Tuesday, December 18, 2012

HARAKAH SATU BANG!

Baru-baru ni semasa sitting dengan sorang ikhwah kat Bandar X ni, beliau tanya saya, pernah dengar peristiwa yang Amerika Syarikat kena serang taufan, Taufan Cindy kalau tak silap. Saya bagitahu pernah dengar, saya baca dalam paper. Dan memang pernah kan, kalau tak silap pertengahan November yang lalu.

Kemudian beliau tanya saya lagi, “Percaya ke paper tu bagitahu?”

Saya pelik. Mestila kan.
Intro.

-------



Pertama-tamanya post ni bukan nak ajar anda cara memilih info dari media yang boleh dipercayai. Bukan ok. Lazimnya of kos la kita percaya sesuatu berita yang disiarkan oleh media, lebih-lebih lagi yang mendapat liputan hangat. Macam kes ribut taufan tadi, walaupun kita sekadar baca melalui newspaper tapi kita yakin hal itu benar.

Contoh lain, pernah juga ribut melanda Filipina beberapa minggu yang lepas. Tragedy yang agak dahsyat. Kita baca melalui paper dan terus percaya. Kita tak pergi pun kat Filipina tu, tapi kita percaya. Kita tak dengar pun berita daripada kawan-kawan kat situ, tapi kita masih percaya.

Kadang-kadang kepercayaan kita ni bukan sekadar meliputi pengetahuan, tapi kita come out with action untuk membantu. Macam peristiwa yang berlaku di Ghaza hanya dengan melalui media kita tahu apa yang berlaku. Kemudian kita mulalah sibuk boikot, kutip derma, demo situ sini, flash mob bagai sebab nak tolong.

Ini kebanyakannya kerana berita yang kita dapat daripada media.

Pernah tak kita terfikir, mungkin berita berita ni palsu? Mungkin Ghaza tu tak kena serang pun? Mungkin Amerika Syarikat tidak pernah mengalami pun taufan tadi? Mungkin sahaja media ini tipu kita kan? Konpirasi ke? Sebab kita tidak menyaksikan sendiri, so ada chance kita diitipu? Betol?

Tapi kita tak pernah terfikir camtu pun.

Sebab?

Kita beriman dengan newsapaper tadi.
Kita beriman dengan iman yang mendalam.

Ironinya

Berita dunia yang manusia sampaikan melalui media ni boleh saja disangkal. Tapi kita terus terusan beriman.

Banyak berita pasal akhirat yang diceritakan dalam al Quran tapi kita tidak beriman pun. Ironi bukan? Berita berita yang dikhabarkan oleh Allah sendiri tapi kita tak percaya sangat pun. Berita daripada manusia kita lebih percaya. Padahal situasinya sama, kita tidak berada di tempat kejadian. Melainkan yang mengalami, tu cerita lain.

Agak-agaknya ada tak chance berita berita akhirat dalam al Quran tu palsu? Semua orang tahu itu mustahil. Tapi still tak percaya. Pendek kata tak beriman. Ok la kita beriman. Tapi iman yang macam mana? Adakah iman yang mendatangakn amal?

Dengar saja umat Islam dianaiyai di dunia melalui berita berita manusia ni, kita ambil tindakan. Hulur bantuan, buat misi dua tiga empat lima enam. Dalam facebook kecoh kejap. Kejap jela. Tapi kenapa bila baca ancaman-ancaman di hari akhirat kita kering tanpa amal? Ironi bukan?
Bila baca perihal berita di akhirat kita tidak pula bertindak.

Aduh

Situasinya sekarang seolah-olah iman pada newspaper lebih tinggi daripada iman pada al Quran walaupun beriman dengan newspaper tidak disenarai dalam rukun iman yang enam. Adeh.

 

Saya terfikir pasal benda ini setelah duduk duduk dengan beliau tadi. Ada logiknya. Hari-hari kita terlalu banyak digunakan untuk mendengar berita-berita dunia. Bukak TV dengar berita. Pasang radio dengar berita dunia. Kat facebook pun sama. Online news lagi. Baca paper lagi. Pergi kelas lecturer ulas lagi pasal berita berita terbaru.

Dan kita jarang sekali luang masa untuk dengar berita berita akhirat apatah lagi nak mengambil tindakan.

So saya nak kongsi satu berita, semoga kita selepas ini hadhir dengan amal :)

Bersedialah….

6. Dan bagi orang-orang Yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

7. Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.

8. Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), Bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"

9. Mereka menjawab: "Ada! sebenarnya telah datang kepada Kami seorang pemberi ingatan dan amaran, lalu Kami dustakan serta Kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu hanyalah berada Dalam kesesatan Yang besar! "

10. Dan mereka berkata: "Kalaulah Kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang Yang mencari kebenaran), tentulah Kami tidak termasuk Dalam kalangan ahli neraka".

[AL MULK :6-10]
Wallahu’alam

6 comments:

feat3 said...

(o_o) erkk......
kenapa diriku begitu rasa terpukul dengan entri en.saahab kali nie...huhu.

Inspector Saahab said...

tidak berniat untuk memukul mana-mana pihak :)

Muhammad PeacemakerIslam said...

Betul.
Padahal checklist kita sebagai seorang hamba Dan khalifahNya pun masih pending,boleh pula untuk mendengar berita2 umpatan.

Ehem.

Hazmi Anas said...

#Muhasabahdiri

Ninja Osem said...

sape masak cili ni..pedasnya...~

Inspector Saahab said...

tidak berniat untuk mncederakan mana-mana jiwa :')