Tuesday, April 10, 2012

JIKA AKU SI BADUI ITU

Cinta. Aduh. Sebaik sahaja mendengar perkataan ini, pasti kalian tersenyum lebar sehingga mata yang bulat itu menajdi sepek, sehingga bulu mata atas dan bawah bertemu dan beramah mesra. Heh. Sudah menjadi fitrah naluri manusia untuk mencintai dan merasa perasaan dicintai. Waduh. Bagi menyambung bacaan di bawah, anda digalakkan memainkan music latar berelemenkan sentimental supaya kisah cinta yang bakal saya dedahkan ini mampu membuatkan hati anda berbunga-berbunga dan mampu menghasilkan pollen grain yang bemutu tinggi. Heh.

Air sungai mengalir deras. Ikan-ikan Solomon yang tersesat dari laut antartika melompat-lompat dipermukaan Sungai Kinabatngan. Suasana sekitar yang dilengkapi landskap flora dan fauna ala-ala susun atur Deko Bersama Eric menemani hati-hati yang mencari sesuatu yang hilang. Bubu dan pukat dilempar ke dasar air mengharapakn perhatian daripada makhluk Allah yang tinggal di sebalik permukaan air yang mengalir penuh syahdu itu.


Tiba-tiba
Pernah di zaman Rasulullah saw, ada seorang Arab Badui meluru masuk ke tengah-tengah jamaah solat untuk mendekati Rasulullah saw.
Ketika baginda mendekati Rasulullah saw dan Rasulullah sudah bersiap sedia untuk menunaikan solat, orang itu bertanya :
“Bilakah kiamat akan berlaku?”
Nabi saw tidak menjawab kerana solat sudah hampir ditunaikan.

Ucapan takbir terucap dari mulut Rasulullah saw yang mulia, ayat demi ayat Al Qur’an baginda senandungkan, begitu bersungguh-sungguh, khusyuk dan penuh penghayatan. Titisan air mata berjatuhan dari pelupuk matanya yang jernih lagi mulia. Para sahabat pun tenggelam dalam limpahan kasih sayang Ilahi.

Apabila solat telah selesai dilaksanakan dengan lembut penuh wibawa, Rasulullah saw bersabda:
“Di manakah orang yang tadi bertanya tentang hari kiamat?”
Orang itu segera menjawab : Saya, wahai Rasulullah.

Nabi kemudian bertanya kembali :
“Apa yang telah engkau persiapkan untuk menyambut datangnya hari kiamat?”

Sejurus selepas itu, majlis diliputi suasana hening sehingga orang itu berucap :
"Saya tidak mempersiapkan amal yang banyak. Saya hanya mencintai Allah dan RasulNya."
Seiringan dengan itu terukir senyuman di wajah Nabi saw yang mulia lalu menjawab :
"Engkau akan bersama dengan orang yang kau cintai."

Sungguh luar biasa ungkapan Rasulullah saw ini, begitu dalam dan penuh makna sehingga menggugah keperihatinan para sahabat untuk ikut bertanya :
"Wahai Rasulullah, apakah ucapan itu hanya berlaku untuk dia sahaja?”
Rasulullah saw menjawab :
"Tidak, ucapanku ini berlaku pula untuk kamu dan orang-orang sesudah kamu."
Kegembiraan mulai menyelimuti relung sanubari orang-orang yang hadir di dalam majlis itu sehingga Anas bin Malik berkata :
"Aku belum pernah melihat kaum Muslimin begitu berbahagia setelah masuk Islam kerana sesuatu, seperti bahagianya mereka ketika mendengar sabda Nabi saw tersebut."
Alangkah indahnya hidup ini.
Aduh. Hati ini berbunga-bunga dan berbuah-buah. Alangkah indahnya jika cinta di hati ini sehebat cinta lelaki Badui itu terhadap Allah dan Rasul. Namun aku masih gagal. Di sana, cintaku tidak sehebat itu. Malu, pilu, parah bernanah. Eheh.

Bayangkan tuan-tuan, puan-puan, dato’-dato’, datin-datin, tan-tan sri. puan-puan sri, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, jiran-jiran, rakan-rakan, guru-guru, ikhwah dan akhwat yang dirahmati Allah sekalin, balasan cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Allah dan Rasul bukan sahaja syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, baik Sungai Kinabtangan atau Sungai Lui tetapi boleh jadi kita bakal berjiran dengan para anbiya, para sahabat dan syuhada’.
Indahnya.

Namun tidak semudah itu.
Persoalannya apa itu cinta?
Dan di mana Dia dan ar-Rasul di hati kita?
Bersambung..

2 comments:

Anonymous said...

menarik3 ^^
balik talk terus post..

Inspector Saahab said...

inshaallah ^^