Wednesday, July 31, 2013

PERUTUSAN HARI PAHLAWAN




Masa awal-awal dulu kena cilok dan secara tidak sengaja tapi terancang berkecimpung dalam hal hal dan kegiatan bawah tanah seperti usrah, dakwah dan tarbiyah, saya hanya kenal beberapa individu sahaja yang turut sama terlibat. Masa tu belum kenal ikhwah yang bersepah merata dunia.

Yelah, apa-apa program hanya melibatkan mereka yang sebaya.

So, saya ingat hanya kami kami yang masih di kolej yang buat kerja ini. Dan saya ingat hanya yang terlibat beberapa kerat abang-abang yang baru peroleh hidayah, merasa izzah dengan Islam dan membuat formula untuk memulakan kerja mulia ini.

Kemudian tatkala belajar matlamat dakwah yang ingin menguasai dunia, menjadikan Islam sebagai rujukan alam, masa itu saya was-was juga. Yang bercakap, dua tiga kerat. Tapi cita-cita tinggi menggunung. Macam tak realistik pula kami kami yang berada di bawah tanah ini. Apabila diperkenalkan dengan maratib amal, tangga amal peringkat dakwah dimulai dengan individu muslim sampai la kepada ustaziatul alam, mula la nampak konspirasi terancang ini.

Cuma pada waktu itu masih kurang yakin, nak kuasai Malaysia macam mana. Seciput je kita semua.

Tapi lama-lama mulalah proses bertaaruf. Pergi program situ, program sini. Laaa, rupanya ramai je orang yang turut terlibat dengan benda ini. Merata dunia pula tu. Tiap-tipa kali ada program mesti jumpa muka baru. Waktu tu baru saya sedar. Bukan kita, bukan kami je yang terlibat. Ramai sebenarnya mereka yang berminat, dan ihklas menawarkan diri untuk berjuang atas jalan kebenaran ini.

Ni baru cerita bertemu ikhwah di alam reality. Belum lagi cerita ikhwah yang sudah mampu berjalan atas air, yang belum sempat bertaaruf. Dan belum masuk ikhwah yang hanya setakat hari ini berkenalan melalui media social. Belum ditambah lagi yang berada di Negara tah macam-macam lagilah.

Belum lagi cerita ikhwah yang kita dah kenal, tapi tak tahu pula dia tu ikhwah, ikut tarbiyah sesama, yelah ikhwah ini tiada logo rasmi, tiada cop di dahi mahupun no siri. Cuma, mana yang nampak baik-baik sikit tu, ikhwah la kot. Eh.

Kemudian tiap-tiap kali balik cuti, apabila ada gathering dengan ikhwah tempatan, yang berada di IPT tempatan dan yang sudah berada di alam pekerjaan, lagi la seronok, melihatkan betapa ramainya mereka yang menggerakkan usaha dakwah dan tarbiyah.

Kemudian, antara tempat yang tidak disangka-sangka saya berpeluang bertemu dengan sebilangan ikhwah yang sangat ramai, baik yang sudah berumur, middle age mahupun yang baru setahun jagung seperti kami, freshie la katakan, ialah semasa majlis solat jenazah tatkala pemergian Allahyarham Akhi Iman Shafiq, seorang akh yang mana kematian beliau mendapat liputan hangat dalam kalangan ikhwah. Kematian yang menghidupkan.

Waktu tu di hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, HUKM kalau saya tak silap. Semasa solat jenazah, bersepah-sepah yang datang. Saf solat jenazah walaupun rapat-rapat memenuhi ruang surau yang agak besar.


Fuh. Ramainya!

Kemudian, mutakhir ini, keterlimpahan ikhwah tertonjol dengan kebanjiran page-page dakwah dan group media social ikhwah mengikut tempat masing-masing. Page page ini bukan sahaja mengikut pecahan negeri, bahkan daerah. Dan tak mustahil esok lusa akan ada page ikhwah mengikut pecahan kampung-kampung pula.

Ramai.

Kemudian di surau hospital berkenaan juga, pada waktu malam yang sayu itu, saya tanya kepada seorang abang yang antara terlibat menggerakkan roda tarbiyah di kolej kami. Berikut adalah rakaman perbualan yang masih saya ingat.

Oh, untuk memudahkan pemahaman, mari kita namakan abang tersebut sebagai Amri, bukan nama sebenar. Bukan Amri Yahya.


“Abang Amri, ramai je rupanya orang yang ikut tarbiyah kat Malaysia ini kan?”

