Wednesday, September 23, 2015

DAN TUHANMU, BESARKANLAH!




It has been quite sometime since I last posted something here. After so long, it feels like a stranger to write here. The air is now different. I can say almost everything is now different, peculiar and unfimiliar. Tetibe.

English terus!

As quoted,

“Setiap urusan ada masa-masanya”


Boleh jadi kadang-kadang Allah swt dengan penuh sifat RahmatNya mentakdirkan kita sekeping masa, sekelumit waktu daripada baki hidup yang penuh dengan harapan ini untuk bersendiri, bermuhasabah dan bertafakur. Menyepi dan menyendiri bukan bermakna berundur. Akan tetapi ia adalah proses mengumpulkan kekuatan dan bekalan untuk kembali tampil dengan semangat, kefahaman dan harapan baru!

Itulah mungkin yang boleh dikatakan. Sudah hampir bahkan sepurnama lebih paparan alam maya ini sunyi daripada khabar  berita.


Sedikit tadabur, mengenangkan perayaan Idul Adha yang bakal menjenguk kita buat sekelian kalinya insya Allah.


لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنْكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ


Daging-daging haiwan korban dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.
Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu.
Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.
(Al Hajj :37)

---


Allah swt memang menggesa kita mencari jalan, wasilah untuk mendekatkan diri kita kepadanya sebagaimana yang difirmankan-Nya dalam ayat ke 35 surah al Maidah, (rujuk 5:35). Adapun begitu, wasilah ini mestilah selari dengan apa yang disampaikan oleh ar Rasul Muhammad saw.  Antara wasilahnya ialah dengan melakukan ibadah qorban.

Bahkan qorban dari segi bahasa bermaksud qarib, yakni dekat. Ia merupakan satu ibadah dalam usaha mendekatkan diri hamba yang melakukan ibadah qorban kepada Allah swt. Ia bukan sekadar sebuah pesta menyembelih haiwan ternakan, berkenduri dan bertanding siapa yang lebih banyak bahagian qorbannya.

Dek kemerosotan ekonomi yang meruncing ini, pasti ramai yang tidak mampu untuk melakukan ibadah ini dan terpaksa berputih mata. Dengan harga bahagian korban yang perlu disempurnakan meningkat saban tahun, bukan tak ramai yang terpaksa menangguhkan dahulu hajat mereka. Tidak mengapa. Sungguh, Allah swt, tidak ada yang dapat menandingi keadilan-Nya. Kerana Allah nyatakan, bukan daging mahupun darah haiwan yang sampai kepada Allah swt, akan tetapi ketaqwaan.

Jika tidak berkemampuan berkorban dari sudut ini, maka marilah kita cari wasilah lain untuk mendekati Allah swt. Asalkan berbasiskan ketaqwaan kepada Allah swt.


Berkorban untuk agama yang indah ini dari segi masanya, tenaga, buah fikiran dan lain lain juga merupakan wasilah untuk mencari keredhaan Allah. Idul adha yang bakal kunjung dua hari lagi merupakan satu teguran dan peringatan untuk kita melihat pengorbanan kita dalam menegakkannya ad deen ini. 10 Zulhijjah saban tahun dan hari hari tasyriq yang mengirinya merupakan momen yang baik untuk kita semua, terlebih utama mereka yang menamakan diri mereka duat ila Llah untuk merenung dan menghisab diri sendiri, dalam rangka melihat sejauh mana pengorbanan dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah telah kita lakukan?


Peluang dan ruang untuk melakukan pengorbanan sebenarnya peluang yang Allah swt buka seluas-luasnya untuk kita mengagung dan membesarkan Allah swt. Bukan peluang beramal lantas merasa bangga, ujub dan takabur terhadap diri sendiri! Tidak sama sekali. Akan tetapi nikmat hidayah yang disuluhkan kepada kita membutuhkan kita untuk terus menerus membesarkan Allah swt dalam hidup kita. Membesarkan Allah swt melebihi diri sendiri, kerjaya, keluarga bahkan apa sahaja yang kita temui di persimpangan hidup ini.

Para ulamak tafsir ada yang bersetuju bahawa kelompok ayat kedua yang diturunkan kepada ar Rasul saw setelah surah al Alaq ayat 1 hingga 5 ialah surah al Mudathir dari ayat pertama hingga ayat ke tujuh. Dalam kelompok ayat ini, ia dibahagikan kepada tiga kluster atau komponen (seruan, arahan berdakwah dan persiapan-persiapan dakwah).

Ayat ketiga memulakan persiapan yang perlu dilakukan oleh Rasulullah saw dan mereka yang mengikuti baginda.

Persiapan pertama ialah,

“Dan Tuhanmu, besarkanlah!”

Warabbaka, fakabbir


Dari sudut bahasa Arab, ayat ini dibawakan dalam bentuk songsang atau pasif, kerana maf’ulu bih, yakni entiti yang diperlakukan (dibesarkan) ke atasnya berada di pangkal ayat, dalam kes ini ialah ‘Rabbaka’. Maka, ia membawa maksud extra daripada terjemahan semata-mata. Ia bukan sekadar bermaksud, dan Tuhanmu, besarkanlah.

Akan tetapi lebih intense, mendalam dan tinggi zouqnya.

Ia seolah-olah menggesa Rasulullah saw dengan suruhan;

Dan Tuhanmu, hanya Tuhanmu, besarkanlah! Bukannya benda lain, hanya Tuhanmu. Hanya Allah swt yang wajar dibesarkan, no satu, datang mendahului perkara-perkara lain. Tatkala para duat memahami ayat ini dan mengaplikasi dalam hidup mereka, maka dakwah akan kelihatan mudah, mudah terlaksana meskipun ada waktu waktunya ia sangat berat dan meresahkan jiwa. Akan tetapi, tatkala Allah swt telah dibesrakan, yang berat terasa ringan. Yang susah teras senang. Yang meresahan terasa mendamaikan. Begitulah!

Untuk kita para duat pula, di Idul Adha ini, sejauh mana telah kita besarkan Allah swt dalam hidup kita? Bolehkah kita tunduk di hadapan hukum Allah ? Tunduk dan patuh pada perancangan dakwah? Tunduk untuk meninggikan firman firman Allah ? Tidak menghiraukan sebarang kesulitan di jalan dakwah kerana Allah telah kita besarkan ?

Sudahkah kita sampai ke tahap ini?

Sungguh berat bukan!

Akan tetapi, ia adalah khabar gembira buat orang yang berbuat baik. Ia terasa indah, tenang dan berita yang dinantikan oleh orang-orang yang bersangatan dalam berbuat baik, bagi orang yang jiwa dan seluruh kehidupan mereka sinonim dengan kebaikan. Khabar gembira bahawa yang sampai kepada Allah adalah ketaqwaan. Maka pengorbanan dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah terbuka luas untuk kesemua hamba-Nya.


Akhi Fillah,

Terasa sangat dekat bukan ayat ini dengan kita? Begitulah al Quran, sentiasa kena dengan kondisi para duat, kapan pun kita membaca dan merenungnya. Kita tidak pernah bosan dengan interaksi interaksi kita dengan al Quran. Kita sentiasa ternanti-nanti dengan kefahaman kefahaman baharu yang Allah bakal kurniakan.

Cumanya, entah bilakah kita akan beramal dengannya?

Salam Idul Adha 1436

Thursday, August 13, 2015

AKHI FILLAH #3

Tadabur sepetang, bersama akhi Fillah.


