Friday, March 31, 2017

CAIR & PEKAT





“Macam mana boleh stay lagi?” Soalan itu terpacul keluar agak tiba-tiba. Sudah beberapa kali pada kesempatan lepas kita jawab soalan-soalan seperti ini. Seakan ia relevan.

“Kenape? Actually agak tak valid la nak jawab soalan tu, sebab baru setahun jagung.  Terlalu baru, bahkan kita dua sama je..” Cubaan mengelak oleh Akh A. Sukar barangkali.

“Tapi mesti ada something kan?”

“Something macam mana?”

“Sebab saya ada cousin yang dia ikut jugak benda-benda macam ni masa sekolah, dekat mrsm Pontian, tapi sekarang dah tak ikut”

“Haaa, ada tanya dia kenapa dah tak ikut?”


Dari Serdang melalui jalan raya lingkarang tengah mrr2 petang itu untuk ke Terminal Bas Bandar Tasik Selatan yang sepatutnya memakan masa hanya kurang lebih 7 minit ke sepuluh minit menjadi lama, ekoran soalan yang tidak dapat dijawab. Ditambah pula bilangan kereta yang menggila pada petang hjung minggu itu. Speaking of Serdang, ia merupakan satu tempat yang menjadi saksi banyak pengalaman tarbiyah tercurah di situ.

Mengingatkan kami satu episode sepak terajang;


“Kata semalam tujuh puluh orang?”

“Haah, tapi end up 12 je. Huhu”

“Berapa percent tu pengurangan?”

“Takpe Bang, bukankah naqib-naqib yang dilantik dalam Perjanjian Aqobah pertama 12 orang bilangannya? Haaa, nilah depa sume”

Positif!


….


“Tak tahu la nak jawab macam mana. Just yakin dengan fikrah dan jalan ni kut. Lagipun belum ada sebab untuk stop atau pilih cara lain..”

“Hmmm…orang kata fikrah kena strong juga kan untuk maintain..”

“Betul.”

“Macam mana tak nak bagi cair?”
Banyak pula soalan-soalan susulan. Menguji minda dan iman pula tu! Tetapi soalan-soalan ini penting,kita panjangkan pada yang lebih lama, lebih berpengalaman, yang lebih dahulu makan asam dan garam. Pendek kata lebih dahulu merasai sepak terajang tarbiyah!


“Akh, nak Tanya…”

“Ye?”

“Kalau kita tengok binaan ke bawah, makin lama makin cair la kan….”

“Expected la kan…” .. “Sebab itu kita nak bina Qaedah Sulbah betul-betul”

“Hmm.. macam mana tak nak bagi fikrah kita cair, atau cane nk bagi pekat?”

Lama juga pause.
Soalan penting dan sukar, jawapan mesti terbaik. One off!


“Ada banyak cara khie..” ringkas

“Antaranya?”

“Banyak baca buku fikrah, dengar recording, dan paling efektik beramal terus dengan apa yang anta dapat. Fikrah nazhori tak sama dengan amali…”

“Maksudnya..”

“Maksudnya, mungkin anta menguasai fikrah tentang akidah dengan baik, ilmu usul dan cabangnya, tetapi belum tentu keyakinan anta sama seperti burung-burung yang 100% bergantung kepada Allah.. jadi nak test, bukan on paper akhi. Tapi di medan ..”


“Tuntas..”

Tuesday, March 28, 2017

PERBUALAN YANG DIRINDUI





"Macam mana kalau mad"u tanya, 'kenapa kena jadi da' i'.. 

Mad'u ni, takde mindset nak buat dakwah lagi. So camne nak bagi jawapan tepat padat dan simple bagi dia faham... "

Satu pesanan dari seorang akh kepada akh yang lain. Bertanya soalan seputar kemurabbian, halaqah, menguruskan binaan dan menjawab persoalan-persoalan mutarabbi masing-masing. Indahnya dakwah ini telah menghubungkan individu-individu walaupun tidak saling mengenali, bukan teman sepermainan apatah lagi mempunyai hubungan darah.

Tetapi ternyata hubungan iman telah menyatukan kita semua. Sehingga tidak lagi segan untuk bertanya dan berkongsi.

Memetik kata-kata seorang ustaz,

“Kehidupan beramal jamaie ini telah membuka seluas-luasnya pintu kebaikan untuk kita beramal yang wajib untuk kita syukuri dengan menggandakan amal”

Subhanallah.


