Sunday, December 15, 2019

AMANAT UNTUK PEMUDA



Ayuh kita hayati beberapa baris pesanan dari Imam Hasan al-Banna di bawah untuk para pemuda dan sampaikan kepada pemuda-pemuda yang lain, yang belum sampai kepada pengetahuan mereka mesej dan amanat ini.


***
Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keimanan, keikhlasan, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.

Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.

Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Allah SWT berfirman;
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.
(Surah al-Kahfi, Ayat 13)

Dengan kesimpulan inilah maka kamu angkatan pemuda akan menghadapai kewapian yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipat ganda, malah dari sinilah maka amanah  yang dipikul ke atas bahu kamu itu bertambah menjadi lebih berat. Oleh itu hendaklah kamu berfikir panjang lebar, mestilah bekerja keras, bahkan mestilah kamu menentukan sikap untuk tampil ke hadapan menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak mereka dengan sempurna melalui angkatan pemuda sendiri.[1]

***

Daripada sebahagian kecil risalah untuk pemuda di atas dapat kita simpulkan bahawa pemuda sepanjang zaman adalah;


1)      Pilar kebangkitan setiap umat
2)      Rahsia kekuatan dalam setiap kebangkitan; dan
3)      Pengibar panji setiap fikrah


Ini selari dengan firman Allah yang dinaqalkan di atas. Tidak hairanlah siri serangan pemikiran banyak bertumpu untuk menyerang anak-anak muda. Apabila anak muda telah terpesong, maka bangunan islam hanya tunggu masa untuk rebah dan ranap. Kebangkitan adalah mustahil tanpa pemuda. Kekuatannya hilang dan tiada lagi angkatan yang akan mengibarkan panji fikrah islam.

Pemuda Contoh Bernama Ibrahim

Fikrah islam yang cergas dan mekar di tangan pemuda contoh telah dibuktikan oleh al-Qur’an melalui kisah usaha dakwah yang gigih dan giat oleh Nabi Ibrahim as. Setelah beliau memukul dan memecahkan berhala yang menjadi tandingan bagi Allah SWT dan disembahi oleh kaumnya, maka gegak gempita la keadaan kaumnya mencari pelaku bagi perbuatan berkenaan.

Allah SWT berfirman;

قَالُواْ مَن فَعَلَ هَٰذَا بِـَٔالِهَتِنَآ إِنَّهُۥ لَمِنَ ٱلظَّلِمِينَ
(Setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: "Siapakah yang melakukan perbuatan yang demikian terhadap tuhan-tuhan kami? Sesungguhnya adalah ia dari orang-orang yang zalim".
-Sura Al-Anbiya', Ayah 59


Mereka bertanya-tanya sesama mereka, tidak menjangkakan adanya saingan lain terhadap tuhan mereka. Kelihatan muncul fikrah lain yang menyalahi apa yang mereka lakukan selama ini. Fikrah yang positif dan aktif. Fikrah yang bangkit menentang kemungkaran. Bukan fikrah yang negatif dan pasif. Siapakah pelakunya?!

قَالُواْ سَمِعۡنَا فَتٗى يَذۡكُرُهُمۡ يُقَالُ لَهُۥٓ إِبۡرَٰهِيمُ

(Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya".
-Sura Al-Anbiya', Ayah 60

Ketika sesi berbincang dan saling bertanya-tanya itu berlangsung, maka sebahagian mereka terus menuduh dan menyebut nama Nabi Ibrahim. Tidak nama suspek-suspek yang lain. Yang terpacul keluar, terus nama Nabi Ibrahim. Lebih menarik mereka menyifati beliau sebagai seorang anak muda.

Apakah maksudnya kepada kita?

Maksudnya Nabi Ibrahim walaupun seorang diri membawa fikrah islam yang sahih itu, telah dikenali oleh kaumnya. Dia telah menjadi satu angkatan muda yang kuat walaupun seorang diri. Beliau telah menjadi pilar bagi fikrah islam. Beliau telah menjadi rahsia kekuatan bagi fikrah islam meskipun perlu berhadapan dengan kumpulan sesat yang ramai dan kuat. Dan ternyata panji fikrah islam telah berkibar megah di tangannya sehingga ia dikenali umum.

Paling penting, ketika ini semua berlaku, beliau merupakan seorang anak muda. Nah, apa pula anak muda kita lakukan untuk mempertahan fikrah islam daripada diseleweng dan dijumudkan oleh musuh-musuh islam melalui pelbagai serangan?


[1] Hassan al-Banna, Risalah Wahai Pemuda

Saturday, December 14, 2019

GF : KEBENDAAN MELUNTURKAN JIHAD


Dalam sejarah Islam, Allah SWT telah mempertontonkan bahayanya cinta kebendaan yang melampau melalui peristiwa-peristiwa besar yang berlaku terutamanya dalam siri peperangan umat islam sebagai simbol jihad tertinggi. Antara yang masih segar dalam lipatan sejarah kita semua ialah bagaimana peristiwa berdarah dalam Peperangan Uhud berlaku dengan tragis, sedikit sebanyak kerana faktor cinta akan dunia yang menebal dalam jiwa sebahagian kaum muslimin ketika itu.

Setelah kaum muslimin tewas dalam pusingan kedua peperangan Uhud sehingga mengorbankan puluhan nyawa termasuk beberapa sahabat utama, ayat al-Qur’an turun untuk memberi komentar yang bukan sahaja sebagai panduan dan tarbiyah kepada mereka, tetapi menjadi pedoman abadi buat kita semua.

Firman Allah SWT;


وَلَقَدۡ صَدَقَكُمُ ٱللَّهُ وَعۡدَهُۥٓ إِذۡ تَحُسُّونَهُم بِإِذۡنِهِۦۖ حَتَّىٰٓ إِذَا فَشِلۡتُمۡ وَتَنَٰزَعۡتُمۡ فِي ٱلۡأَمۡرِ وَعَصَيۡتُم مِّنۢ بَعۡدِ مَآ أَرَىٰكُم مَّا تُحِبُّونَۚ

Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah  dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang).


Dalam ayat di atas, al-Qur’an membongkar isi hati kaum muslimin yang terlibat dalam pertelingkahan berkenaan dan apakah sebabnya ia berlaku. Sebahagian daripada mereka ingkar kepada perintah Rasulullah SAW sesudah Allah memperlihatkan kepada mereka apa yang mereka sukai berupa harta rampasan perang. Pada detik dan saat itu, mata-mata mereka tidak keruan.

Perasaan cinta akan kebendaan dan kekayaaan telah masuk ke dalam jiwa mereka sehingga mereka tidak sedar akan perintah sang Nabi. Bukankah ini menunjukkan kesan pemikiran materialisme yang menebal dan menghakis semangat jihad ?

Berapa ramai pula dalam kalangan umat hari ini telah meninggalkan pelbagai tingkatan jihad kerana tidak sanggup kehilangan kesenangan, kemewahan dan kebendaan yang telah diujikan oleh Allah SWT ke atas mereka?

Sambungan daripada Firman Allah SWT di atas;


مِنكُم مَّن يُرِيدُ ٱلدُّنۡيَا وَمِنكُم مَّن يُرِيدُ ٱلۡأٓخِرَةَۚ ثُمَّ صَرَفَكُمۡ عَنۡهُمۡ لِيَبۡتَلِيَكُمۡۖ وَلَقَدۡ عَفَا عَنكُمۡۗ وَٱللَّهُ ذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.
-Surah Ali-E-Imran, Ayat 152


Jelaslah bahawa materialisme adalah ujian buat umat. Ujian ini telah digunakan oleh musuh-musuh islam untuk mengaburi mata kita semua supaya terpana dan terpaku kepada alat sehingga melupakan matlamat dan tujuan hidup yang sebenar. Rumah, kereta mewah, karier, pelajaran, anak-pinak, jawatan, wang ringgit, pangkat dan nama hanyalah alat untuk menjayakan misi dan agenda islam.

Namun alangkah ramainya dalam kalangan kita berlumba dan bersaing sengit untuk mendapatkan alat-alat ini dan menjadikan alat-alat ini sebagai matlamat yang dikejar di dunia. Siapakah yang memulakan trend ini? Tidak lain, ini adalah pemikiran asing yang diimport dari luar masuk ke dalam negeri umat islam sehingga mendiami pemikiran umat. Sedangkan Rasulullah SAW dan para sahabat tidak mengejar dan mewariskan dinar dan dirham.

