Tuesday, May 29, 2012

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH

Apa apa jela tajuknya =.=

Bayu senja bertiup ayu dari ufuk barat, datang menyapa. Percikan air laut yang dihempap ombak samudera menghasilkan satu irama kolaborasi yang memecahkan keheningan tika siang hari mula diselimuti malam. Samar-samar cahaya matahari terbenam, menyuluh dipermukaan pantai bagai sinaran yang sungguh mengasyikkan. Alunan gelojak air diselitkan dengan bunyi cengkerik yang menantikan tibanya sang bulan menambah keshahduan jauh di sudut hati. Terpana seketika.

Aiwah. Drama Melayu klasik versi prosa tradisional buku kesusateraan Melayu silibus sijil pelajaran Malaysia tampaknya mengambil tempat di situ. Heh.

Pernah bukan, bila berlaku sesuatu kepada kita, kita letakkan kesalahan itu pada diri sendiri atau orang lain, meletakkannya pada makhluk yang lain. Tika mana sesuatu ynag dirancang tidak menjadi sebagaimana rancangan Malaysia ke Sembilan, heh kita mencari asbab yang yang pada mata kita itulah puncanya, tanpa melihat hikmah disebalik apa yang berlaku. Soalnya bukan pernah atau tidak, tapi pada apa kita sandarkan asbab berlaku sesuatu itu.


Dalam satu hadis Qudsi, Allah s.w.t berfirman,

“Aku adalah sepertimana yang hambaKu sangkakan. Jika ia bersangka baik kepadaKu maka kebaikanlah untuknya dan jika ia bersangka buruk kepadaKu maka keburukanlah untuknya”

Ada fahamkah?

Benar sekali kita beriman dengan ketentuan Allah, beriman dengan qadha dan qadar. Tetapi sejauh mana iman kita itu kita zahirkan dalam kehidupan seharian. Sejauh mana kita letakkan asbab berlakunya sesuatu adalah sebagai ketetapan dan ketentuan daripadaNya. Dan sejauh mana kita melihat disebalik berlakunya sesuatu, ada hikmah yang tersembunyi, ada perkata lain yang Allah ingin kabarkan kepada kita, dan buruk atau baik perkara tersebut bergantung kepada apa yang kita fikirkan.

Mengambil contoh,

Katalah kita ini sudah menjalin hubungan yang serius dengan seorang hamba Allah ini. Sudah beberapa abad kita dan si dia bermain kata, senyum-senyum sambil kenyit mata, heh, namun semuanya beretakan tidak menjadi walaupun telah kita berkenalan hampir berkruun lamanya. Bukanlah saya menggalakkan anda untuk mengikat tali perasaan pada seseoarng yang ajnabi, tidak sama sekali cuma ibrahnya di sini apa respon kita bila seusatu yang kita inginkan itu tidak kesampaian?

Pada pandangan mata kasar mungkin kita fikir si dia itu cuba mempermainkan kita, ataupun apa-apa sahaja alasan lain yang menyebabkan hubungan berkenaan tidak menggapai objektif yang telah dicanang di awal pertemuan. Tapi yakinlah itulah ketetapan dari Allah, mungkin Dia ingin hadiahkan kita sesuatu yang lebih baik. Jika kita berfikir postifi sedemikian, maka inshaallah yang lebih baik menanti di hadapan.


Contoh lagi mudah, kita ini rajin belajar. Gila buku. Naik train pergi bandar mesti ada buku di tangan. Hari-hari tidur pukul 1 pagi bangun pukul 3 pagi sambung belajar. Bercengkam mata, membanting tulang kerana dahagakan ilmu. Namun results peperiksaan tidaklah sehebat mana. Bahkan kawan kita yang hidupnya tidur je keje lebih outstanding, pasti kita curiga. Sama ada kita curiga dengan kawan kita atau curiga dengan ketetapan Allah. Ah, tidak adil nya dunia. Aku ini usaha bagai nak rak tapi rak pun aku tak dapat.

Di sini sangatlah perlu untuk kita muhasabbah diri. Rintihan kita itu Allah tahan terlebih dahulu kerana Dia merindui suara kita yang meminta-minta merayu kepadaNya. Dia sayang akan hamba yang sering menitiskan air mata bermunajat kepadaNya. Maka kita tidak boleh cepat melatah, menyalahkan takdir. Sebaliknya anggaplah itu satu ujian yang menjanjikan sebuah nikmat di penghujungnya. Bersangka baiklah kepada Allah nescaya kebaikan itu untk kita.

Mudahkan?

Susah sebenarnya. Memang susah.

Apa yang boleh saya katakan, yakinlah dengan Allah. Yakinlah dengan janji Allah. Begitulah perjuangan kita atas jalan ini. Sukar yang teramat. Kadang sakit, kadang penat. Wang habis ditabur, tenaga habis dikerah, masa habis dicurah namun hasilnya entah ke mana. Jika habuan di dunia yang kita harapkan, maka dunia la kita dapat. Tapi dunia, apalah sangat? Setakat pizza domino’s di hujung minggu yang santai, menghirup tutti frutti tatkala panas mentari membahang, menjamah mee celup semangkuk di petang yang gemalai, apekah semua itu?


Kedengaran kumpulan nasyid tempatan sedang memutarkan lagu-lagu pilihan ramai,

erks.

