Sunday, April 1, 2012

UKHUWAH YANG HILANG


Satu dua tiga cubaan suara, satu dua tiga cubaan suara. Eh, mic rosak kah? Edisi kedua Silent Sandai (Sunday) bakal mengambil tempat di kaca skrin anda. Selamat mempersiapakan diri dan pastikan tali pinggal keselamatn dipakai dengan betol dan kemas kerana pesawat kita akan mendarat pada bila-bila masa sahaja. Menara kawalan sudah mengangkat bendera merah tanda kebersediaan anak-anak kapal untuk mendarat dengan jayanya. Eheh. Merepek serabai.



Senyum dikuntum mempersembah salam
Tautan yang dahulu tinggal kenangan
Memori diseliputi debu-debu
Bagai buih diratah ombak
Ukhuwah diperjudi kerana cita cita
Kepastian bukan atas emas dan permata
Kemesraan bukan di tengah kota
Disahut erat tatapan hangat
Berseorangan tidak lagi mampu tertahan
Atas kalimah perjuangan yang satu
Tangan dihulur kerana kasih
Demi mengejar manisnya iman
Debu debu itu dibuang ke lautan
Kerana sebuah ukhuwah yang hilang

Ukhuwah fillah ;’)

No comments: