Tuesday, February 11, 2014

ONE WORD : ISTIGHFAR



Allah Ta’ala memerintahkan manusia yang mukallaf supaya beristighfar setiap kali selesai mengerjakan amal soleh atau amalan yang baik.

Dia memerintahkan Rasul-Nya s.a.w supaya beristighfar di ketika penghujung usia baginda di dalam firman-Nya yang bermaksud:

 
“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah); Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai; Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."
(An-Nasr: 1-3)


Allah perintahkan para hujjaj supaya beristighfar setelah mereka menyelesaikan haji mereka. Firman-Nya bermaksud:

“Kemudian hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Al-Baqarah:199)


Demikian para nabi, orang-orang soleh yang terdahulu dan yang kemudian, mereka beristighfar memohon ampun sedangkan mereka mengerjakan kebaikan, kebajikan dan amal soleh.

Nabi Nuh a.s mengajak kaumnya beristighfar sebagaimana dinyatakan di dalam ayat yang bermaksud:

“Maka aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun.” (Nuh:10)

Adam dan isterinya mengakui kesilapan dengan memohon ampun seraya berkata:

“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.”
(Al-A’raf:23)


Nabi Hud a.s. juga menyeru kaumnya berisatighfar dengan katanya (maksud):

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula)
Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu…” (Hud:3)


Nabi Sulaiman a.s. ketika melihat angkatan tenteranya yang hebat dan kerajaannya yang mantap, berkata dengan penuh tawadhuk (maksudnya):
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya.”
 (Sod:35)

Nabi Ibrahim a.s. ketika di penghujung usianya setelah selesai menjalankan tugas dakwah yang diperintahkan kepadanya berdoa (maksudnya):
“Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;”
(Asy-Syu’ara’: 82-83)


Dan Allah berjanji kepada mereka yang beristighfar tidak akan menimpakan azab sengsara di dunia selagi mereka tetap beristighfar. Firman Allah bermaksud:

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).”
(Al-Anfal:33)

Dia sentiasa menyeru manusia semua agar tidak berputus asa dari rahmat serta keampunan-Nya.

“Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Maksud az-Zumar:53)


Allah juga menegaskan bahawa sesiapa yang menjauhi dosa-dosa besar, akan diampunkan dosa-dosa kecilnya.

“Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga).”
 (Maksud an-Nisa’:31)

Maha Suci Allah yang sentiasa menghulur ‘tangan’ di waktu siang untuk mengampuni dosa yang dilakukan di waktu malam. Dan menghulurkan ‘tangan’ di waktu malam untuk mengampuni dosa yang dilakukan di waktu siang.



Maka bilakah orang yang belum bertaubat akan bertaubat?

Bilakah orang yang menjauhkan diri daripada-Nya akan kembali kepada-Nya?
Bilakah orang yang masih leka dari mengingati Hari Pembalasan akan menginsafi dirinya pada hari yang tiada guna segala penyesalan?

Mana lagi penyesalan yang lebih hebat daripada ini, ketika kita melihat ratusan ribu insan berdosa mendapat keampunan-Nya Yang Esa, sedang kita tidak termasuk di dalam golongan itu? Kita seorang yang tercicir dari senarai hamba yang diampuni oleh Tuhannya?
Na’uzubillahiminzaalik

Marilah beristighfar
-Dipetik dari blog Ustazah Maznah dan disunting untuk bacaan umum heh.

2 comments:

Cik Salju said...

Assalamualaikum,

Maaf, i nak tumpang beritahu & perlu beritahu manfaat penting bagi kita semua umat islam di negara ini.

Tolong klik & baca di sini->http://anjungrakyat.blogspot.com/2014/01/cinta-lanang-gabrul-final-conclusion.html

Klik dan baca cara bagaimana orang islam keluar dari sistem penghambaan dunia moden ini.

Inspector Saahab said...

erk. okayh