Sunday, June 30, 2013

TADABBUR #8



Awas. Panjang -,-

Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan hiburan serta perhiasan, juga bermegah-megah di antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak;

samalah seperti hujan yang menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu menjadi kering dan engkau melihatnya berupa kuning kemudian ia menjadi hancur.

Dan  di akhirat ada azab yang berat dan  keampunan dari Allah besar serta keredaan dan  kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.
(Al Hadid:20)


Courtesy of Madmie China :)
 
Dalam ayat yang satu ini, cukup sarat dengan isi dan pengajaran. Sekali tengok macam biasa je. Dua kali tengok macam, boleh tahan. Tapi bila dah tengok berkali-kali, menakjubkan. Sangat menakjubkan bagaimana perumpamaan yang Allah s.w.t buat untuk menggambarkan kehidupan dunia.

Allah sifatkan kehidupan di dunia dengan permainan, hiburan, perhiasan, bermegah-megah, memperbanyak harta dan keturunan bukan sekadar sifat biasa-biasa. Tapi ada kaitan yang sangat signifikan dengan fasa hidup seorang manusia, secara umumnya.

Penyusunan sifat-sifat ini sebenarnya merujuk kepada obsesi yang melanda kehidupan seorang manusia daripada kecik sehinggalah meningkat dewasa dan menjadi tua. Ada kaitan yang sangat rapat dan signifikan.

Pertamaan nya, Dunia ibarat permainan.

Hmm. Hampir semua orang sewaktu usia kanak-kanak, sejak dilahirkan suka akan permainan. Saya dan anda pun. Kan. Kantoi. Pada waktu ini, apa yang kita tahu, nak main je keje. Main sorok-sorok, masak-masak, kereta kebal kereta tak kebal la, jongkang jongkek la, beli pedang dan jadi adiwira la.

All we know were play and play. Other things, we do not care as long as we can go and play. At that moments.

Bahkan jika tidak dapat bermain, ada yang merajuk. Buat drama di kedai permainan. Menangis, tarik baju mak bila baby doll yang kita idamkan tidak dapat dibeli. Meleleh hingus bila patung power rangers kita tidak dibeli oleh ayah atau ibu. Begitulah dunia, permulaanya.

Kemudian dah besar sikit, tiba masa untuk sendaguraun, hiburan.

Obsesi baharu muncul. Instead of just go outside and play, daripada penat tendang bola plastic, main dengan anak patung yang membosankan itu, we want more. We want more, we want more. Tiba-tiba buat flash mob. Kita mula mahukan hiburan.

Hiburan yang macam mana ?

Yes. Such entertainment like that. Yang perempuan mula meminati drama-drama korea. Mulai menaruh minat pada artis tempatan dan antarabangsa. Yang lelaki mula kegilaan games. Kegilaan menonton bola di stadium. Hiburan seperti mendengar lagu, menonton wayang, keluar tengah malam, melepak dan buat lemak. Buat nasi lemak pun ada.

Inilah hiburan yang mula menjadi tema baharu dalam kehidupan seseorang tatkala mengenal erti kehidupan di dunia.

Setelah membesar sedikit demi sedikit, hiburan mulai kurang signifikan.
Bila dah baligh, mencecah usia remaja, obsesi baharu pada tempoh ini ialah perhiasan atau kecantikan. Inilah yang dinyatakan dalam al Quran mengikut turutannya dan inilah hakikat yang berlaku.

Di usia ini, baik lelaki mahupun mula memikirkan rupa dan penampilan. Tidak seperti sebelum ini. Waktu usia kanak-kanak, kita mungkin tak kisah tak pakai baju. Atau pakai baju saiz mazam jubah. Atau pakai baju ada corak bunga-bunga untuk lelaki. Tapi di fasa “perhiasan” ini kita mula mengambil berat dengan seberat-beratnya on how do we look.

Jangan terkejut jika ada si perempuan yang enggan ke kelas kerana ada jerawat batu atas hidungnya. Jangan hairan kalau ada si lelaki yang spend on hair gel, deodorant, powder, hair shampoo lebih banyak daripada dia spend on food. Kedua lelaki dan perempuan, berjam berdandan. Waktu ini, cermin menjadi sahabat sejati.

