Tuesday, February 18, 2014

LEAD BY EXAMPLE



Baru sahaja tersentap membaca karya al akh yang disayangi kerana Allah, di sini,
lantas saya pun terdetik untuk berkongsi sedikit, seputar isu yang sama. Tiba-tiba je kan.


Kisah 1

Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang, permainan ditamatkan. Si X lantas pulang ke rumah. Usai tiba di rumah, sekadar berbalutkan tuala, dan badan yang masih berpeluh peluh, dia mengupdate di status mukabukunya;


“Ayuh kita bersegera ke masjid, Azan Maghrib sudah berkumandang, pemuda yang cinta akan masjid akan mendapat naungan daripada Allah kelak”


Kisah 2


“Ya ayyuhal ikhwah, tajuk khutbah pada hari ini ialah, merokok membahayakan kesihatan. Kementerian kesihatan telah mengeluarkan statistic terbaru bahawa rokok mengakibatkan 3 orang diserang sakit jantung setiap hari.

Maka mimbar ingin menasihatkan sidang Jumaat, marilah kita sama-sama tinggalkan budaya merokok demi kemaslahatan umat sejagat”


Usai solat Jumaat tamat, khatib meluangkan masa bersama jemaah, (bukan jemaah in that sense ok) sambil pekena kopi Tongkat Ali di kedai berhampiran masjid. Selang dua tiga minit, sebatang Kent hinggap di mulut. Dengan rakus asap disedut dan dihembus.




Ironi bukan ?

Siapa cakap untuk tunjuk qudwah (teladan) dalam berdakwah itu senang?


Sebab itulah, dalam karyanya yang bertajuk Fiqhul Dakwah, Sheikh Jum’ah Amin meletakkan Fiqh yang pertama adalah,

“Qudwah qobla dakwah”


Ye. Ada yang beragumentasi. Dengan qudwah sahaja tidak mungkin juga dakwah itu berhasil. Memang banyak bukti dia. Rasulullah s.a.w merupakan insan yang paling luhur pekertinya di zaman beliau, pun masih dakwah baginda ditolak.

Namun, dakwah dengan qudwah yang teruk pasti tidak berhasil.

Daripada banyak pengajian sirah, dapat kita belajar perjalanan dakwah Rasulullah dan para sahabat yang meletakkan qudwah sebagai elemen penting dalam usaha menarik orang memeluk Islam. Cuma hari ini, saya ingin mengajak diri saya sendiri dan kalian semua belajar qudwah daripada Allah s.w.t dalam ‘seruan dakwah’ Nya dalam ayat Quran.


Mari kita perhatikan ayat berikut;


“Jangan kamu jadikan panggilan Rasul diantara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain)….”
(An Nuur: 63)    


Dalam ayat ini, Allah melarang sahabat, (pada waktu itu) memanggil Nabi Muhammad dengan panggilan sebagaimana mereka memanggil sesama mereka. Dalam erti kata lain, Allah menyuruh para sahabat memanggil Nabi Muhammad dengan gelaran Rasul, atau Ya Rasulallah, instead of Muhammad atau Wahai Muhammad.

Nah,di mana Qudwah qobla Dakwah Nya?


Kalau anda perasan la dalam ayat ayat Quran, istimewanya pengiktirafan Allah terhadap Rasulullah, Allah tidak pernah memanggil Rasulullah dalam dialog dialog Quran dengan panggilan Muhammad atau Ya Muhammad, atau Wahai Muhammad.


Tidak seperti panggilan ke atas nabi-nabi lain. Bagi nabi nabi lain, Allah s.w.t. meng‘address’ mereka dengan nama mereka, seperti,


“Ya Musa”
“Ya Adam”

Dan sebagainya.

Tapi ke atas nabi Muhammad, Allah menggunakan gelaran nabi atau rasul;


Hai Nabi, bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti orang-orang kafir dan munafik…”
(Al Ahzab:1)

Hai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera kekafirannya….”
(Al Maidah:41)


Maka valid lah arahan Allah ini.
Didahului dengan satu teladan yang baik.


Bagi mereka yang peka dan mantap tarbiyah kendirinya, mereka akan memerhati perkara perkara sebegini untuk diamalkan dalam kehidupan. Kita juga tidak sepatutnya meletakkan nama Muhammad sewaktu menterjemah ayat Quran yang suruhannya keatas Nabi Muhammad, sebaliknya meletakkan nama Rasulullah.


Apa-apa pun, lihatlah, Allah sendiri ‘menunjukkan’ qudwah Nya. Padahal, seandainya Allah menyuruh kita untuk tidak memanggil Rasulullah dengan namanya sebagaimana cara kita panggil kawan kawan kita yakni menggunakan nama mereka, tanpa Allah tunjukkan qudwah, itu tidak menjadi masalah.


Allah kot, sekalipun tidak ada qudwah, arahanNya tetap menjadi syariat.
Ini kita, hamba yang ingin mengajak orang lain mematuhi syariat Allah, tapi kita sendiri tunggang langgang.


Satu lagi contoh qudwah yang diajarkan kepada kita oleh al Quran;
Firman Allah;


“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”
(Al Ahzab:56)


Lihatlah bagaimana cantiknya susunan ayat suruhan di atas, Allah terlebih dahulu menyebut bahawa Dia dan para malaikat pun berselawat, maka berselawatlah wahai orang orang yang beriman. Sekali lagi, qudwah mendahului dakwah.


Tidak mudah untuk menunjukkan qudwah dalam menyampaikan dakwah. Pun begitu, ia tidak mustahil. Sebenarnya, banyak seruan dakwah yang ditolak hari ini adalah akibat kegagalan duat menunjukkan qudwah kepada dakwah mereka. Kata-kata yang terpacul dari mulut mereka dan terhasil dari jemari mereka tidak diterjemahkan dalam kehidupan mereka.

Sebenarnya, apabila kita terlebih dahulu melakukan apa-apa yang kita serukan, seruan itu akan lebih sampai dan menyentuh hati mad’u (objek dakwah) kita, meskipun kita tidak melakukan hal yang demikian di hadapan mereka.

Dan sepatutnya bagi para du’at, menunjukkan qudwah bukan hanya di hadapan mad’u, kerana bukankah dakwah itu kehidupan?

Bukankah slogan ini yang sering kita war war
dan canang dalam usrah dan daurah?


Menunjukkan qudwah dalam dakwah tidak bermakna kita harus sempuran dalam setiap sudut dan juzuk kehidupan, kerana sampai kiamat pun ia mustahil berlaku. But, you know what I mean kan ?

Maka saudara,

Qudwah qobla dakwah !


*saya pun fail T_T*

5 comments:

muslimdaie said...

Allahu Rabbi..Termuhasabah seketika..Salam ukhuwwah akhi fillah

Inspector Saahab said...

salam ukhuwah :)

Ammar Hanapiah said...

:3 memang blog ni suka kasi sentap eh?

Inspector Saahab said...

kasi santap sebenarnya. eh

~muteq~ said...

jzkllah.

sentapan buat santapan rohani :)