" Try eksplen term da'a dan da'wa tu. Boleh rujuk muntalaq bab 4. Basically perbuatan da'wa tu merujuk kepada mencenderungkan orang kepada sesuatu.. "

" Ok, lagi? "

" Pastu maybe boleh main logic dan psikologi cket. Cakap yang kat dunia ni ada dua jenis manusia, satu yang dipengaruh dan satu lagi yang terpengaruh. Kita boleh jadi antara dua-dua. Boleh attack part concious dia.

Kalau kita ni dipengaruh untuk buat benda baik so its okey. Tapi bagaimana kalau kita ni menjadi orang yang berpengaruh, yang mana orang mudah untuk terikut ngan kita.."

“Menarik.. "


" Time ni boleh la tadabbur surah yassin ayat 12 part ‘Kamilah yang mencatat apa yang mereka telah kerjakan(قدمو) dan apa yang mereka tinggalkan(ءاثٰر). Tune yg kita ni bukan hanya dihitung apa yang kita buat, malah bekas2/kesan2(ءاثر) perbuatan kita pon bakal dihitung. Boleh jadi action atau kata-kata kita ni meninggalkan kesan pada orang lain secara sengaja atau tak sengaja.

So harmonikan yang setiap orang adalah daie. Sebab setiap orang saling mencenderungkan satu sama lain. Just, kita ni akan mencenderungkan orang lain ke arah mana?"


"Huhu jzkk akh"

"Sokay"


Jadi kita ni akan mencenderungkan orang lain ke arah mana?


Semoga perkumpulan manusia yang saling prihatin, bertanya dan berbincang tentang orang lain, tentang bagaimana memberi manfaat kepada orang lain ini terus subur, bertambah dan menguasai sekelian banyak perkumpulan dan perbincangan yang melata di muka bumi.

Betapa kita rindukan suasana ini, perbualan ini dan keprihatinan ini.

Sunday, March 26, 2017

"DIA DAH LEFT..."






Akh B memberitahu seorang ikhwah yang lain bahawa dia sudah nekad. Dia tidak mahu berfikir panjang lagi. Setelah begitu lama memendam perasaan, akhirnya beliau tewas dengan emosi dirinya lalu mengambi keputusan untuk tidak bersama tarbiyah lagi

“Dia dah left group pagi tadi”

“Innalillah. Kenapa tiba-tiba sangat?”

“Multi factors” Sambut ikhwah itu. “Katanya akan bawa keluar semua barang-barang dari Rumah Islam tak lama lagi..sudah nekad. Ini serius akhi”

“Isnya Allah, kita bagi ruang sikit. Moga Allah lembutkan hati kita dan dia supaya sentiasa berada atas kebenaran..”


Begitulah masalah timbul. One after another. Bertalu-talu. Belum sempat masalah-masalah yang sudah sekian banyak diselesaikan, masalah lain pula timbul.


Sudah banyak yang kecewa dengan keberhasilan lantas memilih untuk terus berhenti beramal. Yang kuat beramal tetapi tidak mendapat sokongan dari ikhwah yang lain. Yang banyak memberi. Yang semangat mengejar mad’u siang dan malam. Sehingga amal-amal yang banyak ini menyebabkan dia menghitung-hitung dan termakan bisikan syaitan.


Betapa hebatnya syaitan meniupkan perasaan-perasaan tidak sihat ini.


Kekecewaan adalah perkara biasa. Bahkan dakwah ini dicetuskan kerana kecewanya Imam Hassan al-Banna dengan reaksi para ulamak di zamannya yang sudah lesu dan luntur ruh jihad untuk menyelamatkan keadaan islam dan umatnya pada waktu itu.

Kisah ini telah beliau titipkan sendiri. Sebagaimana berikut;


"Wahai Sheikh, saya berbeza pendapat dengan anda dalam persoalan ini. Saya menyakini bahawa persoalannya tidak semata-mata kerana kelemahan, kerana sikap berpangku tangan atau lari dari tanggungjawab. Lagi pula, apa yang anda takuti?  Pemerintah,  Al-Azhar?


Penghidupan anda sudah mencukupi. Duduklah sahaja di rumah dan bekerjalah untuk islam. Sbenarnya umat ada di pihak anda jika anda memberi perhatian kepada mereka kerana mereka semua Muslim. Saya telah mengenal mereka di kedai kedai kopi,  di masjid-masjid dan di jala-jalan raya. Saya lihat mereka bersimbah iman.  Namun ia menjadi kekuatan yang terabaikan oleh kaum atheist dan liberalis. Koran koran mereka tidak akan bererti kecuali pada saat saat kalian lemah.


