Wednesday, April 18, 2012

SEINDAH RABITAH

Perutusan buat sahabat

Jarum jam sentiasa berjalan tanpa henti walau tiada kaki

Siang dan malam beredar mengikut peredaran masa yang telah ditetapkan oleh Illahi. Sinaran pagi matahari yang menyilau mata memandnag menghadiahkan radiasi vitamin D ditambah dengan sayup-sayup burung berkicauan bersama ahli jawatnkuasa persatuan burung-burung aktif pada waktu pagi yang menghasilkan simfoni alam sejuta ilham diganti dengan kecantikan sinaran bulan yang indahnya tidak setanding dengan kekacakan pada wajah nabi Muhamad s.a.w.

Tup..tup..

Sekarang dah pertengahan bulan april, tidak lama lagi dah nak habis semester kedua dan akan berjauhan malah ada hilangnya insan-insan yang selama ini tidak pernah jemu mencari hati-hati yang inginkan keindahan Islam dan berasa hidup di bawah bayangan Al-Quran. Air mata berderai, mencurah-curah bagai air sungai Rajang. Indahnya hidup dengan membaca , memahami al-Quran itu sendiri, kadangkala seperti Allah sedang berkata-kata dengan kita. MasyaAllah, betapa dekatnya Allah dengan kita kan. Kita yang mencari jarak itu.

Hidup di bawah naungan Al-Qur’an adalah suatu nikmat. Nikmatnya tidak dimengerti kecuali oleh orang-orang yang merasakannya.” (Sayyid Quthub).

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan biarpun perpisahan itu berakhir dengan air mata. Kadang-kadang banyak lagi air lain yang dihabiskan contohnya air sirap, air jagung dan beraneka air, al maklumlah buat jamuan. Eheh. Namun ianya tidak boleh dipisahkan seperti Adam dan Hawa, pungguk dan bulan serta langit dan bumi. Biarpun masa dan tempat yang telah memisahkan kita tetapi hati-hati kita pasti akan sentiasa bersatu walau di mana saja kita berada kerana hati kita sentiasa dipegang oleh Ilahi. Manis bukan?

Air mata berderai lagi

Walaupun kadangkala ada pertelingkahan untuk kita mengenali diri masing-masing, tetapi Allah tetap memelihara rasa kasih dan sayang antara sesama kita. Biarpun ukhwah kita tidak sehebat dan seerat ukhwah agung Rasullullah dan Saidina Abu Bakar tapi kita sentiasa berusaha melapang dada untuk menerima kelemahan diri masing-masing. Biarlah tali takwa dan ukhwah ini dapat membawa kita untuk berjiran dengan Rasulullah J .. Ukhwah fillah

“Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku" (Riwayat Muslim)

Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah

Hari ini bersahabat, esok kita bersahabat dan selamanya kita bersahabat..

Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini…

Kutetap mengharapkan kita bersahabat…

Diri ini mengharapkan kita sama-sama selamat sampai ke Al-jannah


Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hari hati ini..

Berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu kerana mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah ikatannya, kekalkan kemesraannya antara hati hati ini, tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalan yang sebenar

Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman, dan keyakinan serat keindahan tawakkal kepadaMu, suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki. Jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu.

Restuilah Nabi kami, Muhammad S.A.W dan ahli keluarga Baginda, serta sahabt-sahabat Baginda seluruhnya juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banykanya...

5 comments:

cik.furas said...

hik2, suka note tu..

Pemimpi Tegar said...

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan biarpun perpisahan itu berakhir dengan air mata. Kadang-kadang banyak lagi air lain yang dihabiskan contohnya air sirap, air jagung dan beraneka air, al maklumlah buat jamuan. Eheh.

*ehem ! *

Anonymous said...

SAHAABat ke syurga.. Insyaallah..

Inspector Saahab said...

Cik Furas : inshaallah. semoga bermanfaat :)

Agunci : eheh. jazakllah atas kunjunan :)

Ana Pengembara : "_____"
inshaallah >.<

Asyraf Farique said...

Tulisan ini dari hati ke hati. Maka sewajibnya ia sampai ke hati juga. Mabruk. Teruskan menulis untuk ummah !