Yang diawariskan ialah fikrah, jihad dan perjuangan misi islam.

Namun misi ini telah digantikan dengan material yang boleh dicapai dan diukur pencapaiannya di dunia.

***

Instisari dari Buku Ghazwu Fikri ; Racun Minda Umat
Muassis Pub - Bakal terbit insya Allah

Sunday, November 24, 2019

GHAZWU FIKRI : FIRAUNISME


Serangan Psikologi Firaun


Dari segi kekuatan fizikal, kekuatan Firaun hanyalah kekuatan sebatang kara seperti manusia lain. Tidak lebih dari itu. tanpa penyokong-penyokong, pembantu-pembantu dalam kalangan tukang sihir dan pembesar-pembesar yang menjadi penasihat Firaun yang dimaksudkan dalam al-Qur’an, dia hanyalah seorang lelaki biasa, an ordinary man!

Namun Firaun telah menggunakan teknik serangan pemikiran ke atas kaumnya sehingga mereka tunduk, takut dan patuh kepadanya.
Firman Allah SWT;


وَنَادَىٰ فِرۡعَوۡنُ فِي قَوۡمِهِۦ قَالَ يَٰقَوۡمِ أَلَيۡسَ لِي مُلۡكُ مِصۡرَ وَهَٰذِهِ ٱلۡأَنۡهَٰرُ تَجۡرِي مِن تَحۡتِيٓۚ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ

Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya?
-Surah Az-Zukhruf, Ayat 51

Firaun Menggunakan Pengaruh Politik


Firaun cuba menagih sokongan dan ‘undi percaya’ kaumnya dengan menyebut dan menyenaraikan pencapaian kepemimpinanya dari sudut pembangunan material; ekonomi dan infrastruktur. Natijahnya, menjadi kelabu lah mata pengikutnya.

Mereka buta dari hidAyat. Mereka melihat kecanggihan teknologi zaman firaun. Mereka melihat kecekapan firaun mentadbir urus ekonomi, membangunkan negeri Mesir dan mereka melihat kesemua itu datangnya dari ‘keberkatan’ yang ada pada Firaun.

Bayangkan seorang pemimpin telah merasuk jiwa dan pemikiran pengikutnya sehingga ia dijuluk sebagai tuhan. Beliau menggunakan kecanggihan ilmu kejuruteraan mencipta sungai-sungai yang mengalir di bawahnya dan memakmurkan Mesir untuk menjauhkan rakyat dari pentujuk yang sebenar. Bukankah perkara yang sama menjadi taruhan parti-parti jahiliyah hari ini?

Character Assasination


Tidak cukup sekadar mengelabui mata pengikutnya dengan kecanggihan teknologi dan kemakmuran ekonomi yang ditadbirnya, Firaun kemudian beralih menjatuhkan lawannya yakni Nabi Musa yang berdiri di hadapannya membawa wahyu dan peringatan untuk kembali ke jalan yang benar.
Lihatlah bagaimana dia memperkecilkan Nabi Musa, menghinanya di khalayak ramai;


أَمۡ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡ هَٰذَا ٱلَّذِي هُوَ مَهِينٞ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ
"Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?
-Surah Az-Zukhruf, Ayat 52


فَلَوۡلَآ أُلۡقِيَ عَلَيۡهِ أَسۡوِرَةٞ مِّن ذَهَبٍ أَوۡ جَآءَ مَعَهُ ٱلۡمَلَٰئِكَةُ مُقۡتَرِنِينَ
"(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"
-Surah Az-Zukhruf, Ayat 53

Sesungguhnya pembunuhan karakter ini merupakan taktik murahan untuk menjatuhkan pihak lawan dan telah diwarisi oleh politikus tidak bermoral hari ini. Tidak perlu kita berikan contoh kerana ia cukup makruf dalam suasana politik negara kita.

Begitulah Firaun menjatuhkan maruah Nabi Musa dan menyebabkan kaumnya buta mata hati sehingga terhindar dari hidayah. Kata-kata kesat dan kejian yang dilemparkannya itu menyebabkan pengikut-pengikut Firaun termakan umpan sehingga tidak terlihat pada mesej hidayah yang hendak di bawa.

Kefasikan Tunduk Pada Serangan Pemikiran


Nampaknya petunjuk al-Qur’an seterusnya memberi isyarat bahawa serangan pemikiran yang dimainkan oleh Firaun telah berkesan. Hidup-hidup kaumnya terus ditipu dan diperbodohkan olehnya. Allah SWT mengecam mereka yang tunduk dan patuh kepada Firaun dan menyifatkan mereka sebagai orang-orang yang fasik.
Firman Allah SWT;

فَٱسۡتَخَفَّ قَوۡمَهُۥ فَأَطَاعُوهُۚ إِنَّهُمۡ كَانُواْ قَوۡمٗا فَٰسِقِينَ
(Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik - derhaka.
-Surah Az-Zukhruf, Ayat 54

Memang benar, banyaknya melakukan dosa akan menyebabkan seseorang itu menjadi fasik. Kefasikan akan menyebabkan jantung hati menjadi gelap dan tidak dapat menerima cahaya hidayah. Kita lihat pendokong kebathilan terdiri daripada mereka yang fasik, banyak bermaksiat dan membelakangkan syariat Allah SWT.

Kunci keberhasilan serangan pemikiran ini juga dengan melazimkan umat islam dengan dosa-dosa kecil sehingga mereka terbiasa. Dosa-dosa kecil ini lama-kelamaan menjadi dosa besar. Zina, judi, minum arak, mengumpat, membuka aurat dan sebagainya telah menjadi kebiasaan.


***

Petikan dari buku : Serangan Pemikiran,
Bakal terbit oleh Muassis Publication

Saturday, October 5, 2019

GF - MEROSAK AKHLAK


Merosak akhlak

Akhlak merupakan keunikan ajaran islam dan menjadi senjata ampuh untuk menarik orang mengenal islam. Akhlak atau tingkah laku ini merupakan gambaran pertama yang kita lihat pada seseorang sebelum kita berkenalan dengan lebih dekat tentang fikrah dan pemikiran yang dibawa. First impression kepada islam ialah akhlak penganut-penganutnya. Jadi, alangkah pentingnya pada pandangan musuh-musuh islam untuk merosakkan dahulu akhlak anak-anak muda islam supaya tarikan pertama ini lebur. Apabila akhlak dicemari dengan pandangan buruk, kemungkinan besar mesej yang hendak dibawa itu tidak akan dipertimbangkan oleh si pendengar kerana bahasa badan lebih melekat berbanding bahasa lisan.

Akhlak Nabi Muhammad

Dakwah Rasulullah telah mendapat perhatian orang-orang Quraysh kerana akhlak baginda yang unggul sehingga tiada sebab untuk mereka menolak islam melainkan mereka sendiri membutakan mata hati mereka dan menolak kebenaran. Mereka sebenarnya mengenali baginda ar-Rasul seperti mana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri seperti firman Allah;


ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَعۡرِفُونَهُۥ كَمَا يَعۡرِفُونَ أَبۡنَآءَهُمۡۖ وَإِنَّ فَرِيقٗا مِّنۡهُمۡ لَيَكۡتُمُونَ ٱلۡحَقَّ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ



Orang-orang yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui.
-Surah Al-Baqarah, Ayah 146
Dalam perkenalan mereka dengan baginda ar-Rasul, tidak ada seorang pun dari kalangan mereka mempunyai pengalaman buruk berinteraksi dengan Rasulullah. Kedudukan baginda pada aspek akhlak terpuji ini bahkan telah mendapat pujian langsung dari Allah swt;

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٖ
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
-Surah Al-Qalam, Ayah 4


Thursday, October 3, 2019

SUARA MANJA ASIAH




Allah SWT telah memberi ilham kepada ibu Musa untuk menghanyutkan Musa yang masih bayi ke dalam  sungai. Dari kemurahan Allah SWT, dilimpahkan mahabbah kepada Musa as. Tidak ada mata yang memandang Musa melainkan akan terpegun, jatuh cinta yang mendalam sekali untuk mengasihi dan menyayanginya di usia bayi itu. Ini adalah tarikan mahabbah yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya;


أَنِ ٱقۡذِفِيهِ فِي ٱلتَّابُوتِ فَٱقۡذِفِيهِ فِي ٱلۡيَمِّ فَلۡيُلۡقِهِ ٱلۡيَمُّ بِٱلسَّاحِلِ يَأۡخُذۡهُ عَدُوّٞ لِّي وَعَدُوّٞ لَّهُۥۚ وَأَلۡقَيۡتُ عَلَيۡكَ مَحَبَّةٗ مِّنِّي وَلِتُصۡنَعَ عَلَىٰ عَيۡنِيٓ

"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
Surah Ta-Ha, Ayat 39


Rasa cinta yang mendalam terhadap bayi yang ditemuinya iaitu Musa a.s dan iltizam yang kuat untuk mengambil dan memeliharanya telah membuatkan Isteri Firaun yang dikenali Asiah ini mengumpul segala kekuatan dan kelembutan untuk membujuk firaun supaya bersetuju dengan keinginannya. Dengan takdir Allah, aura kelembutan seorang isteri dan iltizam seorang perempuan bernama Asiah telah menundukkan Firaun yang bengis itu.