Sebelum itu, kami ingin mengungkapkan kembali satu kata kata keramat yang diucapkan oleh Amirul Mukminin, Umar al Khattab r.a suatu ketika dahulu seputar menikmati kata-kata yang baik dari akh Fillah kita. Ujar beliau;

“Seandainya aku tidak berjuang di jalan Allah, atau meletakkan keningku di tanah kerana sujud kepada Allah, atau duduk semajlis dengan suatu kaum yang suka memungut perkataan baik sebagaimana mereka memungut buah masak yang terjatuh, tentu aku lebih suka mati sahaja menghadap Allah”

Begitulah bernilainya al-akh di sisi generasi awal agama ini, generasi salafu soleh. Duduk duduk bersama al-akh, dan memetik kata-kata yang baik daripada mereka persis petani menuai hasil tanaman, merupakan salah satu nikmat dunia bagi mereka.

Sheikh kita yang lain pula berkata seputar kata-kata yang baik;

“Sebaik-baik perkara ialah: Perkataan yang lembut, yang dikeluarkan dari lautan yang dalam, melalui ungkapan lidah seorang yang peramah dan berbudi”

-Muntalaq


Adunan yang cukup indah dan mempersonakan. Tidak perlu kita berlebih-lebih lagi dalam menghuraikannya. Ia dapat dihadam dengan sekali renungan. Ia terus menerjah masuk ke pintu kalbu dan menginsafkan kita. Di akhirnya, ego kita dijinakkan dengan persoalan, bagaimana kata katamu seharian akh? Bermanfaat ? Atau muslim yang lainnya tidak sejahtera dengan lisanmu?
Allah!


Tadabur kita.

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya…”

(Al Kahfi :28)

Akhi Fillah,

Allah swt mulakan ayat ni dengan satu feel amar. Satu arahan. Wasbir. Jika tiada huruf wau tu, ia jadi isbir! Bersabarlah !

Sabar. Selalu kita dengar sabar dituntut dalam dua perkara.  Sabar dalam ketaatan kepada Allah dan sabar dalam menjauhi maksiat.  Sabar untuk terus taat, beribadah kepada Allah tatkala pelbagai ujian, godaan dunia mendatang, kita terus sabar. Keduanya, sabar untuk menjauhi larangan-laranganNya meskipun ia menarik mata kita, meskipun teruji shahwat kita, meskipun hampir kesemua orang di sekeliling kita melakukannya, kita dituntut sabar untuk menjauhi.


Menariknya, kali ini Quran mengajak kita melihat sabar dari dua sudut,  secara individu (nafsaka) dan collective (maaladzi)

Sabar ni hanya salah satu daripada berpuluh bahkan beratus ciri wajib ada pada sang daie.  Dan semua elemen ni, sebelum datang secara kolektif,  ia datang dari individu.  Dari diri kita.  Kemudian dibaiki dan dipercantik dalam komunitas, dan perkumpulan, dalam hidup berjemaah.

Berkomunitas. Berjemaah.

Sedar tak sedar,  manusia ni tidak dapat lari dari hidup berjemaah.  Kita perlukan orang lain untuk memenuhi keperluan hidup kita. Nak makan, nak kerja,  dapatkan rawatan kesihatan, menyekolahkan anak, baiki kereta, basuh baju di kedai dobi dan sebagainya.  Mustahil boleh hidup seorang. Cuba tengok dalam smartphone kita, bape puluh group what’sApp kita join. Kalau satu semester kita mengikuti tujuh subjek kuliah, paling kurang ada tujuh la group. Itu baru untuk pendidikan. Belum lagi ambil kira group group lain. Group taman perumahan, ajk surau, team bola, team badminton, rakan sekerja, kawan lama peringkat rendah, peringkat menengah, di universitas dan sebagainya. Ok banyk la point is.

Itu dah dikira community,  collective.  Busuk busuk pun organisasi ini, ada juga admin seorang mahupun dua. Meskipun ada dalam kalangan ahli group ini ada yang claim tidak suka pada jemaah, anti kepada keramaian, sedar tak sedar dia sendiri hidup berkomuniti. Nah!

Tetapi community yang bagaimana justeru kita perlu bersabar bersama ?

Kerana di luar sana ada begitu banyak sekali jenis jenis komuniti, yang matlamatnya bermacam-macam, hala tuju nye berbeza, topic perbincangan yang beragam bahkan ada yang bemanfaat dan tidak kurang juga yang memudaratkan. Kalau dalam kumpulan kumpulan manusia yang sering berbicara menggunakan kata-kata kesat dan berbicara perkara yang tidak senonoh, gossip gossip artis, memaki hamun pemimpin yang tidak disukai bahkan ada yang lebih teruk daripada itu, adakah kita digesa bersabar dan bersama mereka juga?


Allah jelaskan dua ciri cirinya. 

Pertama; "Yang menyeru Tuhan mereka di pagi dan senja hari.."

Perkataan 'yad'uu' didatangkan dalam bentuk fiil mudari' iaitu bentuk present and present continuous tense, sudah cukup menggambarkan betapa mereka terus menerus menyeru Tuhan.  Tetapi Allah tambahkan lagi rasanya dengan frasa di pagi dan senja hari.

Seolah olah komuniti yang di maksudkan adalah yang terbaik dalam menyeru tuhan mereka. Sepanjang masa.  Siang dan malam. Pagi dan petang. Wujudkah orang yang mengingati Allah, berzikir, berdoa, menyeru dan berdakwah kepada Allah dengan kadar kekerapan ini? ! Kedengaran mustahil di situ.

Ciri kedua ialah yang mengharapkan keredhaan Allah. ‘Yuriduna wajhahu’ . Sekali lagi Allah menggunakan perkataan berbentuk fiil mudhori’, yuriduuna, sentiasa berkehendak, terus menerus. Wajhahu pula secara literal bermaksud memalingkan wajah kepadaNya. Bertawajjuh kepada Allah.  Hidupnya menghala kepada Allah. Orientasinya ialah Allah.  Ghayahnya ialah Allah.  Allah semata-mata dan tiada yang lain. Allah adalah matlamat mereka.

Akhi Fillah,

Ciri kedua ini seakan sukar untuk terpenuhi. Bahkan ciri pertama juga. Orientasi hidup menentukan siapakah kita. Dan kita sering kali akan bersama, berkomuniti, memilih untuk rapat bersama dengan orang yang memiliki orientasi hidup, obsesi dan kesukaan yang sama dengan kita. Kita lebih senang bergaul dengan orang yang ‘sekepala’ dengan kita. Bak kata para saintis, ‘ada chemistry’

Akan tetapi, Allah menjelaskan bahawa jenis kepala, geng mahupun kumpulan yang berorientasikan Allah lah yang patut kita sabar, dan terus bersama mereka.

Mahal sungguh perkumpulan ini.  Seakan mustahil untuk wujud.

Akan tetapi Akhi Fillah,

Agak pelik bila Allah menyuruh kita bersabar dengan mereka yang diperincikan seperti di atas. Ironi. Sesempurna komuniti macam tu pun kita kena sabar ? Seakan ada satu pengajaran yang mahal buat kita, kepada duat ilaLlah yang memilih untuk bergerak dan menjalani kehidupan ini secara kolektif, bahawa betapa cemerlang mana pun sesuatu kumpulan manusia itu, akan ada cacat celanya.

Kerana sebenarnya tiada ada satu kumpulan manusia pun yang sempurna dan dapat memenuhi kehendak kita.  Maka kita diminta utuk sabarkan diri kita dan bersama mereka. Kita lah barangkali orang-orang yang berangan untuk jadi komuniti tersebut. Yang terus menerus menyeru,  berdoa dan berdakwah ilaLlah dan yang menjadikan Allah orientasi hidup.

Tetapi ada cacat cela kita, yang sama-sama kita kena sabarkan diri untuk terima, berlapang dada dan bantu. Ada dalam kalangan kita yang mungkin nak uruskan pakaian dalam pun tak lulus,  bersabarlah. Seteruk mana pun ikhwah kita,  inilah kumpulan manusia yang terbaik yang kita boleh dapatkan, untuk bersama, bersabar di jalam dakwah.

Allah swt akhiri ayat ni ;

“..Dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas”
Pengajaran yang sangat bermakna di jalan dakwah.

Ia menyentak kita untuk sedar. Harapan yang terlalu tinggi yang kita letakkan kepada rakan rakan kita, dai di jalan Allah itu dan mengharapkan kesempurnaan daripada mereka sering kali membuatkan kita kecewa dan kecundang. Tidak sedikit bahkan, yang meninggalkan jalan dakwah kerena kecewa di tangan al-akhnya.

Akhi Fillah,


Di hadapan kita adalah manusia yang tidak lebih dan tidak kurang seperti kita. Terimalah kepelbagaian ini, berjalanlah bersama, baikilah cacat cela itu dari masa ke masa dan bergembiralah kerana inilah kumpulan yang Allah maksudkan. Meskipun masih jauh untuk memenuhi standard piwaian al-Quran yang seakan tidak tercapai itu, sekurang-kurangnya dengan kumpulan ini kita jauh lebih terjaga dan terpelihara daripada godaan dunia, shahwat, panahan setan dan kumpulan kumpulan manusia yang telah pun lalai hati mereka.

Dekaplah perkumpulan mu itu, bersabar bersama mereka jauh lebih baik dari dikau bersendirian akhi. Beginilah di jalan dakwah, kita memetik nasihat dari al-Quran lalu kita mantapkan rabithah kita dan tetapkan derap langkah, terus maju bersama deru dakwah!


Friday, July 31, 2015

"SATU MASALAH JE.."



“Eh kau kalau takde duit boleh minta dengan aku la!” Habis bergema dewan selera Kak Jenai.

“Eh kau sibuk apasal ah? Kau ingat kau baik sangat ke ha? Dah konfem masuk syurga ke ?” Lawan tetap lawan. Pakai tagline pembangkang nampak. Tapi betul, lawan tetap lawan.

“Baju kau itu, aih, ketat semacam la. Kalau nak beli yang labuh sikit, yang mahal skit, aku boleh pinjamkan duit la weh!” Dua dua ni macam anjing dengan kucing.

“Tak payah la kau nak bajet pemurah hati kat sini..blah la kau, bapak aku duit berlambak la”

“Eh kau la blah, menyemak je. Buat sakit mata tau orang tengok”


Tak pasal-pasal dapat publisiti murahan lagi tengah hari tu. Drama dua orang ni tak habis habis mengisi panggung Sabtu di dewan selera Kak Jenai. Dah lali dah kadang-kadang. Selalu tegur tegur ni berakhir dengan sorak sorakan yang lain. Yang kononnya pro Islamic support Mus, yang liberal skit support Teja. Teja, nama adaptasi Khatijah. Ayu sebenarnya. Tapi tu la..

“Anta ni Mus…tak malu ke orang tengok. Cuba la bawak berbincang”

“Ala Abang Man….tak boleh biar orang macam ni” Mus mendengus.

“Apa anta dapat bila tegur macam tu? Kepuasan nafsu ? ” Pertanyaan Abang Man dibiarkan bergantung tidak bertali.

Zufar Musthakeem. Tidak terlalu tinggi tatkala berdiri dalam kalangan yang rendah dan tidak terlalu rendah tatkala berdiri dalam kalangan yang tinggi. Sedang sedang. Extrovert. Bekas busker tegar. Dulu dulu selalu habiskan hujung minggu di KL Sentral, betul betul bersebelahan mesin Touch and Go ke train KTM KL sentral. Penumpang ke Sungai Gadut, ke Pelabuhan Klang, ke Rawang dan ke destinasi destinasi yang lain pasti akan dihalwakan telinga mereka dengan persembahan jalanan 
Musthakeem.

Walaupun bukan busking untuk dapatkan duit saku, tapi boleh tahanlah. Rezeki turun mencurah-curah. Bukan tak ramai yang hulurkan seringgit dua. Boleh la reload prepaid, boleh buat modal bergayut dengan pujaan hatinya, Zita. Zita pula, ah anak dara orang, kita kuburkan sahaja nama tu di sini.


Lepas SPM, ok bapak la sebelum SPM dah pandai melepak dan busking. Lepas SPM Musthakeem diterima menyambungkan pelajaran ke Taylors Univerisity. Taylors ok, bukan tailor. Tapi kalau Tailor pun apa salahnya? Double standard, huh! Yang masuk universiti sosial ni, orang kata la sosial, sama ada pandai gila, kemudian dapat tajaan mana mana badan penaja, ataupun sama ada tak berapa pandai sangat, cukup cukup makan akademiknya tapi anak orang kaya. Bila duit ada, sume jalan!


“Belajar kat sini kena pandai pilih kawan” Nasihat Abang Man, senior dua tahun Musthakeem. Selepas sesi suai kenal yang tiba tiba pada suatu malam.

“Kawan dengan sesiapa sama je bro, kita kena pandai jaga diri!” Ganas!
Lawan tetap lawan. Tetapi Abang Man memilih untuk senyum.

“Malam-malam kita ada gathering dengan brothers dekat dewan Selera Kak Jenai, tahu?”

“Selalu gathering buat apa? Jamming?”

“Nak tahu kena datang la” Trick!


Itu la antara detik awal. Musthakeem berkenalan dengan Abang Man. Kemudian dengan beberapa brothers lain. Memang di Taylors Universitiy tu lejen la sosial dia. Muslim atau bukan muslim macam sama je. Sama naik. Yang pergi kelas pakai boxer. Yang pakai baju labuh lepas peha, kemudian dah macam tak pakai seluar pun ada. Yang malam malam berselerakan botol botol arak di pekarangan tasik kenamaannya. Tapi husnudzhon jela, sume tu bukan Muslim. Belum disapa hidayah.

“Saya cuma tunai tanggungjawab saya je Bang Man. Mencegah kemungkaran!” Kening sebelah kiri sedikit terangkat. Muka merah menyala. Masih panas. Kalau pakai kanta pembesar, mungkin boleh nampak kepulan asap barannya keluar dari telinga kiri dan kanan.

“Yela, tapi bukan macam tu caranya. Concern tu dah bagus” Tangan kanan menggosok belakang Mus. Sambil pandangan jauh dilontar ke kanvas langit. Kosong.

“Dalam hadis pun ada kan Bang, kena cegah kemungkaran, sama ada dengan tangan, lisan atau hati. Dan orang yang mencegah dengan hati selemah lemah iman. Tak kan nak biar tengok je, minah tu. Islam, tapi pakai baju mengalahkan yang non-Muslim, ish, rimas la saya bang, budak kelas saya tu, dia ok nye!”


Ketulan ketulan batu kecil dikutip dari kaki lima. Satu demi satu dibaling menyerong ke dalam tasik. Balingan side throw tu menyebabkan ada batu yang spining dan menyentuh permukaan air beberapa kali sebelum terus karam di tengah tengah tasik. Not bad. Water surface tension yang kuat sebenarnya menyebabkan fenomena ni boleh berlaku. Hydrogen bond antara molekul molekul air merupakan antara intermolecuar forces yang paling kuat, atau yang terkuat. So what?

