Akhlak Akhlak Dakwah.
Kita ada bermacam ragam ikhwah. Kata seorang akh,
“Kita beruntung, ada macam macam jenis. Ada yang tegas macam
Umar, sikit sikit hukum, sikit hukum. Ada yang sangat manusiawi macam Abu Bakar
dengan tolerate nya, ada yang pemalu macam Uthman, berani dan bijak macam Ali
dan bermacam lagi. Kita kena manfaatkan keistimewaan masing-masing”
Ya. Kami perlu memanfaatkannya!
Terlebih dahulu, aneka ragam ini perlu difahami dan
diletakkan di posisi yang betul. “Bagaimana?” seorang daripada kami bertanya.
“Akhi, bukankah tafahum, saling memahami itu rukun usrah?” Ya, beliau menjawab
dengan tepat, tidak perlu dipanjangkan lagi jawapan itu.
Salah seorang daripada sekumpulan ikhwah itu begitu teliti
akan sikap ikhwah, dalam perkara perkara basics. Ia menamakannya common sense.
Atau mungkin lebih tepat kita namakan akhlak al-akh, akhlak dakwah.
Mari kita renungkan Syeikh kita ini berkongsi, seputar
akhlak akhlak dakwah yang dipamirkan oleh mursyid kita yang dua ini, moga Allah
merahmati kalian berdua. Cerita satu kita mulakan dengan pelajaran dari Ustadz
Hassan al-Banna;
Seorang tua renta mempunyai seorang putra yang pergi
bertempur bersama ikhwan melawan Yahudi di Palestina. Lalu ia pergi menuju
Pejabat Ikhwan di Kairo untuk menemui Ustadz Hassan al Banna untuk memohon keringanan dari turut serta putranya ke pertempuran itu. Hassan al-Banna
menyambut baik kedatangannya. Sebelum memasuki pejabat, ia menanggalkan
sandalnya di dekat pintu.
Usai perbincangan, meredalah rasa takut dalam jiwanya.
Setelah itu Hassan al-Banna pun berdiri untuk menghantarkannya sampai ke pintu
dan orang tua itu kelihatan sulit untuk mendapatkan sandalnya. Imam al-Banna
cepat-cepat mengambil sandalnya dan memakaikannya. Orang tua itu sangat
tersentuh dengan sikap itu lalu berasa menyesal.
Sebahagian ikhwan menyaksikan kejadian itu, mereka merasa
malu terhadap diri sendiri, dan mereka mendapatkan pelajaran bagaimana
seharusnya seorang dai bersikap terhadap orang tua.
***
Saya sedang berkunjung ke Pejabat Ikhawan Muslimin di akhir tahun
1953. Pada saat itu telah tersebar isu bahawa pemerintah akan membubarkan
Jamaah Ikhwan Muslimin, isu ini disiar oleh siaran Israel. Setelah saya datang
dari kunjungan kota ar-Risyah, saya meminta izin untuk mengadap Ustadz Mursyid,
kemudian duduk bersamanya.
Sebahagian ikhwah membicarakan tentang sikap Gamal Abdul
Naser dan revolusi Ikhwan, mereka mengungkapkannya dengan kata-kata kasar dan
nada marah. Akan tetapi, Ustadz Mursyid Hassan al-Hudhaibi berkata kepada
mereka dengan tenang,
“Cara kalian dan yang saya dengar dari kalian tentang Gamal
Abdul Naser beserta kaki tangannya sama sekali bukan dari akhlak Islam, juga
bukan kita pelajari dari dakwah Ikhwan. Saya mohon agar kalian komited dengan
akhlak dakwah. Terus terang saya katakan, saya gembira dengan sikap seperti
itu, iaitu mengembalikan akhlak-akhlak dakwah”
-Coretan Sheikh Abbas As-Sisiy.
Mari kita dengarkan pula dari lisan akh kita yang satu ini.
“Apa yang anta maksudkan dengan
commone sense?”
“Yela, benda basics. Yang tak
ayah fikir, nampak je, kita terus betulkan mana yang tak kena”
“Contoh?”
“Contohnya, kalau jumpa sampah
kutip la. Sampah patutnya dalam tong kan. Walau bukan kita yang buang”
Yang lain tertunduk. Segan. Muhasabah!
“Atau kat rumah tu, bila ada
pinggan mangkuk dalam sink, tolong basuhkan terus. Bila kain di ampaian dah
kering, terus angkatkan. Kain yang dah ready untuk dijemur dalam mesin basuh,
terus tolong jemurkan…”
“Setuju gak..”
“Selain itu, dengan jiran jiran,
dengan pak guard tu, sekali sekala kita belikan air ke, ni muamalah kita dengan
orang awam. Jangan baik depan mutarabbi je. In fact, semua orang adalah mad’u
kita walau mungkin kita tak fokus”
Berapi. Padu.
Ya, inilah yang kita katakan, mengembalikan akhlak akhlak
dakwah.
Pada sesi mengutip ibrah, selepas bermain game ala-ala
simulasi perang, pada jam tiga pagi, di suatu aktiviti hujung minggu, seorang
akh bangun dan berkongsi pengajarannya;
“Ana sangat bersyukur dapat main
malam ni bersama ikhwah. Dan ana nak minta maaf kalau ada terkasar ke, terasa
nak marah ke. Tadi ada gak rasa macam malas nak ikut rule, rasa nak menipu,
rasa tak boleh terima keputusan ref, huhu, mungkin ego ana semua itu.”
Panjang perkongsiannya.
“Dalam keadaan getir macam ni la
sebenarnya, kita dapat tahu the inner side seseorang tu. Ada orang sama je,
bila under pressure ataupun tidak, sebab tu la character dia. Tapi ada orang bile
ditekan, dia jadi haru biru. Dalam Quran Allah bawakan ayat tentang nabi sebagai
suri teladan dalam surah al Ahzab surah yang mengisahkan tentang perang Ahzab,
perang Khandaq, perang yang sangat kritikal dan menekan kaum Muslimin. Tetapi sempat
lagi Allah kata nabi sebagai suri teladan, as if Allah nak bagitahu Nabi saw ni
tengah tengah perang pun masih lagi jadi teladan. Itulah akhlak Baginda. Kalau nak
banding dengan kita, jauh lagi ikhwah.”
Begitulah sedikit sebanyak.
Kita merindukan akhlak akhlak dakwah. Siapakah yang akan
mengembalikan akhlak akhlak ini kepada msyarakat muslim hari ini?
Kita sangat takut apabila meninjau di alam maya, ayat ayat
sarkastis, kecaman dan umpatan yang dikeluarkan, ditulis dan dikongsi oleh
mereka yang mendapat sentuhan tarbiyah. Hancur harapan kita. Alam maya merupakan
medan memperagakan dosa masing-masing, siapa yang paling padu tohmahannya pada
pemimpin umpamanya. Hingga akhlak dakwah diketepikan .
Mari akhi, kembalikan akhlak dakwah
Senyum, sebarkan salam dan sampaikan sentuhan sentuhan yang
penuh berakhlak itu!
2 comments:
Thumbs up! Teruskan usaha anda!
Tapi, kalau nak bukukan nanti mohon check semula ejaan ☺
Maaf and jzkk.
Subhanallah!
Teruskan wahai akh!
Dunia kini kian hakis akan akhlak dan tauladan yg baik. Perkara ini tidak boleh dibiarkan.
Akhlak Rasulullah harus dijadikan panduan.
Post a Comment