Wednesday, November 21, 2012

APA ITU GAZA


“Adi..”

“Ape..?”

“Buku chemistry…pinjam”

“Kau nak buat ape doh”

“Agak-agaknya orang buat apa dengan buku eh?”

“Kasar kau. Kau biar betok doh..”

“Asal plak?”

“Sejak bila kau mula berkecimpung baca buku ni? Tak lama dah weh nak kiamat ni”

“Kau plak tadi turun solat jemaah kan? Aku nampak kot. Sejak bila weh?”

-_-

---------------


 
Ni biasa. Biasa berlaku dalam kalangan pelajar. Sejak dari tadika lagi. Apatah lagi di sekolah menengah dan di kolej. Saya dah biasa sangat. Kadang-kadang saya pun jadi mangsa. Cewah. Tapi pada kebanyakan masanya saya la pemangsa. Ok pengakuan berani hidup.

Melawak melawak jugak. Tapi kita sering mempermainkan usaha baik yang ingin dimulakan sahabat kita. Tika mana kengkawan kita atau orang disekeliling kita mula melakukan satu usaha yang boleh dikatakan murni, mula lah kita kata, tanda-tanda kecil kiamat la, buang tebiat la, show off la dan bermacam lagi. Tidak lupa juga kenyataan yang berbunyi, “Peh, awek kau suruh eh?”

Bukan nak merepek panjang. Sekarang ni isu Gaza tengah panas. Di mukabuku, di laman-laman web dan di blog mula membincangkan dan menggembar-gemburkan konflik Palestin-Israel yang tidak pernah berkesudahan ini. Saya bukan nak kupas isu ni kerana saya bukanlah orang yang ahli apatah lagi mempunyai lesen pengupas yang sah, lagipun anda sendiri pun sudah tahu benar akan isu ini.

Saya kagum dan terharu disebalik pelbagai usaha yang diimplementasikan oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan muda dalam usaha membantu saudara-mara kita di Gaza. Golongan muda? Bunyi macam dah tua berabad pula. Er. Tika mana saya membaca status status yang mendera jiwa dan membakar semangat oleh kawan-kawan di mukabuku, ingin sahaja saya terbang dan berjuang di sana. Namun apakan daya.

Namun begitu, di sebalik hiruk-pikuk dan kemeriahan menggembleng usaha menghulurkan bantuan dan melancarkan kempen kesedaran, masih ada suara-suara sumbang kera-kera sumbang yang bertiup ke kiri dan ke kanan, mempermainkan usaha murni ini. Ada yang membidas dan mengutuk tindakan berhati suci lagi murni orang ramai dengan melemparkan komen-komen berbaur hanyir dan mengandungi unsur ketidakbijaksanaan. Sedih weh.

Saya rasa dalam kes ni bukan lagi untuk melawak. Memang nak kena pelempang percuma.
Cukuplah samapi di sini kemarahan itu berlalu pergi. Moga kita ambil ibrah. Saya yakin tiada dalam kalangan kita yang mempunyai mentality kuno sedemikian. Daripada penat-penat kita kutuk usaha suci lagi murni sedemikian, alangkah indahnya kalau kita pun turut serta membantu supaya dapat dijadikan hujah. Maka di sini, setelah penat berfikir, saya ada beberapa usul untuk dikongsi, usaha yang boleh kita sertai

Menderma. Yang ni paling basic. Kalau kita tak mampu suruh mak ayah derma. Kalau la kita ni pemegang biasiswa, maka itu lagi cantik. Lebih-lebih lagi biasaswa rakyat Malaysia, derma kita itu mewakili rakyat Malaysia. Alangkah besar pengertiannya. Kalau kita ditanggung penuh oleh mak ayah sekalipun, kita menderma bagi pihak mereka, wah, begitu manis bukan usaha itu. Saya pasti mak ayah akan bangga dengan anda. Nak derma rujuk gambar di bawah :)

 


Sebenarnya saya nak stress part menderma. Yang lain masing-masing sudah tahu. Jaga solat. Banyyakkan berdoa. Doakan untuk mereka dalam sujud-sujud kita. Baca al Quran dan fahami makanannya. War-warkan isu ni kepada orang ramai kerana masih ramai yang tidak tahu Gaza itu ape. Ok tak tipu. Belajar bersungguh-sungguh. And last but not least, ayuh bina individu-individu di sekeliling kita supaya lebih ramai yang tahu, mahu dan mampu melakukan usaha yang sama.

Harap Maaf, tajuk terlalu radikal. Ke romantic?

AKU BARU "ASLIM"


Sungguh mu’min itu bersaudara
Aku baca berkali-kali
 
Namun masih gagal kurasai persaudaraan ini
Pada pandangan mata masih kulihat benci dan api
Langsung tidak terkenang wajah apatah lagi merindu
Aku, pantaskah aku mengaku mu’min?

Sungguh orang yang beriman apabila disebut nama Allah
bergetar hati mereka
Apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambah kuat imannya


Ku sebut nama Tuhanku dan Tuhanmu,
Aku, aku tiada rasa ada getaran
Tidak kurasai darah yang mengalir bersama ketakwaan
Kubaca ayat-ayatNya berulang-ulang
Ah imanku masih sama, senipis bawang lama
Bukan aku, bukan aku yang beriman itu


 Hati kian membengkak merasa besar
Yang putih disangka suci, air nanah kehinaan
Tangisi kepergian imanmu
Tika mana dikatakan membenci dengan hati selemah iman
Namun hati masih serupa
Tangisilah, iman mu apakah yang tersisa?


Al-A’rab (orang Arab Badwi) itu berkata: "Kami telah beriman.” Katakanlah: "Kamu belum beriman, tetapi katakan sahaja, ‘Kami telah aslim (menyerah diri),’ kerana iman itu belum masuk ke dalam hati kamu. 

Dan jika kamu taat kepada Allah dan rasul-Nya, Dia (Allah) tidak akan mengurangi daripada amalan kamu sedikit pun. Sesungguhnya Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).”
(49:14)

Monday, November 19, 2012

DAKWAH ATAU DAKYAH


“Amir..”

“Ye..”

“Kau buat ape tu?”

“Layan movie, nape? Nak join ? Meh ”

“Oh.. takpelah”

Kipas terus berpusing. Ijat duduk di meja study. Amir kat sebelah layan korea. Kejap gelak kejap sedih. Ijat bingung. Ngapain? Risau kat temannya. Rumah Islam mereka kini tak seperti dulu.

Ijat risau kat Amir. Sudah lama ikut usrah, hatta dah mula bawak usrah, tapi makin lama makin hanyut jugak. Tarbiyah dan maksiat seolah-olah bergerak seiring. Haish.

“Kau nape Jat?”

“Amir, kau tak takut ke? ”

“Kau risau aku eh? ”

“Tahu pun, dah kau tak risau?”

“Ala chill la bro, kita buat dakwah,konfem terhapus dosa-dosa, sekali sekala apa salahnya”

“Aih, yakin kau, mana dalil?”

“39:33-35” Ringkas dari Amir. Tenangkan Ijat.

Mushaf dicapai. Belek-belek. Oh.

Dan orang yang membawa kebenaran dan orang yang membenarkannya, mereka itulah orang yang bertakwa. Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhannya. Demikianlah balasan bagi orang yang berbuat baik,

Agar Allah menghapuskan perbuatan mereka yang paling buruk yang pernah mereka lakukan dan memberi pahala kepada mereka dengan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”

“Oh. Kan” Ijat terpana.

“Eh Mir, macam best movie tu”

“Jom la, once in a while”


-----------------------------------------------------------------------


Darah naik. Kalau ini la yang berlaku, benar-benar berlaku, parah sangat. Tapi hakikat nya ada. Ramai dalam kalangan para da’ie yang baru berjinak-jinak nak tarik-tarik mad’u ni masih gagal berpisah dengan sahabat lama di lorong gelap dahulu.

Pandai pula mereka ni, gunakan dalil untuk membenarkan perbuatan sumbang mereka itu, dalil al Quran pula tu! Nampak la di situ betapa berkesannya interaksi dengan al Quran. Eh., darah naik makin tinggi.

Benar, tidak dapat disangkal, perkataan yang paling baik adalah ajakan atau dakwah kepada Allah. Barangsiapa yang buat dakwah ini, dosa mereka walaupun yang paling buruk in shaa Allah akan dihapuskan. Ganjaran besar menanti. Namun ini bukanlah ticket untuk para da’ie kembali berjinak-jinak dan masih membelai mesra jahiliyah dalam diri mereka.