Selepas beberapa biji batu dibaling puas, Abang Man membetulkan posisinya. Kedua tangan ke belakang. Selesa. Tenang.

“Cuba anta tengok kat sana Mus” Mulut memuncung ke langit, hitam pekat. Bintang bintang masih menyombongkan diri untuk tampil. Atau sebenarnya malas nak berhadapan dengan manusia manusia yang derhaka pada Tuhan. Kalau tampil pun, akan jadi bahan hidangan mata pelaku maksiat di sepanjang tepi tasik pada malam itu.

“Ada apa?”

“Mana pergi bintang?”

“Entah la. Orientasi lari kot”

“Haa. Sebenarnya bintang ada je kan, cuma kita mungkin tak nampak sebab udara kotor sangat” Abang Man bermadah. “Kadang kadang manusia tu baik je, ada potensi besar untuk berkilau, tetapi kebaikan dan kemurniaan hati nuraninya dicemari oleh persekitaran, cara dia dibesarkan, kawan kawan dia dan environment. Agak unfair la kalau kita judge diorang macam tu je” Tepat! Bukan tahi bintang yang memanah tetapi kata kata Abang Man, memanah tepat ke jantung Mus. Sakit. Rasa macam, ah tak dapat nak diayatkan!

“Nak backup si minah tu la abang ni?” Matanya menatap Abang Man. Tak puasa hati.

“Tak backing sesapa pun”

Langit masih gelap dan kosong. Di sepanjang tepi tasik itu, boleh tahan ramai jugaklah pasangan kekasih bercangkerama. Majoritinya bukan Muslim. Bukan nak bersangka buruk, tapi memang dah tak ada peluang nak bersangka baik. Aksi aksi liar pun makin menjadi bila jam di tangan mnunjukkan waktu makin menuju ke tengah malam dan ke pagi hari. Sindrom tengah malam agaknya, hormone liar, tak tahu malu dirembeskan bertalu talu.

“Anta perasan tak zaman dakwah Rasulullah awal awal di Mekah tu, Rasulullah tak ada pulak kan sibuk nak hancurkan berhala, larang orang minum arak ke apa..kan?” Halus, menyusuk tapi.

“Maksudnya?”

“Sebab Rasulullah tahu, masalah masalah sosial, khurafat sume tu kesan kesan daripada satu masalah je. Satu je. Nak tahu apa?”

“Haa apa?” Mata membulat.

“Masalah hati”

Deep.

Tiba-tiba scene dia dengan Teja bermain di fikiran. Rasa bersalah datang bertubi tubi. Mencucuk dari segenap sisi.

“Dan by the way, dalam hadis yang anta maksudkan semalam tu, bukannya mencegah kemungkaran. Tapi Rasulullah sebut yughayyir, mengubah. Beza sangat tu..”



---

Dalil kita betul tidak semestinya kita betul. Dalil betul, tetapi cara faham kita tidak pernah sunyi dari kesalahan. Semua nak ikut Rasulullah, ikutlah betul betul. Study seerah baginda, kita akan temukan cinta di samping usaha menegakkan kebenaran. No offense!


Sunday, July 26, 2015

LAILATULQADR DAN DOA YANG DILUPAKAN

Photographed by Fiqri Omar

Ustaz Pahrol Juoi yang sering menjuarai hati sidang pembaca dengan artikel yang sentiasa basah dan mampu menyirami hati hati yang telah lama kekontangan pernah mengupas topic malam al qadr, ataupun lailatul qadr dari sisi yang cukup menarik, seakan membahagiakan…


Menurutnya, kurang lebih sebagaimana yang difahami oleh penulis dengan tahap kebolehan menghadam yang marhaen ini, manusia pertama yang mendapat nikmat lailatulqadr ialah Nabi SAW. Malam yang sinonim dengan penurunan Quran itu merujuk pada malam turunnya kelompok pertama wahyu dari langit. Ia malam bersejarah seluruh isi langit dan bumi, bersejarah buat manusia dan kepingan kepingan hatinya, bahkan bersejarah buat makhluk makhluk lain. Ia adalah malam yang dimuliakan dengan kalamullah, wahyu dari langit yang turun untuk memandu perjalan bumi dan seisinya.


Bermula pada malam itu, terus menerus langit dan bumi dihubungkan, perjalanan manusia mula pendapat perhatian langit, seolah-olah baru diangkat dan dimuliakan bangsa manusia. Malam itu sarat dengan nilai nilai yang mengagumkan. Begitulah, kefahaman dan penjelasan yang ditokok tambah, supaya rasanya lebih sedap dan kesannya bersangatan. Eh.

Tidak cukup sekadar itu, penulis menasihati semua untuk merenung dengan tajam tulisan Sayyid Quttb dalam buku Fi Zilalil Quran tatkala beliau berkongsi pandangan beliau tentang surah al Qadr dan Surah al Alaq.


Dengan kefahaman ini, pendedahan ini dan sisi pandang ini, ia membuatkan lailatulqadar lebih signifikan buat para du’at. Jika di mata orang awam, lailatulqadar adalah peluang beramal kerana ada barokah pada ganjarannya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bahkan mungkin lebih daripada itu kerana tidak dinyatakan secara spesifik limit perbandingannya sehingga sepuluh  malam terakhir menjadikan masjid masjid tidar tidur, maka sepatutnya di mata pendokong risalah an nubuwwah ini pula, lailatulqadar adalah peluang, kesempatan dan perjalanan untuk kembali melihat perkembangan risalah dakwah di muka bumi.


Lailatulqadar di mata para du’at sepatutnya dilihat sebagai satu malam untuk refleksi amal amal dakwi, melihat sejauh mana kita sudah menghayati perjalanan dakwah Nabi SAW, sejauh mana kita izzah dengan penglibatan secara langsung dengan gerakan tarbiyah dan dakwah, sejauh mana kita merenung dan cuba memahami  wahyu yang telah diturunkan ini serta sejauh mana kita berhempas pulas untuk memastikan mesej dari langit ini terus menerus berlegar dalam kalangan masyarakat sehingga berada di carta teratas topic perbualan mereka.

Ia adalah sesi ‘nazarat’, pandang semula akan tanggungjawab kekhalifahan yang berada di kedua pundak mereka. Inilah pandangan baharu, pendedahan baharu, kefahaman baharu dan dimensi fikir yang baharu, yang sepatutnya kita jiwai.


Biarpun lailatulqadar sudah berlalu, bahkan Ramadhan serta nikmat nikmatnya telah pun berlalu, jadikanlah tempoh keluar dari bulan barokah ini sebagai tempoh merenung kembali amal amal kita, dan semoga di akhirnya, ia menjadi booster untuk lebih kencang di medan reality, bukan sekadar di blog, facebook mahupun segenap media alam maya yang lain.

Bahkan saudaraku,

Ustaz Nouman Ali Khan telah terlebih dahulu menambah rasa dalam kita memaknai lailatulqadar ataupun Ramadhan secara umumnya.

Sebelum mendedahkan sesuatu yang mind-blowing untuk diotakkan, beliau terlebih dahulu menimbulkan persoalan, agak agak kenapa Allah sering sebut dalam Quran yang maknanya lebih kurang agar Rasulullah saw dan kita yang datang kemudian ini, mengikut millatul Ibrahim, cara hidup Ibrahim, partikaliti Ibrahim. Persoalannya kenapa Nabi Ibrahim ? Kenapa tak Nabi Adam ke ? Nabi Nuh ke? Dan Nabi Nabi lain yang anda boleh senaraikan sendiri nama nama mereka? Kenapa?