“Haah. Ni baru kat Malaysia, yang tak balik pun ramai”

“Hmm, tapi kenapa even ramai, Malaysia ini macam ni je? Dakwah macam slow?”

“Hmmmm.. Ikhwah memang ramai, tapi”

“Tapi ?”

“Haa, ‘Tapi’ tu yang kita tak nak”


Saya rasa beliau bukanlah bersifat judgmental terhadap ikhwah, mungkin ada maksud tersirat yang digambarkan melalui perkataan ‘tapi’ itu. Apa yang ‘tapi’ tu?

Saya pun tak tanya lebih, buat-buat faham la.

Kalau anda rasa anda pun ikhwah, rasanya anda pun melihat keadaan ini. Saya baru dua tiga hari ikut tarbiyah. Entah layak digelar ikhwah. Apatah lagi nak menghurai panjang. So, saya biarkan anda untuk menilai.

Apa-apa pun,


Selamat Hari Pahlawan buat Keyboard Warriors, Keyboard Jihadist, Akh Facebook, Ukht Twitter dan tidak lupa juga kepada The Red Warriors. Eh.

-Quoted.


ps : Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya, dulu kita beriya berdoa supaya Allah sampaIkan kita kepada Ramadhan, sekarang, adakah kita menghargai kehadiran Ramadhan ? Maka saya mungkin tidak akan update blog ini sekerap sebelum ini, kerana saya rasa Tadabbur Al Quran lebih berbaloi daripada Tadabbur Blog ini. 

pss : Cuba bilang berapa banyak perkataan 'kemudian' digunakan dalam post ini ;p 
Ok furu'.

Friday, July 26, 2013

SIAPA SAHABAT AL-QURAN?



Simon Santoso, bukan nama sebenar, merupakan seorang pelajar kesayangan guru-gurunya di sekolah. Anak muda yang sering menunjukkan prestasi akademik yang gemilang serta aktif dengan penglibatan aktiviti ko-kurikulum membuatkan dia diminati ramai. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara. Pepatah moden.
Pada suatu pagi yang hening,

“Eh Simon, ngapain kamu di sini? Apa kamu enggak ada kuliah sih pagi ini?”

Ketua Warden asrama terserempak dengan Simon dalam kamar tidurnya, masih lagi tidur walhal saat itu dia pantasnya berada di bilik kuliah bersama teman-teman yang lain. Dialog tu bunyi indon sikit, nama pun Simon Sontoso, orang Jowo la katakan.

“Eh Cikgu Budi, perut saya lagian bikin hal pagi ini, minta excuse ya cikgu”


----------------------

“Simonnn, kamu tidak puasa hari ini?”

Sekali lagi beberapa hari yang lalu, di Bulan Ramadhan, Simon kantoi makan peha ayam masak merah, senyap-senyap dalam biliknya. Nah, kali ini kita dengar pula apa alasan Simon ini.

“Saya lapar bangat cikgu”

“Eish, mana bisa kamu tidak puasa. Saya keciwa bangat sama kamu”


Simon, oh Simon.


Harapkan pagar, pagar makan padi. Begitulah keciwanya Cikgu Budi.


----------------------



Kalau kita perhati soalan-soalan yang diajukan oleh Cikgu Budi, dia berasa hairan dan kaget. Simon sepatutnya ke kelas atau berpuasa tapi gayanya dia tidak.

Saya pun akan pelik dan hairan.

Nah, mari kita lihat ayat dibawah pula,


Maka tidakkah mereka yatadabbaru (menghayati) ayat Quran?
4:82

Kalau kita dialogkan ayat di atas, bunyi nya macam ni,

“Eh, apa kamu tidak tadabburi ayat Quran itu?

Eh eh.

Maknanya soalan ini diajukan dalam mode hairan, kaget. Kalaulah Quran itu tidak perlu ditadabburi, dihayati, maka soalan ini tidak relevan. Yang menariknya tuan-tuan dan puan-puan sidang pembaca, dialog ini dari al Quran sendiri, dari Allah.

Tidak pelik ke kita, bila Allah tanya macam tu?

Maknanya tadabbur al Quran tu satu perintah, behind the lines. Kalau Allah perintah apa hukumnya? Ini bukan soal hukum.

Dan, sekali lagi diajukan,


“Maka tidakkah mereka yatadabbaru (menghayati) ayat Quran ?
Ataukah hati mereka sudah terkunci ?”
47:24

Dua kali Allah tanya soalan yang sama. Yang saya jumpa setakat ini la dalam al Quran tapi kali ini, ada penambahan sikit, seolah-olah

“Ke hati Kamu dah terkunci?”

