Wednesday, December 12, 2012

ONLY CLEAN LENS




“Mana Kak ?”

“Ni ha. Lepas huruf wau ni, Ita nak wakaf pun boleh, sambung pun boleh..” 

“Ita tak Nampak la” Rungut Ita..
Ita duk cari cari. “Laaa, ni dia. Ok ok ” Jumpa pun. Eksaited habis Ita.

“Dah Nampak?” Tanya Kak Nas. Prihatin.

“Dah. Spek Ita ni, dah kabur”

“Meh Akak bersihkan, akak ada pencuci dia”

Tak fikir panjang, Ita buka spek bingkai hitam tu. Dihulur kepada Kak Nas. Kak Nas ambil air pencuci spek dari laci. Dikeluarkan juga kain. Bersungguh Kak Nas sental cermin spek tu. Ita tengok. Senyum sorang-sorang.


“Menjadi ke Kak?” Ita tengok dari sebelah. Suka.

“Cuba Ita pakai, better kot”

“Yela Kak, much better ”

Kak Nas senyum. Lega. “Pasni dah boleh Nampak tanda waqaf la kan?”
Usik Kak Nas. Dua dua gelak. Mesra.

“Jom sambung ayat seterusnya” Kali ini giliran Kak Nas. Best.
Mendayu-dayu bacaanya. Ita dengar, tenang je.

“Maksud dia? ”

 “Jom tengok sama-sama” pelawa Kak Nas

“Hmmm Kak..”

“Ye..”


“Macam mana nak faham Quran ni ek? “ Ita blur. “Macam susah je”

Kak Nas pandang Ita. “Baca dengan mata hati” Ringkas

“Tak dapat la Kak. Macam mana tu?” Lemah.

“Hmm, mungkin kena check balik kot”

“Maksudnya?”

“Tadi Ita tak nampak sebab spek kotor kan ”

Ita tak faham lagi. Muka ketat.

“Kalau mata hati tak nampak…?” Kak Nas tinggalkan persoalan.

Ita, tersentap. Terdiam.



--------


If you’re facing a difficult situation or decision, be careful not to try to see with the eyes. Close your physical eyes. And ask Allah to move your heart. It is only by the heart that you will really see.

It is only with the lens of the heart that you will see through the creation and all created circumstance. It is only with the lens of the heart that you will see Allah in everything. But know that only the lens that is clean can see anything at all.
-Yasmin Mogahed

7 comments:

Aku Normal said...

Orang kadang - kadang pakai specs kadang - kadang pakai contact lens. Orang cakap bila pakai contact lens, kita akan lebih mudah nampak kiri, kanan, atas, bawah. Lebih luas penglihatan berbanding bila pakai specs. Tapi tetap takkan sama dengan mata hati :')

Inche gabbana said...

Tertunduk. Air mata mengalir-ngalir.

PEMBURUMASA said...

kak nas? o.o

kena bersihkan hati ni. *carik pencuci

Shahizan Azmi said...

@pemburumasa nak join cuci hati jugak (':

anamuzakkar =.= said...

kak nas ? o__O

haha
yasmin mogahed
love her words

acano nk pastikan hati sentiasa bersih ?

Inspector Saahab said...

Kak Nas. muehehe

Ummi Rai said...

Simple but makan dalam.Syukran akhi.