Tuesday, December 11, 2012

JUNDULLAH KAH AKU?

Masa kecik dahulu, masa saya masih comel, pipi temban, kulit licin dan anjal, saya ada banyak cita-cita. Bila tengok cikgu-cikgu mengajar, pegang kapur conteng-conteng dekat papan hitam, rasa nak jadi guru. Saya sempat ye dengan zaman papan kapur. Seterusnya, ada doctor gigi datang check gigi, rasa macam nak jadi denstist plak. Kot dia agak smart pada mata saya waktu tu.

Bila ada nurse datang ajar gosok gigi dan bagi suntikan hape ntah, rasa macam nak jadi nurse plak. Masalah. Sekali tu ada pasukan bomba datang buat fire drill, serius stylo. Balik rumah mula lah tanam cita cita nak jadi ahli bomba, main api, smart habes. Pernah jugak ada pengalaman, entah apa yang berlaku tapi tiba tiba tertanam impian nak jadi askar.

Sebenarnya post ni nak cakap pasal askar, tentera.
selebihnya kat atas tu boleh dianggap sebagai muqaddimah yang tidak perlu.

Nak jadi ahli tentera bukan senang woo. Banyak ujian saringan yang kita kena lalui. Fizikal mesti fit, cukup tinggi, BMI mesti ideal. Oh BMI tu Body Mass Index, bunyi macam canggih tapi benda biasa je. Kalau ada penyakit kronik sah-sah kena reject permohonan.

Kenapa?

Sebab askar kot, tak kan nak cari yang lompang-lompang, nak jaga keamanan Negara. So selayaknya dipilih sedemikian rupa. Akur jap. So agak tak adil la bagi orang yang tak cukup tinggi tapi semangat berkobar-kobar nak ikut perang, dunia memang tak adil kan. Peraturan manusia.

So apa point ? -_-

Sebenarnya, orang yang memijakkan kaki dalam gerabak dakwah dan tarbiyah sudah lama berada dalam fasa pemilihan nak jadi tentera, tentera Allah, Jundullah. Style.



Macam biasa, nak jadi Jundullah pun ada ujian dan saringannya. Tapi tak seperti ujian saringan ke atas tentera biasa. Ujian-ujian ni lah yang kita hadapi sepanjang berpijak atas jalan dakwah dan tarbiyah. Allah tak kisah fizikal kita macam mana, sakit ke sihat, buang air lawas ke tak, tapi Allah tengok hati dan iman kita.

Dari sudut pandang yang berbeza, ujian ujian yang melanda di sepanjang jalan ini bukan sahaja nak memantapkan Iman, tapi untuk membersihkan saf-saf orang mukmin daripada orang-orang yang tidak layak pun digelar Jundullah. Tidak hairanlah, ada yang gugur dan tumbang.

Kalau kita nak jadi sebahagian daripada saf-saf mukmin yang bersih ini, kita kena harung ujian ujian ini. Allah tanam kecintaan kepada dunia, cinta kepada harta benda, anak pinak semuanya sebab nak uji kita. Layak atau tidak.

Bahkan Rasulullah dan para sahabat, sebelum buat apa-apa disuruh solat malam setiap hari, nak uji mereka, boleh melawan keinginan diri atau tidak. Kita ni, kalau dengan tidur pun tewas, apatah lagi nak berjihad di jalan Allah. Ini belum cakap ujian kehidupan kita yang yang sinonim dengan amalan jahiliyah.

Kita tahu siapa kita.

Layakkah digelar Jundullah?

Shuuuu air mata mengalir.

Apa-apa pun, keberhasilan, kemenangan dan pertolongan semuanya datang daripada Allah. Allah akan tolong tentera-tenteraNya. Allah akan tolong orang-orang yang beriman. Kemenangan orang Mukmin bukan sebab kekuatan mereka, tapi sebab pertolongan Allah dipihak mereka.

Kekalahan orang kafir bukan kerana senjata mereka lemah, fizikal mereka lemah, tapi kerana kekafiran dan kemaksiatan mereka kepada Allah.
Maka adakah kita ini akan mengokohkan saf orang mukmin atau menggoyahkannya? Relfeks. Huhu. 

Jangan sampai keberangkatan kita tidak diredhai. Jangan sampai pembabitan kita menyebabkan saf orang Mukmin tercemar dan tidak mendapat pertolongan Allah.

Wallahu’alam

4 comments:

Gagak.:.Hitam said...

Tentera Allah.. Subhanallah. Makin erasa diri jauh dari nyata,, T.T

aku-bukan-robot. said...

quote last "Jangan sampai keberangkatan kita tidak diredhai. Jangan sampai pembabitan kita menyebabkan saf orang Mukmin tercemar dan tidak mendapat pertolongan Allah."

rasa kene bedil. fuhh. astaghfirullahalazim.

Inspector Saahab said...

ayuh bangkit wahai rijal sekelian :')

Irdhana ya Allah :)

Mohamad Khir Bin Johari said...

hurm3x