So anda, bagaimana? Mahu berhenti berjuang di sini? Sudah penat? Sudah dilamun mode bercuti? Ingin bebas daripada semua ini? Sudah lali beribadah kepadaNya? Merasakan amalan kita selama ini sia-sia? Cemburu buta dengan kesenangan jiran sebelah menyebelah? Rindukan zaman gelap tika mana hidup dipenuhi dosa? Ingin kembali ke lorong lama?

Pilihan di tangan.

Cuma satu, ayuh kita renungan ayat cinta daripada Allah dibawah, semoga kita terus tasbit dengan ayat ini. Semoga ia menjadikan diri kita lebih bemotivasi untuk mengejar syurga yang hakiki

Dan bersabarlah engkau bersama orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia

Dan janganlah engkau mengikuti orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti keinginannya dan keadannya sudah melewati batas

(Al-Kahf :28)

Monday, May 28, 2012

AKU PUNYA ANAK YANG SOLEH

Assalam alaik.

Tanya sama awan, mengapa kau mendung hari ini. Awan kata, “Aku ikut perintah Tuhanku”. Tanya sama matahari, mengapa kau memancar ganas dan liar hari ini. Matahari kata, “Aku ikut perintah Tuhanku”. Tanya sama hujan, bila kau mahu turun. Hujan kata “ Aku ikut perintah Tuhanku”

Allahurabbi.

Skip. Skip. Skip.

Sudah kita berbicara tentang Malam Pertama yang indah bagai. Sudah kita baca cereka Rashid dan Jamil. Tika mana saya membaca kembali apa yang saya repekkan itu, kedua-duanya membawa mesej yang saling bersangkutan. Persediaan menghadapi mati dan bekalan di sana. Kemudian saya duduk terbaring ayu di atas tilam yang empuk lagi permai dan berfikir sejenak. Risau. Bukan pasal diri saya. Yang saya risaukan lebih adalah kedua orang tua saya.


Jujur saya katakan saya bukan anak yang soleh lagi baik. Tetapi selalu je orang puji. Wahah. Ok sila muntah sekarang. Saya risau bila teringatkan bonda dan ayahanda saya. Adakah saya cukup baik untuk menjadi asset buat mereka kelak? Atau saya akan menjadi liability yang bakal menyekat mereka di titian nanti?

Sedih. Saya sedih. Terus terang saya katakan, ibu dan ayah saya bukanlah malaikat. Hamba Allah yang biasa-biasa sahaja. Bukan ingin membuka aib, tapi mereka tidaklah dari golongan huffaz, tidak pula punyai ilmu menggunung bertaraf ulamak, dan tidak lari daripada melakukan dosa. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan? Wah, sudah lama kiranya saya tidak menggunakan peribahasa ini. Heh.

Kemudian saya fikirkan lagi. Bagaimana boleh saya bantu mereka. Memang, kita tidak tahu siapa yang pergi dahulu, mungkin saya yang lebih awal, namun sudah pasti sebagai seorang anak kita ingin berbakti kepada orang tua kita. Setiap orang ada sejarah tersendiri. Saya tidak mahu sejarah itu menggelapkan kehidupan alam barzakh mereka berdua. Saya yakin dalam kalangan kita yang mendapat sentuhan tarbiyyah pasti memikirkan hal ini.

Saya tidak tahu sama ada ayah dan ibu saya punyai kefahaman yang sama. Apakah mereka mengerti tujuan hidup yang sebenar. Adakah mereka punyai fikrah ini. Saya lihat keduanya makin hari makin layu, dimamah usia. Namun masih aktif bekerja untuk dunia. Mencari nafkah. Benar. Saya lihat ayah dan ibu keluar pagi kemudian pulang rumah bila petang mengunjung. Saya sedih.

Bila saya baca dan renungi ayat ini, sedih saya bertambah-tambah;

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk dijadikan harapan

(Al-Kahf : 46)


Jika diikutkan hati hendak sahaja saya pohon keduanya berhenti. “ Wahai ayah, cukup la dahulu. Wahai ibu, untuk siapa harta yang kau kumpul itu”

Tapi saya tiada upaya. Jika diikutkan hati lagi, hendak juga saya usrahkan keduanya. Bincang pasal Ini Sejarah kita. Bawa mereka pergi daurah. Ikut sama-sama berusrah kabilah. Mendaki gunung, panjat bukit,taddabur alam. Tapi sekali lagi saya tiada upaya.

Berat rasanya untuk kuteruskan karangan ini. Aiwah.

Lemahnya aku ya Tuhanku. Aku hanya mampu berdoa. Malulah wahai diri. Doa sahaja yang mampu kau utuskan. Dan belum tentu doa kau itu dimakbul Tuhan. Arghh, drama bermain dalam minda. Tertusuk juga.

Saya yakin ada cara lain. Ada cara yang boleh saya gunakan untuk membantu mereka. Dan saya sedang usahakannya.

Sudah sembilan belas tahun saya berpijak di bumi Tuhan ini. Sudah sembilan belas tahun keduanya menabur bakti kepada saya. Dan sudah sembilan belas tahun usia dan waktu saya bazirkan. Saya tidak tahu, dalam tempoh sembilan belas tahun yang lampau, adakah mana-mana part atau portion yang mampu menghantar ayah dan ibu ke syurga. Saya tidak tahu dan saya malu.

Cukuplah sembilan belas tahun yang sia-sia.

Saya ingin tsabit dijalan ini. Moga apa yang saya lakukan atas jalan ini menjadi hujah kepada ibu dan ayah saya agar mereka bisa berkata,

“Aku punya anak yang soleh”