Sunday, December 9, 2012

EMPAT KALI LAPAN

 
Assalamu’alaikum

Dah lama tak merepek dan tulis post yang emosi. Rasa macam nak emo je malam ni. By the way, dah jawab salam tadi ? Ahha. Biasanya ramai yang baca salam tak jawab pun, just baca, dan berkata , “Oh salam, ok.”

Dah nampak tanda-tanda kecil nak emo. Kan.

Sekarang ni musim orang ramai dah sedar, ada benda yang mereka selalu buat rupanya salah. Ataupun dibahas, dicurigai sama ada boleh ke tak. Contohnya, ragu-ragu boleh ke tak tengok bola, boleh ke tak tengok movie, layan korea, pergi panggung wayang, mandi di port awam, pergi konsert dan sebagainya.

Nampak dah la kat situ anak-anak muda sekarang dah mula ambil berat tentang aktiviti lapang yang memang seiring dan senada dengan jiwa muda. Papepun saya bukan nak buat fatwa ke hape. Tapi kalau dah ragu-ragu baik tinggalkan, kan. Ok malas komen panjang-panjang. Nanti boleh tanya ustaz Azhar. Heh.

Cuma dalam usaha nak meninggalkan perkara yang lagha ni, ramai yang tak tahu apa langkah yang praktikal. Bagi saya, cara yang terbaik adalah mencari alternative. Maksudnya cari perkara lain untuk dilakukan menggantikan benda-benda yang meragukan tadi.

Lagi masalah yang timbul, alternative yang dicari tu dua kali lima empat kali lapan je. Bahkan ada yang lebih teruk.

 Ok, contoh mudah. Sekarang musim dunia duk sibuk dengan perlawanan, kejohanan bola. Kat Asia tenggara ada Piala Suzuki la, kat dunia ada Juara Juara Club Eropah punya cup. Semua duk heboh, riuh sekampung. Lagi riuh daripada kes anak buang anak.



Maka adelah orang-orang yang meragui ni dah tukar selera. Dulu tengok bola, kumpul satu keluarga, jiran jiran semua. Sekarang tak lagi. Sebab dah sedar benda tu macam tak ada faedah sangat. Alhamdulillah.

Cuma, seriously apa alternative yang kita buat?

Ada orang bising, tak henti-henti cakap Alhamdulillah kerana berjaya tak tengok mana-mana match bola. Alhamdulillah aku tak tengok bola tadi, tak jadi mangsa perang pemikiran barat. Aku siap buat dakwah lagi dekat facebook tadi tatkala orang lain terhegeh-hegeh tengok kotak hitam tuh. Alhamdulillah.

Namun hakikat yang berlaku, tak ada sangat dakwah kat facebook, yang banyak nya melagha jugak. Permulaannya nampak macam buat dakwah, tapi dah mula sembang kenchang, open table gelak huha huha, habis ungkit rahsia orang tu orang ni. Ini la yang dikatakan alternative yang dua kali lima empat kali lapan.

Seriously.

Rasa selamat sebab dah tak terpengaruh dengan jahiliyah yang pernah menjadi teman baik kita dahulu, tapi tup tap tup tap rupanya kita terperangkap dengan jahiliyah yang baharu, yang pada mata kita, Islami kot. Kot.

Dah tak pergi tengok wayang, tak bagus pergi tempat tempat yang bergaul laki perempuan bukan mahram, gelap pulak tu, tengok benda yang tak berfaedah pulak tu, tapi hakikatnya kat rumah tengok jugak drama Jepun sikit sikit. Tak boleh tahan, laki Jepun jambu sangat, skirt artis perempuan Jepun ‘labuh’ pula tu. Satu lagi alternative yang tak layak dipanggil alternative pun.

Dah cukup emosi?

Tidak dapat dinafikan di kalangan mereka yang sedang melalui proses transisi, baru nak berjinak-jinak dengan gaya hidup yang Islami akan berhadapan dengan keadaan ini. Perlu meninggalkan aktiviti zaman gelap dan menggantikan dengan sesuatu yang baharu, yang lagi baik dan membangkitkan iman. Tapi di situlah silapnya, alternative tu yang silap.

Antara alternative yang boleh dipercayai adalah membaca al Quran, menelaah buku-buku akademik, keluar bersukan, baca bahan bacaan yang Islami ok sebenarnya semua orang boleh fikir, dah tahu. Tunggu nak amal je, kan.

Yang saya harapkan, semoga kita tak tertipu dengan dunia yang kita sendiri reka. Bukanlah menuding jari ke mana-mana pihak, hakikatnya saya juga berada dalam golongan ni. Aiseh.

Apa-apa pun jom cari alternative terbaik.

Tolong dalam komen nanti jangan tanya saya pasal haram halal plak ok.

Sekian.

Penulisan saya tak professional la :(

6 comments:

Anonymous said...

Saya meminati penulisan anda!
*thumbs up*

Anonymous said...

Saya juga!

siapa-siapa said...

susah jugak nk tinggal drama korea jepun sume..
aiyaaakk..
Thanks bro..

LaksaPenang said...

That's so true. Kita berlari dari jahiliyah lain, jahiliyah baru kejar kita. tapi kena tahu hakikat hidup ni, memang akan terus diuji. sampailah bila2. maka, mmg kena faham, Allah takkan mudahkan jalan kita, bukan sebab Dia kejam, tapi Dia betul2 nak kita jadi competent enuf. Rujuk surah al-ankabut. ayat 1-5 rasanya. nak taknak,Allah akan terus menguji dengan pelbagai bentuk ujian dan kita juga perlu terus berusaha. Semoga kita tidak menjadi dalam kalangan orang yang tertapis dan terbuang dari jalan ini. Amin. Jzkk.

anamuzakkar =.= said...

urghh
tombak melekat di dada

baca buku akademik ??
hurmm
mantap akhi

Inspector Saahab said...

enonimos 1 & 2 :
nak terharu bolehhh? :')

SIAPA2 : ok :)


Laksa : great minds. saya sedang tulis artiket pasal ujian dan gugur atas jalan ini. in sha Allah akan post dalam masa terdekat. kebetulan ? ini takdir :)


ana muzakkar : hiks