Anda pun begitu, kan.

Pakai kasut nat matching dengan handbag. Pakai belt nak matching dengan color stoking. Beli jam nak yang branded. Jeans pun nak yang mahal. Mesti saiz sesuai. Ini hakikat kehidupan dunia. Obsesi pada kecantikan, perhiasan. Kalau jalan, asal jumpa cermin je mesti stop. Jumpa cermin je stop. Asal stop je, jumpa cermin la tu. Sama ada cermin kereta, cemin tingkap, mahupun cermin err ok dah.

Ini tidak bermakna pada waktu ini kita sudah tidak mahukan hiburan, of kos hiburan masih menjadi kehendak, Cuma ada desire baharu yang lebih mendominasi pemikiran kita, yakni untuk tampil smart dan kemas.

Kemudian masa pun berlalu.

Mulalah ke alam university ataupun kerja.

Pada waktu ini, ada yang dah mula matang, ada yang dah benar-benar matang. Kecantikan, wajah dan rupa bukan lagi isu utama. Sebaliknya mereka mula cuba menonjolkan kemampuan diri masing-masing. Bermegah-megah. Showing off. Yang student mula focus pada pelajaran, mahu dapat anugerah dekan. Mahu jadi top scorer. Mahu berlumba dan berbangga.

Yang dah masuk alam kerja, mahu kerja yang baik. Rata-rata jadi workaholic sebab mahu tunjuk betapa mereka ini berkerjaya. Sanggup balik malam untuk kenaikan pangkat. Supaya nanti boleh buat modal bila orang tanya kerja apa, jawatan apa, gaji berapa dan so on. Mulalah juga beli kereta yang baik. Nak ada rumah.

Pada fasa bermegah-megah ini, masing-masing mahu buktikan bahawa mereka mampu hidup berdikari. Tanpa sokongan ibu bapa dari sudut ekonomi. Masing-masing mahu tunjuk pencapaian mereka. Cuba mengagumi rakan-rakan, keluarga, jiran, cikgu-cikgu dan kenalan yang lain.
Sudah penat bemegah, rasa syok dengan pencapaian diri, tibalah ke alam yang lebih serius.

Perkahwinan.

Yes.

Bila dah kahwin, obsesi baharu ialah berlumba-lumba mengumpul harta dan kekayaan. Kerja double workaholic. Kita yang mungkin dulu sekadar bekerja di office, di fasa ini mungkin sudah ada yang jalankan business sampingan. Jual kad to up. Jual produk kecantikan. Tanam jagung. Jual album nasyeed dan sebagainya.

Kerana begitulah yang dinyatakn dalam Al Quran, obsesi baharu ialah mengumpul kekayaan.
Untuk siapa?

Untuk masa depan. Kerana obsesi yang bakal muncul setelah itu ialah anak keturunan. Ramai yang bekerja keras untuk keselesaan anak-anak. Mula fikir sekolah anak-anak. Mula fikir pakaian, makan-minum anak-anak. Bahkan bila anak-anak sudah besar dan bekerjaya, ada juga yang masih fikir pasal cucu pula.

Begitulah, obsesi yang berterusan.

Nampak tak permainan di situ?

Begitu tepat perumpamaan yang Allah susun, dan hal ini, kitaran ini berterusan, sepanjang zaman. Walaupun perkara yang sama berlaku di zaman mak kita, tetap ia berlaku di zaman kita. Bukan tidak mengambil pelajaran, tapi seolah begitulah kecenderungan manusia.

Cuma diingatkan sekali lagi,

Perkara asalnya,

Semua obsesi ini ada fasa tersendiri dan bersifat sementara. Sementara. Itulah pengajaran terbesar ayat ini 

Ok kita sambung lain kali :)

Friday, June 28, 2013

MAN ANA ?





Courtesy of Madmie China :)
Matahari pun terbit.

