saahab said...

Nazif : sensasi kan? karya member aku. ktorang ade blog bersama. bole klik nama dia :)

u're most welcome :)

Anonymous said...

chakir: sem depe jd rumet lg...ajok zul etek hahaha(adib)

fatinsyaz0711 said...

siriyes menarik... terimakasih atas perkongsian.

Inspector Saahab said...

adib : haha. tak tahu lagi tu. hehe

Fatin : sama-sama
semoga pengajaran diambil dan dimanfaatkan :)

Reiichi said...

Wahhhhh.. :)
Bgos2.

Inspector Saahab said...

Reiichi: danke ~_*

xde la nk bgos -.*

unknown said...

seronok storynyer...bermakna and unpredictable

Inspector Saahab said...

shahnonnnnn : haha. terima kasih atas kesudian mengunjung belog yg marhaen ini:)

GMS said...

dah agak da..jalan citer kemas semacam je.. karya: habiburrahim.

Inspector Saahab said...

GMS :

kannnnnn :)

who am I? said...

Hmmm *main dagu.
Okay,jom sebarkan cinta :D

نور توفيقة ادريس said...

T_T

Ain Zayy said...

Muse, Avenged Sevenfold n etc..
whatever la..asalkan input dakwah dalam cerita ni dapat di"graphic"kan.

Thanks for sharing..=)

kecil cuba berjasa said...

jzkk ats prkongsian.