Monday, April 16, 2012

DARIPADA ANAKMU

Krik.Krik

Kedengaran bunyi jam penggera menjalankan amanah di pagi yang masih malap dan sunyi sepi. Kesunyian diselang-seli bunyi dengkur tidur yang menghasilkan kolaborasi alunan yang sangat sentimental. Heh. Tubuh yang longlai bingkas bangun menggapai sesuatu dalam gelap. Terbayang wajah suram ayahanda dan bonda nun di kampong halaman. Terpapar jelas garis-garis usia pada wajah mereka dalam bayangan kegelapan pagi. Ku ratapi keberjauhan ini dengan kiriman sekuntum doa.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua menyayangi aku pada waktu kecil”

(Al-Isra’:24)


Tingkah laku tika mana bersama disesali. Keberjauhan ini membuatkan hati berasa sangat rugi kerana tidak menghargai Abi dan Umi saat diri di samping mereka. Namun demi mengejar cita-cita dan cinta, berjuang di jalan Ilahi, ku cekalkan semangat yang sekelumit cuma. Pesan ayah dan bonda meniup kembali semangat yang tatkala kian pudar dalam jasad. Penat dan letih kerap kali bertandan. Ujian dan cubaan kian merobek perasaan dan hati nurani sehalus zarah.

Berslogankan tujuan hidup mencari redha Allah Taala, panji-panji kesabaran dan iltizam tertegak jua di tubuh yang tidak bersenjata. Kadang-kadang tertewas dek tsunami dunia yang mengulik lembut dan bersahaja. Tika mana ada lopang-lopang di dada, bala tentera syaitan mengerah tenaga membisikkan suka. Dijadikan terasa indah pada pandangan mata perbuatan dosa dan kemungkaran pada yang Esa.

Ok. Ayat ayat sudah tamat.

Dulu perjalanan trek ini berbeza. Di waktu sekolah menengah, masih saya ingat warden yang bertugas sering kali melontar kata-kata yang membuatkan kami tidak sabar meninggalkan alam persekolahan yang dipagari peraturan yang disifatkan mengongkong kebebasan kami untuk berlibur dan bergelak tawa. Berlandaskan prinsip hak asasi manusia, kami ternanti nanti untuk meneruskan pengajian ke alam university. Dan setelah hari-hari sukar ditempuh, akhirnya impian menjadi kenyataan. Terima Kasih Ali Cafe. Eheh.

Namun begitu, perjalanan yang dilalui tidak seindah cerita dongeng itu. Malah lebih indah. Alhamdulillah, jalan yang dipilih menyelamatkan saya daripada tersangkut dan tersungkur jauh ke Lembah Klang. Eheh. Perjalanan yang saya ambil bukan jalan yang diambil oleh kebanyakan yang lain. Saya melencong beberapa darjah ke timur untuk mencari sesuatu yang hilang, mencari hikmah dan bercita-cita mengenal identity diri yang sebenar.

Tika mana bertemu dengan sesatu yang diluar jangkaan itu,

segalanya terasa indah.

Perjuangan saya sudah berbeza. Bukan lagi mencari sesuatu untuk tatapan diri atau untuk memuaskan harapan figura-figura terchenta nun di kampong halaman. Bukan lagi berjuang untuk mengejar sesuatu yang tidak kekal. Bukan lagi berjuang atas jalan yang tiada liku dan duri. Bukan jalan yang mudah dan ringkas. Segalanya sudah berbeza.

Dakwah dan tarbiyah

Itulah kunci nya.

Namun bagaimana diri harus melontarkan kemahuan untuk berjuang di jalan yang sebenar ini sedang masih bergelut dengan harapan dan impian mereka yang begitu teruja dengan pencapaian yang tidak kekal ini. Harapan-harapan menggenggam segulung ijazah di dunia. Pandangan kami kini berbeza dan saya dalam keadaan dilemma. Bagaimana harus diluahkan isi hati ini supaya yang menaruh harapan mengerti. Supaya sokongan bukan lagi bersemi pada pencapaian yang bersifat duniawi.


Oh Umi dan Abi,

Anakmu kini bukan yang dulu

Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Jika kamu orang yang baik, maka sungguh Dia Maha Pengampun kepada orang yang bertaubat.

(Al-Isra’:25)

9 comments:

Muhammad PeacemakerIslam said...

MashaAllah...
Allahuakbar..
Ya akhi...bersama kita tabah dalam perjuangan ini...Allah mengetahui hati hambaNya...insyaAllah ...ada hikmah disebalik setiap aturanNya...:')

Inspector Saahab said...

eheh
Jazakallahukhair :)
Inshaallah ada hikmah

~Wanney~ said...

Allah maha Mengetahui apa yg diaturkan utk umatnya.. dan percayalah aturannya adalah terbaik.. semoga kita menguatkan semangat utk mencari hidayah dan keredhaannya ia sentiasa bersama kita.. =)

*nice*

Inspector Saahab said...

Wanney : double thanks. one goes for the wish and another goes for this comment. eheh

semoga bermanfaat :)
tengkatkan amal, kurangkan gula :) eheh

~Wanney~ said...

new quote.. haha.. sure.. =)

Inspector Saahab said...

yeah. trademark baharu.

Hg said...

Membuat hatiku jua tersentuh. Aku lagi jauh.

Hanya mampu berdoa umur dipanjangkan, supaya boleh bertemu mata lagi.

MasyaAllah akh. Kau bukan seperti dulu :)

Alhamdulilah :)

Inspector Saahab said...

Hg : inshaallah makin kuat halangna makin benar prjuangan itu.

moga didoa terus kukuh kat jalan ini.

Pemimpi Tegar said...

Comeynya. Heh. ^^''