Tuesday, February 28, 2012

SURAT CINTAN CINTUN

Topiknya pasti mebuatakn kalian berasa teruja tahap radiasi level Sembilan puluh lapan

Bangun pagi dengan penuh sinar dan harapan baru. Langkah diatur satu persatu. Sebaik kewajipan asasi terhadap-Nya ditunaikan, jadual robotku mula mengambil tempat. Jadual subjek hari ini yang terpampang secara terang lagi bersuluh suluh di meja belajar yang gunanya bukan untuk belajar sangat, menjadi tarikan utama. Mata meliar mencari buku buku yang berkenaan untuk dimasukkan ke dalam beg galas yang sudah dimamah usia yang lanjut. Keadaan meja bagai semalamnya dilanda ribut catrina memedihkan mata memandang.

Kelihatan seolah olah pada malamnya study sakan.


Sedang asyik menyusun buku buku A-level yang berlambakan itu mengikut genre genre yang sesuai atas para para, secara tidak diduga dan tidak disangka sejrah silam versi drama Korea yang jiwang nya tahap platypus yang termutasi menayangkan agenda agenda yang kurang sopan. Sila tidak bayangkan. Erks. Luka lama berdarah kembali. Nanah yang kian menghilang kembali menjelma.

Satu dua dan tiga dan beberapa helaian lagi terkemudiannya, nota nota cinta lima puluh lapan sen versi kanak-kanak zaman purba jatuh ke tangan. Ibu jari tangan menggeletar sehingga ke tulang rusuk kiri.

Maka rahsia-rahsia kerajaan kembali terbongkar di atas kertas kertas yang kebanyakannya berbau wangi dek semburan semburan acid sintetik seperti Kalvin Kelin, Playgirl, Redset, Gucil, Roxoy dan semburan semburan lain yang setaraf dengannya. Perlu diketengahkan juga sisi kertas di bakar menggunakan lingkaran ubat nyamuk edisi zaman Tun Tan Cheng Lock secara tidak langsung memanifestasikan hasil seni tahap dewasa yang harus diberi pujian dan mungkin anugerah. Agak berinovasi bagi kanak kanak riang yang baru mengenal liku liku kehidupan.

Ok agak panjang huraian di situ.

Tika mana membaca beberapa frasa yang agak salah dari segi tatabahsa dan kosa katanya seperti ‘I Lap U’ dan seumpamanya, tiba tiba ruam ruam timbul ekoran alergik.

Memori lama lalu menayangkan filem filem cintan cintun tempatan yang sudah semakin terhakis dek arus pemodenan. Terbayang beberapa wajah dan nama gadis-gadis Melayu terakhir yang dikecewakan kerana gagal memenuhi standar piawaian yang ditetapkan oleh SIRIM. Eheh. Antara mereka ada yang menangis selama tiga purnama tanpa surut surut. Ada juga yang membuat aksi stun berani mati atas bangunan paling tinggi di kawasan perumahan waktu dulu.

Yang dikecewakan entah lari ke mana.

Cinta manusia.

Apakah yang harapkan dari manusia?


Bukankah cinta Allah itu lebih pasti dan kekal? Bukankah Dia kekasih yang paling setia, tiada bandingnya? Apakah kita tidak mengerti?

Kita buta kerana menilai dengan mata.

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan

(Al-Fatihah :5)

Pernahkah kita memikirkan ayat cinta di atas. Ayat ini diajarkan kepada manusia supaya setia kepada-Nya. Supaya mencari pertolongan daripada-Nya. Supaya menyerah segala galanya kepada Dia. Dia menyeru, seolah seolah mengajarkan kita satu dialog yang membuktikan kita ini hamba yang hina. Setiap hari kita membaca dan melafazkannya adakah kita masih tidak mengerti? Di mana signifikannya tarbiyyah dalam solat jika kita gagal dalam rukun ini?

“Wahai manusia, sembahlah Aku. Datanglah kepada Aku. Engkau insan yang lemah yang memerlukan pertolongan. Bermunajatlah denganKu nescaya akan Aku tunjukkan kamu kebenarannya.”

Seolah sedemikian rupa ajakan surat cinta daripada Allah ini. Menawarkan cinta yang tidak berbelah bagi

Rakan rakan, Subhanallah.

Tapi sayang. Cinta Allah tidak berbalas. Cinta Allah bertepuk sebelah tangan. Tuhan menawarkan cinta-Nya dan kita dengan kejahilan dan penuh ego tidak mempedulikan tawaran ini, menolak ketepi. Bukankah itu cukup kurang ajar bagi hamba yang hina seperti kita ini?

