Wednesday, April 4, 2012

UJIAN BERCAKAP

Antara yang terbaik, kemeja berlengan panjang paling menawan yang tersangkut layu di dalam loker kelihatan menagih simpatiku. Pandang ke kiri,pandang ke kanan dan ke kiri lagi lalu kucapai dengan penuh bergaya, bertenaga dan berhati-hatu. Seluruh badan baju tersebut diusap-usap dengan saterika berjenama tempatan bersuhu tinggi untuk menghapuskan kedut-kedut dan jeragat. Eheh. Lalu dipakaikan dan digayakan di hadapan cermin sehingga cermin mula memanifestasikan tanda-tanda bakal retak. Heh.

Begitulah gamaknya suasana di dalam rumah tatkala mempersiapakna diri berhadapan dengan seorang manusia yang bakal menguji kemahiran kami bercakap, (spekaing test). Aneh dan menghairankan, bercakap pun hendak diuji wahai manusia, kamu tiada kerja lain kah? Heh. Emo seketika. Jantung berdegup bagai nak rak. Entah bersedia atau tidak. Mulut terkumat kamit, membacakan segala ayat yang bermain dalam minda sambil mengharapkan keajaiban tahap tongkat nabi Musa turun ke riba.


Nafas ditarik sedalam-dalamnya sehingga ruang-ruang kosong dalam perut dipenuhi udara Shah Alam. Hati gelisah. Tangan menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Kaki tergedik-gedik sperti jarum jam yang berdetik tika mana menuggu giliran untuk dipanggil dan diuji kemahiran bercakap. Fuh. Gusarnya. Gementarnya. Gemuruh jiwa tetapi semangat tak la nak membara sangat.

Hebaknya penangan manusia. Tanah bertemu tanah, hati sudah mati separuh kegerunan.

Bersediakah aku untuk bertemu dengan mungkar dan nakir yang bakal menyoal dalam kubur? Yang mana mata mereka bernyala-nyala lebih terang daripada nyalaan Bunsen burner? Bersediakah kita? Juga ujian bercakap bakal bermain tempat dalam alam sana, dan soalannya sudah dibocorkan oleh lembaga peprikasaan Malaysia. Bersediakah kita?

Paling penting,

Bersediakah kita untuk bertemu dengan Allah Azza Wajala dan menjawab segala pertanyaan-Nya? Tatkala Dia menayangkan segala mak neka amal perbuatan kita semasa di dunia pada layar LCD (Wallahualam) sambil disaksikan seluruh umat manusia sejak Adam lagi. Bersediakah kta berhadapan dengan semua itu? Adakah kita bakal dimalukan di hadapan anak jiran sebelah nanti yang sudah sekian lama kita bermain mata denganya? Bakal diperlekeh oleh Allah di hadapan lecturer Biology yang selama ini kita hanya sekadar kopipes report biology kita?

Bersediakah kita?

Berhadapan dengan azab yang pedih?


Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya banyak dari orang-orang alim dan rahib-rahib mereka benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil, dan mereka menghalangi manusia dari jalan Allah.

Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menginfakkannya di jalan Allah maka berikanlah khabar gembira bahawa mereka akan mendapat azab yang PEDIH.

(At-Taubah:34)

Jawapan di tangan kita. Dan jika tidak, al-Quran telah menggariskan tips-tips untuk bersedia mengahdapi peperiksaan paling ngeri dalam sejarah peradaban manusia.

Persiapkanlah diri kita, ayuh saahabat.

Carilah sesuatu yang hilang itu. Isilah kekosongan itu.

Ingatlah hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam neraka Jahanam, lalu dengan itu disetrika ke dahi, lambung dan di punggung mereka seraya dikatakan kepada mereka, ‘Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri maka rasakanlah akibat dari apa yang kamu simpan itu’

(At-Taubah :35)

Boleh jadi harta yang kita ada itu merujuk kepada laptop yang kita guna entah kearah mana, duit yang kita salurkan ke jalan hiburan yang melampau, gadjet-gadjet yang diperguna untuk memuaskan nafsu dan selayaknya harta-harta terebut bakal menzalimi kita kelak.

Nauzubillah.

Ayuh kita fikirkan sejenak.

Wallahualam.

2 comments:

~Wanney~ said...

byk lg persediaan yg perlu dilakukan.. moga2 apa yg kita lakukan dirahmati dan diterima olehNya

Inspector Saahab said...

Wanney : betol betol
inshaallah :)
jazakillah atas kunjungan :)