Saturday, June 23, 2012

MISKIN HATI

Baru baru ini, saya ke satu majlis yang dihadiri oleh saudara mara. Lama benar tidak bersua muka. Dan ada yang menegur saya,

“Eh kenapa anda tampak kurus dan bergaya?”

Lebih kurang mcam tu la dialognya apabila disunting. Dan saya hanya tersenyum setelah mendengar persoalan tersebut. Senyum yang berharga cukup-cukup untuk membeli gula pasir sekilo. Kemudian yang lain pula datang dan menjawab pertanyaan tadi,

“Ni mesti study kuat sangat sampai lupa nak makan”

Dan saya terus tersenyum, subur senyuman di bibir, penuh ikhlas dan tawadhuk. Senyuman kali ini berharga lebih mahal. Senyum yang diukir bila rasa sudah lama tidak mendapat cop body glove percuma. Wahaha. Ok anda dipersilakan menghantuk kepala ke dinding.

Tidak kisah la senyuman itu mahal atau murah, saya akan terus senyum

Kerana senyum itu sedekah :)

******************************

Selingan semata-mata.

Ramai orang masih ragu-ragu, masih menunggu-nunggu untuk bertindak. Apa yang ditunggu pun saya hairan. Adakah mereka mereka ini menantikan saat jatuhnya meteor dari langit membawa mandate perlantikan untuk di angkat sebagai adiwira edisi empat puluh Sembilan menggantikan super saiya Tanah Malaya seperti Kluang Man dan rakan setugasnya? Atau apa? Ah buntu.

Adapun di kalangan penunggu bulan jatuh ke pangkuan ini terdiri daripada insan-insan yang mendapat sentuhan tarbiyah. Berat untuk bertindak dan berkorban. Seribu usaha dianjur, seribu halasan dihulur. Eh, dah macam pepatah modern. Keraguan yang timbul menyebabkan jiwa-jiwa ini luntur semangat juangnya dan segan untuk menghabiskan wang, masa, tenaga, waktu tidur dan segala bagai aneka pilihan untuk disumbang ke jalan Allah.

Ironi sekali

Dan mengapa kamu tidak menginfakkan hartamu di jalan Allah, padahal milik Allah semua pusaka di langit dan di bumi ?....

(Al Hadid :10)

Dalam ayat di atas Allah menyatakan satu persoalan yang retorik. Mengajak kita untuk berasa malu pada diri sendiri atas keengganan berkorban harta, wang ringgit waktu dan tenaga untuk disumbangkan ke jalan Allah. Dush dush di situ.

Disebalik soalan itu ada sesuatu yang patut kita pandang, tiada alasan untuk kita menolak suruhan berinfak di jalan Allah, kerana semua yang kita miliki itu kurniaan Allah. Kelihatan agak tidak bersyukur atau boleh saya katakan melampau bagi orang-orang yang meragukannya. Dan adakah kita tergolong dalam kalangan orang-orang ini?


Doodle Habiburrahim

Tapi inilah reality yang berlaku. Hari ini ramai orang bercakap akan kebangkitan Islam. Semangat mereka dilaung dan diagung dalam kata, sepi tanpa usaha. Apabila diminta untuk menyumbang tenaga, mereka lesap melarikan diri, menunduk muka dan menunggu. Jangan kita juga begitu. Dalam bulatan dan halaqah kita bersuara penuh madah. Bercakap lagak tak makan saman tapi makan nasi, tapi bila tiba masa untuk mengorak langkah, langkah pun tiada.

Bukan berniat untuk menuding jari, tapi berniat untuk mengajak diri dan anda berfikir, wajarkah kita membuat keputusan yang sedemikian rupa? Boleh anda bayangkan? Bukan ramai orang yang terpilih menghadirkan diri di jalan ini, sedar akan tanggunjawab ini, jika tidak kita kita ini siapa lagi? Oh sebenarnya tak perlu la rasa diri kita mulia sangattt.

Kerana Allah sudah ada jawapan bagi mereka yang enggan ini, yang tidak sanggup berkorban ini,

Jika kamu tidak berangkat nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun. Dan Allah Maha kuasa atas segala sesuatu.

(At Taubah :39)

Subhanallah

Satu jawapan beserta azab dan amaran. Sangat kerdil kan diri kita ini untuk menolak amanah yang diberikan. Tidak takutkah kita pada azab Allah? Atau kita masih ragu-ragu dengan penurunan ayat-ayat Quran ini? Bagi yang masih ragu-ragu akan seruan daripada al Quran ini saya cadangkan anda check balik kad pengenalan anda dan lihat bahagian AGAMA. Ok sarkatisme di situ.

Saya pun pernah terfikir untuk berhenti. Tapi itu hanyalah bakal merugikan diri sendiri. Tika mana berhadapan dengan ramai orang yang tidak bersama dalam gerabak ini, yang tidak sebulu dengan kita tapi masih mampu mengukir senyuman mesra, gembira hidup mereka kadang-kadang teruji juga. Perlukah aku di sini? Perlukah aku begini dan begini?

Apa yang boleh saya katakan yakinlah.

Bukankah kita ingin menjadi hamba yang bersyukur?

Dan kita tidak wajar membandingkan diri dengan orang-orang yang tidak dikurniakan kefahaman ini. Ada paham kah? Kalau paham maka berkorbanlah, infaklah, sahutlah seruan ini.

Azab atau rahmat, tiada jalan tengah.

Assalamu’alaikum

10 comments:

Inspector Saahab said...

ditujukan khas kepada yg dikurniai ni'mat kefahaman, mendapat sentuhan dan jamahan tarbiyah tapi masih ragu-ragu, segan, tersipu-sipu dan errr.. ok dah. termasyuk diri sendiri

umumnya untuk semua :)
smoga tidak bikin panas dan baling krusi :)

FATIN NAZIRAH ASNAN said...

ouchhhh
jazakillah inspector ;)

M Fizan said...

azab atau rahmat. alamak. tak boleh pilih 'atau'? huhu. senyum selalu. moga diberikan kekuatan untuk menginfakkan harta ke jalan-Nya. eh, kenapa makin kurus? nak lemak sikit? ana punya banyak :D

Feilong said...

sama2 lah kita infak ke jalan Allah. tak rugi pun. kalau kita bagi 1 benda pada org lain, Allah akan balas dgn 10 kebaikan, ye tak??

hehe.

teruskan berdakwah, wahai anak didikku (ini ayat zaman dahulu kala..haha!)

Inspector Saahab said...

@fatin nazirah

waiyyak.
btw, sepatutnya "jazakallah"

jazak(i)llah untuk perempuan. atau anda assume sy perempuan ? 0.o


m Fizan :
tak boleh pilih!hahah

jum infak :)
ha'ah. memang kurus. entah penyakit apa. walau makan bagai nk rak -.-

Inspector Saahab said...

teacher :

yes yes yes. u're right :)
haha in sha Allah

yes. agak klise. haha
beres bos.

ibi_corp said...

teruskan usaha enta....huhu

Inspector Saahab said...

ibi :

beres bos.
in sha Allah
style intro porfile anda
style habis -.-

Pemimpi Tegar said...

Saya miskin. Tapi saya tak miskin hati.

p/s : Identiti sudah dikenalpasti. Selepas ini menunggu2 pula untuk open table. Aha.

Inspector Saahab said...

pemimpi tegar :

saya takut termiskin tanpa disedari. heh

open table ? maksud?
(main mahjong kah) HAHA
term term anda sangat berbunyi gangster. tak paham -_-