Secara khulasahnya (kesimpulannya) kelima lima rukun Islam, asasnya datang atau bermula dari era Nabi Ibrahim. Rasanya tidak perlulah penulis ceritakan satu persatu daripada lima rukun tersebut supaya entry kali ini kekal short, simple yet sweet. Dan di Bulan Ramadhan, hubungan erat antara kita dan bapa kita Ibrahim lebih terserlah jika kita merenung ayat ayat Allah di sepanjang bacaan Quran kita dengan teliti.

Menurut beliau, puasa ataupun kita katakan Ramadhan yang ada padanya lailatulqadar, menjadi titik saksi bagaimana doa yang pernah diaminkan oleh Nabi Ibrahim serta Nabi Ismael suatu ketika dahulu di hadapan Kaabah dimakbulkan. Lailatulqadar seolah-olah mengajak kita mengenangkan kembali sejarah bapa kita Ibarahim a.s.

Tidak rugi kiranya kalau tinjau seketika doa doa tersebut;

Dimulai pada ayat 127 Surah al Baqarah sehinggala ke ayat ini;


“Ya Tuhan kami utuslah di tengah mereka (anak cucu kami) seorang rasul dari kalangan mereka sendiri yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Mu, dan mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka, dan menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkau Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana”

(Al Baqarah :129)


Saudaraku, setelah melalui satu tempoh waktu yang panjang, sayu sekali kita dapati tatkala mengetahui dari keturunan Nabi Ibrahim yang mendiami kota baitullah itu, lahirnya zuriat zuriat yang menyembah berhala, menyekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak mereka ketahui, menafikan uluhiyyah kepada Allah swt, tidak seperti apa yang diharapkan dan didoakan oleh Nabi Ibrahim a.s.

Begitulah perancangan Allah swt.

Ribuan tahun berlalu, siapa sangka akhirnya dari benih benih dan silsilah itulah akhirnya lahir seorang lelaki yang diangkat menjadi Rasul justeru repsresent makbulnyan doa yang begitu panjang usianya ini. Dan detik bersejarah di mana watikah pelantikan itu berlaku, yakni tatkala turunnya wahyu pertama yang berlaku pada lailatulqadar, di bulan Ramadhan!

Subhanallah, mind-blowing bukan?

Seakan-akan begitu dekat terasa kita dan Nabi Ibrahim a.s jika kita kenang-kenangkan semula. Sekali lagi, sisi pandang baharu tentang lailatulqadar, membawa kita mengembara ke zaman silam, merindukan sosok tubuh Nabi Ibrahim a.s. Rupa-rupanya usia dakwah ini sudah lama, bersambung di lorong-lorong yang jauh, merentasi zaman, generasi dan umat.

Maka,


Tidak cukuplah penghayatan Ramadhan mahupun lailatulqadar jika tidak kita telusuri kisah kisah berkenaan Nabi Ibrahim a.s. Dalam al Quran, ada satu surah khas yang dinamakan Ibrahim, mengambil nama Bapa kita Ibrahim a.s. Nama-nama surah ini tidaklah dipilih secara random, tetapi telah Allah swt tetapkan, tanpa ada siapa-siapa pun tahu kunci kunci rahsia kenapa.

Adapun begitu, menjadi tugas kitalah cuba untuk merungkaikan rahsia rahsia ini, berpandukan telunjuk wahyu dan akal yang sejahtera, untuk mencari hikmah yang tersembunyi di sebalik penamaan Surah ini. Bukankah hikmah itu milik mu’min ?


Wajarlah untuk kita telusuri surah ini, secara kasar jika tidak secara detail, untuk kita tuai khasiat dan nilai yang tersurat mahupun tersirat. Barangkali di sana ada harapan baru. Eh.


Khowatir Surah Ibrahim


Bersambung….


(Mungkin tidak --’)

Friday, July 24, 2015

SURAT UNTUK MURABBI



Jangan risau, ia bukan surat layang berunsur kekecewaan dan teguran ‘direct’ untukmu murabbi, melainkan senaskah pesanan umum untuk kesemua al akh yang juga seorang murabbi.

Sebelum memulakan bacaan sekitar siri siri nasihat daripada Sheikh Abu Ammar untuk para nuqaba’; al akh yang juga seorang murabbi, kita akan terlebih dahulu ‘terserempak’ dengan sepotong ayat Quran yang cukup membekas ke dalam jiwa seorang murabbi, tatkala membuka lembaran buku tersebut. Buku yang dimaksudkan ialah Tazkiratun Naqib.

Allah swt berfirman;

“Dan sesungguhnya Allah swt telah mengambil perjanjian (dari) Bani Israel dan telah Kami angkat di antara mereka 12 orang pemimpin (naqib) dan Allah berfirman,

‘Sesungguhnya aku bersama kamu, sesungguhnya jika kamu mendirikan solat dan menunaikan zakat serta beriman dengan rasul-Ku dan kamu bantu mereka dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik sesungguhnya Aku akan menutupi dosa-dosamu. Dan sesungguhnya kamu akan Kumasukkan ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai sungai. Maka barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah itu, sesungguhnya ia telah tersesat dari jalan yang lurus”

(Maidah :12)


Cukup menggugah bukan ?!

Saudaraku,

Surah al Maidah merupakan surah yang sarat dengan perkataan janji. Ia mengingatkan kita kembali kepada janji janji yang telah termeterai dalam kalangan Yahudi dan Nasrani dan bagaimana mereka melupakan sebahagian janji janji ini. Bahkan, dipermulaan surah lagi, Allah sudah menyeru;


“Hai orang-orang beriman, penuhilah aqad-aqad itu…”

(Al Maidah :1)


Aqad ataupun dalam bahasa akademik bagi penuntut Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam seperti penulis ini juga boleh difahami sebagai contract, tidak lebih dan tidak lari daripada makna janji. Dalam bahasa Arab, ada banyak lagi perkataan yang secara kasarnya membawa maksud janji. Kepelbagaian perkataan ini digunakan dalam Quran, untuk menceritakan tentang janji, dengan kadar maksud, rasa dan intensity yang berbeza beza.


On top of that, sekali lagi dalam buku fenomenal beliau, Khowatir Quraniyyah, Syeikh Amr Khaled telah memilih dan mengangkat tema “Perjanjian” bagi surah al Maidah. Menurut beliau lagi, nama surah yakni al Maidah sendiri dipilih untuk mengingatkan kisah dan perjanjian antara Bani Israel, Nabi Isa a.s dan Allah swt.

Bani Israel dari kalangan pengikut Nabi Isa a.s meminta agak Allah swt menurunkan hidangan (maidah) dari langit sebagai bukti kekuasaan Allah dan moga hati mereka lebih tenteram dan sejahtera dalam menetapkan keimanan kepada Allah swt.

Bacalah kisah ini, dalam surah al Maidah dari ayat 112 hingga 115.

Allah menutup kisah Maidah ini dengan firman-Nya;


“Sesungguhnya Aku akan menurunkannya (hidangan) kepadamu. Barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah itu, maka sesungguhnya Aku akan menyiksanya dengan siksaan yang tidak pernah Ku timpakan kepada seorang pun di kalangan umat manusia”

(Al Maidah :115)


Fuh. Sekali lagi menggugah!


Tepatlah jika kita katakan perkataan Maidah yang menjadi nama bagi surah Maidah merupakan symbol kepada perjanjian ini, dan penulis telah bersetuju dengan Syeikh Amr Khaled dalam hal ini, tanpa taksub. Eh.

Buat sekalian akh Murabbi,

Dalam ayat 12 yang dinakal pada awal entry ini, kisah berkisar pelantikan 12 orang pemimpin dari kalangan Bani Israel, Allah telah menggunakan perkataan naqib. Maka, sepatutnya bertambah-tambahlah kesan penghayatannya kepada kita. Kisah ini tidak dibawakan dalam al Quran melainkan antaranya untuk kita melontarkan persoalan yang ditimbulkan ke dalam diri kita, yang juga naqib, murabbi kepada binaan masing-masing.


Meskipun tidak ada dokumen hitam putih beserta tanda tangan akur janji dan saksi, membariskan nama kita dalam senarai nama nuqaba ataupun murabbi dengan kesanggupan kita mentarbiyah, menguruskan halaqah halaqah tarbawi sudah cukup untuk mengiyakan bahawa ia satu pelantikan yang terjadi secara tidak langsung, daripada Allah swt kepada kita. Ia satu perjanjian!

Seakan berat bukan rasanya !

Ah. Beratnya perasaan itu, sehinggakan membaca dan mengenangkan hal ini, hampir sahaja kita ingin tinggalkan halaqah, menarik diri, memadam nama kita dalam senarai tersebut dan hampir sahaja kita kanselkan perjumpaan halaqah malam ini. Hampir sungguh!

Jangan terburu-buru akhi!

Sungguh, Allah telah terlebih dahulu menenangakan kita tatkala pelantikan itu disusuli dengan satu jaminan keselamatan, satu pengakuan hitam putih, satu perisytiharan atau kata-kata, press release yang mendamaikan tatkala Allah berfirman;

Inni ma’a-kum, Sesungguhnya Aku bersama kamu.


Wah. Mendengar sahaja pengumuman ini, tiba tiba perasaan kita kembali berbunga bunga, bercampur baur antara beratnya tanggungjawab dan nikmatnya kebersamaan ini. Inni ma’akum. Menggunakan kata ganti diri pertama yakni inni, ‘sesungguhnya Aku’ bukan InnaLlah, menunjukkan betapa dekat dan mesranya Allah swt dalam hal ini.

Mengasyikkan bukan! Lalu kenapalah kita masih memilih untuk tidak terus menjadi seorang murabbi ? Mengapa kita masih ragu ragu untuk menjadi seorang naqib? Apakah yang masih menghalangi langkah kita di lorong lorong keselamatan ini ? Ketahuilah, jika Allah sudah bersama kita, maka tidak perlulah lagi kita risaukan andaipun seluruh manusia berkumpul dan berhajat untuk memudaratkan kita. Cukuplah, Allah bersama kita.

Ia mengingatkan penulis kisah menyayat hati dan menyentuh perasaan antara Rasulullah saw dan Abu Bakr r.a dalam Gua Thur, ketika mereka dalam perjalanan hijrah ke Madinah. Abu Bakr sangat merisaukan status keselamatan Baginda ar Rasul. Namun telitilah bagaimana respon Rasulullah saw yang diabadikan dalam surah at Taubah ayat 40 itu,


“ Janganlah kau sedih, sesungguhnya Allah bersama kita”

Wahai!

Akan tetapi wahai para murabbi,

Jangan terlalu asyik. Jangan jangan. Mari kita sambung. Kemudian Allah swt menggariskan syarat syaratnya;


 ‘Sesungguhnya jika kamu mendirikan solat dan menunaikan zakat serta beriman dengan rasul-Ku dan kamu bantu mereka dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik’


Lima syarat yang tidaklah sukar pada pandangan kasar. Tetapi inilah syarat syaratnya untuk terus berada di jalan dakwah! Syarat syarat inilah juga yang menyebabkan ramai yang memilih untuk kembali hidup seperti manusia kebanyakan.  Tiba tiba kita terasa berat bukan? Ah. Sungguh cepat hati berbolak balik.

Mendirikan solat. Menunaikan zakat. Beriman dengan rasul. Bukankah ini adunan rukun iman dan islam? Seakan tidak payah untuk terpenuhi syarat syarat ini. Tetapi membantu rasul di jalan dakwah dengan mengidupkan kembali suasana dakwah dan tabiyah, sanggup berhadapan penolakan, penghinaan, kutukan dan cercaan serta memberikan Allah pinjaman yang baik berupa masa, tenaga, wang ringgit, emosi, idea dan sebagainya, huh, tidak mudah, tidak mudah.


Boleh jadi memberi pinjaman pinjaman ini menyebabkan kita terlepas ‘peluang’ menikmati waktu bersantai santai bersama keluarga, ketinggalan dalam perlumbaaan mengejar pangkat dalam karier masing-masing, terlepas peluang memandu kereta berkuasa laju bersama yang tercinta, tidak cukup masa untuk menonton perlawanan bola sepak dan berkunjung ke stadium stadium terkemuka di dunia dan sebagainya. Boleh jadi, bahkan itulah sebahagian kecil yang boleh kita senaraikan!


Tetapi sekali lagi Allah swt menenangkan jiwa kita yang bergelojak itu, mententeramkan perasaan kita yang bergelora, dan merawat emosi kita yang tidak stabil itu. Sekali lagi dengan menggunakan kata ganti diri pertama sebagai tanda kedekatan dan kerapatan, Allah berfirman;


 ‘Sesungguhnya Aku akan menutupi dosa-dosamu. Dan sesungguhnya kamu akan Ku-masukkan ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai sungai’


Allah, basah !
Tidak perlulah kita panjangkan lagi huraian nya.



Akh murabbi, beruntung sungguh kalian!

Thursday, July 23, 2015

AKHI FILLAH #2

Akhi Fillah,



Siapalah yang masih memilih untuk setia bersama kami, merenung ke dalam diri, mempelajari apa yang dijahili, meluaskan upaya fikir, meninjau sekitar ayat Quran dan nasihat tarbawi yang ringkas. Siapalah yang masih memilih untuk setia dengan tazkirah ringan, bahan-bahan halaqah, perkongsian tarbawi, isu kemurabbian dan picisan picisan yang seakan-akan tidak membawa kita ke mana-mana. Siapalah yang masih memilih untuk setia dengan tarbiyah,mengidupkan kembali al Quran dalam jiwanya dan orang lain, membacakan kitab kitab terdahulu dan berbicara soal pembinaan rijal. Siapalah!

Tatkala semakin ramai, meskipun dari kalangan kita yang terpikat dengan isu, tergoda dengan berita sensasi dan gossip panas, cair dengan pergolakan politik yang mengiasi halaman depan akhbar tempatan mahupun antarabangsa, menjuarai carta teratas senarai berita panas dan terlaris. Seakan begitu ganjil, sumbang dan tidak releven suara suara kita ini. Alangkah!
Pun begitu ini bukanlah entry kecewa, putus asa, rasa tiada harapan, murung dan sebagainya kerana harapan sentiasa ada. Er.


Firman Allah swt;



“Wahai manusia! Kamulah yang faqir (memerlukan) kepada Allah, dan Allah Maha Kaya (tidak memerlukan) lagi Maha Terpuji”
(Fatir , 35:15)


Tidak mengapalah jika golongan ini yang sedikit. Bukan keramaian yang kita harapkan. Bukan kemeriahan yang kita harapkan. Bukan sambutan yang kita harapkan. Bukan popularity yang kita harapkan. Bukan masyhurnya berita berita tarbiyah yang kita harapkan. Bukan kuatnya sokongan dan dokongan manusia menyebut-nyebut nama kita yang kita harapkan. Kerana sungguh kita adalah hamba yang faqir dan mengharap kepada Allah swt semata-mata.

Sepotong ayat yang ringkas ini, membuatkan kita insaf. Ia melunturkan ego dan somehow memberi motivasi untuk tegar, untuk istiqomah, maju dan mara ke depan, bersama nadi dakwah, di tangan kanan kita al Quran dan di tangan kiri kita as sunnah, terus berjalan menebarkan cahaya dan kita hanya berharap kepada Allah swt.


Allah swt pula on the other hand, tidak pernah mengharap dan berhajat kepada kita mahupun sesiapapun. Allah Mahakaya dan Mahaterpuji. Jika seluruh manusia di muka bumi mempunyai sekeping hati yang kufur, tidak membenarkan Keesaan Allah swt, sedikit pun tidak akan mengubah hakikat ini. Jika seluruh manusia mempunyai iman seperti firaun yang hanya beriman di saat nyawa sudah  di kerongkong lantas baru berkata, ‘amantu bi Rabbi Musa’, ia tidak memberi apa apa kesan kepada Allah swt. Allah MahaKaya, tetap kaya, Mahaterpuji dan tetap Terpuji meskipun hambanya yang hina dina ini sunyi daripada memujiNya.


Akhi Fillah,


Dan sesiapa yang masih memilih untuk setia atas jalan ini, marilah kita kembalikan suasana tarbiyah dan dakwah itu. Hidupkan ia tatkala kita bersendirian atau beramai-ramai. Hidupkan ia tatkala kita kuat mahupun lemah. Hidupkan ia tatkala kita didekati mahupun dimusuhi. Hidupkan ia tatkala kita disanjung mahupun dicerca. Hidupkan ia tatkala kita kelapangan waktu atau kesibukan. Tatkala kita miskin mahupun kaya, sihat mahupun sakit, senang mahupun susah, terasa berat mahupun ringan, hidupkanlan. Sementara kita masih hidup dan punyai kesempatan.

Dan tatkala kita mati meninggalkan dunia yang fana’ ini, pastikan suasana dakwah dan tarbiyah terus hidup dan mengesani orang lain.


Bestnya tulis dan cakap, pesan dan nasihat, tetapi untuk put the words into practice, hanya Dia yang tahu betapa susah atau betapa kita beralasan kan.


Wahai orang yang faqir!

Bukankah engkau faqir dan mengharap daripada Allah swt ?

Sunday, July 12, 2015

ENGKAU BUKAN YANG DAHULU!



Engkau yang dahulu bukan yang sekarang.

Begitulah kurang lebih keratan lirik lagu yang dimainkan di corong radio tempoh hari. Ia tidak berada di carta yang teratas mahupun yang di bawah. Pasca Muktamar PAS yang penuh dengan kontroversi tempoh hari ini, penyanyi veteran Negara yang mula berkecimpung dalam arena politik mendedikasikan lagu ini buat PAS, merujuk kepada PAS yang kini bukan yang dahulu. Sudah pasti ada mesej tersembunyi yang Makcik Aishah mahu sampaikan.

Kita tinggalkan Aishah, PAS dan Muktamarnya.

Bahkan manusia pun berubah. Hari hari kita berubah. Perubahan adalah wajib berlaku. Saban detik dan saat, cell cell baharu terhasil daripada hasil proses mitosis, menggantikan cell lama yang mati. Gabungan cells yang banyak ini membentuk tisu yang baharu, lebih segar dan menghidupkan untuk fizikal makhluk yang bernyawa.

Pokok yang baru tumbuh dari semaian biji benih pun mengalami perubahan fizikal. Jika semalamnya akarnya berukuran 5 milimiter, barangkali sudah bertambah hari ini, seterusnya untuk esok dan hari berikutnya.

Bahkan al Quran dahulu telah menyampaikan berita ini kepada kita;


“Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal”

(Ar Rahman : 26-27)


Tidak dapat disangkal lagi akan perubahan perubahan yang berlaku. Yang perlu kita renungkan sejenak di sini, rugilah orang yang fizikalnya berubah, makin berisi, makin sehat, kehidupan makin baik dengan nikmat nikmat kurniaan Allah swt, gaji bertambah angkanya, tetapi spiritually tidak ada perubahan. Lewat ibadah ibadah khususnya, hanya pergerakan pergerakan kosong.

Sungguh, ia memuhasabahi kita!


Tinggalkan sejenak muhasabah yang ringkas ini.

Khowatir Surah Ali Imran

Tekanan hidup yang makin dahsyat setelah hijrah ke Madinah serta adanya ujian ujian bentuk baharu menyebabkan ada isu perubahan prinsip, akidah dan pegangan berlegar legar dalam kalangan masyarakat Muslim Madinah semasa zaman Nabi SAW. Begitulah khulasah Syed Quttb lewat menafsirkan secara kasar Surah Ali Imran sebelum perbicaraan ayat ke ayat. Ataupun boleh kita katakan itulah yang difahami penulis tatkala menyelusuri karya Syed Quttb itu.


Usai perang Badar al Kubra yang menghadiahkan harta rampasan yang sangat dahsyat buat para sahabat yang rata-ratanya berlatar belakangkan orang susah, miskin dan membutuhkan keperluan hidup itu, sedikit sebanyak prinsip dan perjuangan kaum Muslim tergoyahkan. Itulah kali pertama ‘dunia’  dibuka dan dihamparkan di depan mata mereka. Sehingga ada yang bertanya tanya soal pembahagian harta rampasan perang, seolah olah tidak ada topik lain yang patut dijadikan bualan.


Kemudian, kehidupan di Madinah merupakan titik mula interaksi besar besar-besaran Masyarakat Muslim dengan kaum Yahudi. Interaksi dengan Yahudi dalam kehidupan seharian di Madinah pada tahun tahun terawal pasca Hijrah sungguh menguji iman dan prinsip mereka. Yahudi yang begitu licik itu, dikatakan tidak henti henti melancarkan kempen dan propaganda untuk mensaiko muslim untuk meragui kepercayaan mereka.


Isu kenabian, peralihan kiblat dan sebagainya dijadikan modal politik mereka. Sebagai respon kepada pertarungan pemikiran, psiko war yang sangat dahsyat ini, banyak kali teguran teguran keras terhadap Ahli Kitab disisipkan sepanjang Surah Ali Imran. Ia memberi gambaran betapa ter-efeknya kaum muslimin terhadap kempen Yahudi ini sehingga teguran teguran dari langit turun untuk menyelesaikan isu dan konflik ini.


Tidak cukup dengan itu, kaum muslimin diuji pula dengan peristiwa peperangan Uhud yang secara kesimpulannya boleh kita katakan Kaum muslim mengalami kekalahan dan moral mereka begitu teruji. Ramai sahabat yang besar dan utama syahid dalam peperangan tersebut. Termasuklah penghulu syurga, Hamzah bin Abdul Mutalib r.a. bapa saudara Nabi SAW sendiri.


Cukuplah pakej ujian ini untuk menggoyahkan prinsip umat Islam daripada generasi terbaik itu. Lebih lebih lagi bagi yang baru sahaja memeluk Islam, yang masih belum mantap fikrah dan iman mereka.

Maka turunlah Surah Ali Imran di sepanjang tahun tahun terawal pasca Hijrah Madinah untuk menyelesaikan isu isu ini, dan mengubati para sahabat, yang sama ada terkesan secara kepercayaan mahupun pola fikir mereka.


Mungkin, mungkin ada yang sudah berubah pada waktu.

Barangkali ada yang sudah menyanyikan bait lirik tadi;

‘Engkau yang dahulu, bukan yang sekarang…’


Sehinggakan di pertengahan Surah, Allah swt mengingatkan kita semua akan satu perkara yang sangat besar. Perkara yang sudah mungkin dilupai oleh muslim Madinah setelah melalui kehidupan yang beragam setelah hijrah Madinah, juga yang mungkin telah dilupai oleh sebahagian besar daripada kita hari ini, yang sudah beberapa tahun melewati usia tarbiyah.