Mari kita perhatikan laras bahasa yang tersusun rapi dan penuh berani oleh Imraah Firaun ini dalam ayat berikut;


وَقَالَتِ ٱمۡرَأَتُ فِرۡعَوۡنَ قُرَّتُ عَيۡنٖ لِّي وَلَكَۖ لَا تَقۡتُلُوهُ عَسَىٰٓ أَن يَنفَعَنَآ أَوۡ نَتَّخِذَهُۥ وَلَدٗا وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ
Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Firaun: "(Semoga ia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).
-Sura Al-Qasas, Ayah 9

Sungguh pandai sang perempuan bermain dengan kata-kata sehingga memukau si suami. Kata Asiah;
"(Semoga ia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu..”

Dalam ayat ini Asiah bukan sahaja meluahkan keinginan dan perasaannya, tetapi telah membawa bersama keinginannya itu perasaan yang tersembunyi dalam jiwa Firaun. Frasa “bagimu..” merupakan hujah manja yang tidak mampu ditolak oleh Firaun. Akhirnya firaun bersetuju. Permainan kata-kata atau semantic game ini membuahkan hasil. Hebatnya wanita al-Qur’an ini.


Wanita, jika keazaman dan keinginannya telah kuat dan memuncak, dia akan menggunakan segenap upaya untuk mendapatkan apa yang diingini dan dihajati. Memang tepat Allah SWT telah memilih Asiah sebagai asbab terselamatnya Nabi Musa.

Keinginan yang kuat ini dalam bahasa Arab disebut sebagai irodah qowiyah. Inilah yang kaum wanita patut pelajari dari Asiah as. Asiah bukan pesis permaisuri biasa yang duduk bertenggek di singgahsana dan menghabiskan wang Negara, tetapi telah menggunakan keinginan dan kemahuan yang kuatnya itu untuk mengubah perjalanan sejarah manusia.

Sudah pasti sebelum itu semua, dia telah didasari oleh keimanan yang kokoh. Jiwa yang sering bertawajjuh kepada Allah akan memiliki hati yang lapang dan kental berjuang meskipun berhadapan dengan makhluk sezalim firaun. Di istana firaun itu rupanya telah menjadi sarang terbinanya iman yang mendalam kepada Allah SWT.

Pembaca budiman terutamanya buat wanita muslimah yang ingin mengambil langsung teladan dari al-Qur’an, sesungguhnya ada dua hal yang boleh dibawa pulang dari babak ini untuk kita terapkan.

Bahawa wanita itu mempunyai aura tersendiri dan mampu mencenderungkan orang-orang di sekelilingnya selari dengan kemahuannya. Jika si isteri solehah, nescaya mampu mendidik pasangan dengan manja tetapi penuh adab untuk berubah menjadi soleh. Ibu yang penuh keimanan mampu membisikkan pesanan-pesanan keimanan dan mendidik iman dalam peribadi anak-anak. Sekiranya watak sedegil firaun pun mampu ditundukkan oleh suara wanita, apalah sangat lelaki-lelaki yang hadir dalam hidup kalian, bukankah jauh lebih mudah?

Meskipun wanita terutamanya setelah berumah tangga sering kali dikaitkan dengan dapur, namun ia bukan tanggapan yang tepat dan patut merendahkan peranan kalian. Di mana sahaja posisi seorang wanita itu, ada peranan yang boleh dimainkan. Jika wanita seagung Asiah yang terpenjara di istana mewah mampu berbuat sesuatu untuk agama ini, apatah lagi untuk kalian akhowat muslimah di zaman serba moden ini. Ruang lingkup untuk menyumbang terlalu luas sehingga tidak mampu diduga. Maka, bertebarlah menyampaikan risalah cinta ini.


Buku : Wanita yang diabadikan dalam al-Qur'an

* Gambar yang tiada kaitan

Wednesday, October 2, 2019

TARBIYAH PRA MATANG


Ketika islam telah tersebar dengan penuh gah, ekspansinya melata di sekeliling Tanah Arab,  sebahagian besar masyarakat pinggiran dan pedalaman Arab juga telah memeluk islam. Orang Arab pedalaman ini dikenali dalam Qur'an dengan gelaran al-a'rab atau Arab Badwi, "Arab Kampung". Namun begitu, dalam Qur'an tatkala ayat-ayat yang diturunkan secara khusus berbicara tentang kumpulan "new comers' ini, kebanyakannya menegur sikap mereka dalam beragama.

Antaranya, Allah swt menegur mereka dalam surah al-Hujurat berkenaan beberapa perilaku mereka yang tidak matang, menggambarkan iman yang masih belum meresap dan mekar dalam jiwa mereka meskipun lisan mereka telah melafazkan kalimah syahadah. Mengapakah sikap mereka begini? Pada amatan kita yang cetek dan terbatas ini, ada beberapa kemungkinan.

Pertamanya kerana usia mereka dalam islam yang masih baharu sehinggakan kefahaman islam belum menyerap dengan mantap dalam jiwa mereka. Sudah tentu mereka yang memeluk islam ketika islam sudah mula menempa nama di Tanah Arab ini tidak melalui siri-siri perjuangan yang panjang, keras dan menggugah jiwa sebagaimana yang telah dirintih oleh assabiqun al-awwalun, menyebabkan asbab mereka memeluk islam itu besar kemungkinan tidak didasari oleh pegangan yang kuat, sebaliknya bercampur dengan kepentingan-kepentingan tertentu.

Hal ini memberi gambaran kepada kita bahawa elemen masa dalam "tarbiyah" memberi natijah yang berbeza kepada sikap seorang akh yang berada dalam tarbiyah. Walaupun kita tidak boleh menilai ketaqwaan seseorang, namun pengalaman menunjukkan kematangan dalam tarbiyah hanya dicapai setelah seorang akh melalui satu tempoh tarbiyah yang lama, panjang dan mendalam. Maka saudaraku, ketika engkau merasa kering, bertahanlah! Atau buat murabbi yang sedang mentakwin, ketika engkau dapati beberapa prilaku yang memeningkan dan kadang-kadang menjengkelkan dirimu, ketahuilah masa merupakan elemen yang sangat penting dalam pentarbiyahan.

Keduanya, kemungkinan besar juga fenomena ini berlaku kerana kelompok Arab Badwi ini terpinggir dan berjauhan dari sumber tarbiyah. Kedudukan mereka yang secara geografis di pinggir kota menyebabkan bekalan islam itu tidak sampai dengan sempurna ataupun tidak seasolah yang diterima oleh mereka yang berada di 'central' terutamanya berbanding sahabat yang berada di kota Madinah, di sisi Rasulullah saw. Kurangnya pendedahan kepada bahan tarbiyah dan kurangnya mulazamah serta mendampingi abang-abang yang lebih senior menyebabkan pembentukan iman dan perilaku golongan ini dilihat sedikit terbantut dan ke belakang.