Macam tu.

Panahan ini. Panahan tepat kat kita semua.


-----------------------------

Saya dengan penuh kerendahan hati, mengajak anda semua untuk mentadabbur ayat Quran ini, usahalah sebaik mungkin. Pasti besar benar hikmah mentadabbur ayat Quran, sehinggakan dua kali Allah sebut dalam ayat Quran.

Bahkan bila mana kita mentadabbur atau menghayati ayat Quran, kita sebenarnya sedang menyahut seruan Allah s.w.t yang pasti memuliakan dan meninggikan darjat kita. Tidak cukup sebenarnya sekadar kita baca sahaja al Quran itu, tapi hayatilah, dan ambil ibrah.

Atas dasar itu, ada beberapa post kat sini, saya kongsi tadabbur Quran, untuk membantu kita semua dan membakar semangat kita untuk lebih dekat dengan Quran. Apa yang saya kongsi itu, sekadar tadabbur, atau khowatir, lintasan-lintasa yang Allah ilhamkan bila mana kita membaca Quran, bukannya tafsir.

Dan saya ada la juga rujuk kitab untuk menambahkan penghayatan untuk manfaat bersama. Pokoknya, marilah kita tadabbur Quran, dalam satu hadith, saya tak pasti matannya, mafhumnya, Rasulullah cakap Quran akan datang pada hari Kiamat sebagai sahabat, dan memberi syafaat kepada kita.


So, nak jadi sahabat Quran kat sana?
Kena lah bersahabat sekarang.

Jangan pula kita jadi golongan, atau kaum yang mengecewakan Rasulullah kerana mengabaikan al Quran sebagaimana diceritakan dalam surah al Furqan,


Dan Rasul (Muhammad) berkata, "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al Quran ini diabaikan"
25:30

Sanggup kita kecewakan Baginda?
Dan pada waktu yang sama kita mengharapkan syafaat dari baginda?
Irony.


So bagi anda yang sudah terlepas sesi TADABBUR sebelum ini, boleh klik [sini]

Wednesday, July 24, 2013

KOPIAH PUTIH [II]


[KOPIAH PUTIH I]

                                                                Gambar macam biasa Madmie China Punya Baik Hati :)


“Hari ini berbuka kat mana?”

“Hmm, tak fikir lagi. By the way, kau dah siap assignment Chemistry?”

Mushaf cover hijau pucuk pisang dicapai perlahan-lahan. Kerusi meja study cushion biru muda, ditarik. Sedikit demi sedikit. Zip cover mushaf dibuka. Tangannya melilau cari penanda.
Buka muka surat dia last berhenti.
 
Muka surat tiga lapan empat.
Bad sambung tilawahnya. Awal-awal dah kena;

Dan sungguh (Al Quran) itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. 27:77

Terhenti.

“Belum” Bad tarik nafas. Dalam sikit. “Masjid Negeri nak?” Bad pandang Igi. Igi buat-buat tak layan. Terus larut dengan assignment Chemistry nya.

Bad masuk bilik. Sambung baca. Takut ganggu Igi dekat meja study. Selang dua tiga minit. Igi masuk bilik. Bad terhenti. “Kenapa?”. Bad tenung Igi. Kening kiri terangkat. Tiba-tiba.


“ Nak gerak pukul berapa?”

“Kau dah siap kerja tadi?” Bad mulanya mengharap. Tapi takut takut ganggu Igi. Dia buat-buat tak kisah.

“Belum” Igi jalan terus ke tingkap. Tengok kat luar. Redup. Tingkap bilik sebelah pokok sena. “Malam ni boleh sambung, aku pun dah lama tak Tarawih kat situ”

“Ha, kita pergi awal sikit boleh?Ada rezeki sempat chop talam Nasi Arab” Bersinar mata Bad. Terus mushaf ditutup. Mengharap. Tapi muka control.


“Awal kau tu pukul berapa?”

“Kita ‘Asar kat situ jela, ok?”

“So nak gerak sekarang?”

Bad bangun dari katil. “Kau tengok apa tuh?” Duduk tepi Igi. Sama-sama memerhati ke luar tingkap. “Gerak sekarang ok?”

“Motor aku ke motor kau?”

“Mana-mana je” Bad terus ke loker. “Tapi aku nak mandi dulu, hehe”



------------------------


“Aku dah siap. Kau tak nak mandi?” Bad baru siap mandi. Dia bergegas masuk bilik. Baju melayu kelabu dicapai dari dalam locker. Kotak hitam kecil diambil. Butang baju Melayu, dimasukkan satu persatu. Kemas.

