Sunday, December 2, 2012

BIBILIOGRAFI TENTANG AKU

“Pejam celik pejam celik dan bulan Disember”

“Cepatnya masa berlalu”

“Kan”

“Rasa macam pagi tadi baru tengok konsert ambang 2012”

“Tu la, tup tap dah ada iklan konsert ambang 2013”

 Antara contoh perbualan yang ketinggalan zaman dan agak ke belakang. Tak update ke weh. Ayat cliché. Basi dah weh ayat ni. Tak canggih langsung perbualan dan penulisan macam ni. Memang pun. Tapi itulah hakikat.

Apa-apa pun hari ni saya bukan nak buka kelas tuisyen Bahasa Melayu dan ajar contoh perbualan moden, tidak sama sekali. Apatah lagi nak mengiklankan konsert ambang 2013 yang saya sangat beriman bakal memenuhi iklan iklan di televisyen tak lama lagi. Wahai.
Tengok tajuk pun dah macam tak masuk dengan intro kan.


 
Semalam sempat berkabilah bersama rakan-rakan seperjuangan di sini. Lepak-lepak sambil beriman. Setelah penat beriman, eh, sempat juga menziarahi seorang rakan yang gagal dihubungi melebihi empat puluh lapan jam. Macam dah masuk kes missing person. Alhamdulillah beliau ada di teratak tercinta.

Skip skip skip

Orang-orang A'rab ( Arab badwi) berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad):

"Kamu belum beriman, kerana Iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: "Kami telah Islam". Dan ingatlah, jika kamu taat kepada Allah dan rasul-Nya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(Al-hujurat :14)


Antara yang dibincangkan semalam. Menarik. Pertamanya, surah al Hujurat diturunkan di Madinah. Kebiasaanya surah-surah Madaniyyah membicarakn isu seperti hukum hakam, adab-adab dan bahagian cabang Islam yang lain seperti urusan jual beli, nikah kawen dan sebagainya. Tapi dicelah-celah itu, masih dibicarakan soal Iman.

Yang menariknya, dalam ayat di atas Allah menyindir orang-orang yang senang-lenang mengaku sudah beriman, walhal dia sekadar Islam. Ditekankan di sini berbeza Iman dan Islam. Sindiran ini sepatutnya dirasai oleh sesiapa yang membaca ayat ini, refleks diri, layakkah kita mengaku beriman? Atau kita sekadar Aslim?

Huhu. Persoalan di situ.

Ok ini baru mukaddimah.

Kemudian dalam ayat seterusnya dijelaskan, siapakah mereka yang benar, yang layak mengaku sudah beriman.

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
(Al-Hujurat : 15)

Tertempelak di situ sejenak.

Kelepuk kelepuk.

Dapat disimpulkan bahawa orang-orang yang benar beriman adalah mereka yang percaya dan tidak ragu-ragu kepada Allah dan rasulNya. Dan keimanan mereka ini dizahirkan melalui perjuangan mereka, kesanggupan berkorban harta dan nyawa pada jalan Allah.




Contoh mudah of kos la para sahabat. Bila mana kita baca dan dengar cerita para sahabat, pasti terasa getaran Iman mereka itu merentasi zaman dan mengetuk pintu hati kita. Bila kita baca buku-buku seerah sahabat, terasa betapa hebatnya penceritaan tentang mereka. Inilah contoh yang paling ideal, orang yang beriman tanpa keraguan.

Menariknya, ni baru sahaja kita baca dan dengar kisah mereka, andai kata kita bertemu mata dengan mereka, tatap wajah mereka, berjabat mesra dan bersembang kencang dengan mereka, saya yakin dan pasti Iman mereka yang melimpah ruah itu akan memenuhi hati kita yang penuh dengan lompang ini.


Persoalannya, itu mereka. Buku-buku bibiliografi tentang mereka. Cerita mereka. Perjuangan mereka. Mereka dan mereka. Bagaimana dengan kita?

Ah.

Andai kata suatu hari nanti ada penerbit buku yang ingin menulis kisah hidup kita untuk dijadikan contoh kisah orang yang beriman tanpa keraguan, contoh tokoh yang berjuang pada zaman moden ini, agaknya berapa helai muka buku tersebut yang tertulis ? Agaknya apakah isi-isi perjuangan yang hendak digarap oleh penulis?

Bila kisah kita dibacakan kepada generasi mendatang, agak-agaknya bergetar kah hati mereka? 
 Mampukah kah kita ini dijadikan contoh?

Persoalan yang membunuh. Kot.

Perjuangan ini bukan durasi masa yang membezakan tetapi perjuangan itu sendiri. Ada orang hidup tidak sempat pun mencecah umur setengah abad, tapi kisah perjuangan mengisi berjilid-jilid buku tebal. Ada orang yang diberi peluang bernafas sehingga mencecah angka seratus tahun tetapi kisah perjuangan tidak lebih tiga muka surat.

Bibiliografi kita suatu hari nanti,
bagaimana ye?

Perjuangan dan pengorbanan apakah yang kita ingin perjudikan untuk melayakkan kita berkata, “Aku sudah beriman?”

4 comments:

nawalhadiah said...

Okay.banyak soalan membunuh.
Terasa. Allahu T.T

KID said...

Allahumma faqqihhu fiddin!! ('hu' merujuk kpd anta, Inspector Sahab)

Manan Qayyim said...

sukar utk menjawab persoalan itu.....

Inspector Saahab said...

Jzkkk semua.

Mga Allah redha :)