Seandainya kalian peringatkan tentu mereka akan segera kembali ke lubang mereka. Wahai ustaz, jika anda tidak ingin bekerja untuk Allah, bekerjalah sahaja untuk dunia dan untuk roti yang anda makan..


Ingatlah jika islam lenyap dari tengah tengah umat, Al-Azhar pun akan akan lenyap dan punah pula para ulama'nya sehingga anda tidak akan mendapatkan apa yang akan anda makan mahupun yang akan anda dermakan. Perjuangankan kepentingan anda saja jika anda tidak mahu perjuangkan eksistensi islam.  Bekerjalah untuk dunia sahaja jika anda tidak ingin bekerja untuk akhirat. Kerana jika tidak demikian dunia dan akhirat anda akan lenyap secara bersama-sama"


Ucapan Hasan al-Banna kepada sekumpulan ulama di suatu pertemuan membicarakan kondisi umat islam di Mesir.

Petikan dari Memoar Hassan Al-Banna.


Begitulah kekecawan telah mencetuskan satu kebangkitan. Cuma kekecewaan yang menimpa akh yang kita sanjungi ini ternyata tidak membawa kesan positif. Beginilah perjalan amilin dakwah saban hari. Bermain dengan emosi dan perasaan. Sebab itu qudama, yang terlebih dahulu menapaki jalan ini daripada kita semua sering menasihati bahawa semangat ini jika tidak dituntun dengan kefahaman akan marak seketika. Kelak akan padam dan langsung mati.

Bahkan Abu Ammar telah menulis makna yang hampir sama. Kesan kuatnya beramal, tanpa ada penerusan tarbiyah dan ilmu dan ibadah akan menyebabkan ruh semakin pudar, timbullah pula masalah ukhuwah. Kemanisan di awal perjuangan tidak akan bertahan lama.


“Salam akhi..”

“Waalaikumusalam…”

“Bila kita bole jumpa untuk discuss..”

“Entah lah..”

“Esok jom puasa, berbuka sama..?”


Semoga ibadah ini mengikat kita kembali di jalan yang indah ini.
Selamat berjuang buat akh murabbi!

Saturday, March 25, 2017

CERITA YANG RINGKAS TAPI TRAGIS



Kisah yang akan diceritakan ini adalah kisah yang ringkas tetapi tragis. Ya. Pengakirannya begitu sedih, tidak seperti mana kisah-kisah dalam filem-filem Bollywood yang mana di saat akhir, si Hero dan temannya disatukan, mereka menempuh kehidupan bahagia. Ya, bukan seperti itu.


Kita teramat ingin ini agar bukan kisah benar. Tetapi ternyata ia telah berlaku dalam kalangan ikhwah. Semoga kisah-kisah ini belum berakhir. Kerana harapan masih ada, masih ada sinar di hujung jalan. Hanya sahaja masa yang menjarakkan kita kepada penamatnya.


Seorang akh yang boleh dikatakan telah menunjukkan prestasi amal yang cemerlang selama beberapa tempoh di kampus tempat belajarnya, akhirnya kecundang kerana mengambil keputusan sendiri. Beliau telah tiba ke tahun-tahun akhir dan perlu membuat beberapa keputusan yang besar. Yang diajar, yang pasti adalah dengan mengikut keputusan dakwah. Kerana insya Allah jika dakwah kerana Allah dan Rasulnya menjadi neraca, di mana-mana sahaja kita mencampakkan diri kita, Allah tidak akan menyia-nyiakan kita.

Keyakinan ini telah tersemat dalam dada para ikhwah yang mulia itu. Sehingga seorang akh yang sudah bertaraf eksekutif dengan angka gaji bulanan yang cukup lumayan, sanggup meninggalkan dunia korporatnya itu dan menceburkan diri dalam perusahaan kecil-kecilan. Bila ditanya akan hal itu, beliau dengan tenang menjawab,

"Alhamdulillah, ana flexible kan masa untuk dakwah"

Perkara ini sangat dibangga-banggakan dalam kalangan ikhwah. Is persis mengulangi kisah seorang sheikh yang juga merupakan seorang tenaga pengajar di sebuah Universiti terkemuka di Afghanistan. Di pertengahan kariernya, ia membahagikan hari-hari bekerjanya kepada dua. Sebahagian diteruskan untuk membangunkan profesi, sebahagian lagi untuk berjihad di jalan Allah.

