Sunday, April 22, 2012

YANG BERNAMA SAHABAT

Alhamdulillah

Segala puji-pujian hanyalah untk Allah s.w.t. Tuhan sekalian alam. Pertama-tamanya ayuh kita mengekspresikan rasa syukur yang tidak terhingga kepadaNya atas limpah rahmat, kurniaan serta inayahnya, dapat kita bersama-sama berkumpul dalam perhimpunan mingguan pada hari Ahad yang permai ini, ditemani sayup-sayup kedengaran kicauan burung bertegur sapa sesama mereka, ditemani gerombolan semut-semut hitam yang sedang menjalani operasi menyeludup manisan-manisan dari Negara jiran dan pelbagai pemandangan alam lagi. Alhamdulillah.

Ok straight to the point please.

Sudah lama kiranya saya tidak menghadiri perhimpunan mingguan bersama rakan-rakan seperjuangan sambil baling-baling batu tika mana Tuan Guru Besar memberi ucapan penutup. Rindu ingin menyanyikan lagu Ngaraku. Ok tipu =.=


Silent Sunday V

Suram pagi bertandan lagi

Gemalai bayu menyapa pipi

Lembut, membawa khabar berita

Keberjauhan diratapi

Refleksi suka dan duka silih berganti

Sekuntum senyum ikhlas terukir di bibir

Indah mengenang cereka lama

Dari timur ke barat kita mengembara

Terisi tin-tin kosong

Ranting-ranting usia memberi pengajaran

Senyum tidak bermakna bahagia

Tangis tidak bermakna sengsara

Aiwah ~

Berkatalah salah seorang di antara mereka (ahli syurga): "Sesungguhnya aku dahulu (di dunia) mempunyai seorang teman,

yang berkata: "Apakah kamu sungguh-sungguh termasuk orang-orang yang membenarkan (hari berbangkit)?Apakah bila kita telah mati dan kita telah menjadi tanah dan tulang belulang, apakah sesungguhnya kita benar-benar (akan dibangkitkan) untuk diberi pembalasan?"

Berkata pulalah ia: "Mahukah kamu meninjau (temanku itu)?"
Maka ia meninjaunya, lalu dia melihat temannya itu di tengah-tengah neraka menyala-nyala.

Ia berkata (pula): "Demi Allah, sesungguhnya kamu benar-benar hampir mencelakakanku,jikalau tidaklah karena ni'mat Tuhanku pastilah aku termasuk orang-orang yang diseret (ke neraka).

- as saffat (51-57)




Di persimpangan ini, carilah sahabat yang sejati. Mungkin pada akaun mukabuku kita ribuan sahabat kita kenal, ribuan yang menanti-nanti untuk diapprovedkan dan ribuan menuggu kita mengeadd mereka. Lebih-lebih lagi ada yang siap tubuh Kelab Sahabat, *sila ouch di situ* Namun siapakah mereka di hati kita? Dan siapakah kita pada mereka.

Mencari cinta manusia yang cintanya pada Yang Esa

Semoga Dia pelihara cinta kita.

Aiwah~

5 comments:

Anonymous said...

Like part kelab SAHAABat tu..

anamuzakkar =.= said...

like3 . sila ouch sikit ye org yg berkenaan . eh . bkan ke kite SAHABAT jugak =.=

Anonymous said...

salam..

jupo!!

sedap nasi lemok...

....

....

....

uhubbuka fillah

Inspector Saahab said...

Ana Pengemabara : HAHA
sila ouch sikit. part itu didedikasi khas buta saudara pembuat keamanan (peacemaker)
eheh

Ana Muzakkar =.= :
perlu kah ikon ini ? (=.=)

agak la. kita pun sebenarnye T__T

Anonymous : ??

??
arghh..tak fahammmm
wasalam :)
uhubbuka fillah :)

Muhammad PeacemakerIslam said...

menarik,menarik...

perlu ke kelab sahabat disitu =.='

'ouch' di sini..