Amatan ini memberi kita;-para murabbi satu ibrah yang sangat penting. Ia mengulangi siri nasihat yang kita dengar akan betapa pentingnya sumber tarbiyah itu dibekalkan secara berterusan dan berdampingan langsung dari mereka yang terlebih dahulu menapaki jalan ini. Kekerapan ponteng wasilah tarbiyah, dan mengasingkan diri dari 'camp' ikhwah menyebabkan berlakunya perkara ini. Jika yang membaca tulisan yang marhaen ini adalah dalam kalangan adik-adik, tidak ada yang ingin kami sembunyikan melainkan ingin memberitahu kalian untuk terus komited dengan wasilah yang disediakan dan teruslah berdampingan dengan para murabbi yang qudwah.


Apakah sikap dan perilaku Arab Badwi yang ditegur oleh al-Qur'an ? Apakah bentuk sikap tidak matang yang mungkin sedang berulang dalam kalangan 'kita' ?

Insya Allah bersambung....

Sunday, September 22, 2019

SUDIKAH ENGKAU TERIMA ?


Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima melainkan yang baik-baik sahaja. Ini adalah pelajaran penting yang kita petik tatkala meneliti kalam Nubuwwah yang dihimpun oleh al-Imam An-Nawawi dalam himpunan hadis Arbainnya. Sabda Rasulullah SAW;

إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّباً
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu baik (thayyib), tidak menerima kecuali yang baik (thayyib)..”



Hadis ini masih panjang namun kita memetik sekadar melengkapkan pelajaran di pusingan ini. Para hamba-Nya yang memahami dengan mendalam ungkapan hadis di atas pasti tidak senang duduk memikirkan amal-amal yang telah kita lakukan di hari-hari semalam. Adakah yang terbaik dan diterima oleh Allah SWT? Satu muhasabah yang menginsafkan. Sudikah Allah SWT menerima amal-amal kita yang penuh sambil lewa, acuh tak acuh dan penuh ketidaksempurnaan itu?
Tambahan pula, ada ayat Qur’an yang menggerunkan berkenaan hal ini;


وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٖ فَجَعَلۡنَٰهُ هَبَآءٗ مَّنثُورًا
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.
Surah Al-Furqan, Ayat 23

Subhanallah, di hari kiamat nanti ada jenis amal yang dipertontonkan oleh Allah SWT, yang dianggap baik oleh si pelaku di dunia. Malangnya, amal-amal itu tidak diterima oleh Allah. Sebaliknya, amal-amal itu menjadi debu berterbangan, lenyap begitu sahaja. Kita berlindung dengan Allah SWT agar tidak termasuk dalam golongan tersebut dan bermunajat semoga amal-amal kita baik yang lepas mahupun yang akan datang diterima oleh Allah SWT.

Namun hati mana yang tidak gusar setiap kali memikirkan penerimaan Allah SWT ini? Nah, di sini kita belajar sesuatu. Sekali lagi dari kisah Isteri Imran. Amalan dan pemberian Isteri Imran telah diisytiharkan oleh al-Qur’an bahawa ia diterima oleh Allah SWT. Bukan sahaja diterima, tetapi Allah menerima dengan penerimaan yang baik, Qobul Hasan! Masha Allah, luar biasa!


Firman Allah SWT;

فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٖ وَأَنۢبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنٗا وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّاۖ
Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria...”
Surah Ali Imran, Ayat 37

Alangkah cemburunya kita kepada Isteri Imran tatkala pemberian, nazar dan amalnya itu telah mendapat ruang khusus dalam ayat Qur’an dan diumumkan dengan terang-terangan bahawa Allah telah menerimanya. Memang wajar! Sungguh berbaloi nazar dan pemberian sedemikian sekiranya mendapat jaminan penerimaan daripada Rabbul Izzati, pemilik Alam ini.

Namun adakah Isteri Maryam tahu berkenaan hal ini, penerimaan dan jaminan ini? Pada amatan kita, tidak. Dia tidak tahu. Allah SWT menceritakan hal ini di kemudian hari, dalam ayat-ayat-Nya supaya kita yang membaca ini tahu dan mengambil teladan. Baik kita mahupun sesiapun tidak tahu, adakah amal-amal kita diterima oleh Allah SWT. Sama ada Allah terima atau tidak, hal ini kekal rahsia dengan hikmah tersendiri. Antaranya, supaya jiwa para hamba sentiasa cemas dan mencuba untuk memberikan yang terbaik dalam setiap amalnya.

Namun sekurang-kurangnya di hadapan kita, ada kisah dan cerita peribadi-peribadi yang telah berbuat dan amalan mereka mendaki ke langit dengan penuh bergaya lalu diterima oleh Allah SWT. Inilah dia wanita dambaan al-Qur’an yang mengajarkan kita bagaimana mempersembahkan amal yang terbaik sehingga diterima oleh Allah SWT.

Ada lagi pelajaran lain yang boleh kita cerna dari saki-baki ayat di atas. Mari kita perhatikan sekali lagi;

فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٖ وَأَنۢبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنٗا وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّاۖ
Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria...”
Surah Ali Imran, Ayat 37

Setelah al-Qur’an mengumumkan bahawa nazar itu diterima dengan penerimaan yang baik, di sana ada implikasi atau kesan yang boleh kita amati apabila amal, hasrat atau nazar itu diterima. Iaitu bagaimana Allah telah menyiapkan asbab-asbab supaya impian dan nazar Isteri Imran untuk menjadi realiti. Sekurang-kurangnya, dua asbab dapat kita keluarkan;

1) Allah menyiapkan bayi Maryam untuk tumbuh besar dalam suasana  dan perwatakan yang baik.
2) Allah menyerahkan penjagaan Maryam ini dibawah jagaan dan peliharaan Nabi Zakariya

Kita akan lihat satu persatu bagaimana asbab-asbab ini menatijahkan nazar dengan takdir dan izin Allah SWT.

Pertama, Maryam telah tumbuh dan membesar dengan baik. Ini dapat kita simpulkan melalui frasa وَأَنۢبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنٗا. Daripada ungkapan ini juga, ada 2 pelajaran lain yang kami ingin kongsi.

1) Perkataan وَأَنۢبَتَهَا lebih tepat diterjemahkan “..dan ditumbuhkan dia..” kerana perkataan nabat sering dikaitkan dengan pertumbuhan tanaman seperti yang digunakan dalam banyak tempat dalam al-Qur’an. antaranya,

وَٱللَّهُ أَنۢبَتَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ نَبَاتٗا
"Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna,
Surah Nuh, Ayat 17

Penggunaan perkataan ini memberi gambaran bahawa Bayi Maryam ini telah dipastikan untuk tumbuh dengan baik sejak kecil, seperti tanaman-tanaman yang tumbuh segar dan luar biasa khasiatnya. Nah, untuk satu tumbuhan itu tumbuh dengan baik, ada dua faktor utama yang menentukan, iaitu kondisi luaran yang dia dterima seperti keadaan tanah, air, cahaya matahari etc, dan juga kondisi benih itu sendiri. Jika benih itu bukan dari baka yang baik dan tidak terkumpul padanya genetik-genetik yang membawa khasiat, tidak ada gunanya suasana pertanian yang hebat.

Jadi sebenarnya, tumbesaran Maryam yang baik itu telah dipastikan daripada kedua-dua aspek ini. Dia tumbuh dalam suasana penuh solehah dan Maryam sendiri telah mewarisi perwatakan-perwatakan yang luar biasa dari Sang Ibu dan Ayah. Jadi para ibu dan ayah, kemunculan anak yang luar biasa manfaatnya bermula di peringkat Ibu Bapa lagi!

2) Seterusnya, perhatikan lagi pada ungkapan وَأَنۢبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنٗا yang bermaksud dan dibesarkannya dengan pembesaran/pertumbuhan yang baik. Frasa ini sangat unik kerana menghimpunkan kata kerja dan kata nama. Dalam bahasa Arab, teknik ungkapan ini disebut sebagia maf’ul mutlaq, iaitu secara mudahnya, apabila dalam satu ayat, perbuatan atau kata kerja kemudian disusuli dengan kata nama.

Ungkapan ini dalam bahasa Arab digunakan antaranya bertujuan untuk memberi penekanan dan pendetailan kepada kata kerja atau perbuatan tadi. Dalam ayat di atas, sudah memadai Allah menyebut “dibesarkannya”. Tetapi tidak cukup, ditegaskan bahawa Maryam telah dibesarkan dengan pembesaran/pertumbuhan yang hasanan. Masha Allah, besarnya perhatian Allah SWT dalam memastikan nazar Isteri Imran ini menjadi kenyataan!

Asbab kedua yang dipersiapkan oleh Allah SWT untuk takdir yang ditentukan buat Bayi Perempuan ini ialah, beliau telah dijaga dan dipelihara oleh Nabi Zakariya yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan ibu dan ayahnya. Sebenarnya pada penggunaan perkataan kafalah itu sendiri mempunyai maksud yang tersendiri dan lebih memukau, namun cukuplah kita bawa kesimpulan bahawa Allah SWT telah menerima nazar Isteri Imran ini dan mengadakan baginya asbab-asbab supaya nazar dan hasrat yang baik itu menjadi realiti.

Saudaraku,

Tidak keterlaluan jika di penghujung pelajaran dari Isteri Imran ini, kita temukan satu kaedah dalam memahami al-Qur’an. Iaitu, petanda apabila Allah telah menerima amal, nazar dan hasrat murni kita itu, Allah akan mudahkan dan persiapkan jalan-jalannya!

Maka marilah kita memasang impian yang tinggi mengunung untuk islam ini, berusahan dan beramal ke arah itu. Mudah-mudahan tumuhat itu diterima oleh Allah SWT dan dipersiapkan jalan-jalannya, amin.


Tamatlah pusingan pelajaran dari Wanita al-Qur’an yang bernama Hannah ini.



Petikan dari buku : Wanita yang diabadikan Dalam Qur'an
Bakal terbit

Thursday, September 19, 2019

MENILAI HPU DENGAN RUH UKHUWAH ISLAMIYYAH



Kerjasama dan penyatuan sesama orang islam apatah lagi yang komited dengan islamnya dan mukmin adalah sangat dituntut tanpa khilaf.

Arahan kesatuan dan kerjasama sesama muslim ini yang bersifat syaarie begitu banyak. Nas (dalil) ini pula qatie (muktamad) secara thubutnya (authenticity) kerana dipetik dari al-Qur'an yang sampai kepada kita secara mutawatir.

Manakala larangan untuk umat Islam berpecah pula begitu banyak sekali. Cuma kita turut akur bahawa di sana ada juga ruang berbeza pandangan yang harus di aspek pemikiran.

Asasnya tetap, bersatu adalah lebih baik walaupun keadaan tidak memungkinkan ia berlaku pada kesemua aspek. Kaedah fiqh menyebut ;

 ما لا يدرك جله لا يترك كله
Apa yang tidak boleh dicapai semuanya, tidak ditinggalkan semuanya.


Ia adalah permulaan yang patut disokong dan didokong oleh setiap muslim yang jujur imannya dan meyakini bahawa izzah (kebanggaan) itu milik Allah, Rasul-Nya & orang-orang beriman serta meyakini bahawa hanya orang beriman yang akan menolong orang beriman yang lain dengan ikhlas tanpa kepentingan.

.. هُوَ ٱلَّذِيٓ أَيَّدَكَ بِنَصۡرِهِۦ وَبِٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.

-Sura Al-Anfal, Ayah 62

Apa yang berlaku dalam suasana politik tanah air kita merupakan satu sejarah yang tidak wajar dilupakan begitu sahaja. Kami menyambut baik usaha penyatuan ummah ini dengan harapan agar ia dilakukan dengan keikhlasan untuk kepentingan ummah.


Kami hanya mampu berdoa & berpegang pada apa yang terzahir & penilaian sebenarnya di serahkan kepada Pemilik Hati kita semua. Semoga usaha ini melonjak amal dakwah di Malaysia 🇲🇾 dan mempercepat jalan kemenangan.

Akhir kalam,

 والأخوة أخت الإيمان ، والتفرق أخو الكفر
"Ukhuwah adalah saudara iman, perpecahan adalah saudara kufur" - Hasan al-Banna


Tuesday, September 17, 2019

DOA PARA DUAT



Ada satu doa yang diajarkan kita oleh mashaikh dakwah untuk diulang baca iaitu,

اللهم استخدمنا ولا تستبدلنا
"Ya Allah jadikan kami orang berkhidmat & janganlah kau gantikan kami (dengan yang lain)"

Ini kerana peluang dan kesempatan berkhidmat untuk Islam merupakan satu bentuk kemuliaan dan penghargaan dari sisi Allah swt.

Kadang-kadang lafaz استخدمنا digantikan dengan lafaz استعملنا yang bawa makna yang hampir sama iaitu jadikan kami beramal.

Kesempatan beramal adalah tanda Allah inginkan kebaikan bagi kita. Ini seperti sabda ar-Rasul yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra;


عَنْ أَنَسٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ ‏"‏ ‏.‏ فَقِيلَ كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ‏"‏ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ الْمَوْتِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏
"Apabila Allah menginginkan bagi seorang hamba kebaikan, Allah jadikan dia beramal"

Kemudian baginda ditanya, bagaimana dia dijadikan beramal?

Sahut Rasulullah, "Diberikan taufiq baginya untuk melakukan amal salih sebelum kematian (semasa dia hidup)"

***

Doa & hadis di atas sewajarnya menimbulkan rasa cinta untuk beramal dalam diri kita. Hilanglah kemalasan & alasan tatkala mendengar hadis ini. Siapakah yang tidak mahu termasuk dalam kalangan hamba yang Allah ingin kebaikan bagi dirinya? Jika tidak dengan hadis dan rangsangan seumpama ini, maka dengan peringatan mana lagikah yang akan menggerakkan kita?

Menyangkut lafaz لا تستبدلنا iaitu janganlah Engkau gantikan kami (dengan orang lain) pula selari dengan sunnahtullah alam ini.

Apabila satu kaum tidak mahu lagi beramal dan memberi Khidmat untuk islam, maka ia akan diganti dengan kaum yang lain.

Firman-Nya ;

وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَٰلَكُم

.. Dan jika kamu berpaling Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.

-Sura Muhammad, Ayah 38

Semoga Allah terus memilih kita untuk beramal soleh dan memberi khidmat untuk agama ini.


Tuesday, August 27, 2019

PELAJARAN DARI SEORANG HAJAR


Sewaktu Ismail kecil dan ibunya hanya berdua dan kehabisan air untuk minum di lembah pasir dan bukit yang tandus,  Hajar pergi mencari air pulang pergi dari Bukit Shafa ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali. Kita sama tahu kisah ini. Cuma ada beberapa hal  yang menarik kita simak:

Pertama: Kenapa Hajar harus mencari air? Bukankan Hajar sendiri yang mengatakan kepada suaminya (Ibrahim a.s) bahwa kalau memang ini perintah Allah, maka pasti Allah tidak akan menyia-nyiakan kami.  Kalau dia yakin bahwa Allah tidak mungkin menyia-nyiakan mereka, kenapa tidak Hajar tunggu sampai keyakinannya itu terwujud? Kenapa harus mencari air?


Jawabannya adalah bahawa janji Allah itu harus dijemput dengan ikhtiar. Dengan action. Dengan usaha. Perjuangan Hajar mencari air bukan bentuk keraguannya terhadap Allah bahwa Allah akan menyia-nyiakan mereka. Sama sekali tidak. Tapi ikhtiar Hajar adalah untuk menjemput janji Allah. Untuk mencari sebab Allah menurunkan pertolongannya. Janji Allah bukan disikapi dengan sekedar menunggu sambil berdoa tapi sifar usaha.

Kedua: Kenapa harus berlari lari sampai 7 kali. Bukankah bukit Shawa dan Marwa itu kelihatan  saja? Bagi yang pernah melaksanakan ibadah haji atau umrah, tentu tahu bahwa bukit Shawa dan bukit Marwa itu tidak lah jauh. Dari  bukit Shafa kita bisa melihat dengan jelas  bukit Marwa begitu pula sebaliknya. Artinya kalau di bukit Shafa tidak ada air lalu di bukit Marwa juga tidak ada air ya itu berarti pasti di keduanya tidak ada air. Kenapa harus terus dicari sampai 7 kali ?

Ini pelajaran lain yang penting bagi kita, bahwa ikhtiar menjemput janji Allah yang sudah kita yakini akan datang itu ternyata dengan sebuah ikhtiar yang dilakukan dengan mengerahkan segenap kemampuan dan seluruh potensi. Usaha keras yang  tidak mengenal kata menyerah, bosan, tidak ada mood apatah lagi putus asa.

Ketika sampai kali ke 3, 4 atau ke 5 Hajar mendaki bukit Shafa-Marwa,  sama sekali tidak berkurang keyakinan Hajar akan ucapannya kepada suaminya dulu : Kalau benar ini perintah Allah  maka Allah tidak akan menyia-nyiakan kami..

Subhanallah!

Saudaraku,

Mampukah keyakinan kita kepada Allah SWT makin hari makin mekar tatkala kita diuji sebagaimana mekarnya keyakinan Hajar ini ? Keyakinan yang tidak pernah padam dan berkurang. Kata-kata yang telah beliau ungkapkan berkenaan perancangan Allah itu, telah tertanam kuat di sudut paling dalam dalam hati sanubarinya sehingga tidak mampu digugat oleh sebarang was-was. Hebatnya keyakinan seorang wanita. Apabila dia yakin dan tekad, maka tidak ada lagi ruang untuk kembali, sebaliknya mara terus menanti janji Allah tertunai.



Buku : Wanita Yang Diabadikan Dalm al-Qur'an

Friday, August 2, 2019

KATA-KATA YANG MEMBEKAS



Terkait dengan Maryam as, satu babak kisah dalam Qur’an yang akan kita kupas sekejap lagi mempunyai seribu satu pelajaran untuk kita semua, terutamanya untuk mereka yang giat menyampaikan mesej-mesej kebenaran, bercerita tentang al-Qur’an dan Islam.
Firman Allah SWT;


فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٖ وَأَنۢبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنٗا وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّاۖ كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيۡهَا زَكَرِيَّا ٱلۡمِحۡرَابَ وَجَدَ عِندَهَا رِزۡقٗاۖ قَالَ يَٰمَرۡيَمُ أَنَّىٰ لَكِ هَٰذَاۖ قَالَتۡ هُوَ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِۖ إِنَّ ٱللَّهَ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٍ

Maka ia diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya.
Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira".
Surah Ali Imran, Ayat 37

Sungguh ajaib. Meskipun di mata seorang Nabi persis Zakariya. Keanehan yang Nabi Zakariya dapati apabila melihat rezeki mencurah-curah turun kepada Maryam membuatkan dia langsung bertanya. Ayuh kita beri perhatian kepada jawapan Maryam yang bersahaja dan kesannya kepada Nabi Zakariya sejurus mendengar jawapan berkenaan.
Kata Maryam;

"Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira”

Jawapan dari Maryam ini sangat biasa, logik dan bersahaja. Tentu sahaja rezeki itu dari Allah bukan? Ia satu hakikat yang kita tahu, apatah lagi bagi seorang Nabi seperti Nabi Zakariya. Ia bukanlah pelajaran baharu. Dan melihat kepada tutur kata Maryam itu, beliau sekadar menjawab pertanyaan tanpa sebarang niat lain.

Namun ternyata jawapan yang bersahaja, kata-kata yang ringkas dan mantap itulah telah menyentap sanubari Nabi Zakariya. Kesimpulan sederhana ini dapat kita buat apabila memerhatikan kesan langsung kepada tindak-tanduk Nabi Zakariya yang direkodkan dalam al-Qur’an pada ayat berikutnya;

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُۥۖ قَالَ رَبِّ هَبۡ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةٗ طَيِّبَةًۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".
Surah Ali Imran, Ayat 38


Perkataan هُنَالِكَ membawa erti di situ juga. Ya! Di situ juga, tanpa berganjak, langsung dia berdoa kepada tuhannya. Ungkapan ini menunjukkan betapa kuat dan mendalamnya kesan yang dialami oleh Nabi Zakariya sejurus mendengar “tarbiyah sentap” dari Maryam tadi.

Sekiranya kita menghayati perjalan hidup Nabi Zakariya yang sudah puluhan tahun berdoa dan mengharapkan zuriat dari Allah SWT sebagaimana disebut dalam ayat-ayat yang lain, tentu babak ini dan tindak-tanduk ini akan lebih bermakna buat kita. Nabi Zakariya barangkali hampir berputus asa dan kecewa dalam berharap, namun mendengar sahaja tutur Maryam bahawa Allahlah yang memberi rezeki tanpa kira, tanpa hisab, dia kembali dari kekecewan, penuh harapan.


2 Pelajaran besar buat kita di sini;


Pertama, kadang-kadang satu ungkapan yang sama itu memberi kesan pada satu ketika dan tidak memberi kesan pada ketika yang lain. Kita tidak tahu, pada waktu manakah kata-kata kita yang bertujuan mengajak kepada kebaikan itu akan menghantarkan si pendengar kepada pintu hidayah. Mungkin tidak ada kesannya hari ini, tetapi boleh jadi esok.

Lantas, kita hanya dituntut untuk terus menyampaikan. Semakin kerap, berterusan dan banyaknya ungkapan nasihat yang kita berikan, maka bertambahlah pulak kebarangkalian kata-kata itu akan bertemu si pendengar pada saat yang tepat. Jadi saudaraku, jangan berhenti dalam usaha dakwahmu itu!

Kedua, inilah rahsia dan kehebatan yang mungkin terpancar kepada sosok Maryam. Bagaimana kata-kata yang terpacul dari beliau itu pada kesempatan yang tepat telah menusuk masuk ke sanubari Nabi Zakariya tanpa berlengah-lengah, terus dan memberi kesannya. Kata-kata yang sampai atau balagh ini adalah kesan langsung dari keimanan yang mantap si yang menuturkannya.

Iman, ibadah dan mujahadah mempunyai kekuatan tersendiri dan mempengaruhi kata-kata ajakan kita kepada orang lain. Sesetengah kaum salaf memberi nasihat, kata-kata dari pemilik hati yang bersih akan sampai kepada pendengar. Manakalah petutur yang mempunyai hati yang kotor, kata-katanya ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Begitulah kata-kata nasihat yang kita petik dan sampaikan semula dalam edisi yang telah diubahsuai.



***
Petikan buku : Wanita Yang Diabadikan Dalam al-Qur'an

Wednesday, July 31, 2019

RUMAH YANG TERBIAR


Mengisi jiwa rohani dengan cahaya Al-Qur’an adalah suatu yang teramat dituntut. Sehinggakan Rasulullah membuat perumpamaan peribadi yang tidak ada padanya hafalan Al-Qur’an seperti rumah yang terbiar.


Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW:

إِنَّ الَّذِي لَيْسَ فِي جَوْفِهِ شَيْءٌ مِنَ القُرْآنِ كَالبَيْتِ الخَرِبِ

Maksudnya: “Orang yang tidak ada di dalam rongganya (dadanya) sepotong pun ayat dari Al-Quran adalah seperti rumah yang ditinggalkan kosong”.

[Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2913] [Hadith dinilai oleh Imam al-Tirmizi sebagai Hasan Sahih]

Ini merupakan satu perumpamaan yang tepat dan tajam maksudnya.

كالبيت الخرب

Seperti rumah yang ditinggalkan kosong.

Albait alkhoribi juga boleh dimaksudkan rumah yang tidak selamat diduduki dan dihancurkan.

Ia mengingatkan kita kepada peristiwa Yahudi di zaman Rasulullah yang telah menghancurkan rumah-rumah mereka kerana mereka diserang perasaan tidak nyaman dan selamat.

Firman Allah ;

وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ ٱلرُّعۡبَۚ يُخۡرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيۡدِيهِمۡ وَأَيۡدِي ٱلۡمُؤۡمِنِينَ....


"... serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan dengan tangan orang-orang yang beriman....

-Sura Al-Hashr, Ayah 2

Bayangkan, itulah keadaan rongga dan tubuh kita tanpa Al-qur'an 😢

Tempat yang tidak selamat diduduki. Itulah keadaan hati yang kosong dari Al-qur'an. Suram dari cahaya hidayah. Bagaimana dari tempat terbiar ini kita mengharapkan intuition, atau petunjuk petunjuk yang membimbing kita? 😭

Bahkan, sering kali tempat yang terbiar akan menjadi sarang binatang buas lagi merbahaya. Agaknya makhluk apakah pula yang berada di dada yang sunyi dari Al-Qur’an.

