Wednesday, January 21, 2015

WHO IS MUHAMMAD SAW #2






Salam tak bagi, apa tak bagi terus masuk bilik, tutup pintu kuat-kuat, badan direbahkan ke atas katil single kolej dan berkurung dalam bilik sorang-sorang. Entah kena rasuk dengan jin mana. Tak pasal-pasal, jin pun masuk entry.

Ni mesti masalah dengan lecturer Ekonomi dia. Kalau tak Ekonomi, mesti lecturer Business Law, tak pun International Trade. Tak pun Finance. Pendek kata, dengan semua lecturer pun masalah la.

Pintu bilik tiba-tiba dikuak, perlahan-lahan. “Kau ok ke?” Dah macam kura-kura dah Im. Kepala je masuk ke dalam. Kaki, badan, disebalik pintu. Tengok tengok dahulu, kot salah timing. Tengah-tengah volcano meluap luap ni, tak pasal pasal perang saudara entah ke berapa pula kang.


“Aku nak rehat jap” Perbualan tamat di situ. Soalan pun tak dijawab. Dibiar tergantung.

“Hmm ok. By the way, dah Zohor?”

“Nanti dah nak Asar kau kejut la aku” Rimas. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan badannya, bertukar kiblat.

“Dah nak Asar ni As” Soleh je Im ni. Tak sampai lima minit bagi kawan tu berehat

“Kau nak melawak pun agak-agak la, baru pukul tiga kot”

“Habis tu, dah dekat dengan asar la tu. Dah aku fikir macam tu kau nak buat macam mana?” Dah nampak tanda-tanda kecil dua dua tak nak mengalah. “Nanti solat ek”

Ditutup pintu perlahan-lahan. Kerusi di meja belajar di tarik perlahan-lahan. Tangan kiri dan kanan sibuk mengemas nota-nota dan assignments statistic yang berlambak-lambak atas meja tu. Lepas tu termenung panjang juga Im. Tak tahu nak buat macam mana. As asyik marah-marah. Tak best. Selalunya masalah kat kelas dibawa balik sampai ke kolej penginapan. Im la kena redakan.


“Aku pinjam sejadah kau sat” Im mengangguk.

Matanya fokus mengadap helaian novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wvick. Novel karya HAMKA. Bukan senang nak cari ulamak macam tu tulis novel, at the same time ada tafsir Quran sendiri. Tapi sebenarnya tak fokus pun. Fikiran bercelaru. Ke laut. Bukan tengah bayangkan kapal yang karam yang fikiran pergi ke laut tu, pun bukan sebab teringat ayah kat kampung yang kerja sebagai nelayan. Tapi, tengah fikir pasal As.

Cubaan kedua. “As…sat lagi nak azan Asar dah” Sambil mata-mata buat-buat tengok pada jam yang dah separuh retak, tangan kanan pegang tombol pintu, “Kita turun solat kat bawah jom?”

“Kau turun dulu, pastu aku turun” Berdalih.

“Oh. Takpe, aku tunggu?”

“Ni mesti kes tak thiqah dengan aku” mata pandang Im semacam. Tajam je, Boleh tahan As. Main ayat.

“Eh takdelah. Takpe, turun sama-sama. Kalau kau miss jemaah nanti, aku boleh teman kau” Ayat cover line. Baik punya. Nak tergeliat lidah.


Suhu pada petang itu suam-suam. Angin bertiup sepoi-sepoi. Bak kata orang, sepoi sepoi bahasa. Tak faham, entah apa kaitan angin dengan bahasa. Mungkin pada kelembutan. Atau pada ketinggian kesusasteraannya. Kipas tiga bilah warna putih yang sarat dengan habuk berputar ligat. Kadang-kadang mengeluarkan bunyi yang mencurigakan. Tanda dah nak hampir tamat khidmat. Entah bila kali terakhir diselenggara.

“Kau baca surah apa tu?”

“Al Ahzab. Kenapa?”

“Takdelah. Saje” Sambil badannya bersandar mesra pada belakang pada As. Im dengar. Khusyuk. Dengan tajwid yang almost perfect. Sebutan dah macam Pak Arab.

“Kau takde keje ke?” Bacaan terhenti. Kepala ditoleh empat puluh lima darjah. Pandangan serong dituju kepada Im. “Tetibe je..”

“La, dengar bacaan Quran pun salah? Cuba tengok 7:204. Hehe”


-Dan apabila dibacakan al Quran, maka dengarkanlah
dan diamlah, agar kamu  mendapat rahmat-


“By the way kau baca sedap. Berbunga bunga aku dengar” Usik Im. Saje nak mulakan perbualan. “And…bukan senang aku nk puji orang ni..”