Mengapa ada dalam kalangan kita bisa menangisi kehilangan kekasih baik lelaki mahupun perempuan. Mengapa kita sangup berlapar dahaga untuk membahagiakan insan tersayang? Bahkan mereka itu bukan stau kepastian. Bukalah mata wahai rakan dan teman.

Balaslah cinta-Nya kerana Dia tidak akan pernah menutup pintu tersebut. Ayuhlah kita tanam cinta terhadap-Nya. Cintailah Dia. Kongsi lah duka dan lara dengan-Nya. Dialah pendengar yang setia. Pergilah kepada-Nya. Ayuh !

Sambutlah seruan-Nya

Wallahu’alam

Monday, February 27, 2012

AYUH PERANG

Cuaca yang mulanya tenang dan mententeramkan tiba tiba berubah dalam kadar masa lebih pantas daripada kilat yang menyambar. Bayu malam yang mulanya bertiup lembut dan ayu serta merta mengganas,tidak diduga dan tidak disangka. Gerimis yang pada mulanya sekadar mendinginkan suasana tiba tiba memuntahkan ketulan ketulan hujan yang menghempap atap bumbung rumah lalu menghasilkan bunyi yang menusuk ke pedalaman telinga, menggegarkan cochlea dan ear drum. Suasana bingit.

Manusia berlari bertempiaran, berteriakan mencari tempat perlindungan. Mulut mulut dan bibir bergerak ke atas dan kebawah, berkumat kumit meminta pertolongan daripada Ilahi. Hati hati kecil mula menangis dan merintih mendambakan pertolongan-Nya.

Gimik


*Drama sudah tamat*

Sudahkah anda jelas akan tujuan hidup penciptaan manusia?

Erk, sebelum itu, saya di sini ingin menguntum ribuan bahkan jutaan ampun dan maaf daripada hujung rambut yang paling panjang hingga ke hujung jari kaki yang paling panjang atas dasar penggunaan kata ganti diri yang tidak konsisten. Umum mengetahui kita amat memerlukan bakat bakat muda untuk mewarnai arena seni penulisan tanah air ekoran permata permata tua sudah makin terhakis sinaranya dek usia yang meningkat. Dan saya sngat la failed untuk menjadi tunas tunas itu. Ok lari topic.

Cuba kita renung dan fikirkan sejenak. Pandang dengan mata hati ke sekeliling kita. Bayangkan, deruan ombak membangkitkan ruh ruh dalam jiwa. Bayangkan manusia yang berkeliaran atas jalan raya mengejar dunia. Roda roda kenderaan berputar ligat mendokong nafsu nafsu manusia untuk terus lalai dan leka. Hon hon motosikal dibunyikan beberapa kali tatkala lampu isyarat tidak berfungsi dengan efisien. Suhu badan tiba tiba dalam paras berjaga jaga.

Tahukan mereka ini akan tujuan hidup?

Apa peranan kita?

Dilemma. Dilemma.

Ummat dalam keadaan dilemma.



Di manakah pengakirnya jika wang dan harta menjadi destinasi? Sampai bilakah perlumbaan ini akan berakhir jika pangkat dan darjat memandu jiwa yang berkarat tadi? Apa nak jadi? Tali tali ukhuwah terlerai dek kerakusan nafsu mengejar dunia fatamorgana ini. Wah, ini kali pertama saya menggunakan perkataan ini. Agak bangga di situ. Iman dan takwa kian pudar dan terhakis. Ilmu nya tinggi bertingkat tingkat tapi malang dan menyedihkan amal nya tiada. Luarnya tampak tegap dan mantab tapi dalamnya penuh dengan lopang lopang.

Dilemma dilemma.

Mulut sungguh mudah berbicara. Jari jemari sungguh mudah memuntahkan kata kata. Bagaimana dengan kita? Cukup bagus untuk bertinta?

Sedar dan bagkitlah wahai ruh ruh yang kering.

Kita bukan robot. Kita ada tugas untuk diselesaikan. Sesungguhnya tiada jalan ketiga. Islam atau jahiliyyah, pilihan di tangan. Dan mereka yang mengamalkan sebahagian daripada agamanya adalah orang Yahudi.

Diwajibkan ke atas kamu berperang padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ianya baik bagi kamu

boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui


(Al-Baqarah :216)

Ayuh kita berperang. Berpernag melawan nafsu dan segala kejahilan yang ada dalam diri kita. Sesunggunya kita mampu. Lepaskan tompok tompok jahliyyah pada diri kita dan ayuh istikamah. Hidayah itu milik Allah maka usaha kita wajib diiringi dengan doa.

‘Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engaku Maha Pemberi Kurnia’

(Ali Imran :8)