Persoalan yang lebih besar yang harus diajukan, kalau kita sendiri pun masih berteman tapi mesra dengan aktiviti kurang sopan lagi tidak senonoh sedemikian, maka dakwah apakah yang sedang kita lakukan tu? Benarkah dakwah kepada Allah? Gulp.

Kerja para pendakwah ini lebih kurang menjadi jambatan kepada orang lain untuk kembali beriman kepada Allah dengan iman yang sebenar, kita membuka jalan kepada mereka supaya kembali berpaut di bawah cahaya Islam yang sebenar dan hakiki. Eh kita? Bila mana saya guna perkataan kita, maknanya bukan saya sahaja, sedarlah anda pun diberi tugas tersebut.

Senyum.

Contoh, bila kita tak puas hati dengan silibus pelajaran Negara, sebab tak ada diterapkan tips tips untuk menjadi murabbi, maka kita ingin utarakan ketidakpuasan hati ni kepada menteri pelajaran, hoho, mantap, tapi kita tak ley direct terus kepada beliau. Mesti melalui orang tengah, paling tidak kita jumpa setiausaha dia.

Nampak?

Contoh lagi, kita nak skip kelas la katakan, nak gi ikut berdemo, kemudian kita pergi jumpa doctor untuk dapatkan medical certificate supaya dapat skip kelas dengan halal, eh halal ke? Erk. Dalam kes ni jugak kita tak directly jumpa doctor, mesti rujuk assistant dia, orang yang rapat dengan  dia.

Macam tu la kerja para da’ie.

Bila nak ajak orang kembali kepada Allah, kita dahulu mesti dekat dengan Allah. Kalau kita jauh, macam mana kita nak jadi jambatan? Tak logic.

Agak ironi bagi seorang da’ie yang buat kerja dakwah tika mana dia sendiri masih terhuyung hayang, mabuk dengan kehidupan dunia yang penuh drama ini. Parah.

Lagi parah bila da’ie sedemikian buat dakwah, dan dakwah itu menjadi!

Agaknya dakwah apa kah itu? Erk.

Bukan menulis untuk mematikan motivasi kita semua untuk buat kerja ni, Cuma sekali sekala muhasabbah diri, kita ni betul ke?
Selebihnya, sama-sama la kita fikir.

Sunday, November 18, 2012

PELIK TAPI BENAR

Assalamu’alaikum dan salam satu akidah. Hoho. Retis gitu.
Nak merepek. Ini amaran.

Pelik. Tengok masyarakat ni, makin pelik. Dan hakikatnya kita pun pelik, sebab kita ni sebahagian daripada masyarakat. Masalah social yang menjadi-jadi, anak-anak remaja yang indah khabar dari rupa dan seumpamanya. Pelik.

Ok tak masuk point. Dulu saya pelik bila dengar member cerita budak sekolah agama pun berzina, hisap rokok dan edar dadah. Pelajar dari sekolah berasrama penuh pun buang anak. Yela, asrama dah penuh, tak tahu nak simpan anak kat mana, buang la. Kejam. Bab buang anak ni memang kritikal. Sampai pihak hospital kena sediakan tabung siapa tak nak anak boleh tinggal kat situ, mulia sikit.
Lagi pelik bila ada orang tak serupa bikin. Belajar tinggi tapi tak reti-reti nak amal. Ilmu agama belajar menjulang-julang ke langit, pendidikan Islam top scorer, best student, tapi masih gagal menutup aurat.

Si perempuan, belajar bahasa arab, faham al Quran, baca kemain lagi, taranum sampai terpekik-pekik siap dengan qiraat, tapi masih tabaruj bagai nak rak, macam orang jahiliyah. Boleh pulak tak jaga ikhtilat lelaki dan perempuan.

Si lelaki, masuk university belajar ilmu usuludin la, tasawur la, macam-macam nama lagi. Mak bapak ulamak, tapi boleh bila nak kahwin pilih bini tak islamik, tak tutup aurat. Nak didik barangkali. Bukan nak kutuk, tapi pelik. Pergi supermarket pun pelik, mak ayah pakai jubah pakai serban tapi anak permpuan pakai jeans, ketat dan sendat pula. Rambut biru. Ni pun pelik.



