Sebaik hon amaran dibunyikan buat kali ketiga, anak-anak remaja berjiwa muda berlari-lari anak menuju ke pintu bus untuk bertolak ke kediaman rasmi anak-anak harapan Negara di Kolej Cemara yang teletak nun jauh di kawasan pegunungan Himalaya. Berbekalkan semangat, azam dan ilitzam untuk menggali sebanyak mungkin ilmu, bertopikkan isu Syria, kami datang untuk belajar, memahami dan mendalami krisis yang meladan saudara dan saudara se-akidah nun di bumi Syria sana.
Penceramah cukup mantab. Isi-isi dan hujah-hujah yang diutarakan cukup lantang bergempita di empat penjuru dewan tempat kejadian. Darah remaja mengalir panas sehingga mencecah suhu berjaga-jaga. Perkongsian yang menarik disusuli video-video yang membangkitkan roh membuatkan kami yang mendengar duduk tidak senang. Pada waktu itu, hendak sahaja rasanya dilempang-lempang diktator yang membuta tuli serta tanpa perikemanusiaan memperlakukan saudara di bumi Syria dengan sebegitu rupa.
Wanita-wanita tempatan dinodai untuk memuaskan nafsu syaitan tentera rejim Bashar Laknatullah. Kanak-kanak riang dibunuh tanpa soal selidik ekoran dikhuatiri menggangu gugat keamanan Negara. Kebangkitan rakyat di segenap tempat membuatkan tentera kerajaan bertindak semakin menjadi-jadi dan mula menampakkan sifat-sfiat kebinatangan mereka. Cukup menghayat hati. Ini kisah yang mereka alami, dan sesunggunya berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Kalenjar peluh mula merembeskan cecair lutsinar menandakan kesabaran mula mencapai tahap maksima. Cell-cell darah merah bergerak pantas dalam salur-salur darah. Jantung mengepam darah dengan penuh semangat dan keterujaan membuatkan diri rasa ingin terbang ke bumi sana dalam kadar yang segera. Jika si doraemon berada di sisi, sudah pasti kami pinjam bilah helicopternya itu.
Bagi mengelakkan remaja-remaja berdarah pahlawan dan laksaman kurun ke dua puluh satu ini menyalurkan ketidaksabaran merkea kearah yang tidak betul, sebelum remaja-remaja yang pada awalnya duduk penuh sopan dan ayu membaling kerusi kerana perasaan yang amarah pada kekejaman yang diimplimentasiakan oleh tentera Basyar Laknatullah, beberpa tips dikongsi sebagai usaha untuk menyokong dan meluahkan kebersamaan kita dalam membendung kekejaman binatang bertopengkan manusia ini.
Antaranya disarankan untuk;
1. Berdoa- tak lain tak bukan. Kita ini insan yang lemah. Dalam dewan boleh jadi mata merah membara kerana marah, namun jika diajak ke medan sebenar saya yakin kita orang pertama yang rebah, kerana menggigil ketakutan2. Infak- sumbanglah sebanyak mana lebihan duit saku yang kita ada. Sepuluh ringgit atau lima puluh ringgit atau apa-apa sahaja nilainya itu, sumbanglah denga harapan amalan kita menjadi hujah bahawa kita peduli akan urusan saudara kita.
3. Sebar- sudah tiba masanya kita Generasi X dan XY atau apa-apa pun generasi kita ini, hendaknya kita ini menyebarkan kisah yang sebeanr tentang pergolakan yang berlaku. Ceritalah situasinya kepada orang disekeliling kita. Tunjukkan kepeduliaan kita dan ayuh bangkit bersama orang-orang yang bangkit.
Cukup baik pesanan. Sangat praktikal.
Allahuakhbar
Allahuakhbar
Allahuakhbar
Tidak cukup dengan itu, laungan keramat Allahuakhbar dilaungkan dengan penuh semangat waja dan kesatriaan. Gegaran yang dirasai mengalahkan gegaran yang melanda di beberapa bahagian kawasan ekoran gempa di Negara jiran petang tadi. Panji-panji Syria dikibar dengan penuh rasa megah. Photo-photo diambil sebagai bukti kehadiran ke pogram malam ini. Doa dibaca dengan pimpinan penceramah sendiri untuk menunjukkan kebersamaan seluruh warga pelajar baik siswa atau siswi tadi.
Mantab.
Cukup mantab.
Program tamat. Ah, bus yang sepatutnya menjemput kami pulang kelewatan ekoran isu yang tidak dapat diutarakan di sini. Kurang daripada setengah jam, semuanya berubah tiga ratus sembilan puluh lapan darjah. Kekosongan waktu diisi dengan aktiviti sedia kalanya. Kelab-kelab gossip mula menjalankan operasinya. Remaja-remaja berdarah Hang Jebat tadi mula duduk dipinggir jalan berpeleseran, bergelak tawa sambil bertepuk tampar dengan member sebelah.
Di mana silapnya?
Mana gema takbir tadi?
Mana pergi semnagat jihad tadi?
Mana pergi doa-doa sejagat tadi?
Isu pmuda pemudi emangnya lebih parah daripada isu Syria ini. Dan adakah kita akan terus menyumbang kepada keparahan itu? Atau kita ingin menjadi penawarnya?
Renung-renungkan
Wasalam.
Sesungguhnya makhluk bergerak yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang pekak dan tuli dan membisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti.
(Al-Anfal:22)
Nauzubillahiminzalik..
2 comments:
nape x pakai pintu suka hati je . hehe . lagi cepat .
Allahu akbar !!
hoi. otak GF. HAHA
Post a Comment