“Tak pela. Aku dah wangi” Bad pandang Igi. Pandang serong.

“Kau nak kata aku tak wangi la?”

“Takdelah. Ha cepatlah, tadi beria”


Cepat Bad pakai baju. Pakai seluar dan pakai apa yang ada. Something missing. “Mana kau dapat kopiah putih tu?”

“Aku beli la. Kenapa?”

“Aku takde kopiah la”

“Nanti kat Masjid Negeri kan ada gerai jual kopiah segala bagai tu kan, kau beli la nanti” Igi dah ke pintu. Dua helmet atas rak kasut diambilnya. Sepatu crocs diambil dari rak tadi.


“Eh bunyi macam nak belanja je?”



------------------


“Kak, yang ni berapa satu?”

“Yang putih ke yang hitam”

“Eh lain kaler lain harga ke?” Bad angkat kening.

“Sama je. Ha yang ni lima belas. Tapi bulan puasa ni, akak kasi la dua belas”

Akak buat lawak.

Bad ambik. Yang hitam. Dia try. Tengok cermin kat kedai tu. Kiri, kiri, kanan, kanan. Kiri lagi. “Ok tak?”

“Putih lagi ok kot”

“Ala nanti sama dengan kau punya. Lagipun putih cepat kotor la”

“Laa kalau hitam sama pulak dengan abang tu” Igi muncung kan mulut, tuju abang kedai tu. Tengah susun kurma. Suami akak tadi. Barangkali.


“Yela. Tapi cepat kotor la”

“Habis tu hitam tak cepat kotor?”

“Err. Tak nampak la kalau kotor?”

“Haa tu lagi bahaya, nanti kau buat solat yang kotor, tapi tak sedar”


Terdiam Bad.

“Ok fine”

“So dik, putih ke hitam?”

“Akak rasa?” Bad saje. Nak timbulkan perbualan.

“Dua-dua pun bagus. Laris sikit bisnes akak”


Err.

“Puith la Kak”


------------------------


Ramai orang baca Quran, tak cuba memahami. Malas. Atau mungkin tak nak tahu banyak arahan-arahan Quran yang kena ikut.

Ramai orang juga tak nak belajar Ilmu agama, nanti banyak kena amal. Atau mungkin banyak kesalahan mereka akan terbongkar.

Ramai pakai kopiah hitam. Sebab nampak bersih. Atau tak mudah kotor.

Zahirnya.

No offense to sesiapa yang pakai kopiah hitam. Ini bukan soal kopiah. Tapi soal sikap. Berdiam diri dalam kesilapan mungkin nampak senang, tapi ia tidak menenangkan. Tuntut la ilmu. Tu je nak cerita. Haha.

Monday, July 22, 2013

TADABBUR RAMADHAN



Tadabbur #9



Assalam’alaikum

Hmm. Dah lama tak menyambung sesi tadabbur. So kali ini saya ingin berkongsi satu lagi ayat, untuk sama kita renung dan hayati. Mudah-mudahan kita peroleh manfaat darinya.

Bunyi soleh je intro, efek Ramadhan agaknya.
Heh.


“Mahasuci Allah yang menguasai kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”
(Al Mulk:1-2)

Yang nak disentuh hanya ayat dua (2). Sentuh macam mana tu? Haa pandai-pandai la anda tafsir perkataan sentuh kat sini. Ok kerepek. Cuba perhatikan, Allah mulakan dengan

“Yang menciptakan mati dan hidup”

Pelik tak?


Biasa pada ayat-ayat lain, perkataan hidup akan disebut terlebih dahulu. Yang menciptakan hidup dan mati. Frasa hidup dan mati ini lebih selari la dengan kita. Daripada tiada, kita dihidupkan, kemudian dimatikan bila sampai ajal.

Tapi seolah-olah dalam ayat ini Allah (Wallahu’alam) merujuk kepada kematian di dunia, bila ajal kita sampai dan “hidup” itu merujuk kepada kehidupan yang kekal abadi, setelah dibangkitkan dari alam barzakh. Nampak tak permainan di situ? Teng teng teng.

Seolah-olah kehidupan pertama, kehidupan di dunia tidak layak pun untuk mengambil tempat dalam ayat ini. Tidak layak pun untuk disebut dalam ayat ini. Kerana tidak penting di sisi Allah. Tidak signifikan pun. Seolah-olahnya begitu. Kehidupan di dunia itu terlalu kecil, tiada apa yang nak dibanggakan, terlalu singkat.

