Tuesday, June 18, 2013

BUKAN KERANA NAMA



“Akhi, cuba enta tengok kumpulan usrah Seman tu, berjaya betul kan. Ramai anak usrah dia”

“Alhamdulillah. Sheikh, kalau enta nak tahu ana yang pancing diorang semua tu, kalau tak, tak ramai yang nak ikut Seman tu”

“Ana pun dengar macam tu, untung la ada enta, makin ramai anak-anak muda nak ikut bersama dalam gerabak ini”

*Sikat rambut*



-------

Tidak dapat dinafikan dalam mana-mana organisasi, pasti ada beberapa figura yang menjadi daya penarik untuk orang ramai mengikuti atau mendaftar sebagai ahli organisasi tersebut. Sebagai contoh, disebabkan adanya atlet atlet popular yang menjadi duta Kelab Rakan Muda seperti Daniel Bego, Nicol Ann David dan sebagainya, maka ramai anak-anak muda tertarik untuk sama-sama mendaftar sebagai ahli kelab rakan muda di tempat masing-masing.

Begitu juga dalam dakwah. Pasti ada beberapa individu di sesuatu tempat di mana dakwah makin kenchang terlaksana kerana hadirnya mereka. Ramai yang tertarik untuk turut serta dalam gerabak tersebut kerana personality individu seperti ini.

Boleh jadi kerana adanya individu yang ada rupa, pakej lengkap, pelajaran yang tip top, yang bermain sukan sehingga ke peringkat olimpik, memandu kereta mewah dan bergaya, badan berketul ketul dan sebagainya menyebabkan adik-adik rabun dan rambang mata lalu terdorong untuk bersama-sama kakak-kakak dan abang-abang yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘hot’ ini. Erk.

Bagi saya, itu biasa. Lumrah, mungkin. Yang luar biasa dan parahnya, figura-figura ini berasa berjasa dengan kelebihan mereka. Berasa berjaya dan mulia dengan keberhasilan dakwah mereka. Berasa sungguh laris dengan jemputan dan rayuan untuk menjadi muwajjih dibanyak program tarbiyah merentasi benua dan selat-selat yang ada. Walaweh.


Mereka merasa berjasa kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah kepada mereka,
“Janganlah kamu rasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah yang melimpahi nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keiamanan, jika kamu orang yang benar.”
(Al Hujurat:17)

Dalam ayat di atas, Allah S.W.T menempelak orang-orang yang berjasa dengan keislaman mereka. Tempelak ini sepatutnya turut dirasai oleh orang yang beranggapan kerana merekalah dakwah di sesuatu tempat itu berlari dengan kenchang.

Kerana hakikatnya dakwah, program tarbiyah, usrah yang kita sedang usahakan ini walau sampai menitik-nitik peluh, semuanya untuk diri kita sendiri. Islam dan dakwah tidak pernah memerlukan kita. Sebaliknya hasil itu semua untuk kemaslahatn hidup kita.

Para mad’u kita, merekalah nanti akan menjadi sebahagian masyarakat kita. Boleh jadi mereka yang akan memimpin kita suatu hari nanti. Boleh jadi anak-anak kita akan bergaul mesra dengan anak mereka suatu hari nanti. Boleh jadi mereka pula yang akan mendakwahi anak kita. Bahkan tidak mustahil nanti mereka menjadi murabbi kita.

Maka usaha seciput kita hari ini, semua untuk diri kita, untuk masa depan kita. Maka apakah wajar kita berasa bangga dengan keberhasilan yang sekelumit cuma itu?

Dan satu lagi hakikat bahawa Allah tidak pernah menjanjikan kemuliaan atas keberhasilan usaha dakwah kita. Kerana sudah terang lagi bersuluh-suluh;


“Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa..”
(Al Hujurat:13)

Pengajaran daripada surah yang sama. Kebetulan?

Tak kisahlah berapa sekalipun kelajuan gerabak dakwah kita, sekalipun yang berjaya kita dakwah mampu memenuhi banjaran Titiwangsa, kalau kita sendiri tidak bertakwa, semua itu tidak menjanjikan kemuliaan di sisi Allah.

Mari kita muhasabah.


Teruskan bekerja, kerana dakwahlah kita di sini!

4 comments:

Inspector Saahab said...

Entri yg pernah masuk JOM. lihat label "JOM"


:)

Huurun Ain said...

jzkk

Hafizan Halim said...

Singgah-singgah ler :D

http://dakwahmakandalam.blogspot.com/

Inspector Saahab said...

H.A
WAIYYAK

hafizan :

in sha Allah :)