Wednesday, March 6, 2013

ADA MASA-MASA


“Tiada hari yang lebih bercahaya di Madinah,” kata Anas bin Malik, “Daripada hari ketika Rasulullah datang kepada kami. Dan tidak ada hari yang lebih gelap dan muram daripada saat beliau wafat.”

Hari itu isak dan sedu menyatu. Tangis dan ratap berbaur. Air mata bergabung dengan keringat dan cairan hidung. Dan seorang lelaki berteriak-teriak, membuat suasana makin kalut.

“Sesungguhnya beberapa orang munafik beranggapan bahawa Rasulullah meninggal dunia!” Kata sosok tinggi besar itu. Banyak orang berhimpun di sekelilingnya hingga yang dibelakang harus berhinjit untuk mengenali bahwa si gaduh itu adalah ‘Umar ibn Khathab.

“Sesungguhnya beliau tidak wafat!”, ia terus berteriak dengan mata merah berkaca-kaca dan berjalan hilir mudik ke sini ke sana.

‘Umar masih terus berteriak-teriak bahkan menghunus pedang ketika Abu Bakar datang dan masuk ke bilik ‘Aisyah, tempat di mana jasad Sang Nabi terbaring. Disibaknya kain berwarna hitam menyelubungi tubuh suci itu, dipeluknya Sang Nabi dengan tangis. “Ayah dan ibuku sebagai tebusanmu..”, bisiknya.

“Allah tidak akan menghimpun dua kematian bagimu. Kalau ini sudah ditetapkan, engkau memang telah meninggal.” Abu Bakar mencium kening Sang Nabi. “Alangkah wanginya engkau di kala hidup, alangkah wangi pula di saat wafat.”

‘Umar masih menghayun pedang ketika dia keluar.

“Duduklah wahai ‘Umar!” Seru Abu Bakar. Tapi ‘Umar yang bagai kesurupan tak juga duduk. Orang-orang dengan kesedaran penuh mulai mendekati Abu Bakar dan meninggalkan ‘Umar.

“Barang siapa menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat, tapi barang siapa menyembah Allah sesungguhnya Allah hidup kekal!”

Katanya berwibawa. Abu Bakar lalu membacakan ayat yang dibaca Mush’ab ibn ‘Umair menjelang syahidnya, saat tubuhnya menghela panji Uhud dibelah-belah dan tersiar kabar bahwa Rasulullah terbunuh.


“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia mati atau terbunuh kalian akan berbalik kebelakang? Dan barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur”
(Ali ‘Imran :144)

-Dalam Dekapan Ukhuwah
-Salim A. Fillah


--------------------------------------------------------------------------------------


Ada masa-masa kita rasa ingin berhenti di sini. Turun daripada mobil ini. Buka pintu. Bayar cas tambang. Dan berjalan, berlalu pergi, bebas. Ada masa-masa kita merasakan perjalanan ini sungguh tampak mustahil. Terlalu jauh untuk dipandang mata. Seolah-olah penghujungnya hanyalah ilusi. Tidak berpenghujungan. Payah. Peluh. Perit. Petir.

Ada masa-masa kita geram dan panas. Dengan ikhwah dan akhwat sendiri. Kita merasakan seolah-olah kitalah satu-satunya rijal yang bekerja. Seolah-olah yang lain hanya menumpang nama. Yang lain hanya goyang kaki dan sedut tuti frutti, di bawah hembusan bayu kipas Panasonic. Sambil menonton drama korea dan bergelak tawa. Tersembur ke kiri dan ke kanan.

Ada masa-masa kita berasa keseorangan. Lemah. Jalan makin sukar dan sempit. Dakwah sering ditolak. Ajakan sering dicebih. Pesanan-pesanan ringkas berlalu tidak berbalas. Program-program tarbiyah yang dianjurkan berlalu penuh sepi. Tiada sambutan. Dan kita berasa itulah waktu terbaik untuk berhenti dan menarik nafas penuh kecewa dan sesalan.

Ada masa-masa tatkala saf-saf kita makin kecil, makin pendek, kita berasa tidak berdaya. Beban ini tidak tertanggung lagi. Dengan komitmen duniawi yang makin memberat, kita berasa kita bukanlah orang yang sepatutnya berada di jalan ini. Kita berasa kita telah silap memilih. Kita berasa perlu undur semula.

Masa-masa ini akan tiba.
Bahkan ia sudah tiba.

Akhi,


Kalau kita berjuang kerana jarak, kerana tampak jelas hasil dan kebersanannya, kerana di awalnya ia nampak menghiburkan dan tidak payah, tidak sepayah hari ini, ketahuilah bahawa tempoh itu semua sudah berlalu. Ketahuilah bahawa jaraknya masih terlalu jauh. Keberkesannya tidak pernah terjamin.

Kalau kita berada di atas jalan ini kerana ukhuwah yang terbina, kerana syoknya berlari berpimpinan tangan, kerana kita semua sepakat, suara senada, kerana lagu nasyid yang kita nyanyikan sama, ketahuilah bahawa masanya tiba untuk ukhuwah itu teruji. Kalau kita berjuang kerana ramainya bilangan kita, ketahuilah ia sudah berkurang, makin mengerdil.

Kalau kita berjuang kerana hasilnya, kerana meriahnya sambutan seruan dakwah kita, kerana indahnya punyai pengikut yang ramai, kerana program dakwah yang mantap, ketahuilah bahwa ada masa dakwah akan ditolak. Bahawa masanya sudah kunjung usaha kita diuji. Ketahuilah bahawa yang bersama kita makin berkurang. Ketahuilah bahwa beban dunia kita juga kian bertambah.

Tapi,

Kalau kita bekerja kerana Allah,

Maka


…. “Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”
-At Taubah:105

5 comments:

Inche gabbana said...

*Caj tambang.

Selain itu, uhm, semakin matang.

Senyum.

KID said...

Allah..akhi,sangat menyentuh hati..sobs

Aku Normal said...

Isk isk T_T

haruka chan said...

urm... cuma rasa tak tertanggung...
ada organisasi, tapi macam persendirian...

but still, syukran...

saya said...

JZKK IG atas pembetulan dan komen yg membina ;P


yg lain lain, smeoga thabat :)