Pernah saya jumpa sorang mak ngan anak ni, waktu tu saya di stesen bas, nak hantar kekanda naik bus ekoran seruan untuk berkhidmat untuk Negara. Si Mak tadi tegur anak, ada dua tiga urat rambut terkeluar dari tudungnya yang comel dan pink tu, mak kata, apa ni, aurat. Mak dia pun masuk kan balik, guna jari jemari dengan lembut. Tapi hakikanya anak tadi pakai baju lengan pendek. Ahh. 

Pelik.

Ada orang pegang jawatan tinggi, of kos la tahu Islam tapi segan nak laksanakan hukum Allah, ni pun pelik. Ada orang pegang title pemimpin Islam tapi keluarga sendiri taka de Islamnya. Pelik juga.
Sebab tu la, betol orang cakap, faham ilmu agama dengan faham agama tu dua benda yang berbeza. Tinggi mana belajar agama, tahu hukum haram halal, boleh buat fatwa sekalipun, belum tentu seseorang tu faham agama.

Sebab tak faham agama, perkara-perkara pelik di atas berlaku.

Ada orang nak bangkang, sebab dia belajar ilmu banyak, katanya nak faham agama kena tahu dan faham ilmu agama. Maknanya kena belajar la usuluddin, tasawwur, ilmu fiqah dan sekala bagai tu. Persoalannya, macam mana Sumayah yang orang pertama syahid tu boleh sangup mati untuk mempertahan akidah walhal dia tak pernah masuk kelas PAFA pun?

Bilal bin Rabbah sangup diseksa demi mempertahan akidah, walaupun tak masuk kelas fardhu ain. Banyak lagi contoh sahabat yang lain yang sanggup berhadapan dengan beraneka bentuk penyiksaan demi menjunjung kalimah La illahailaLlah, walaupun mereka tak sempat nak pergi ceramah ustaz Azhar, tak sempat nak tengok rancangan bersama ustaz Don.

Kita-kita ni, pergi program tanyalah ustaz, tengok rancangan imam muda la, ustazah pilihan la, tapi still tak reti-reti nak amal, apa masalah? Mudah. Tak faham agama.

Mereka tadi, faham agama.

Mari tengok satu hadis ni;

Daripada Mu'awiyah (RA): Saya pernah mendengar nabi bersabda: "Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."
 [Bukhari dan Muslim]

Tak heran la dalam hadis tu cakap, bila Allah nak bagi kebaikan kepada seseorang, Allah akan kurniakan kefahaman agama. Maknanya, dalam banyak-banyak jenis kebaikan, kefahaman dalam agama adalah kebaikan yang terpaling sangat baik.

Tidak pula disebut, Allah akan bagi anak yang ramai ke, harta yang banyak ke kalau dia nak bagi kebaikan kat seseorang. Padahal benda-benda ni pun kebaikan. Sebab tu la kita kena beriman bahawa kebaikan yang merujuk kepada kefahaman agama merupakan kebaikan yang mutlak, yang tidak datang darinya keburukan. Bahkan kefahaman agama merupakan kebaikan atas kebaikan, kebaikan yang akan menghasilkan kebaikan.

Persoalan seterusnya, macam mana nak dapat kefahaman agama.

Hmm. Dalam satu lagi hadis, nabi bagitahu nak faham agama kena faham dengan hati. Dan apa yang saya faham dan saya nak kongsi malam ni, untuk memahami sesuatu dengan hati,bukan sekadar tahu melalui akal, kita kena lalui satu proses, namanya tarbiyah. So, pendek kata nak faham agama kena melalui tarbiyah.

Persoalan lagi, mana nak dapat tarbiyah ni?

Kalau la pergi kelas fardhu ain, pergi kelas pendidikan agama tu merupakan port untuk ditarbiyah, maka sepatutnya semua pelajar yang join tu faham agama la kan? Reti nak tutup aurat la kan? Remaja tak berzina la kan? Tak de la yang hisap rokok kan?

Tapi tak. Reality nya bukan begitu. So bukan di situ berlakunya proses tarbiyah.
Agak-agaknya di mana?

Jeng jeng.
To be continued…