Pejam celik pejam celik, begitu pantas masa berlalu. Edisi Silent Sunday bersambung lagi. Sila bertenang. Ok saya pun tak boleh bertenang sekarang. Kui kui. Pengumuman pengumuman bapak bapak ibu ibu anak anak yang membaca blog merepek ini, beberapa renovasi telah dilakukan demi memuaskan hati pelanggan. Eh, tak de nak pelanggan sangat, sebarang kritikan, komen serta cadangan amatlah dialu-alukan. Take note, sila pastikan isu yang berbangkit tidak menyentuh sensitivity mana-mana kaum. Heh.
Oh dan, music latar ini menarik bukan?
Katakan tidak jika tidak.
Dan nantikan post menyayat hati esok :)
Langit tergantung teguh tanpa pertiangan
Sang awan memutih membaluti cahaya riang
Gelak dan tawa di bumi sini jelas bergegaran
Dibanjiri kemewahan tiada sekatan
Namun hari tak selalu cerah menerang
Di bumi sana cerekanya berbeza
Darah pejuang membasahi kota
Batang tubuh luluh tersungkur ke tanah
Tangisan hiba tanpa bicara
Menaruh pengharapan
Rebung-rebung insan bangkit segera
Menunggu hadirnya laksaman dan kesatria
Lahir mujahid membela anak bangsa
Sampai bila harus ditanggung duka?
Sampai bila harus duduk bersahaja?
Kita masih bertatih cuma
Perjuangan baru bermula
No comments:
Post a Comment