Wednesday, January 15, 2014

MZ : KESEIMBANGAN YANG INDAH



Apabila saya menulis tentang islam, maka Islam yang saya maksudkan di sini ialah berserah diri. Sebagaimana saya belajar dari Ibrahim a.s.


(Ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepadanya (Ibrahim), “Aslim! (Berserah dirilah), dia menjawab, Aslamtu lirabbil’alamin (Aku berserah diri kepada Tuhan sekelian alam)”

(Al Baqarah :131)

Islam.

Berserah diri. Berserah diri maknanya tunduk, surrender dan patuh. Seperti mana suspek yang ditangkap oleh Inspektor Haliza dalam rancangan Gerak Khas. Mungkin ia satu perbandingan yang tidak adil, cuma saya nak gambarkan kepada anda itulah berserah diri dari segi makanwinya.

Setelah kita berserah diri kepada Allah, patuh dan tunduk kepadanya, maka jadilah orang Islam itu sejahtera. Kerana Islam juga bermaksud sejahtera, sebagaimana perkataan ‘salam’. Kesejahteraan yang hanya dapat diperoleh apabila makhluk tunduk dan menjalani kehidupan dengan arahan Allah s.w.t.

Ok ini baru disclaimer.


 Courtesy of Afiq Sazlan

Seluruh alam ini adalah Islam selagi mana mereka tunduk dan berserah kepada Allah s.w.t. Tapi sebenarnya tidak perlu ditekankan point seluruh alam, kerana selain manusia, kita tahu makhluk lain tidak pernah menjalani kehidupan diluar arahan dan perintah Allah. Boleh jadi (pandangan saya) inilah yang dimaksudkan dengan banyak permulaan ayat Quran yang bermaksud,

“Bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan di bumi”


Dalam muqaddimahnya, Sayyid Quttb merumuskan hubungan alam buana dengan manusia ini dengan sepotong ayat yang cukup indah;


“Aku telah hidup di bawah bayangan al Quran dan di sana aku dapat merasa adanya keseimbangan yang indah di antara harakat manusia seperti yang dikehendaki Allah dan harakat alam buana yang diciptakan Allah”


Harakat manusia yang dikehendaki Allah.

Harakat adalah pergerakan. Yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah, pergerakan manusia, bagaimana manusia menjalani kehidupan mereka. Jika kita perhatikan betul betul, beliau menggunakan perkataan “dikehendaki” untuk menjelas harakat manusia. Ini bermakna manusia diberi pilihan, harakat mana mereka mahu guna dan ikut.

Cumanya, Allah berkehendak supaya manusia seluruhnya mengikut harakat harakat yang Allah sudah tetapkan dalam Al Quran. Pun begitu, pilihan masih di tangan manusia. Pilihan yang diberikan ini menjelaskan kepada kita konsep Islam Ikhtiari dalam hidup ini.

Sebagai contoh,

Allah berkehendak supaya seluruh manusia beriman kepadaNya. Tapi realitinya tidak semua manusia beriman kepada Allah, apatah lagi bertakwa. Allah berkehendak kita menutup aurat, pun begitu, jelas terpampang di depan mata, masih ramai yang mendedahkan aurat, walaupun sudah mengakui keimanan kepada Allah.


Harakat alam buana yang diciptakan Allah.

Adapun dalam menjelaskan harakat alam buana, Sayyid Quttb menggunakan perkataan “diciptakan”, merujuk kepada ketetapan atas penciptaan alam buana. Alam buana ini sudah dicipta sedemikian rupa harakat dan fitrahnya, tanpa diberi pilihan lain. Begitulah Islam mereka, sebagaimana mereka menjalani kehidupan. Ini pula kita namakan sebagai Islam Ijbari.

Alam buana ini juga termasuklah jasad tubuh manusia yang tidak dapat dikawal oleh manusia. Contohnya jantung manusia, sudah ditetapkan untuk mengepam darah. Jantung tiada pilihan. Walaupun manusia itu merokok dan menyebabkan rasa tidak aman pada jantung, namun ia tetap dengan harakat asalnya.


Keseimbangan yang indah pula antara kedua harakat ini.

Sekiranya harakat alam buana lari dari asal penciptaanya dan harakat manusia lari daripada kehendak Allah, maka tidak seimbanglah alam ini.

Contoh,

Jika suatu hari nanti Matahari mengambil keputusan untuk terbit di timur kemudian terbenam di selatan, atau tidak mahu terbit, sebaliknya mahu ambil cuti rehat selama seminggu lamanya, maka porak perandalah alam ini.