Tiba-tiba,

Pada  suatu hujung minggu yang cemerlang, Ana menghadiri satu seminar atau lebih mesra dikenali dalam bahasa ibundanya sebagai daurah. Eh. Dan nak dijadikan cerita, tajuk yang menjadi inti kepada daurah tersebut merupakan Muqadimmah Fi Zialil Quran, tafsir Quran serta karya agung Syed Quttb.

Nak dijadikan cerita lagi, daurah tersebut telah disampaikan oleh seorang al akh yang Ana sangat kagumi kewibawaan beliau yakni Idris Tan, bukan nama sebenar.

Antara point utama yang disampaikan adalah, Syed Quttb menyatakan bahawa nikmat yang tidak ternilai hidup di bawah bayangan al Quran, Fi Zilalil Quran kerana ia meluhurkan, memberkati dan membersihkan usia.

Meluhurkan.

Ana tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan luhur.

Meluhurkan usia ?
Apa tu ?
Keluhuruan perlembagaan ?

Walaupun Akh Idris Tan ada mengatakan bahawa orang yang diluhurkan usianya diangkat kepada darjat yang lebih tinggi, namun Ana masih ragu-ragu. Maklumlah Ana ni seorang yang sangat mencintai bahasa dan sangat teliti dalam pembendaharaan kata yang tepat dan betul. Dah macam Pak Sako pun ada Ana ni.

Maka menurut Kamus Dewan, edisi ketiga,

 Luhur bermaksud mulia, tinggi dan agung.
(Untuk rujukan, mukasurat 829, Kamus Dewan edisi ketiga, kulit tebal)


So kini Ana akur. Dia setuju dengan penjelasan Akh Idris Tan sekaligus mengiyakan bahawa orang yang diluhurkan usianya, dimuliakan, ditinggikan dan diagungkan. Darjatnya diangkat lebih tinggi daripada orang lain oleh Allah s.w.t. kerana mereka hidup di bawah bayangan al Quran.

Golongan ini bukanlah diangkat dari segi latitudnya, tapi mereka diberi basirah, kejelasan seolah berada ditempat yang tinggi dan mampu melihat manusia-manusia lain yang terpesona dengan kehidupan yang berada di taraf yang lebih rendah. Mereka diberi kejelasan melihat bahawa manusia lain begitu hanyut, terbawa-bawa dan menyibukkan diri dengan aktiviti yang merendahkan darjat mereka.

Padahal manusia itu diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, tapi mereka memilih untuk berada ditempat yang hina, rendah dan jijik.


“Sungguh Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat serendah-rendahnya..”
(At Tin:4-5)


Yang merendahkan manusia ini ialah seruan duniawi seperti kerjaya, keluarga, wang ringgit, harta benda, pangkat dan gelaran, sawah dan ladang, haiwan dan ternakan, pasangan-pasangan, kenderaan, rumah dan pangsapuri, hiburan dan permainan, perhiasan, emas dan permata, nama dan takhta, begitulah dan begitulah.

Inilah seruan-seruan yang menyebabkan manusia lain terus sibuk bermain dengan lumpur yang mencemarkan mereka.

Sebaliknya bagi orang yang diluhurkan usianya, yang berda pada darjat yang lebih tinggi, apa yang terlihat jelas, penting dan mustahak pada pandangan mereka adalah seruan-seruan seperti khalifah, ibadah, daulah Islamiah, dakwah dan tarbiyah, daurah dan mukhayyam, solat dan Qiyam, al Quran dan Sunnah, Individu Muslim dan Baitul Muslim, eh, puasa dan zakat, infaq dan jihad, dan begitulah, begitulah.

Mana tidaknya, seruan-seruan ini bukan calang-calang seruan, tapi inilah seruan daripada Allah Azza Wajalla yang pada tempat pertama telah mengangkat darjat mereka.


Masa pun berlalu.
 
Hujan pun turun.
Matahari terbenam.
Bulan mengambang.


Ana pun memerhati ke sekeliling. Dan dia benar-benar melihat fenomena ini. Melihat manusia yang terpesona dengan seruan yang merendahkan kemuliaan dan darjat mereka tadi. Dan melihat manusia yang sama mengabaikan seruan yang memuliakan mereka. Dia kehairanan.

