Terjaga dari tidur yang slumber penuh dengan ketiba-tibaan atau bahasa mudahnya secara tiba-tiba. Penuh waspada. Penuh misteri. Pagi yang suram. Hanya kedengaran bunyi kipas siling yang berputar penuh bertenaga, tanpa mengenal erti penat, lelah dan jemu. Satu dua tiga dan beberapa lagi titisan peluh menitis penuh elegen di serata tubuh. Panas. Udara dini hari yang panas.
Lupakan repekan itu.
Assalam alaik.
Bagaimana dengan graph iman kalian? Menaik kah? Menurun kah? Directly proportional atau bagaimana?
Hidup ini bagai memasak kek coklat. Bahannya sama tetapi resepinya berbeza. Aiwah, saya berfalsafah. Kagum sejenak. Mengapa ya, walau setelah disuap dengan berpinggan-pinggan nasi tajaan dari langit, selepas ditarbiyah dengan penuh bersemangat oleh penegak-penegak kebenaran, setelah berlapis-lapis usaha diimplementasikan rata-rata dalam kalangan kita masih gagal, masih tersipu-sipu malu untuk meniggalkan kepompong itu, masih bertakung di ruang takungan nyamuk aedes itu. Mengapa begitu?
Ada juga rata-rata kita, setelah menerima risalah al-Haq ini merasakan kebersegeraan melaksanakannya namun pada waktu yang sama kita masih mengindulgekan diri dengan amalan-amalan yang bercanggahan dengan perjuangan kita. Tidak perlu la saya senaraikan di sini amalan-amalan itu kerana kalian lebih arif dengan aktiviti zaman gelap itu. Heh. Kita tahu dan faham akan perlunya kita bergerak ke hadapan setelah melihat reality ummat yang semakin parah dek serangan penyakit kanser yang memerlukan pelbagai terapi. Namun mana mungkin satu kaki bergerak ke belakang dan satu kaki bergerak ke hadapan.
Mana mungkin.
Bayangkan,
Anda memiliki sebuah thumb drive berjenama antarabangsa yang dihadiahkan oleh anak jiran kawan mak anda yang telah sekian lama mak anda, kawan dan jirannya berkonspirasi untuk menyatukan anda berdua. Eh tiada kaitan. Baik, thumbdrive tadi diisi secara total tanpa meninggalkan sedikit pun ruang kosong dengan video islamik dan nasyid-nasyid yang berelemenkan ketuhanan. Nampak di situ satu hint bahawa anda belum cukup sifat-sifat jejaka pilihan dia. Eheh. Sekali lagi, bukan itu pointnya
Kemudian secara tiba Lecturer Physics anda miskol anda dan meminta anda untuk berjumpa dengannya dalam kadar yang segera. Katanya ada hal yang sangat mustahak yang perlu dibicarakan. Dia miskol, macam mana dia boleh kata? Tak kesah la, ini cerita saya. Wahahah. Ok straight to the point. Kemudian dimintanya thumb drive yang anda miliki tadi untuk dimasukkan soft copy tutorial physics untuk anda sebarkan kepada kengkawan dalam kelas anda.
Eh faham ke?
Mungkinkah tutorial tadi tersimpan dalam keadaan thumbdrive tadi, yang kapasitas nya dipenuhi dengan nasyid-nasyid dan video islamik pemberian anak jiran kawan mak anda tadi? Mustahil bukan. Kapasitas yang mungkin satu Giga bytes tadi tidak boleh menjadi satu perpuluhan tiga lapan enam kosong untuk membolehkan tutorial tadi tersimpan. Nak tak nak, satu-satu cara untuk membolehkan tutorial tadi tersimpan, anda harus delete sebahagian nasyid-nasyid tadi.
Begitu la manusia.
Ada kapasitinya
Dan Islam itu syumul dan menyeluruh.
Dan syaitan itu musuh kita yang nyata
Tika mana kapasiti kita diisi dengan bahagian jahiliyah dan bahagian islamik, maka adalah satu kesilapan yang besar jika kita mendakwa kita mempamerkan sifat muslim sejati yang menyeluruh. Dan mustahil graf iman kita akan menaik jika tiada penurunan dalam graf jahilyah itu. Erks,faham kah?
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
(Al-Baqarah :208)
So?
ANDA TAHU APA ITU KESELURUHAN?
Nak tak nak, buang la yang keruh dan amik la yang jernih. Sesunggunya lapisan minyak yang walau sedikit itu, mustahil partikel-partikel nya akan bergabung dengan molekul-molekul air yang suci bersih lagi dan menyucikan itu. Bahkan lapisan minyak tadi bakal mengurangi kandungan oksigen dalam air tadi secara tidak langsung mematikan hidupan dalam air tadi. Ok sila kaitkan.
2 comments:
perlu ke nk delete?perlu ke?perlu ke?copypaste dlm laptop buat smentara waktu pastu ambik balik selepas dah selesai bab tutorial..
maktakbagikeluarmalam/ anakmakselalubalikrumah :
ok fine ~
Post a Comment