Tuesday, July 15, 2014

QANUN TARBIYYAH



Ada orang memang tidak mahu bersama gerabak tarbiyah dan dakwah kerana gerabak ini dagang, asing, pelik, tidak popular, tidak ramai, kelihatan sunyi dan lesu. Mereka melihat orang orang yang berada dalam kandang tarbiyah terkongkong, tidak bebas, terikat dengan fatwa fatwa murabbi yang terkadang terlalu rigid, tidak ikut trending katanya.

Dan dari sudut manusiawi, secara umumnya manusia suka akan keramaian, manusia perlukan kehadiran orang lain dalam hidup mereka untuk mencorakkan pelbagai warna pada kanvas yang putih itu. Manusia dambakan kebersamaan, lebih sekadar apa yang mereka lihat dari sudut luaran yang mampu ditawarkan oleh orang-orang tarbiyah.

“Eleh, usrah usrah ini alien je”
“Aku bahagia je tak buat apa yang kau buat”
“Ini semua poyoo, eh”
“Korang ni jumud la, dengan perempuan pun takut”
“Usrah ni orang orang yang lone ranger je ikut”



Apa kata orang tarbiyah?

Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang kesunyian sahaja, maka yang paling sunyi itu adalah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat dia..

Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang kurang kasih sayang sahaja, maka yang paling kurang kasih sayang itu adalah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat dia..

Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang gagal dalam hidup atau kecewa sahaja, maka yang paling gagal dalam hidup dan paling kecewa ialah Rasulullah SAW dan para sahabat dia..

Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang tiada tujuan hidup sahaja, maka yang paling tiada tujuan hidup ialah Rasulullah SAW dan para sahabat dia..

Begitu padu hujah itu.

Cuma, bagaimana pula kalau orang orang tabiyah sendiri yang meluahkan perasaan perasaan ini setelah dua atau tiga tahun atau lebih lama daripada tempoh itu berada dalam kandang tarbiyah. Bagaimana?

Bagaimana jika benar, berada dalam lingkungan tarbiyah dan terlibat secara langsung di lapangan dakwah dan tarbiyah itu membebankan, menyebabkan pelakunya kesunyian, terasing, kosong dan mengharapkan kehidupan sebelum ditarbiyah lebih daripada apa yang dia nikmati pasca mendapat sentuhan tarbiyah?

Adakah salah untuk berasa sunyi dalam dunia tarbiyah dan dakwah? Salahkah untuk merasa terbeban dengan amanat ini? Salahkan untuk membenarkan perasaan yang dirasai itu? Salahkah untuk kadang-kadang orang tarbiyah sendiri menggambarkan kehidupan dalam kandang tarbiyah dari sisi pandang yang berbeza?

Sudah tentu tidak.
Bebanan itu tidak mampu dibisukan lagi.
We cannot afford to live in denial.

Lalu, apa yang tarbiyah mampu tawarkan buat mereka yang yang berada di penghujung usia tarbiyah ini? Apakah solusi yang ada untuk kembali menarik mereka mereka yang kecewa ini? Atau lebih mudah, apakah yang mampu tarbiyah berikan sehinggalah kenikmatan dan kepuasan itu mampu bertahan selama mana usia dikandung badan?

Retorik sungguh soalan-soalan ini.
Sukar benar untuk menjawabnya.
Pilhan jawapan bukan satu atau dua, bahkan mungkin bejuta banyaknya.


“Salam, akhi”
“Wasalam.. yaaa?”
“Kenapa kadang-kadang ana rasa depressed sangat ?
Tu semua ujian ke?”
“Allah. Hmm . Nta kena share. Cari core masalah.
In sha Allah tu semua ujian, tapi Allah tak saja saja uji. Ada mesej yang kita kena taddabur”
“Takpela. Kita kan abid, sepatutnya ana tak patut rasa depressed pun kan. Jazakallah”
“Laa. Kita memang abid, tapi bukan malaikat, ada sisi manusiawi yang kita kena akur”
“Jadi nak buat macam mana?”

Kelu.

Saudaraku,

Sebelum kita sempat merasai beban beban ini, sebelum sempat kita meluahkan rasa yang terpendam dalam jiwa ini, al Quran telah pun menjangkakan beban beban dan perasaan perasaan itu dengan menyiapkan jawapan kepada kita.