Tapi ironinya, dalam kesingkatan, dalam ketidaksignifannya dunia ini, dalam ketidakpentingnya alam ini, kita masih berlumba mengumpul kekayaan. Masih bergegas untuk hiburan yang melampau. Masih terbawa-bawa, fanatic dan begitu teruja dengan hari-hari mendatang. Sehingga kita lupa akan kehidupan yang akan datang, yang kekal.

Di tambah keterangan, apa tujuan ini semua,

“Untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang labih baik amalnya”

So dunia sekadar medan ujian. Untuk menguji kita semua, sapa yang lebih baik amalnya. Dunia untuk beramal. Bukan untuk berhibur. Bukan untuk pasang angan-angan. Bukan juga untuk mengaharap balasan. Amal semata.

Dan yang menariknya, dalam ayat-ayat berkenaan ujian, biasanya ujian dikaitkan dengan iman. Diuji hamba-hamba Allah di dunia, untuk tengok, siapa yang benar-benar beriman. Tapi sebaliknya dalam ayat ini, iman digantikan dengan amal.

Kerana apa?

Kerana amal itulah terbitan iman.
Kalau benar-benar beriman, mesti ada amal.

Maknanya, indicator iman di dunia ialah amal. Tak usah cakaplah amal yang tidak ikhlas atau menunjuk-nunjuk tu. Kita ambil yang positif. Satu lagi, frasa “lebih baik amalnya” mempunyai unsur persaingan. Siapa yang lebih baik. Siapa yang lebih bagus amalnya.

So Allah nak kasi hint kat kita, supaya kita tengok amal-amal orang di sekliling kita, dan compare dengan amal kita. Ha, siapa yang lebih baik. Bahkan, kita kena merebut gelaran “lebih baik”. Kita digesa untuk bersaing dalam beramal. Bila kita faham ayat ini macam ini, kita patutnya tidak boleh senang duduk.

Terus kita kena check solat kita. Check tilawah kita. Check qiyam kita. Infak kita. Hubungan kita dengan ibu bapa, dengan rakan-rakan, dengan guru-guru. Check semua. Baik ke tidak. Kita kena berlumba. Kalau rasa ada tak kena, kena perbaiki. Sebab itulah tujuan hidup di dunia.

Satu perkara lagi, amal yang lebih baik tidak bermakna lebih banyak.

Baik dan banyak tu pun dua perkataan yang banyak bezanya.

Amal yang lebih baik mungkin merujuk kepada ikhlasnya. Mungkin pada kualiti penghayatannya. Pada tahap mujahadahnya. Pada istiqomahnya. Walaupun sedikit dan kecil. Tidak guna juga banyak beramal tapi tidak ikhlas. Banyak beramal tapi on off.

Ini juga kita kena take note.

Itulah sedikit sebanyak intisari ayat, yang saya faham la.

Moral of the story,

Marilah beramal. Kena pula bulan Ramadan ini, mari kita berlumba dan bersaing untuk merebut gelaran yang lebih baik amalnya. Tingkatkan kualiti ibadah kita. Terawih kita. Tilawatul Quran kita. Infaq kita.

Jangan ingat duk makan je keje  bila puasa. Jangan ingat tidur je di siang hari. Yang suri rumah jangan ingat duk masak untuk berbuka je. Bila berbuka pula, jangan makan sampai mulut pun cramp. Ha. Tapi fokus la pada amal-amal fardi.

Dan jadilah seperti Abu Bakr



Dalam sebuah hadis Anas atau al-Hasan: Nabi bersabda:
“Sesiapa melawat orang sakit hari ini, mengiringi jenazah, diberi taufiq berpuasa pada hari ini, maka wajiblah syurga baginya.”


Kata al-Hasan, Nabi besabda kepada sahabat-sahabatnya:


“Siapa antara kamu melawat orang sakit hari ini?”
 

Kata Abu Bakar: “Saya”.
Sabdanya: “Siapa antara kamu bersedekah sedikit hartanya pada hari ini?”
Kata Abu Bakar: “Saya”.

Sabdanya: “Siapa antara kamu mengiringi jenazah hari ini?”
Kata Abu Bakar: “Saya”.

Sabdanya: “Siapa antara kamu berpuasa hari ini?”
 Kata Abu Bakar: “Saya”.

Sabda Nabi SAW: “Ia (amalan-amalan itu) mewajibkannya (yakni syurga)”


Musannaf Abdul Razzaq (no: 6765)


Moga Allah terima amal-amal kita semua.

Moga kita tergolong dalam kalangan yang “lebih baik” amalnya.

In sha Allah.