“Ok. Tak tanya pun..rosak hati tahu?”Helaian seterusnya diselak. Bacaan disambung pada petang tu. Selalu lepas baca mathurat, As habiskan mutabaah amal Qurannya. So that malam boleh fokus buat assignments. Kalau Im pula, prefer baca Quran malam-malam. Tak kisah la.

“As..”

“Eh, bukan ayat kau quote tadi suruh diam ke?” Padu.

“Ok. Tapi aku nak share something. Alang-alang kau dah baca surah al Ahzab tu” kali ini Im bergerak ke sisi. Mata memandang As. Duduk sebelah sebelah. Macam ada mesej penting yang nak disampaikan. “Cuba tengok ayat 21”

“Ayat pasal Rasulullah as suri teladan”

“Peh. Kau pun dah tahu” bicara dilanjutkan, “Agak agak kenapa Allah mentioned benda ni dalam surah ni?’

Lama fikir. Takde jawapan.

“Haa kenapa?”

“Haa, tak tahu kan. So this is the best part. Boleh show off skit dengan kau. Hehe” Bahu As disiku mesra. Lembut. Penuh ukhuwah. Sikuanya dibalas. Sedikit ganas.

“So nak bagitahu ke tak?”

“Kau tahu kan surah Ahzab pasal apa?”

“Perang Ahzab?” Pantas terpacul. Soalan-soalan basic macam ni memang diorang dua boleh jawab sambil hirup sup mee segera.

“Perang Ahzab ke Khandak?”

“Salah orang la weh nk test aku dengan soalan macam tu haha”

“Wow. Ok” Kening sebelah kiri terangkat. Kagum, atau sarcasm. “Tapi point aku tak sampai lagi”

“So apa point kau yang tak sampai sampai tu?’

“Hmm. Macam ni. Ni yang aku pernah dengar la. Perang Ahzab atau Khandak tu kan antara perang yang paling getir yang Rasulullah saw dengan para sahabat lalui. Kau bayangkan la, satu tanah Arab tu bergabung nak serang Madinah, of course la situation sangat terdesak, stressful, demotivate, moral pun down kan dan bla bla..”

“Ok. Lagi? Macam tak sampai lagi point”

“Sabar la.” Posisi dibetulkan. “Tapi dalam keadaan paling gawat dan penuh tekanan tu juga la Allah mentioned Rasulullah as suri teladan yang paling baik untuk kita, which means..”

“Which means..” Belum sempat Im habiskan ayat dia. As eksaited.

“Which means, akhlak Rasulullah saw, dalam the worst situation pun is the best. Time perang tu pun still kita boleh jadikan baginda sebagai suri teladan. Actually time keadaan kita paling serabut, dunia haru biru, action kita time tu la sebenarnya show who we really are..”

“Wow..itu menarik”

“Dan Allah has put this verse, in the best and right position in the Quran, which is dalam Surah yang menceritakan tentang situasi perang..” Sedikit demi sedikit point sebenar Im disampaikan. Nak mentarbiyah sahabatnya itu… “Kalau nak compare dengan kita ni…jauh sangat la kan?” Satu senyuman terukir.

“Deep…kau..”

“Untuk aku juga, aku maksudkan..”

Mushaf warna biru gelap itu ditutup. Makan dalam. Satu persatu As digest kata-kata Im. Makin lama makin jauh pula dia fikir. “Tetibe rasa down weh…”

“Laa, apesal plak…” Posisi kembali seperti tadi. besandar pada belakang As. Mesra. Hangat.

“Down sebab selalu cakap nak ikut Rasulullah saw, dalam halaqah kemain lagi petik hadis, cakap berdentam berdentum, nak buat itu buat ni, tapi aku ni macam jauh sangat lagi…and..”

“Takpela. Kita sama-sama baiki..huhu.. and what?”

“Rindu baginda…rindu nak jumpa” Kepala tertoleh ke Im. Mushaf dipeluk erat. Nafas ditarik. Sedalam dalamnya. Kemudian dihembus. Kedengaran hela nafas yang dihembuskan.

“Insya Allah one day, As. One day”


Allahumma solli’ala saiyyidina Muhammad :’)

2 comments:

Anonymous said...

anta kena belajar tundukkan hati untuk menerima teguran, dari siapa pun.

Inspector Saahab said...

:)