Ana melihat

Di tempat belajarnya rakan-rakannya sibuk dengan peperiksaan. Bertungkus lumus siang dan malam sehingga ada yang mengabaikan solat. Ada juga rakan-rakan yang lalai dalam seruan permainan, terpesona dengan filem-filem dan drama berepisod serta sinetron-sinetron dari Negara jiran. Ada yang sanggup tak tidur malam menantikan filem-filem kegemaran mengambil tempat.

Lagian, dia melihat ada rakan-rakan yang lain sibuk dengan urusan masing-masing. Yang kaki bola sepak bersorak bergempita dengan bolanya. Yang kaki bola jaring bergegak gempita dengan jaringnya. Yang kaki bangku pula terus diam seribu bahasa, memencilkan diri.

Di kolej juga dia melihat rakan-rakan berlainan jantina berpacaran. Jatuh ke lembah kehinaan. Berduaan-duaan baik ditempat gelap dan sunyi mahupun di khalayak ramai. Di pasar raya dia melihat gelagak anak-anak muda bayanya berkeliaran, menyedut asap rokok dan jerebu.

Di Bandar raya di melihat gelagak dan telatah manusia. Sungguh melucukan. Sibuk dek arus kerja yang tidak berkesudahan. Mengejar wang dan pangkat. Di kala petang mereka berbaris di jalan raya, menunggu pulang. Di kala pagi usai matahari menampakkan dirinya mereka sudah bergegas ke kantor masing-masing. Sungguh asyik dan terbawa-bawa.

Lagi Ana melihat.

Tatkala dia pulang ke hampung halaman, perkara yang sama diamatinya. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik disibukkan dengan perdebatan bawah pokok mangga dan debat kedai kopi yang tiada titik noktahnya. Anak-anak kampung berpeleseran di tepi jalan, ditemani motor kegemaran dan asap shiha. Kelihatan seronok dan mengujakan.

Adakah ini dinamakan basirah ?

Kejelasan melihat betapa manusia sedang sibuk bermain, bersendagurauan, terpukau dengan perhiasan dunia, saling berbangga sesama mereka, mengumpulkan harta dan anak keturunan?

Masa pun berlalu lagi.

Ana pun terus duduk di rumah.
Melayani cuti. Pokok bunga pun berbunga.


Di suatu petang yang hening, Ana hidupkan laptopnya. Buka 9gag. Satu per satu tab dibuka. Facbook. Twitter. Myspace. Yourspace. Friendster. Youtube. Dia teruja. Gembira dan terhibur. Kadang dia gelak seorang diri.

Tanpa sedar, dia tertipu. Rupanya dirinya turut berenang-renang dalam lumpur tadi.

Ana oh Ana.

Ana bukan Ana Rafali.
 

Siapa Ana ?

Man Ana ?

MUJUR DIA MASIH HIDUP




Beberapa hari berada di rumah. Waktu berlalu. Hujan pun turun. Jam terus berdetik. Kereta dan motosikal lalu lalang. Rumput pun tumbuh. Matahari terbit dan terbenam. Bulan datang dan pergi. Daun-daun gugur dan tumbuh.


Dan begitulah, begitulah.

Semut-semut hitam mengangkut serbuk-serbuk biskut. Ke hulu dan ke hilir. Dan aku pun futur. Astaghfirullah.


Ye, iman itu yazid wayankus. Dan daku terus memberi alasan. Untuk diri sendiri. Supaya berasa selesa dan selamat. Hati itu resah. Alhamdulillah, masih hidup. Bukan sekadar bernafas. Namun sampai bila mampu bertahan?

Dan masa pun berlalu lagi.

Aku terus selesa. Nampaknya. Nafsu dinobatkan sebagai sang raja. Bisikan syaitan yang direjam dibiar tidak terlawan. Baru saja nak puasa, alah chill dulu. Bulan Ramadhan ni kau puasa la puas-puas. Bukan selalu duduk kat rumah nak rasa masakan ibu. Dan aku pun akur.