Sekiranya pokok pokok kelapa yang kita tanam itu mengambil keputusan untuk bergerak dan meninggalakan tapak mereka, maka habislah manusia akan kegilaan melihat keanehan ini. Sekiranya ikan ikan memilih untuk hidup di atas darat, gugurlah rambut manusia memikirkannya.

Sebenarnya, kita tidak perlu risau kepada harakat alam buana, kerana ia akan tetap begitu, sebagaimana fitrah, kerana mereka bukan makhluk yang diberi pilihan.


Sebaliknya, yang perlu kita risaukan, keseimbangan yang indah ini hanya akan dapat dirosakkan oleh manusia kerana kita makhluk yang diberi pilihan. Hakikatnya hari ini, banyak manusia yang tidak mengikut harakat yang dikehendaki Allah s.w.t.

Ramai yang tidak berpuasa, ramai yang masih sukar menunaikan solat, membayar zakat, menutup aurat, menjaga alam sekitar, berehat di waktu malam, bersedeqah, menjaga anak yatim dan sebagainya. Kesemua ini mengakibatkan ketidakseimbangan kepada alam ini.


Kita mungkin tidak nampak kesan kesan dan natijahnya kerana kita hidup sendiri sendiri. Tapi inilah hakikatnya. Jenayah social yang berlaku, keruntuhan akhlak, pencemaran alam, kemelesetan ekonomi, penindasan ke atas yang lemah, porak perandanya insitusi kekeluargaan, ini semua ketidakseimbangan alam, natijah daripada harakat manusia yang menyimpang dari kehendak Allah.

Fuhh, penat type.

Sekiranya manusia kembali kepada harakat yang dikehendaki Allah, nescaya akan hadir lah 
keseimbangan yang kita semua cita-citakan itu. Di mana boleh kita dapati kehendak kehendak Allah ini ? Sudah tentu di dalam al Quran. Sayyid Quttb telah merenung dan mendapatinya dalam Quran. Kini tiba masanya untuk kita pula mempelajari kehendak kehendak itu.


Di sisi yang lain, kefahaman terhadap hubung kait antara manusia dan alam buana ini memberikan kita persepsi baharu terhadap alam buana. Rupanya, seluruh alam ini sebenarnya bersifat Islam, berserah diri kepada Allah. Kita akan merasa nyaman dan indahnya alam ini. Kita akan merasa bahawa alam ini sangat mesra dengan kita.

Dan di suatu peringkat, kita akan berasa malu, kerana alam ini lebih Islam daripada kita. Matahari yang tidak melanggar harakatnya, lebih Islam daripada kita. Gunung gunung, langit yang tidak bertiang, air sungai yang mengalir, burung, pokoknya yang diam, itu semua berada dalam harakat yang diciptakan Allah.

Harimau yang memakan manusia, itulah Islamnya. Maka kita tidak boleh marah kepada harimau, melainkan tiba tiba harimau makan besi. Heh. Bahkan kita akan dapati khinzir pun mengikut harakat ini.


Dengan kefahaman dan sudut pandang ini,
tidak hairanlah Sayyid Quttb kemudian menambah;


“Manakah kerehatan, keselesaan, kemesraan dan kepercayaan yang lebih besar daripada kerehatan, keselesaan, kemesraan dan kepercayan yang dicurahkan ke dalam hati kita oleh kefahaman yang syumul, sempurna, luas dan betul ini?”


Inilah antara lain mesej yang hendak disampaikan oleh al Quran. Sudut pandang yang berbeza tentang alam ini secara keseluruhnya dan melihat Islam dari sudut yang lebih luas, sempurna, syumul dan betul. Bukan melihat islam melalui serpihan serpihan kecil yang rata rata kita fahami hari ini.


Wallahu’alam

Bersambung...

2 comments:

chad_NH said...

baca ni. terus teringat ayat manusia itu suka melampaui batas. fuhh.

Ketahuilah! "Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,karena dia melihat dirinya serba cukup."[al-`alaq : 6-7]

kerana kita diberi pilihan . lalu melakukan seenak rasa.hoh! giloss kot. lepas tu bila sendiri rosak baru nak menangis teresak.

rasa macam kene bedil. ya. keseimbangan. dan sudah benarkah islam kau?

*okinitanyadiri.

jzkk!

Inspector Saahab said...

alhamdulillah