Tidak perlu ditanya lagi!

ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ

"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -

-Sura An-Nas, Ayah 5

مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ

"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

-Sura An-Nas, Ayah 6

Marilah Ikhwah, kita isi dada kita dengan Al-qur'an. Semoga ia terang benderang sehingga menjadi tempat yang nyaman untuk hidayah datang berkunjung.

Wallahu'alam


Tuesday, July 30, 2019

NAZAR SEORANG IBU


 

Ikon wanita al-Qur’an berikutnya yang akan menjadi teladan kita ialah Isteri Imran yang wataknya hanya sekali muncul iaitu dalam surah Ali Imran, surah tentang keluarga Imran. Mungkin kita perlu memberi sedikit fokus di waktu yang lain untuk belajar dari Hamba Allah bernama Imran ini. Apakah keistimewaan beliau sehingga satu surah al-Qur’an yang bilangan ayat mencecah 200 banyaknya itu diberi nama “Keluarga Imran” atau Ali Imran, luar biasa!

Bersangkutan kisah Isteri Imran yang muncul hanya sekali tetapi cukup signifikan ini ialah babak penuh intim ketika beliau merintih dan berbicara dengan Allah Azza Wajal sebagaimana difirmankan-Nya;


إِذۡ قَالَتِ ٱمۡرَأَتُ عِمۡرَٰنَ رَبِّ إِنِّي نَذَرۡتُ لَكَ مَا فِي بَطۡنِي مُحَرَّرٗا فَتَقَبَّلۡ مِنِّيٓۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ

(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas, maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
-Surah Ali Imran, Ayat 35

Isteri Imran adalah ibu Maryam, yaitu Hannah binti Faqudz. Muhammad bin Ishaq berkata: “Hannah binti Faqudz adalah seorang wanita yang tidak pernah hamil. Suatu hari ia melihat seekor burung memberi makan anak-anaknya, maka ia pun ingin mendapatkan anak. Lalu ia berdoa kepada Allah agar memberinya seorang anak. Dan Allah pun mengabulkan doa-nya. Setelah suaminya melakukan hubungan badan dengannya, maka ia pun hamil. Inilah riwayat yang sampai kepada kita melalui pembacaan kitab  Tafsir Imam Ibnu Kathir dan kita menyerahkan sepenuh kepercayaan (thiqah) kepadanya.

Ujar beliau lagi dalam tafsirnya;


Setelah benar-benar hamil, ia bernazar agar anaknya menjadi anak yang tulus beribadah dan khusus untuk beribadah, berkhidmah ke Baitul Maqdis seraya berucap:

(“Ya Rabb-ku, sesungguhnya aku bernadzar kepada-Mu anak yang dalam kandunganku ini menjadi hamba yang shalih dan berkhidmat (di Baitul Magdis). Karena itu terimalah (nadzar) itu dariku. Sesungguhnya Engkau YangMahamendengar lagi Mahamengetahui.”)


Subhanallah! 1001 pelajaran yang boleh dikupas dari nazar Isteri Imran ini. Satu nazar yang sungguh menakjubkan, apatah lagi apabila kita mengingatkan hubungan kejiwaan seorang ibu dan anak.
Isteri Imran setelah mendapati dirinya telah hamil, menazarkan supaya bayi dalam kandungan itu lahir dan menjadi muharrar, berkhidmat untuk agama, berkhidmat di Baitul Maqdis sebagaimana pandangan mufassiriin. Luar biasa hebatnya nazar seorang ibu.

Jika dilihat dari sudut bahasa Arab, مُحَرَّرٗا bererti bebas, tidak terikat. Free from any attachments. Seolah-olah dalam nazar ini Isteri Maryam berjanji bahawa anak yang akan lahir itu akan dipastikannya bebas dari sebarang keterikatan supaya semata-mata terikat dan taat kepada Allah, semata-mata berkhidmat untuk agama. Termasuklah, bebas dari kongkongan beliau, seorang ibu! 

Luar biasa.


Anak adalah anugerah yang dinantikan oleh setiap pasangan yang berkahwin apatah lagi untuk seorang wanita bergelar isteri. Tidak lengkap hidupnya jika tidak bergelar seorang ibu dan memiliki anak. Sering kali anak-anak diikat oleh ibu bapa supaya tumbuh dengan besar dan matang untuk akhirnya berkhidmat kepada kedua-dua orang tuanya. Itulah barangkali inspirasi orang tua kita, secara umumnya.

Tetapi tidak bagi Isteri Maryam. Sudahlah anak yang seorang ini sudah lama ditunggu, tetapi dia tetap menazarkan si anak untuk Allah SWT. Buat para wanita dan juga kaum ibu, bagaimana harus kita meneladani kisah ini?

Tidak lain, didiklah anak-anak untuk berbakti kepada agama Allah SWT, kepada Islam, bukan semata-mata sebagai pembantu kita di usia senja. Jangan berpuas hati jika anak-anak kita tumbuh besar sekadar menjadi anak yang soleh yang berbakti kepada orang tuanya, tetapi berhajatlah lebih dari itu supaya mereka menjadi anak panah islam yang menggerunkan musuh-musuh islam. Janganlah disekat anak-anak sekiranya mereka ingin terlibat aktif dalam kumpulan-kumpuln islam yang benar dan terbimbing. Jangan dihalang mereka belajar berdakwah dan terlibat dengan amal-amal sosial untuk agama ini.

Betapa kita berhajatkan lebih ramai ibu-ibu yang mempunyai pemikiran seperti Isteri Imran. Rahimnya dipersiapkan untuk melahirkan khadam umat. Itulah yang dibanggakannya, apabila anaknya termasuk dalam daftar nama para pejuang agama.

Sunday, May 12, 2019

MENJADI ABU BAKR AS-SIDDIQ RA




Abu Bakr juga emotional. Mana tidaknya, sepupunya yang selama ini hidup menumpang, kasih atas kedermawan Abu, Bakr turut terkeliru dan termasuk dalam senarai orang beriman yang percaya pada berita bohong, yakni percaya bahwa Aisha telah berbuat sesuatu yang tidak baik dengan Safwan Al-Muattal.

Detil kisah bohong atau hadith al-ifki ini boleh kita semak dalam kitab sirah.

Sepupu Abu Bakr yang dimaksudkan di atas ialah Mistah bin Utsasah. Beliau seorang sahabat yang tersangat miskin dan mengharapkan kemurahan saudaranya As-Siddiq untuk memenuhi keperluannya.

Alangkah kecewa Abu Bakr tatkala yang dia bantu & berbudi selama ini turut termakan fitnah terhadap putrinya.

Wajarlah Abu Bakr bersumpah sebagaimana yang dinaqalkan oleh Imam Ibnu Katsir,

"Demi Allah, aku tidak akan memberinya bantuan lagi barang sedikit pun, selamanya...."

Wajar bukan?

Memang wajar.

Namun menyangkut hal ini, telah turun wahyu untuk mengajarkan Abu Bakr dan kita semua sesuatu yang jauh lebih berharga dari sumpahan tadi ;

وَلَا يَأۡتَلِ أُوْلُواْ ٱلۡفَضۡلِ مِنكُمۡ وَٱلسَّعَةِ أَن يُؤۡتُوٓاْ أُوْلِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينَ وَٱلۡمُهَٰجِرِينَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٌ

(Abdullah Muhammad Basmeih)

Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

-Sura An-Nur, Ayah 22

😭


Subhanallah, sungguh halus teguran dan tarbiyah dari Allah azza wajal.

Tatkala turun ayat ini, barangkali terngiang-ngiang di benak As-Siddiq itu pertanyaan dari Qur'an,

أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡۚ
".. tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu.."

Maka pada saat itu juga Abu Bakar berkata, "Benar, demi Allah, sesungguhnya kami suka bila Engkau memberikan ampunan kepada kami, wahai Tuhan kami."

Begitulah yang diriwayatkan oleh Ibnu Kathir dalam tafsirnya. Tambah beliau lagi,

Kemudian Abu Bakar kembali memberikan nafkah bantuannya kepada Mistah seperti biasanya. Untuk itu Abu Bakar berkata, "Demi Allah, aku tidak akan mencabutnya selama-lamanya."

***

Indahnya kisah ini. Inilah kisah peribadi yang telah dibentuk oleh zaman paling baik dengan tarbiyah al-Qur'an.

Abu Bakr mengajar kita untuk mengetepikan emosi, berjiwa besar demi keampunan dari Allah swt.

Saudaraku,

Bukankan inilah bulan paling baik dan tepat untuk kita meneladani Abu Bakr dalam hal ini? Memaafkan sesama kita & berlapang dada.

Tidak sukakah kita justeru Allah yang memaafkan dan mengampuni kita?

🙃


Mari menjadi Abu Bakr As-Siddiq ra

Monday, April 29, 2019

AIR MATA MURABBI





Terjemahan : Ust Musyaffa Ahmad Rahim, MA


وَلَعَلَّهَا كَلِمَةٌ قَاسِيَةٌ – أَيُّهَا الْإِخْوَةُ – وَلَكِنَّهَا مِنَ الْحَقِّ:
Bisa jadi, ini merupakan kosa kata yang kasar – wahai ikhwah – namun, ia bagian dari kebenaran.


نَسْتَشْهِدُهَا هُنَا، فِيْ هَذَا الْمَوْطِنِ، بِقَوْلٍ صَادِقٍ لِسُفْيَانَ اَلثَّوْرِيِّ – رَحِمَهُ اللهُ

Kosa kata itu kami jadikan dasar di sini, di tempat ini, kosa kata yang terambil dari ucapan jujur seorang ulama’ tabi’in: Sufyan Ats-Tsauri – rahimahullah –


فَقَدْ رُؤِيَ حَزِيْنًا، فَقِيْلَ لَهُ: مَا لَكَ؟
فَقَالَ: (صِرْنَا مَتْجَرًا لِأَبْنَاءِ الدُّنْيَا، يَلْزَمُنَا أَحَدُهُمْ، حَتَّى إِذَا تَعَلَّمَ: جُعِلَ قَاضِيًا أَوْ عَامِلًا).

Di mana Beliau pada suatu hari terlihat berduka, maka ditanyakan kepada Beliau: “apa yang membuatmu berduka?”.

Maka Beliau menjawab: “Kami telah menjadi bursa bagi para pencari dunia, menjadi kewajiban kami untuk mentarbiyah dan mendidik mereka, namun, setelah ia (selesai) belajar, ia menjadi hakim atau pejabat”!!!.

قَالَ أَحْمَدُ اَلرَّاشِدُ مُعَلِّقًا:

Syekh Ahmad Ar-Rasyid berkomentar demikian:

إِنَّهَا الْحَقِيْقَةُ الْمُؤْلِمَةُ فِيْ حَيَاةِ كَثِيْرٍ مِنَ الدُّعَاةِ.

Sungguh, ini merupakan fakta yang menyakitkan, fakta dalam kehidupan kebanyakan aktifis dakwah

تُعَلِّمُهُمُ الدَّعْوَةُ اَلْفَصَاحَةَ وَاللَّبَاقَةَ الَّتِيْ تُمَكِّنُهُمْ مِنْ حِيَازَةِ فُرَصٍ جَيِّدَةٍ، فَإِذَا حَازُوْهَا: فَتُرُوْا،

Di mana dakwah telah mengajarkan kefasihan dan ketangkasan kepada mereka, kefasihan dan ketangkasan yang membuat mereka mendapatkan banyak peluang bagus, namun, begitu mereka mendapatkannya, mereka futur[1]!!!

أَوْ تَفْتَحُ لَهُمُ الدَّعْوَةُ بَابَ الدِّرَاسَاتِ الْعُلْيَا، وَلَعَلَّ إِخْوَانَهُمْ سَعَوْا لَهُمْ لَدَى الْمَسْؤُوْلِيْنَ اَلْحُكُوْمِيِّيْنَ لِحَيَازَةِ الْبِعْثَاتِ وَالزِّمَالَاتِ، وَلَرُبَّمَا أَعَانُوْهُ بِالْمَالِ، ثُمَّ يُؤْنِسُهُ إِخْوَانُهُ فِيْ غُرْبَتِهِ وَيَعْصِمُوْنَهُ الْفِتَنَ، وَيَخْلُفُوْنَهُ فِيْ أَهْلِهِ، فَإِذَا تَخَرَّجَ وَرَجَعَ: فَتَرَ، وَفَكَّرَ فِيْ عُذْرٍ يَتَمَلَّصُ بِهِ مِنَ الْعَمَلِ.

Atau, dakwah telah membuka untuk para aktifis itu peluang studi pasca sarjana, dan bisa jadi, ikhwah yang lain telah mengupayakan melalui berbagai pihak di pemerintahan untuk mendapatkan peluang studi di luar negeri atau peluang pertukaran pelajar, dan bisa jadi ikhwah yang lain itu telah membantunya dengan harta, lalu, ikhwah yang terlebih dahulu ada di luar negeri mendampinginya selama berada di luar negeri, membentenginya agar terlindung dari berbagai godaan. Mereka pun mengurus keluarganya yang ditinggalkan. Namun, begitu sang akh lulus dan kembali, ia malah menjadi futur dan berfikir mencari alasan untuk tidak terlibat dalam aktifitas dakwah.

قَدْ تَصِيْرُ الدَّعْوَةُ مَتْجَرًا لِأَبْنَاءِ الدُّنْيَا، يَلْزَمُهَا أَحْيَانًا، حَتَّى ِإِذَا صَارَ مُوَظَّفًا كَبِيْرًا، أَوْ أُسْتَاذًا جَامِعِيًّا، وَ(اخْتِصَاصِيًّا خَبِيْرًا): تَرَكَهَا، وَانْفَرَدَ يَبْنِيْ مُسْتَقْبَلَهُ.

Dengan demikian, dakwah telah menjadi bursa bagi para pencari dunia yang terkadang menjadi kewajibannya untuk hal ini, lalu, setelah seorang aktifis menjadi pejabat besar, atau guru besar di perguruan tinggi, atau menjadi konsultan ternama, ia malah meninggalkan dakwah dan membangun masa depan pribadinya.

كَلِمَةٌ مُرَّةٌ يَجِبُ أَنْ يَتَقَبَّلَهَا الدُّعَاةُ، فَإِنَّ كَتِفَ الدَّعْوَةِ يَئِنُّ لِكَثْرَةِ الَّذِيْنَ حَمَلَهُمْ وَتَنَكَّرُوْا لَهُ.

Sungguh, sebuah kosa kata yang pahit yang harus ditelan oleh para aktifis dakwah, sebab pundak dakwah semakin berat menanggung beban orang-orang yang harus dipikulnya dan lalu melupakannya.

فَاعْقِدُوا الْعَزْمَ عَلَى الْوَفَاءِ لِهَذِهِ الدَّعْوَةِ الْمُبَارَكَةِ – أَيُّهَا الإِخْوَةُ – وَاجْعَلُوا الشَّهَادَةَ الْعَالِيَةَ أَوِ التِّجَارَةَ أَوِ الْمَنْصِبَ فِيْ خِدْمَةِ الدَّعْوَةِ، لَا لِلصِّيْتِ، وَإِلَّا، فَإِنَّ الْأَمْرَ كَمَا يَقُوْلُ بَعْضُ السَّلَفِ:

Oleh karena itu – wahai aktifis dakwah – bulatkan tekad untuk tetap setia kepada dakwah yang berkah ini, dan jadikan ijazah kesarjanaan, atau sukses bisnis, atau jabatan, untuk berkhidmah kepada dakwah, bukan untuk mencari popularitas, jika tidak, maka urusannya seperti perkataan sebagian salafus-salih:

(إِنَّهُ قَلَّ مَنْ يُسِرُّ لِنَفْسِهِ الْجَاهَ وَالصِّيْتَ فَأَمْكَنَهُ الْخُرُوْجَ مِنْهُ).

Sesungguhnya, sedikit sekali orang yang berkata pada dirinya untuk mendapatkan pangkat dan popularitas, lalu ia dapat keluar dengan selamat darinya”.

(من كتاب “المسار” لأحمد الراشد)
Sumber: kitab al-Masar, karya Ahmad Ar-Rasyid.


[1] Kendur bahkan meninggalkan amal dakwah