Salahkan syaitan pula?

Kalau tidak mengeheret kita ke lembah kehinaan, apa lagi yang harapkan dari syaitan? Bahkan tugas mereka itu diikitraf Allah s.w.t. Mereka golongan yang diberi tempoh. Tempoh untuk menyesatkan bani Adam.

Hati itu makin lalai.
Dan masa pun berlalu.


------------


Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang kesunyian sahaja, maka yang paling sunyi itu adalah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat dia..

Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang kurang kasih sayang sahaja, maka yang paling kurang kasih sayang itu adalah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat dia..

Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang gagal dalam hidup atau kecewa sahaja, maka yang paling gagal dalam hidup dan paling kecewa ialah Rasulullah SAW dan para sahabat dia..

Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang tiada tujuan hidup sahaja, maka yang paling tiada tujuan hidup ialah Rasulullah SAW dan para sahabat dia..



Tetapi, betulkah Rasulullah SAW dan para sahabat dia adalah orang-orang yang kesunyian, kurang kasih sayang, gagal dalam hidup, kecewa, dan tiada tujuan hidup?

Atau sebenarnya, merekalah orang yang paling bahagia, hidup penuh dengan cinta, menguasai dunia dan akhirat serta paling berjaya baik di dunia mahupun di akhirat?

Dan, atau sebenarnya kitalah orang-orang yang kesunyian, kurang kasih sayang, gagal dalam hidup, kecewa, dan tiada tujuan hidup?


Jiwa kita kosong... Tiada pengisian.. Kalau ada sekalipun, hampir semuanya tertutup dengan dosa-dosa kita yang jaaauh lebih banyak dengan taubat yang sedikit dan sementara! 



"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."

[QS Al-Baqarah, 2:74]

Petikan sini

Batu itu sudah meluncur jatuh kerana takutkan Allah. Bila pula kita dan hati kita mahu menjatuhkan diri kita kerana takutkan Allah?

Wednesday, June 26, 2013

FAST AND FURTHER



Sekitar laporan jerebu yang melanda Negara sejak beberapa hari yang lalu;

“Jerebu yang sangat teruk menghadkan jarak penglihatan, sehinggakan sukar untuk melihat bahaya yang menghampiri. Lalu, kita mengharapkan hujan agar dapat membersihkan atmosphere agar keselesaan hidup kita kembali dikecapi.

So, bayangkan hati kita yang berjerebu dek dosa dan noda yang kita lakukan, hinggakan sukar untuk kita membezakan perkara yang haq dan batil kerana semuanya tampak kelabu bagi kita. Maka, taubat dan zikrullah lah yang berfungsi sebagai hujan, bagi pembersihan hati kita yang berjerebu. Semoga bersihnya hati kita, membuatkan kita senantiasa selesa dan senang untuk beribadah dan mendekatkan diri pada Allah”

-Buletin mukabuku, bukan Buletin Utama

Sentap bukan.

Boleh bayangkan kalau Karam Sing Walia yang mengulas tentang fenomena jerebu bagi ulasan sedemikian rupa? Menggugah jiwa bhai. Tambah pula kalau dia selitkan sepotong dua ayat Quran. Memang saya, in sha Allah terjun longkang.

Bayangan tinggal bayangan jela.

Apa-apa pun ini selingan semata.


 Courtesy of Umar Mita

------------------------------

Cuba perhatikan potongan ayat di bawah;

“Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu”
(Al Baqarah:148)


“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa”
(Ali Imran:133)

Apa yang saya nak tekankan,

“Berlumba-lumbalah”

“Bersegeralah”

Dan banyak lagi seruan yang serupa dalam ayat-ayat lain yang mana seruan ini berada dalam mode yang sama. Cepat-cepat. Segera. Pantas. Melangkah kehadapan dengan bergaya.

Orang kita kata, biar lambat asal selamat, tapi Islam mengajar kita dalam beramal, bersegeralah, itu lebih selamat. Kerana apa ? Kerana kita tidak tahu tatkala kita mahu berlambat-lambatan, apakah masih ada “selepas ini” atau “jap lagi” buat kita.