Setelah rutin itu berterusan selama beberapa ketika, Syeikh yang menjadi teladan itu merasa tidak cukup. Dia terus tawar menawar dengan komitmen kerjayanya sehingga dia menjadi full-timer, berjihad di jalan Allah. Subhanallah!


Tetapi kali ini sebaliknya yang berlaku. Akh itu tewas dengan kehendak-kehendak lain. Tidak perlulah kita panjangkan di sini.


"Salam akhi, apa khabar. Ada kat mane tu? "

" Waalaikumusalam wmb. Baik. Alhamdulillah. Kt rumah. Tengah intern sekarang.. "

" Oh. Dah tahu anta kat rumah. Saje tnye hehe"

"Er. "

" Kat rumah macam mana? Apa yang boleh bantu? "

" Tolong doa akhi.. "

" Insya Allah. Halaqah macam mana? “


***

Blue tick.

"Ok ke khie? "

Blue tick


***

Begitulah kisahnya.
Blue tick.


Thursday, March 23, 2017

"ANTA TANYA, BERBALOIKAH??"





Seorang murabbi menanyakan keadaan binaan atau seorang mutarabbinya yang sedang bercuti di kampung selama satu minggu. Di kesempatan yang baik itu juga dia menanyakan bagaimana status halaqah yang dibawa oleh si mutarabbi, kerana ditakdirkan Allah, medan amalnya itu di kampus lain dan tidak bercuti.


“Akhi, bagaimana dengan halaqah yang anta bawa minggu ni?”

“Nampak macam tak dapat nak proceed la huhu”

“Innalillah. Bila anta plan mahu pulang ke medan?”

“Hujung minggu ini insya Allah!”

“Oh. Tak boleh awalkan? Supaya sempat untuk kelola halaqah minggu ini ?”

“Dah beli ticket bus. Huhu. Lagipun mutarabbi sorang je, berbaloikah?”


Jawapan si mutarabbi ternyata mengundang perasaan pelik, gundah gelana dan boleh juga dikatakan kecewa pada si murabbi yang prihatin itu. Dia berasa respon ini sesuatu yang ajaib. Berbaloikah? Tidak patut kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang yang sudah ditarbiyah hampir dua tahun lamanya dan telah menghafal sekelian banyak ayat-ayat tentang kewajipan berdakwah. Hampir-hampir sahaja dia meluahkan perasaannya seperti berikut.


“Akhi, anta tanya berbaloikah? Bukankah anta telah hafal matan beserta sanad hadis unta merah? Yang bahawasanya jika seorang itu mendapat hidayah atas asbab usaha anta, itu lebih baik dari unta merah? Adakah harga tiket bus itu lebih mahal daripada unta merah yang nabi sabdakan? Yang dakwah minta hanya satu hari lebih awal daripada sekalian banyak hari  cuti yang anta habiskan. Adakah itu juga lebih berharga sehingga anta tidak sanggup untuk korbanannya lagi?”


Ternyata ayat ini tidak diluahkannya secara direct kerana maknanya terlalu berat dan sedikit keras. Cuma dia berharap si mutarabbi memikirkan kembali keputusannya yang tidak logik itu. Mengapakah generasi dakwah hari ini diwarisi oleh para pelapis yang sudah tidak nampak unta merah?

Ini merupakan satu soalan untuk ditanya kepada semua.

Akhirnya akh murabbi mengambil jalan bermuhasabah. Kerana seorang akh telah memberikan satu kata-kata yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya.


“Sebaik-baik metod mentarbiyah adalah dengan qudwah akhi”

Ya.

Tidak ada yang tidak benar akan nasihat akh itu. Jika kita ingin meminta satu hari daripada hari-hari mutarabbi, maka hendaklah kita memberikan dahulu barangkali seminggu daripada masa-masa kita. Jika kita meminta pengorbanan wang berupa sekeping tiket pulang ke kampung daripada si mutarabbi, maka kita hendaklah terlebih dahulu mengorbankan lebih daripada yang itu.

Mulai hari itu dia tidak membebel panjang lagi. Sebaliknya akh murabbi ini terus memacu laju dan menjadi qudwah yang dibangga-banggakan oleh ikhwah setempat. Semoga kita semua mampu mencontohi beliau.