Sengkang waktu yang lama, perjalanan hidup yang makin berliku dalam usaha memenuhi tuntutan shahadah kita, dengan bisikan bisikan dunia yang datang dalam pelbagai bentuk yang kadang kadang tampak islami, barangkali kita sendiri sudah pun berubah, dari segi prinsipnya. Mungkin juga perubahan ini langsung berlaku kerana kekecewaan di jalan dakwah, kerana konflik sesama ahli gerakan islam dan kerana masalah masalah dalaman yang tidak menemukan titik penghujungnya.

Bahkan ia benar benar berlaku!

Allah swt mengingatkan kita semua akan sebuah perjanjian, mithsaq…!


“Dan ingatlah ketika Allah mengambil (mithsaq) perjanjian dari para nabi, “Sungguh apa sahaja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya”

Allah berfirman, “Apakah kamu berikrar dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu?” Mereka menjawab, “Kami berikrar”. Allah berfirman, “Kalau begitu saksikanlah dan Aku menjadi saksi bersamamu”

(Ali Imran :81)


Dalam karya Muntalaq, Sheikh Ahmad Rashid memberi komentar berikut seputar ayat ini,
Nabi Ibrahim a.s, Musa a.s., Isa a.s. dan seluruh para nabi a.s. telah mengambil bai’ah dari orang yang beriman dengan mereka supaya beriman dan membantu Muhammad saw menghadapi kufur jika sekiranya Nabi Muhammad diutuskan dan mereka masih hidup

Beliau turut sempat menukil kembali kata kata Ibnu Abbas r.a. tentang ayat ini;

‘Setiap kali Allah mengutuskan seorang nabi, Dia mesti mengambil perjanjian bahawa sekiranya Allah mengutus Muhammad saw, nabi itu mesti beriman kepada nabi Muhammad saw dan menolong baginda. Allah juga menyuruh nabi itu meminta umatnya berjanji sekiranya Muhammad saw diutus di zaman mereka hidup, mereka juga mesti beriman kepada Muhammad saw dan mesti menolong baginda saw’


Oleh itu, kita sebagai pewaris dan sebahagian daripada umat Nabi Muhammad saw pada hari ini adalah lebih wajib, lebih patut dan lebih utama memberikan perjanjian tersebut.


Perjanjian untuk beriman dan membantu Nabi SAW. Membantu meneruskan tugas tugas kenabian, membantu melaksanakan mesej dakwah di muka bumi ini.

Untuk menambahkan lagi perisa ayat ini,

Perhatikanlah, perkataan ‘mithsaq’ digunakan. Ada beberapa perkataan lain dalam bahasa Arab yang boleh membawa maksud perjanjian. Tetapi  perkataan mithsaq adalah yang paling tempat untuk keadaan ini kerana membawa kesan yang dalam, sesuai dengan mesej yang sangat besar. Ia bukan sekadar perjanjian biasa-biasa. Bukan janji temu untuk berjumpa dengan fulan dan fulanah di sekelain tempat. Bukan sekadar perjanjian dalam proses jual beli, tetapi berjanji untuk melaksanakan satu amanah yang sangat berat, besar dan dahsyat. Satu amanah yang tidak dapat dihuraikan dengan mana-mana kosa kata.

Sebagaimana orang Melayu menggunakan perkataan watikah, alih bahasa daripada perkataan mithsaq, untuk memberi amanah pelantikan kepimpinan kepada seseorang untuk menerajui mana-mana organisasi, begitulah ruh perkataan mithsaq, bahkan lebih tinggi tingkatannya. To place trust in anyone. Frasa simple nye begitula.

Lihatlah betapa bermakna dan memberi kesannya ayat ini. Dan ia dibawakan dalam surah Ali Imran ini, setelah kita berbicara tentang bentuk bentuk ujian yang dialami oleh kaum Muslim Madinah. Allah menyentak kita semua untuk kembali mengingati perjanjian yang telah diambil, amanah yang telah diletakkan pada kedua bahu kita dan mengingatkan kita akan prinsip prinsip islam yang kita pernah laung-laungkan sebelum ini.


Akhi Fillah,

Mari lah kita kenang-kenangkan kembali siapa kita. Bagaimana kita bermula, bagaimana episod episod awal, detik detik awal kita bersama gerabak tarbiyah dan dakwah. Luangkan sedikit masa untuk merenung amal amal kita sepanjang kita berada atas jalan ini dan lihatlah ke dalam diri kita hari ini. Apakah kita masih berpegang teguh dengan prinsip prinsip yang diajarkan dalam halaqah kita dahulu.

Setelah setahun, dua tahun, tiga tahun bahkan puluhan tahun bersama halaqah, adakah kita masih berada di lapangan amal dan melakukan kerja kerja membina manusia, mencari individu yang terbaik untuk dibentuk dalam halaqah? Kita yang dahulunya tidak penat dan lesu berkongsi tentang keterujaan melakukan kerja kerja mentaqwin manusia, mentarbiyah, hadir ke halaqah mingguan dan program program tarbawi, adakah kita masih bersama semua itu?

Kerana  diriku melihatmu dari jauh wahai akhi, engkau yang sekarang bukan yang dahulu.

Dari jauh kulihat, prinsip prinsip dakwah sudah mula meluntur dalam gerak kerja mu.

Kerja kerja membina manusia, mengajak mereka kepada islam dengan cara yang kita imani dahulu sudah makin lesu. Bahkan kau tampak bahagia dengan kerja kerja lain. Tidak perlulah kita senaraikan kerja kerja lain itu.

Akhi,


Apakah yang berlaku ?
Apakah dunia telah menyelinap masuk ke dalam hatimu?
Apakah aku telah membuatkan engkau kecewa lalu kau membawa diri?
Apakah?


Cerita cerita sedih ini, tidak mahu kami kenangkan lagi. Penulis berpendapat, sangat wajar seluruh aktivis gerakan islam, mereka yang bersama halaqah, sama ada pernah atau masih istiqomah, ataupun sudahpun melupakan sebahagian daripada kerja kerja dakwi yang pernah dilakukan suatu ketika dahulu untuk menyimak kembali makna makna tersembunyi daripada surah Ali Imran ini.

Buat kali pertama ia turun untuk menyelesaikan isu dan konflik yang berlaku dalam kalangan masyarakat muslim di era Nabi saw, menenangkan mereka, mengembalikan mereka ke landasan yang betul dan mengingatkan akan tugas dan tanggungjawab mereka di muka bumi.

Kali ini, surah yang sama, struktur ayat dan mesej yang sama, tidak berubah walau sedikit pun terbentang di hadapan kita untuk kita tuai manfaat dan khasiatnya.

Penulis telah bersetuju dengan Syeikh Amr Khaled yang telah memilih tema “At thabat” bagi keseluruhan surah Ali Imran ini. Ya, tema yang tepat mengikut pikiran kita. At thabat, keteguhan. Teguh dengan prinsip dan perjuangan kita.

Sesuai lah juga dengan penutup surah ini, Allah swt menggesa kita untuk thabat;


“Hai orang-orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu, dan tetap bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung!”
(Ali Imran :200)



Terjemahan yang kurang tepat. Telusurilah text aslinya untuk mendapatkan zouq, rasa bagi kalam Allah ini. Akhir sekali, tidaklah aku menulis untukmu akhi dan untuk diriku jua, melainkan kita tergolong dalam kalangan orang yang beruntung!