Masa kecik
dahulu, masa saya masih comel, pipi temban, kulit licin dan anjal, saya ada
banyak cita-cita. Bila tengok cikgu-cikgu mengajar, pegang kapur
conteng-conteng dekat papan hitam, rasa nak jadi guru. Saya sempat ye dengan
zaman papan kapur. Seterusnya, ada doctor gigi datang check gigi, rasa macam
nak jadi denstist plak. Kot dia agak smart pada mata saya waktu tu.
Bila ada
nurse datang ajar gosok gigi dan bagi suntikan hape ntah, rasa macam nak jadi
nurse plak. Masalah. Sekali tu ada pasukan bomba datang buat fire drill, serius
stylo. Balik rumah mula lah tanam cita cita nak jadi ahli bomba, main api,
smart habes. Pernah jugak ada pengalaman, entah apa yang berlaku tapi tiba tiba
tertanam impian nak jadi askar.
Sebenarnya
post ni nak cakap pasal askar, tentera.
selebihnya kat atas tu boleh dianggap sebagai muqaddimah yang tidak perlu.
selebihnya kat atas tu boleh dianggap sebagai muqaddimah yang tidak perlu.
Nak jadi ahli
tentera bukan senang woo. Banyak ujian saringan yang kita kena lalui. Fizikal
mesti fit, cukup tinggi, BMI mesti ideal. Oh BMI tu Body Mass Index, bunyi
macam canggih tapi benda biasa je. Kalau ada penyakit kronik sah-sah kena
reject permohonan.
Kenapa?
Sebab askar
kot, tak kan nak cari yang lompang-lompang, nak jaga keamanan Negara. So
selayaknya dipilih sedemikian rupa. Akur jap. So agak tak adil la bagi orang
yang tak cukup tinggi tapi semangat berkobar-kobar nak ikut perang, dunia
memang tak adil kan. Peraturan manusia.
So apa point ? -_-
Sebenarnya,
orang yang memijakkan kaki dalam gerabak dakwah dan tarbiyah sudah lama berada
dalam fasa pemilihan nak jadi tentera, tentera Allah, Jundullah. Style.
Macam
biasa, nak jadi Jundullah pun ada ujian dan saringannya. Tapi tak seperti ujian
saringan ke atas tentera biasa. Ujian-ujian ni lah yang kita hadapi sepanjang
berpijak atas jalan dakwah dan tarbiyah. Allah tak kisah fizikal kita macam
mana, sakit ke sihat, buang air lawas ke tak, tapi Allah tengok hati dan iman
kita.
Dari sudut
pandang yang berbeza, ujian ujian yang melanda di sepanjang jalan ini bukan
sahaja nak memantapkan Iman, tapi untuk membersihkan saf-saf orang mukmin
daripada orang-orang yang tidak layak pun digelar Jundullah. Tidak hairanlah,
ada yang gugur dan tumbang.
Kalau kita
nak jadi sebahagian daripada saf-saf mukmin yang bersih ini, kita kena harung
ujian ujian ini. Allah tanam kecintaan kepada dunia, cinta kepada harta benda,
anak pinak semuanya sebab nak uji kita. Layak atau tidak.
Bahkan
Rasulullah dan para sahabat, sebelum buat apa-apa disuruh solat malam setiap
hari, nak uji mereka, boleh melawan keinginan diri atau tidak. Kita ni, kalau
dengan tidur pun tewas, apatah lagi nak berjihad di jalan Allah. Ini belum
cakap ujian kehidupan kita yang yang sinonim dengan amalan jahiliyah.
Kita tahu
siapa kita.
Layakkah
digelar Jundullah?
Shuuuu air
mata mengalir.
Apa-apa
pun, keberhasilan, kemenangan dan pertolongan semuanya datang daripada Allah.
Allah akan tolong tentera-tenteraNya. Allah akan tolong orang-orang yang
beriman. Kemenangan orang Mukmin bukan sebab kekuatan mereka, tapi sebab
pertolongan Allah dipihak mereka.
Kekalahan
orang kafir bukan kerana senjata mereka lemah, fizikal mereka lemah, tapi
kerana kekafiran dan kemaksiatan mereka kepada Allah.
Maka adakah
kita ini akan mengokohkan saf orang mukmin atau menggoyahkannya? Relfeks. Huhu.
Jangan sampai keberangkatan kita tidak diredhai. Jangan sampai pembabitan kita
menyebabkan saf orang Mukmin tercemar dan tidak mendapat pertolongan Allah.
Wallahu’alam
4 comments:
Tentera Allah.. Subhanallah. Makin erasa diri jauh dari nyata,, T.T
quote last "Jangan sampai keberangkatan kita tidak diredhai. Jangan sampai pembabitan kita menyebabkan saf orang Mukmin tercemar dan tidak mendapat pertolongan Allah."
rasa kene bedil. fuhh. astaghfirullahalazim.
ayuh bangkit wahai rijal sekelian :')
Irdhana ya Allah :)
hurm3x
Post a Comment