Saturday, April 21, 2012

SI GHURABBA'

Radiasimentari memancar hangat tetapi lembut melalui jendela membawa sinar danharapan, menjanjikan satu hari yang indah. Kipas di siling berputar tanpamengenal erti jemu dan lelah demi berkhidmat untuk penghuni seisi rumah,mengembuskan bayu pagi yang begitu menyamankan. Udara segar yang mengandungimolekul molekul air yang mapan menyapa lebut ke segenap bahagian tubuh, seolaholah datang bertegur sapa. Nafas di tarik sedalam-dalamnya dan dihembuskanperlahan-lahan.

Sungguh Kami yang menghidupkan dan mematikandan kepada kami tempat kembali
(Az- Zariyat:43)

Alhamdulillah
Jari-jemarimasih mampu meliar dengan penuh bersemangat kesukanan yang tinggi di atas papankekunci meluahkan isi di hati. Ayat disusun begitu cermat. Kata diatur begituteliti. Bahasa di jaga dengan penuh kasih dan sayang bagai menatang minyak yangpenuh. Maklumlah, bahasa jiwa bangsa. Aiwah.

Apa khabarkalian?

Ada satukisah yang sangat menarik yang ingin dikongsi bersama. Kisah kehidupan yangpenuh ranjau, duri, racun, acidic, beronak dan berliku. Laluan kehidupan yangdipenuhi dengan kaca-kaca yang membahayakan pejalan kaki, namun kehidupanditeruskan demi menjaga keseimbangan ekosistem alam. Zuriat dijaga dan diasuhsupaya warisan turum temurun tidak tenggelam dek tsunami pemodenan. Begitulah hangatnyakisah tentang sebuah kehidupan. Heh. Okmengarut.

Di kalamana dinosaur dan sekutunya masih lagi berkeliaran di bumi ini, adapun keadaandi sekian waktu itu teramatlah bahaya untuk keluar ke rumah, namun di sebuahkampong pedalaman yang terepencil tinggalah para penduduknya dengan penuh aman,permai harmonis dan berbahagia. Hidup bagai telur di hujung tanduk keranasering berhadapan dengan hewan-hewan yang ganas lagi dahaga akan darah manusia.Namun, semangat kekitaan yang disemarakan di perkampungan tersebut memberimotivasi kepada para penduduk.

Anehnya, setelah berkurun lamanya menetap dikawasan tersebut, maka tibalah seorang pemuda yang begitu tampan, kachak danbergaya ke kampong tersebut. Ideology yang dibawa oleh pemuda itu menjadi titiktolak kepada system peradaban manusia tika itu. Satu amalan yang diketengahkanlalu menjadi tradisi dan trend ikutan para penduduk yakni untuk memotongtelinga sebelah kiri. Kiranya pada kaca mata mereka, hal itu sungguhlamenampakkan betapa modennya hidup mereka dengan memotong telinga sebelah kiri.

Pandangkiri, pandang depan, pandang belakang, pandang ke cermin, para penduduksemuanya bertelinga satu. Ajaib.

Feshenbertelinga satu ini menular ke dalam masyarakat kampong begitu pantas bagai apimenjilat kayu api. Barang siapa yang tidak mengikut trend pemotongan telingattersebut disifatkan tidak memenuhi standard piawaian ciri-ciri penduduk kampongyang sejati. Akibatnya, orang ramai berpusu-pusu untuk memotong telinga mereka.Setelah masa bergerak, zaman beralih zaman, hampir semua kanak-kanak yangdilahirkan dari kecil lagi sudah dipotong telinga mereka supaya selari dengankehendak semasa.

Tika manapenduduk kampung sungguh asyik dan berasa bangga dengan feshen yangdiperkenalkan kepada mereka sehingga menjadi buah mulut sepanjang masa, makatibalah saat yang tidak disangka-sangka. Kehadiran seorang lagi pemuda yangsungguh kachak, jelita dan menawan bagai bulan dipagari satelit. Namun keadaanpemuda tersebut yang kelihatannya masih bertelinga dua membuatkan pendudkkampong kurang senang. Pemuda tersebut yang berhasrat menjadi ahli kariah tapienggan memotong telinga nya disifatkan sebagai kurang ajar.



Pendudukmula mencemuh dan melemparkan kata-kata kesat kepadanya. Dia dipandang serongdengan darjah keserongan yang melampau.

Namunpemuda itu begitu setia dengan pegangan nya, begitu tegas dengan prinsip nya.Dia yakin, prinsip rukun Negara mesti dipelihara. Eheh.

Sungguh kemana sahaja dia bertandan, dia tampak sungguh ganjil dan menganoyingkan.Ironinya, lama-lama kelamaan, anak-anak muda yang belum terjebak dengankegiatan memotong telinga mula tertarik dengan penampilan pemuda tadi yangbegitu bersahaja, sempoi tapi bergaya dan kachak. Mereka mula berhajat untukmencontohi pemuda tadi. Dan begitulah, sedikit demi sedikit tema feshen yangbaru mulai meresap ke dalam minda masyarakat.

Tapi,pemuda itu sungguh tidak mampu.

Fuh,panjang nye cerita ini.
Begitulahkisahnya setelah ditokok, ditambah mana yang kurang, dan dilebihkan mana yanglebih. Eheh.
Soalan.

Jika kitaberada dalam golongan masyarakat tadi, siapakah kita?

"Islam itu bermula daripada sesuatu yang dipandangganjil, dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula, makaberuntunglah mereka yang dipandang ganjil (kerana Islam mereka)"

(Hadis Riwayat Muslim)

Fikir-fikir kan,renung-renungkan.

6 comments:

anamuzakkar =.= said...

hurmm... menarik2
jom potong telinga !!
ghura'b'a' BUKAN ghura'bb'a'
kbye

Inspector Saahab said...

asif
arab yg fail -.-
jazakallah

- said...

Haha. Menarik ^^
oleh itu, jgn lah kita menjadi seperti lalang..melentok ke kiri ke kanan mengikut haluan bayu *erkk betul ke perumpamaan ana?
Jzkk

Inspector Saahab said...

cinta Allah :
betol dah tu :)

Ummi Rai said...

Fuhh berpinar mata baca.Ohh baru faham :)

Inspector Saahab said...

agak la. error
tibe tibe format jd gitew.
asif jiddan 'ala kulli hal
smoga brmnfaat :)