Bagi mereka yang berada dalam system dakwah dah tarbiyah, kita sangat faham dengan konsep usrah yang ala-ala pyramid itu bukan? Seorang naqib di atas, kemudian mad’unya di bawah. Kita juga sedia maklum, amal-amal kebaikan para mad’u hasil didikan murabbi tadi, pahala dan kebaikannya juga turut diberikan kepada si murabbi tanpa mengurangi pahala si pelaku.

Kemudian yang bestnya, hasil didikan tadi, berkembang biak lalu menghasilkan lapisan yang seterusnya. Makin ramai berada dalam system, dan yang di atas turut mendapat sahamnya, makin untung. Walaweh!

“Barangsiapa mengajak kepada cahaya petunjuk, ia berhak mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi pahala mereka sedikit pun..”
(Hadith Riwayat Muslim)


Maka untung gila siapa yang berada di atas. Soalnya, kita sekarang di mana ? Atas atau berada di lapisan yang paling bawah ?

Kalau kita berada di lapisan paling bawah, inilah masanya untuk kita kembali menghayati ayat Quran tadi. Ayuh bersegara dan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Orang yang berada di bawah tidak boleh duduk diam, tidak boleh duduk senang. Bersegera!

Inilah kefahaman jika kita lihat ayat ini dari segi system usrah.

Perkara yang sama, kefahaman yang sama dalam hal-hal lain. Berlumbalah dalam menabur kebaikan di atas muka bumi, supaya kelak kita dapat memetik ganjaran yang berganda. Jangan tunggu, jangan lemah-lemah. Rimas Sally. Ayuh ikhwah dan akhawat. Bersegera. Pantas-pantas.

Selain daripada itu semua,


Ada sebab lain mengapa pentingnya untuk kita bersegera,

Nabi Musa a.s pernah di tanya oleh Allah s.w.t

“Dan mengapa engkau datang lebih cepat berbanding kaummu, wahai Musa?”
(20:83)

Allah tanya pada Musa, kenapa kamu cepat-cepat? Mendahului yang lain? Kamu bingkas ni nak ke mana? Mari kita lihat apa jawapan Musa.

Dia (Musa) berkata, “Itu mereka sedang menyusul aku dan aku bersegera kepadaMu ya Tuhanku agar Engkau redha”
(20:84)

Kata Musa, dia memang bersegera. Tapi tidak dia tinggalkan kaumnya. Mereka menyusul dari belakang. Cuma point kat sini, dia bersegera, semata-mata untuk redha Allah. “Litardha” “Agar Engkau redha”

Begitulah dan begitulah.

Sebab itu dalam dakwah pun kita semua perlu mendahului, melangkah ke hadapan dalam kadar yang segera. Ramai orang melangkah, tapi lemah dan longlai, tidak segera. Langkah dengan pantas tidak semestinya tidak bergaya tahu?

Cuma ramai yang ambil masa terlalu lama, berdandan di depan cermin untuk bergaya. Ketahuilah yang di depan itulah yang bergaya. Kita perlu macam itu, sentiasa ke depan, kerana mengejar redha Allah.

Kalau lambat?

Takut tak sampai ikhwah.
Takut tak sampai apa yang kita cita-citakan.

Atas sebab itu, mari kita sama-sama bersegera.
Bukan berseorangan yang pasti. Kerana ada satu quote yang sangat pasal bergerak bersama,

“If you want to go fast, go alone. But if you want to go further, go together”

Saya nak tambah, go fast, go together. Fast and further.

Bersama-sama dan bersegera. Bila kita nampak ikwah yang lain mula tersungkur, pimpin la tangan mereka. Nasihati mereka dan ajaklah mereka. Teruslah memacu laju bersama. Hanya untuk satu, untuk redha Dia. Bukan kerana nama. Bukan untuk ukir jasa. Tapi untuk redha Allah.


-------------------

 Ni gambar ikhwah Intec, skejap berkenalan, saya cinta benar sama mereka, fillah <3


Semoga Allah s.w.t meredhai usaha kita semua