Untuk itu, mari renungkan sejenak firman Allah swt ini;

Thahaa
Kami tidak menurunkan kepadamu al Quran agar kamu menjadi susah
(Thaha :1-2)


Ya, al Quran ini diturunkan bukan untuk menyusahkan kita. Agama yang dikurniakan Allah swt ini bukan untuk menyusahkan kita. Tarbiyah dan dakwah, bukan untuk menyusahkan. Halaqah halaqah mingguan, program program tarbiyah bulanan, kesemuanya bukan untuk menyusahkan kita. Tetapi entah, kadang-kadang kita rasa terbeban.

Lalu di mana silapnya?

Sebenarnya,

Mereka yang telah mendahului kita di sepanjang sejarah risalah ini telah bewasiat akan hal ini. Islam memang berkehendakkan kita untuk beramal dengan akhlak Islam yang sesuai dan selari dengan fitrah manusia dalam kita menjalani kehidupan ini, lebih lebih lagi di saat kita beriltizam untuk mewakafkan diri kita untuk mengembankan risalah ini. Cuma kadang-kadang ia terbeban kerana keadaan keadaan tertentu.

Ungkap Sayyid Quttb,

“Sebahagian manusia mendakwa akhlak Islam hanya merupakan beban dan masalah kepada manusia dan tidak mungkin dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian mereka. Dakwaan ini sebenarnya berdasarkan pengalaman yang dialami individu muslim ketika hidup di dalam masyarakat yang tidak diterajui oleh Islam. Apabila Islam tidak menjadi peneraju masyarakat, akhlak Islam sememangnya menjadi beban. Membebankan mana-mana individu yang mengamalkan Islam yang suci di tengah masyarakat jahiliyyah yang kotor, bukan setakat itu sahaja bahkan hampir-hampir menghancurkan individu ini.”

Begitulah kekadang kehidupan beragama suatu yang rencam, di tengah tengah masyarakat yang paksi dan gravitinya bukan Islam, bukan berlumba mengejar kemuliaan syahid dan kebahagiaan akhirat. Terkadang, kita terbawa bawa ke dalam perlumbaan ini, sehingga kita terlupa mesej besar yang kita bawa.

Kita dapat rasakan, apa yang kita cuba bawa dan hidupkan kembali ini bertentangan dengan arus, lalu ia bergeser, menghasilkan haba yang panas dan menyengat diri kita. Sehingga kadang-kadang haba dan kesakitan itu memakan diri daripada dalam, jika dipendam, tidak disejukkan dan dirawati dengan al Quran.

Ini semua adalah sebahagian daripada undang-undang tarbiyah harakiyyah bagi qaidah sulbah, sebagaimana tiga peringkat undang-undangnya telah sampai kepada kita melalui pesanan pesanan mereka yang lebih awal merasai kesemua ini.

Sebagaimana yang dicoretkan oleh Abu Ammar,

Menanamkan ruh persediaan dan penjelasan beban dakwah dari awal-awal lagi.

Persediaan jiwa untuk mengorbankan nyawa dan darah ketika perlu. Dakwah bukanlah badan kebajikan yang hanya cukup dengan sedikit !

Persediaan untuk penat harian… perjalanan dakwah adalah panjang sebelum sampai ke matlamatnya. Tak cukup hanya dengan tepuk tangan dalam perhimpunan atau memuji-muji ucapan dan pidato.

Persedian untuk mengorbankan kegembiraan dan memikul penderitaan umat yang berat. Bermula dengan isu Palestin hingga kepada isu Kristianisasi di Indonesia, penyembelihan umat Islam di  kawasan Benggal (India dan Myanmar-Arakan) dan Filipina.

Saudara,

Sekiranya ungkapan ungkapan, pesanan pesanan dan wasiat wasiat ini tidak menepati jawapan yang dikau harapkan daripada tarbiyah, maka aku memohon maaf dan memohon ampun daripada Allah swt. Beginilah sebenarnya jalan dakwah mengajar kita. Mari aku kongsikan lagi petikan daripada karya fiqh dakwah Abu Ammar,

Salah seorang pendakwah Islam lampau telah menyebutkan tiga bentuk marhalah ini sejak dulu lagi dalam ucapannya:


“Wahai saudara, permulaan jalan ini mudah,
kemudian datanglah kesedihan,
Permulaannya: korbankan kegembiraan,
Pertengahannya: korbankan nyawa.”

Kita baru sahaja mengorbankan sedikit kegembiraan sebenarnya !
Maka bersabarlah sehingga suatu masa ia meminta lebih daripada nyawamu



----------------
Rujukan,
1) Haaza Ad deen- Sayyid Quttb
2) Muntalaq- Abu Ammar